Abstrak

Ada beberapa kes yang direkod dan dikaji yang tak terhitung jumlahnya mengenai pengalaman kehidupan yang lalu menunjukkan dengan jelas tentang kehidupan selepas kematian. Dalam semua kes yang direkod mengenai reinkarnasi, ia didapati bahawa terdapat pelbagai jurang waktu di antara kematian seorang dan reinkarnasi seterusnya di Bumi. Maka, ke manakah kita pergi selepas kematian sehingga reinkarnasi di Bumi? Adakah hanya satu alam yang wujud atau pelbagai alam yang wujud? Dalam artikel ini, kita menyajikan jawapan untuk perkara tersebut dan soalan-soalan lain mengenai topik ini. Jawapan-jawapan ini diperolehi melalui kajian rohani yang dilakukan oleh pencari dari Yayasan Kajian Sains Kerohanian (SSRF) dengan deria keenam yang maju (ESP).

Nota: Untuk memahami artikel ini dengan lebih baik, ia digalakkan bahawa anda baca artikel mengenai tiga komponen-halus Sattva, Raja dan Tama.

1. Apakah berlaku selepas kematian?

Kajian rohani telah menunjukkan bahawa manusia terdiri daripada empat tubuh asas yang berikut:

  • Fizikal
  • Mental
  • Kasual atau Intelektual
  • Suprakasual atau ego halus

Gambar di bawah adalah representasi secara gambarajah mengenai apa yang manusia terdiri daripada.

Apabila seorang meninggal dunia tubuh fizikalnya tidak wujud lagi. Walau bagaimanapun, kewujudan yang lain atau kesedaran berterusan. Kewujudan seorang tanpa tubuh fizikal dikenali sebagai tubuh halus (linga-dēha) dan ia terdiri daripada tubuh-tubuh mental, kasual (intelek) dan suprakausal (ego halus). Tubuh halus ini kemudian pergi ke salah satu daripada 13 alam halus yang wujud selain daripada alam Bumi.

2. Ke-14 alam yang wujud di Alam Semesta

Adanya 14 alam utama yang wujud di Alam Semesta. Tujuh daripada mereka adalah alam positif yang wujud dan tujuh adalah alam negatif yang wujud. Tujuh alam negatif yang wujud lebih dikenali sebagai Neraka (Pātāl). Terdapat beberapa sub-alam di dalam alam-alam utama yang wujud.

Kebaikan (Dharma) adalah menyelesaikan 3 tugas: 1. Menjaga sistem sosial dalam keadaan yang sangat baik 2. Membawa kemajuan duniawi dari setiap mahkluk hidup 3. Serta menyebabkan kemajuan dalam alam rohani. – Shri Adi Shankaracharya

Tujuh alam-alam positif yang wujud:  Alam-alam yang wujud diduduki oleh orang-orang yang hidup dan tubuh-tubuh halus yang melakukan kebaikan dan terlibat dalam amalan rohani mengikut jalan positif amalan rohani yang dikenali sebagai tujuh alam-alam positif yang wujud atau saptalok. Dengan jalan positif, bererti orentasi amalan rohani ke arah realisasi Tuhan, iaitu perkembangan rohani adalah muktamad.

Alam Bumi adalah hanya alam fizikal yang wujud di Alam Semesta dan juga alam pertama yang wujud dalam hieraki alam-alam positif yang wujud di Alam Semesta.

Tujuh alam-alam Negatif yang wujud:  Ini adalah alam-alam yang wujud diduduki oleh tubuh-tubuh halus yang telah melakukan ketidakbaikan dan terlibat dalam amalan rohani mengikut jalan negatif. Dengan jalan negatif, bererti orientasi amalan rohani ke arah mendapatkan kuasa rohani, contoh kuasa-kuasa ghaib. Kuasa rohani ini terutamanya digunakan untuk meningkatkan kawalan seorang ke atas orang lain atau tujuan negatif. Oleh itu semua tubuh halus yang pergi ke mana-mana salah satu alam Neraka yang wujud, iaitu menjadi hantu berdasarkan niat-niat jahat mereka.

Rujuk ke artikel mengenai,  ‘Apakah itu hantu’?

