Pengaruh kehidupan masa lalu pada Personaliti kita

1. Pengenalan kepada aspek rohani minda

Sisi rohani kepada minda seseorang adalah satu aspek yang penting untuk memahami sepenuhnya mengapa orang yang berlainan boleh bertindak balas kepada keadaan yang sama dengan cara yang berbeza. Bagaimana orang bertindak balas dengan keadaan kadang-kadang mungkin bertentangan dengan personaliti mereka. Ini adalah konsep yang tidak diketahui oleh psikiatri zaman moden, yang menghadkan keberkesanannya untuk membantu seseorang.

2. Kehidupan masa lalu mempengaruhi minda sub-sedar dan personaliti

Jadi bagaimana fikiran dipengaruhi oleh dimensi rohani?

Kami telah memberikan penjelasan terperinci bagaimana minda kita berfungsi dalam tutorial lain. Untuk memahami minda dengan lebih terperinci, kami mencadangkan anda melihat tutorial berikut:

Pengaruh kehidupan masa lalu pada Personaliti kitaFunctional nature of the mind

Pengaruh kehidupan masa lalu pada Personaliti kitaTakdir

Pengaruh kehidupan masa lalu pada Personaliti kitaWhy we do the things we do

 

Seseorang terdiri daripada banyak aspek. Ianya adalah badan fizikal, tenaga vital, minda, akal, tubuh halus (subtle) dan jiwa. Jiwa adalah Prinsip Tuhan yang ada pada setiap orang. Minda merupakan tempat duduk perasaan, emosi dan keinginan kita dan merupakan salah satu pengaruh terkuat personaliti kita. Minda seseorang terdiri daripada dua bahagian:

Minda sedar: Ia adalah sebahagian dari pemikiran dan perasaan kita yang kita sedar. Bagaimanapun, ini hanya 10% dari minda kita. Minda sedar sepenuhnya dikawal oleh minda sub-sedar kita. Ia adalah seperti bahagian hadapan kedai untuk minda sub-sedar

Minda sub-sedar: Minda sub-sedar membawa banyak impresi yang dicipta dan atau diubah suai oleh insiden kehidupan ini dan kehidupan masa lalu. Sebagai contoh, seseorang mungkin mempunyai sifat yang bersifat membalas dendam kerana pemikiran dendam yang berakar umbi, yang pada seterusnya dicipta dan diperkuat oleh peristiwa kehidupan masa lalu yang penting dalam hidup ini atau dalam kehidupan masa lalu.

Tidak diketahui oleh kebanyakan daripada kita, kita semua telah hidup banyak kehidupan di bumi. Kami terus dilahirkan semula lagi dan semula lagi (dijelmakan semula) untuk menyelesaikan akaun memberi dan menerima (give and take)  kita. Personaliti kita telah dibentuk mengikut cara kita hidup pada kehidupan masa lalu, dan bagaimana telah kita menggunakan tindakan sengaja kita pada setiap kehidupan tersebut. Ciri-ciri personaliti yang disimpan sebagai impresi dalam minda sub-sedar kita terus dibentuk / diperkuat oleh tindakan dan pemikiran kita dalam mana-mana kehidupan. Jika kita melihat kehidupan masa lalu seseorang yang biasa dan pengaruh kehidupan tersebut terhadap kelemahan personalitinya, maka yang berikut akan menjadi pembahagian kesannya.

Kehidupan masa lalu sebagai penyumbang kepada kelemahan personaliti seseorang Kesan dari segi peratus
1000 kehidupan yang lalu 30%
7 kehidupan yang lalu 61%
Kehidupan semasa 2%
Jumlah 100%

Mari kita ambil contoh kelemahan kemarahan seseorang dalam hidupnya sekarang. Dari kecil lagi, dia mungkin menunjukkan kemarahan dalam bentuk tantrum. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kelemahan personaliti tidak tiba-tiba bermula pada kehidupan semasa ini. Malah, ia merupakan kesan yang telah diperkuat dan dibentuk dari banyak kehidupan.

  • 49% daripada sifat kemarahan seseorang akan disebabkan oleh bagaimana seseorang menanam kelemahan personaliti dengan bertindak balas dalam kemarahan pada pelbagai situasi sepanjang 1000 kehidupan yang lalu. Dengan tidak aktif berusaha untuk mengurangkan kemarahan, ia akan mungkin dibenarkan untuk meningkat tanpa kawal sepanjang banyak kehidupan.
  • 7 kehidupan masa lalu akan menyumbang kepada 49% lagi bagaimana sifat personaliti kemarahan lebih lagi disatukan dalam minda sub-sedar.
  • Oleh itu, pada masa kelahiran di kehidupan semasa, kelemahan personaliti kemarahan dalam orang itu akan menjadi berakar umbi dalam orang itu. Apabila seseorang melalui kehidupan semasa dia, akan ada beberapa situasi yang dia lalui yang mungkin mencetus tindak balas marah dalam diri dia, lalu membentuk dan mengukuhkan sifat kelemahan personaliti tersebut. Walaubagaimanapun, kesemua tindak balas kemarahan hanya menyumbang 2% kepada bagaimana kelemahan personaliti tersebut bertumbuh. Secara puratanya, 98% sifat kelemahan personaliti seseorang adalah disebabkan oleh kehidupan masa lalu dia.

