Sebahagian besar daripada kita pernah mendengar tentang konsep-konsep di mana seseorang berasa seperti berada di dalam terowong dan mereka melangkah ke cahaya di hujung terowong. Visualisasi ini bertindak sebagai analogi yang mewakili perasaan bahawa orang melihat penyelesaian atau pengakhiran yang gembira pada penghujung pengalaman pahit yang mereka lalui.

Kami mengambil keputusan untuk mengkaji apakah yang dimaksudkan dengan frasa ‘cahaya di hujung terowong’ dari perspektif kerohanian. Selalunya ia digunakan secara rohaniah dalam dua contoh berikut:

  1. Apabila hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif, dan lain-lain) merasuk/memberi kesan kepada seseorang atau sebuah rumah, maka agak kerap pihak berkuasa kerohanian (spiritual authority) seperti seorang paderi/pendeta atau seorang perantara (medium) dipanggil untuk membantu memulihkan keadaan. Suatu teknik kerohanian yang biasa digunakan oleh mereka adalah untuk meminta entiti yang menyebabkan distres itu untuk ‘melangkah ke cahaya” Entiti tersebut mungkin sama ada leluhur yang terikat pada bumi (ancestor who is earthbound) dan tidak mampu untuk bergerak ke atas ataupun ia mungkin hantu. Oleh itu niat paderi atau seorang perantara menyuruh entiti tersebut untuk pergi ke arah cahaya itu adalah sebenarnya meminta entiti untuk pergi ke arah Tuhan atau Ketuhanan(Divinity) ataupun ke alam (planes) positif yang lebih tinggi.
  2. Kadang-kadang apabila orang mempunyai pengalaman hampir mati (near death experiences) (NDE’s), mereka juga mempunyai visi(vision) perjalanan melalui terowong dengan cahaya pada penghujung terowong itu.

Kami menyiasat kedua-dua peristiwa ini melalui kajian kerohanian untuk memastikan, apakah ‘cahaya’ yang orang dapat melihat. Berikut adalah hasil kajian:

Tahap rohani samashti merujuk kepada tahap rohani yang diperolehi melalui amalan rohani demi masyarakat (samashti sādhanā), manakala rohani vyashti merujuk kepada tahap rohani yang diperolehi melalui amalan rohani individu (vyashti sādhanā). Pada masa kini, kemajuan rohani demi masyarakat adalah 70% kepentingan manakala amalan rohani individu mempunyai 30% kepentingan.
  • Cahaya Ketuhanan (Divine Light) sebenarnya pasti dilihat oleh orang-orang yang mempunyai hasrat murni untuk realisasi-Tuhan (God-realization). Mereka yang tahap kerohaniannya 50% ke atas (samashti) atau 60% (vyashti) sebenarnya dapat melihat Cahaya Ketuhanan sama ada disebabkan oleh merit yang sangat besar atau ego yang sangat sedikit. Oleh kerana mereka berada pada tahap kerohanian 50% ke atas (samashti) atau 60% (vyashti) mereka bukan hanya melihat cahaya tetapi juga akhirnya sampai ke Cahaya Syurga Ketuhanan (Divine Heavenly Light). Mereka yang tahap kerohaniannya rendah, seperti 40%, boleh melihat Cahaya Ketuhanan apabila mereka mati jika mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk pertumbuhan kerohanian terhadap realisasi-Tuhan. Dalam kes ini, walaupun mereka boleh melihat cahaya, mereka sebenarnya tidak dapat mencapai alam Syurga (region of Heaven)/(Swarga).
  • Yang lain, semasa kematian, tidak dapat melihat sebarang cahaya. Sebaliknya sebaik sahaja kita mati, biasanya kita lihat kegelapan. Walaupun ‘Alam Orang Mati’ (Martyalok) / (Region of the Dead) yang kita lalui sebaik sahaja selepas kematian adalah berwarna ungu, namun kebanyakan badan-halus (subtle-body) yang melalui perjalanan tersebut hanya melihat kegelapan. Sebabnya ialah kerana badan halus itu mempunyai selubung hitam impresi keinginan yang tidak tercapai (black covering of impressions of unsatisfied desires), kelemahan personaliti, ego dan dalam banyak kes selubung tenaga hitam hantu (covering of black energy of ghosts). Oleh itu, ia seolah-olah mata mereka tertutup dan dengan itu mereka tidak boleh melihat warna sebenar Alam Orang Mati.
  • Orang-orang tanpa hasrat murni untuk realisasi-Tuhan yang melihat cahaya sebenarnya melihat cahaya yang dihasilkan oleh pembentukan ilusi/silap mata ahli sihir-halus (māntrik) (an illusion-creating subtle-sorcerer). Ahli sihir-halus, kerana kekuatan kerohanian yang tinggi, boleh menghasilkan cahaya ilusi dan juga perasaan kedamaian dan kebahagiaan terpancar daripada cahaya. Ilusi tersebut dihasilkan daripada tenaga kerohanian mereka dan tenaga hitam (black energy) mereka. Mereka menggunakan ini sebagai satu mekanisme untuk menarik / memikat badan halus ke dalam cahaya,dan memerangkap mereka ke dalam perhambaan. Nenek-moyang yang terikat pada bumi (earthbound) secara umumnya pada tahap kerohanian yang rendah dan dengan banyak ikatan duniawi (attchments) dan keinginan yang tidak tercapai. Ini bermakna bahawa mereka biasanya tidak dapat melihat Cahaya Ketuhanan (Divine Light) apabila mereka mati. Dengan memberitahu mereka untuk melangkah ke cahaya merupakan suatu tindakan berkesan yang sedang dilakukan untuk memberitahu nenek moyang yang telah meninggal dunia untuk pergi ke arah pembentukan ilusi ahli sihir-halus.
  • Terowong yang dilaporkan dilihat adalah di Alam Orang Mati (Martyalok) (Region of the Dead). Oleh kerana deria keenam (ESP) yang sangat aktif, pencari SSRF telah dapat melihat bukan sahaja terowong tetapi juga dapat menggambarkan butir–butirnya dengan terperinci.

Jadi apakah penyelesaian untuk memastikan bahawa seseorang itu melihat Cahaya Ketuhanan yang benar? Cara terbaik adalah untuk menggunakan masa seseorang di Bumi untuk melakukan amalan kerohanian. Amalan kerohanian ini perlu mematuhi enam prinsip asas amalan kerohanian, yang lain boleh membawa kepada stagnasi (stagnation) atau mengalami kemerosotan dalam pertumbuhan kerohanian.