Sub alam Neraka (Narak) yang wujud: Setiap alam yang wujud mempunyai sub-alam dikenali sebagai Narak. Sebagai contoh, alam pertama Neraka yang wujud akan mengandungi di dalamya sub-alam, iaitu dikenali sebagai Narak  pertama. Narak dikhaskan untuk hantu yang paling teruk (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) dalam Neraka. Hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) menduduki Narak pertama menghadapi hukuman yang amat teruk dan untuk tempoh masa yang panjang daripada mereka yang menduduki alam pertama Neraka yang wujud.

Gambarajah di bawah menunjukkan kewujudan 14 alam di dalam Alam Semesta.

Sila ambil perhatian:

1. Demi kesederhanaan, walaupun kita telah menunjukkan kewujudan alam-alam satu di atas yang lain dalam gambarajah, secara realiti mereka adalah di sekeliling kita dalam semua arah. Cuma hanya Bumi adalah alam ketara yang fizikal yang dilihat; sedangkan alam-alam lain semakin lebih halus dan maka tidak kelihatan dengan mata kasar. Bahkan perbezaan orang, walaupun hidup di alam Bumi mengalami pemikiran dan emosi yang sesuai dengan alam-alam kewujudan yang lain mengikut tahap rohani atau pemikiran. Sebagai contoh Orang Suci/Saints, iaitu orang yang telah berkembang secara rohani melampaui 70% tahap rohani, menyebabkan kewujudannya sesuai dengan kewujudan alam positif iatu Syurga dan seterusnya. Sebaliknya seorang yang merancangkan pencurian mengalami pemikiran terkait dengan alam ke-1 Neraka, seorang merancang beberapa tindakan membahayakan orang lain terkait dengan alam ke-2 Neraka dan seterusnya dan seorang yang merancang pembunuhan mengalami pemikiran yang terkait dengan alam ke-7 Neraka. Namun, tidak ada 2 alam yang wujud boleh dialami serentak, contohnya seorang tidak boleh mengalami pemikiran yang terkait dengan 2 alam yang lain contoh Syurga dan Mahārlok.

2. Alam Nether (Bhuvarlok) dengan tepatnya adalah alam yang berjauhan daripada Tuhan. Kita bagaimanapun telah menggambarkannya sebagai alam positif kerana tubuh halus alam ini masih mempunyai kesempatan untuk dilahirkan di Bumi dan maju secara rohani.

Selagi tubuh-tubuh mundur ke mana-mana alam Neraka, maka terdapat kemungkinan yang kecil untuk mereka dilahirkan di Bumi dan maju ke arah Tuhan.

Satu penjelasan mengenai skema warna yang digunakan

  • Bumi digambarkan berwarna merah kerana ia mewakili tindakan (iaitu komponen asas halus Raja), sebab ia adalah satu-satunya alam di mana kita mempunyai tubuh fizikal untuk melakukan sesuatu.
  • Syurga digambarkan berwarna merah jambu, iaitu mewakili berlimpahnya kebahagiaan.
  • Kuning digambarkan pengetahuan rohani dan peningkatan dalan komponen asas halus Sattva. Akhirnya ia menjadi hampir putih pada tahap yang lebih tinggi, yang menggambarkan kedekatan dengan prinsip Tuhan tidak nyata.
  • Alam-alam Neraka digambarkan dengan warna-warna gelap ke hitam, kerana terdapat peningkatan komponen asas halus Tama.

3. Syurga dan kewujudan alam-alam positif yang lain di Alam Semesta

Alam yang wujud 1 Tahap rohani % Komponen Sattva Jenis orang Tubuh yang dominan6 Emosi yang dominan
Satya 95% 95% Hampir sepenuhnya berpengetahuan luas Ego halus / Suprakasual Kebahagiaan Sattvik (5%) Kebahagiaan abadi dan Ketenangan Abadi (95%)
Tapa 90% 90% Sangat berpengatahuan luas Intelek/Kasual Kebahagiaan Sattvik (25%) Kebahagiaan abadi dan Ketenangan Abadi (75%)
Jana 85% 85% Lebih berpengetahuan luas Intelek/Kasual Kebahagiaan Sattvik (50%) Kebahagiaan abadi dan Ketenangan Abadi (50%)
Maha 80% 80%5 Berpengetahuan luas Intelek/Kasual Kebahagiaan Sattvik9(95%) Kebahagiaan abadi dan Ketenangan Abadi10(25%)
Syurga yang Superior 75% 75% Lebih merit Intelek/Kasual Lebih kebahagiaan
Syurga yang Inferior 60% 60%4 Kurang merit Tubuh mental Sedikit kebahagiaan8
Nether(Bhuva) 40% 40% Biasa Keinginan sebahagian tubuh mental Kebahagiaan/ ketakbahagiaan7
Bumi 20%3 33% Biasa Fizikal Kebahagiaan/ ketakbahagiaan

