1. Pengenalan kepada apakah manusia terdiri daripada
Dalam artikel ini kita menjelaskan komposisi tubuh manusia dan pelbagai tubuh halus. Sains moden telah mendalami beberapa pemahaman mengenai tubuh fizikal. Namun pemahaman mengenai aspek-aspek lain mengenai kewujudan manusia masih terhad. Sebagai contoh pemahaman jiwa dan intelek manusia masih lebih kurang terhad kepada aspek fizikal mereka. Walau bagaimanapun sains rohani telah mengkaji keseluruhan kewujudan manusia secara mendalam.
2. Apakah manusia terdiri daripada dari segi sains rohani?
Seorang yang hidup terdiri daripada tubuh-tubuh berikut.
-
Tubuh kasar (sthūladēha)
-
Tubuh vital (prāṇa-dēha)
-
Tubuh mental (manodēha)
-
Tubuh kasual atau intelek (kāraṇdēha)
-
Tubuh superkasual atau ego halus (mahākāraṇdēha)
-
Jiwa atau Prinsip Tuhan dalam diri kita (ātmā)
Dalam bahagian seterusnya kita akan menjelaskan pelbagai tubuh secara mendalam.
3. Tubuh fizikal
Tubuh ini paling dikenali kepada sains moden. It terdiri daripada struktur rangka, otot-otot, tisu-tisu, organ-organ, darah, 5 deria organ, dsb.
4. Tubuh tenaga vital
Tubuh ini juga dikenali sebagai prana-deha. Tubuh ini memberi vital, tenaga penampung kehidupan untuk semua fungsi-fungsi fizikal dan juga tubuh mental. Terdapat lima jenis tenaga-tenaga vital atau praana:
- Prāna: Tenaga untuk pengaktifan penarikan nafas.
- Udāna: Tenaga untuk aktiviti penghembusan nafas dan pertuturan.
- Samāna: Tenaga untuk aktiviti perut dan usus.
- Vyāna: Tenaga untuk pergerakan voluntari dan luar kawal.
- Apāna: Tenaga untuk pengencingan, pengumuhan, ekjakulasi, kelahiran anak, dsb.
Pada masa kematian tenaga vital dilepaskan balik kepada Alam Semesta dan membantu juga melonjakkan tubuh halus dalam perjalanan seterusnya.
5. Tubuh mental atau minda
Tubuh mental atau minda adalah tempat perasaan, emosi-emosi dan keinginan. Ia membawa tanggapan yang tidak terhingga dari kehidupan kini dan yang lalu. Ia terdiri daripada tiga bahagian:
- Minda sedar: Ia adalah bahagian pemikiran dan emosi yang kita sedar.
- Minda sub-sedar: Ia merangkumi semua tanggapn yang diperlukan untuk melengkapan takdir kita dalam tempoh masa kehidupan ini. Pemikiran daripada minda separa sedar kadang-kadang muncul dalam minda sedar dari masa ke semasa dalam respon kepada beberapa stimuli luaran atau pada masa tanpanya. Sebagai contoh sepanjang satu hari seorang mendapat pemikiran rawak dan tidak berkaitan mengenai insiden yang samar-samar dalam kehidupan kanak-kanaknya.
- Minda separa sedar: Ini adalah aspek minda kita yang tidak sedar langsung. Ia mengandungi semua impresi atau tanggapan yang berkaitan dengan akaun terkumpul kita.
Minda sub-sedar dan minda separa sedar bersama-sama dikenali sebagai Chitta.
Kadang-kadang kita juga merujuk kepada suatu aspek tubuh mental sebagai keinginan tubuh atau vāsanādeha. Ini adalah aspek minda yang mengandungi semua impresi atau tanggapan keinginan.
Sila rujuk kapda artikel mengenai ‘Mengapa kita melakukan perkara-perkara yang kita lakukan’ dan juga e-tutorial dengan nama yang sama untuk memahami fungsi struktur minda.
Organ fizikal berkaitan dengan tubuh mental adalah otak.
6. Intelek
Tubuh kasual atau tubuh intelek adalah tubuh yang mengendali proses membuat keputusan dan keupayaan taakulan. Organ fizikal yang berkaitan dengan tubuh intelek adalah otak.