Pemikiran disebabkan oleh impresi dalam minda sub-sedar asyik menyerang minda sedar sebagai tindak balas kepada beberapa rangsangan dari luar, atau tanpanya. Lebih kuat impresi negatif seseorang seperti kemarahan, kebencian, dan kecemburuan, minda sedar seseorang itu akan diserang dengan pemikiran yang negatif, dimana ia meninggalkan seseorang itu dalam keadaan negatif dan tidak gembira secara berterusan.

Fikiran sub-sedar juga mengandungi semua impresi yang diperlukan untuk melengkapkan takdir kita dalam kehidupan semasa kita. Impresi sedemikian terikat pada pusat akaun Memberi-dan-Menerima, yang mempunyai catatan semua peristiwa yang ditakdirkan dalam kehidupan seseorang (disebabkan oleh kehidupan masa lalu). Berdasarkan akaun memberi-dan-menerima atau takdir seseorang, pusat akaun Memberi-dan-Menerima dalam minda menentukan bagaimana seseorang bertindak balas atau beriaksi terhadap peristiwa dan situasi kehidupan. Takdir adalah bahagian kehidupan seseorang yang berada di luar kawalan seseorang. Takdir mengawal kebahagiaan atau kesedihan yang harus kita alami akibat merit dan demerits (dosa) yang terkumpul dalam kehidupan semasa atau kehidupan masa lalu. Melalui penyelidikan rohani, kita mendapati bahawa secara purata 65% daripada kehidupan kita telah ditakdirkan dalam era sekarang. Oleh itu, takdir yang kita dilahirkan dengan adalah pengaruh besar sama ada kita mengalami kebahagiaan atau kesakitan. Salah satu sumber utama kesakitan mental dalam kehidupan kita (yang membolehkan takdir negatif kita untuk mengambil tempat) adalah disebabkan kelemahan personaliti kita.

Walaupun kita tidak mempunyai akaun memberi-dan-menerima dengan seseorang, kelemahan personaliti boleh mencetus tindakan yang tidak betul yang boleh menyakiti orang lain, dengan itu mewujudkan karma negatif yang baru atau akaun-akaun memberi-dan-menerima yang negatif. Sekiranya kita memberi kesedihan kepada orang lain, mengikut Hukum Karma, kita juga harus menjalani jumlah yang sama dengan kesedihan sama ada dalam kehidupan masa kini atau dalam kehidupan masa hadapan.

3. Tenaga negatif mengambil kesempatan pada kelemahan personaliti yang kekal dengan kita dari kehidupan masa lalu

Selalunya tenaga negatif dari dimensi rohani menggunakan kelemahan keperibadian kita untuk kelebihan mereka. Ini terutamanya bagi orang-orang yang dirasuk oleh tenaga negatif. Katakan kemarahan seseorang itu 5 unit dalam sebuah keadaan tertentu, tenaga negatif dapat meningkatkan kemarahan tersebut menjadi 9 atau 10 unit sehingga membuat reaksi seseorang itu tidak sesuai dengan keadaan dan membuat perkara jauh lebih buruk daripada yang seharusnya. Sebagai contoh dalam satu pertengkaran antara suami dan isteri, tenaga negatif boleh mengambil kesempatan dengan kelemahan personaliti kedua-kedua mereka, dan membuat mereka mengatakan perkataan-perkataan yang tidak patut dari kemarahan yang menyebabkan keburukkan yang berkekalan kepada hubungan mereka. Kelemahan personaliti adalah kerentanan minda (yang mungkin ditanam di sepanjang kehidupan masa lalu) yang mana tenaga negatif dapat mempengaruhi dan memperkuat pegangan mereka atas kita.

Perkara utama untuk difahami di sini adalah bahawa ianya adalah disebabkan oleh kelemahan personaliti seperti kemarahan dan pengharapan, kita mengalami kesakitan yang penuh yang kita ditakdirkan untuk mengalami. Ini disebabkan oleh demerit atau dosa yang berlaku sama ada dalam kehidupan masa lalu atau dalam kehidupan semasa kita. Kita juga boleh mencipta akaun negatif yang baru kerana kelemahan personaliti kita.