Nota Kaki (berdasarkan nombor-nombor dalam warna merah di jadual di atas):

  1. Setiap alam positif dan negatif yang wujud di luar batasan alam Bumi (fizikal) yang wujud menjadi semakin halus. Halus, kita maksudkan, bahawa ia melampaui pemahaman 5 deria, minda dan intelek. Satyalok adalah teramat halus, contohnya ia amat sukar dilihat atau difahami kecuali dengan tahap deria keenam yang amat tinggi tahap yang dicapai.
  2. Oleh sebab kekurangan amalan rohani, kebanyakkan orang dalam era kini pergi ke dunia Nether atau salah satu daripada alam Neraka yang wujud. Kita secara am pergi ke dunia Nether selepas kematian apabila bahagian demerit (ditanggung oleh sebab perbuatan yang salah di Bumi) adalah lebih kurang 30%. Demerit biasanya mengandungi niat jahat terhadap orang lain dan banyak keinginan. Kemungkinan diserang di dunia Nether oleh hantu tahap lebih tinggi daripada alam Neraka bawahan yang wujud hampir dipastikan.
  3. Bumi adalah satu-satunya alam yang wujud di mana terdapat satu penggabungan orang dengan pelbagai tahap rohani. Namun, selepas kematian dengan tepatnya kita pergi ke alam yang sesuai dengan tahap rohani.
  4. Tahap kerohanian Samasthi merujuk kepada tahap rohani yang dicapai melalui amalan rohani khas untuk kepentingan masyarakat (samashti sādhanā), manakala amalan rohani vyasthi merujuk kepada amalan rohani yang dicapai melalui amalan rohani individu (vyashti sādhanā). Pada masa kini, kemajuan rohani untuk kepentingan masyarakat mempunyai 70% kepentingan manakala amalan rohani individu mempunyai 30% kepentingan.

    Tahap rohani minimum yang diperlukan untuk mencapai Syurga selepas kematian adalah 50% (samashṭi) atau 60% (vyashṭi). Sila rujuk kepada artikel, yang menerangkan apakah itu tahap rohani dan pembahagian populasi dunia dalam tahun 2006 mengikut tahap rohani. Pada dasarnya daripada prespektif kerohanian sains, perbuatan yang berpahala untuk mencapai Syurga atau alam positif yang lebih tinggi yang wujud adalah perbuatan yang dilakukan untuk tujuan realisasi Tuhan. Berikut adalah tiga ciri-ciri yang boleh digunakan.