7. Ego halus
Ego halus atau tubuh suprakausal adalah kesan kejahilan terakhir dan perasaan yang memisahkan kita daripada Tuhan.
8. Jiwa
Jiwa adalah Prinsip Tuhan di dalam kita dan sifat sebenar kita. Ia adalah komponen utama tubuh halus iaitu sebahagian kecil Prinsip Tuhan Maha Agung bersama-sama kualiti-kualiti Kebenaran Mutlak(Sat), Kesedaran Mutlak (Chit) dan Kebahagiaan Kekal Mutlak (Ānand). Jiwa tidak terjejas dengan kehidupan yang turun dan naik dalam Ilusi Hebat (Maya) bersama pemerhati pendirian. Jiwa adalah melampaui 3 komponen asas halus; namun selebihnya kesedaran kita seperti tubuh fizikal dan tubuh mental terdiri daripadanya.
9. Tubuh halus
Tubuh halus didefinisikan sebagai bahagian kita atau kesedaran yang meninggalkan tubuh fizikal, tubuh kasual atau intelek, tubuh suprakausal atau ego halus dan jiwa. Apa yang tertinggal pada masa kematian fizikal adlah tubuh fizikal. Tenaga vital akan terlepas ke Alam Semesta.
Berikut adalah beberapa aspek tubuh halus
- Organ-organ deria halus: Organ-organ deria halus bererti aspek halus 5 deria organ kita iaitu kita boleh merasai alam halus. Sebagai contoh kita boleh membaui bauan halus seperti bunga melur tanpa punca stimuli kehadirannya. Malahan bauan mungkin boleh dialami hanya oleh seorang and bukan oleh semua orang yang ada di bilik yang sama. Ini diterangkan dengan mendalan. Juga rujuk artikel kita mengenai – Apakah itu deria keenam?
- Organ-organ motor halus: Organ-organ motor halus bererti aspek halus organ-organ motor fizikal kita seperti tangan, lidah, dsb. Semua aktiviti dimulakan dulu dalam organ-organ motor halus dan kemudian disempurnakan di dimensi fizikal oleh organ-organ motor kasar seseorang.
10. Kejahilan
Semua aspek kewujudan kita yang lain kecuali jiwa adalah sebahagian daripada Ilusi Hebat. Ini dipanggil sebagai Kejahilan atau Avidyā iaitu apabila diterjemah terus ia bermaksud ketiadaan pengetahuan. Perkataan kejahilan berpunca daripada fakta bahawa kita mengenal pasti diri kita dengan tubuh kasar, minda dan intelek kita dan bukan dengan sifat sebenar iaitu jiwa atau Prinsip Tuhan di dalam kita.
Kejahilan adalah punca utama ketakbahagiaan. Manusia terikat dengan wang, rumah, keluarga, bandar, negara dsb. Lebih banyak terikatnya kepada mana-mana individu atau objek, lebih banyak kemungkinan ketakbahagiaan yang timbul daripada pengikatan. Namun sebagai pekerja sosial yang sempurna atau Orang Suci/Saint mungkin menjadi terikat dengan masyarakat atau pengikutnya masing-masing. Pengikatan yang terbesar setiap satu adalah untuknya; iaitu minda dan tubuhnya. Walaupun ketidakselesan yang sedikit atau penyakit boleh membuat seseorang tidak bahagia; maka semua orang sepatutnya semakin menjadi berasing dengan dirinya dan menerima kesakitan dan penyakit secara hakikat. Ini sudah tentu dengan mewarisi pemahaman bahawa kebahagiaan dan ketakbahagiaan dalam kehidupan dialami terutamanya disebabkan takdir kita. Lagi pun hanya dengan mengenal pasti dengan jiwa boleh kita mengalami Kebahagian Kekal berterusan.
Jiwa dan kejahilan bersama-sama terdiri daripda jiwa terkandung. Kejahilan untuk orang hidup mempunyai dua puluh komponen kesemuanya – tubuh kasar, lima organ deria halus, lima organ-oran motor halus, lima tenaga-tenaga vital, minda sedar, minda sub-sedar, intelek dan ego. Sejak fungsi-fungsi komponen tubuh halus berjalan berterusan, perhatian kepada jiwa terkandung ditarik kepada mereka, iaitu berjauhan daripda pengetahuan rohani kepada kejahilan.