    • Tindakan-tindakan yang dilakukan tanpa doership contohnya dengan pandangan bahawa Tuhan sendiri yang melakukan tindakan itu atas diri kita dan oleh sebab saya tidak boleh menuntut sebarang kredit.
    • Melakukan tanpa harapan pujian atau penghargaan
    • Melakukan tanpa harapan keputusannya. Lebih dari tindakan semata, adalah sikap atau pandangan sebalik tindakan yang lebih diperhitungkan.
  5. Untuk mencapai alam yang lebih tinggi yang wujud melampaui Syurga seorang perlu berada pada tahap rohani yang lebih tinggi daripada 60% ( samashti) atau 70% (vyashti). Ini hanya boleh dicapai melalui amalan rohani yang konsistent mengikut enam hukum asas amalan rohani bersama-sama dengan pengurangan yang besar dalam ego.
  6. Dengan dominasi tubuh, bererti tubuh adalah paling aktif, iaitu, mental, intelek atau ego halus. Sebagai contoh, alam Nether yang wujud (Bhuvarlok), tubuh-tubuh halus masih mempunyai banyak keinginan dan kemelekatan. Akibatnya, sering kali mereka menjadi hantu-hantu yang cuba memenuhi beberapa keinginan mereka. Ini membuat mereka terbuka terhadap hantu-hantu dari tahap yang lebih tinggi dari anak tangga Neraka yang lebih rendah untuk mengambil kesempatan daripada keinginan mereka untuk mempengaruhi orang di Bumi.
  7. Di alam Nether yang wujud kita mengalami beberapa kebahagiaan. Namun, ketakbahagiaan di alam tersebut lebih besar dibandingkan dengan ketakbahagiaan yang dialami di Bumi.
  8. Di alam Syurga yang wujud, tubuh-tubuh halus mengalami kebahagiaan yang tidak terhingga. Kebahagiaan adalah sangat melampaui pengalaman kebahagiaan di Bumi dari segi kuantiti, kualiti dan tempoh. Semakin kita pergi ke alam yang lebih positif yang wujud, terdapat peningkatan dari segi kualiti kebahagiaan dan tidak ada ketakbahagiaan.
  9. Kebahagiaan Sāttvik bermaksud kebahagiaan yang diperolehi daripada membantu orang lain tanpa sebarang harapan atau terikat untuk berkhidmat. Apabila ego terlibat dalam tindakan, ia menjadi rājasik.
  10. Ketenangan adalah pengalaman yang lebih tinggi daripada kebahagiaan.

3.1 Alam-alam positif yang wujud dan kelahiran semula di Bumi

Dari alam-alam yang wujud di bawah Maharlok, orang-orang perlu dilahirkan semula di alam Bumi untuk menyelesaikan takdir dan menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima.

Jika seorang mencapai Maharlok pada tahap rohani 60% (samashti) atau 70% (vyashti) atau mencapai Janalok pada tahap rohani 70% (samashti) atau 80% (vyashti) selepas kematian, seorang tidak perlu dilahirkan semula kerana semua tadkir yang baki (akaun terkumpul) boleh diselesaikan dari alam-alam yang wujud itu sendiri. Namun tubuh-tubuh halus yang telah berevolusi boleh memilih dilahirkan atas kehendak mereka. Mereka melakukan sedemikan untuk bertindak sebagai panduan rohani kepada manusia.

Dalam setengah-tengah keadaan orang yang meninggal dunia walaupun tahap rohani kurang daripada 60% boleh mencapai Maharlok. Di sini keupayaan seseorang untuk perkembangan rohani dipertimbangkan. Melalui kajian rohani kita mendapati bahawa terdapat 5 faktor yang mempengaruhi potensi untuk kemajuan rohani yang selanjutnya.

  • Mempunyai jumlah emosi rohani (bhāv) yang tinggi,
  • Mempunyai kurang ego
  • Mempunyai keinginan yang kuat untuk kemajuan rohani
  • Melakukan amalan rohani secara tetap
  • Dipengaruhi atau tidak dipengaruhi oleh tenaga negatif.

Oleh kerana dipengaruhi oleh tenaga negatif, ia sangatlah menghalang kemampuan untuk perkembangan rohani. Maka, jika seorang pada tahap rohani di bawah 60% (samashti) atau 70% (vyashti) dan mempunyai kualiti-kualiti yang baik, tetapi sangat terjejas, maka kemampuan individu untuk mencapai alam rohani yang lebih tinggi yang wujud seperti Maharlok  adalah terbatas.

Jika seorang mencapai Tapolok atau Satyalok selepas kematian, maka orang tersebut tidak akan dilahirkan di alam Bumi yang wujud tetapi terus melakukan amalan rohani dari alam yang wujud hingga seseorang bersatu sepenuhnya dengan Tuhan.

3.2 Pentingnya kewujudan alam Bumi

Kewujudan alam Bumi adalah sangat penting.  Ia adalah satu-satunya alam yang wujud di mana kita boleh membuat perkembangan rohani dengan pesat dan menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima kita dalam tempoh masa yang tersingkat. Alasan utama untuk ini adalah dengan bantuan tubuh fizikal, kita boleh melakukan banyak perkara untuk meningkatkan perkembangan rohani dan tahap rohani dan mengurangkan komponen asas halus Tama.

Selain daripada Bumi, perkembangan rohani kemungkinan besar berlaku hanya di alam-alam lebih tinggi daripada Syurga seperti Maharloka dsb. Ini adalah kerana di Syurga, tubuh-tubuh halus mengalami risiko iaitu akan terperangkap dengan keinginan yang tidak berakhir yang ditawarkan di Syurga. Di alam-alam Nether dan Neraka yang wujud, hukuman adalah sangat berat dan juga distres daripada hantu-hantu lebih tinggi menyebabkan ia menjadi amat susah untuk bangkit daripada penderitaan untuk melakukan amalan rohani yang bernilai.

4. Apakah itu Neraka, siapakah yang pergi ke Neraka dan seperti apakah Neraka?

Alam Neraka yang wujud (Pātāl) % komponen Sattva Jenis orang Tubuh yang dominan Emosi yang dominan
Ke-1 28% Fizikal
Ke-2 25% Keinginan sebahagian tubuh mental
Ke-3 22% Tubuh mental
Ke-4 19% Semakin tamasik Intelek/Kasual Semakin ketakbahagiaan
Ke-5 16% Intelek/Kasual
Ke-6 13% Intelek/Kasual
Ke-7 10% Intelek/Kasual
  • Apabila seorang pergi ke alam Neraka yang wujud lebih rendah, akibatnya semakin berkurangnya komponen asas halus Sattva pada persekitaran yang menjadi kurang selesa untuk mengalami kebahagiaan.
  • Dalam alam Neraka yang wujud, terdapat beberapa hantu-hantu yang akan melakukan beberapa jenis amalan rohani untuk mendapat kuasa rohani. Hantu pada hieraki yang tertinggi adalah ahli sihir daripada alam ke-7 Neraka yang wujud. Mereka mempunyai kuasa rohani yang teramat hampir setara dengan seorang Suci/Saint pada tahap rohani 90%. Mereka mengawal semua jenis hantu yang lain dengan kuasa rohani yang kurang.
  • Semakin dalam seseorang pergi ke dalam pelbagai alam Neraka yang wujud, iaitu dari ke-1 ke ke-7, tahap kebahagiaan yang dialami melalui tubuh-tubuh halus di dalam alam tersebut berkurangan dan tahap ketakbahagiaan berlipat ganda. Pengalaman minimum kebahagiaan pun hanya disebabkan asyik dengan kenangan-kenangan peristiwa lampau yang positif, kenangan yang menyenangkan kekayaan yang lampau dsb. Pengalaman ketakbahagiaan adalah disebabkan kenangan kesakitan fizikal dan peristiwa yang menghina, kenangan-kenangan tidak tercapai keinginan, contohnya mengenai pendidikan, rumah, kerjaya, kebahagiaan yang diharap daripada anak-anak dalam kehidupan yang lepas.
  • Tahap hukuman/kesakitan yang dialami dalam pelbagai alam Neraka yang wujud dan Narak yang berkaitan semakin meningkat dengan alam Neraka yang wujud berikutan. Dan juga, tempoh hukuman yang dialami di setiap Narak adalah berlebihan dibandingkan dengan alam Neraka yang sama yang wujud. Jika kita pertimbangkan hukuman di alam pertama Neraka yang wujud sebagai 100%, maka hukuman dengan alam Narak yang pertama yang berkaitan adalah lebih 50% iaitu 150%.

Jadual berikut menerangkan dengan contoh-contoh bersama-sama dengan intensiti purata kebahagiaan dan ketakbahagiaan yang kita alami di pelbagai alam Neraka yang wujud.

Alam Neraka yang wujud (Pātāl) % Kebahagiaan1 Contoh kebahagiaan % Ketakbahagiaan1 Contoh ketakbahagiaan
Ke-1 30% Pengalaman kebahagiaan kerana asyik dengan kenangan-kenangan peristiwa positif dalam kehidupan yang lampau 50% Pengalaman ketakbahagiaan kerana kenangan-kenangan kesakitan fizikal dan peristiwa yang menghina dalam kehidupan yang lampau
Ke-2 25% Kenangan-kenangan manis mengenai kekayaan dalam transaksi duniawi 55% Pengalaman ketakbahagiaan disebabkan kenangan-kenangan tidak tercapai keinginan, contohnya mengenai pendidikan, rumah, kerjaya, kebahagiaan daripada anak-anak
Ke-3 20% Pengalaman kebahagiaan kerana mengenangkan keinginan yang tercapai dalam kehidupan yang lampau 60% Ketakbahagiaan disebabkan tidak tercapai keinginan akibat tidak adanya tubuh fizikal
Ke-4 15% Kebahagiaan sementara apabila melihat orang lain berderita dan berperasaan bahawa orang lain juga sama sepertinya, iaitu bukan seorang sahaja yang berderita. 70% Permulaan penderitaan mental disebabkan begitu banyak penderitaan di Neraka dan bau busuk
Ke-5 10% Kebahagiaan sementara dengan pemikiran bahawa pada suatu hari seorang  akan membebaskannya dari penderitaan 80% Kehidupan sebagai hamba kepada ahli sihir, kekecewaan yang teramat disebabkan pemikiran bahawa seorang tidak akan bebas dari penderitaan
Ke-6 Tiada 90% Penyeksaan yang teramat disebabkan penderitaan yang terlaluan
Ke-7 Tiada 100% Penderitan yang berterusan membawa perasaan sikap tidak peduli

Nota 1 Dalam kebanyakkan kes-kes, lajur kebahagiaan dan ketakbahagiaan tidak berjumlah 100%. Ini disebabkan bahawa peratusan yang baki adalah apabila tubuh halus di Neraka berada dalam keadaan emosi neutral. Sebagai contoh, apabila melakukan beberapa kerja biasa dan tidak mempunyai pemikiran-pemikiran bahagia dan takbahagia.

5. Pergerakan di antara alam-alam halus yang wujud di Alam Semesta

Seorang ditetapkan dengan alam yang wujud yang sepadan dengan sifat asas seseorang dari segi Sattva, Raja dan Tama. Ini juga merupakan fungsi tahap kerohanian seseorang. Maka, tubuh-tubuh halus daripada alam positif bawahan yang wujud tidak boleh pergi ke alam positif yang lebih tinggi yang wujud dan mereka dari alam negatif yang wujud yang pertama atau kedua tidak boleh pergi ke alam Neraka yang lebih dalam yang wujud. Ini bersamaan dengan bagaimana kehidupan manusia di alam menghadapi kesukaran untuk bernafas pada ketinggian yang lebih tinggi, tetapi manusia yang tinggal di ketinggian yang lebih tinggi boleh mengurusnya dengan baik.

6. Apakah yang memutuskan ke mana kita pergi selepas kematian?

Pada masa kematian, tubuh fizikal menjadi tidak aktif tenaga vital digunakan untuk fungsi tubuh fizikal dibebaskan ke Alam Semesta. Tenaga vital pada masa kematian bergerak jauh daripada tubuh halus daripada alam Bumi. Sama seperti berat projektil memutuskan sejauh mana roket akan melonjak, begitu juga berat tubuh halus memutuskan alam yang wujud ke mana perginya ke dalam tubuh alam yang wujud dalam kehidupan selepas kematian.

’Berat’ dari tubuh halus itu terutama merupakan fungsi dari jumlah komponen asas halus Tama dalam kita.

Ke 3 komponen asas halus: Setiap seorang daripada kita terdiri daripada tiga komponen asas halus atau guṇas. Komponen-komponen ini bersifat rohani dan tidak boleh dilihat tetapi mendefinisikan personaliti. Mereka adalah:

  • Sattva: Kesucian dan Ilmu
  • Raja:Tindakan dan ghariah
  • Tama:Kejahilan dan kelemahan. Dalam orang biasa pada era kini, komponen asas halus Tama adalah setinggi 50%.

Sila baca artikel mengenai ke 3 komponen asas halus

Semakin kita dipenuhi dengan komponen Raja dan Tama, semakin kita menonjolkan ciri-ciri berikut yang menambah ke dalam ’berat’ kita dan menentukan ke mana ke pergi dalam alam yang wujud dalam kehidupan kita selepas kematian:

  • Lebih melekat kepada benda-benda duniawi dan mementingkan diri sendiri
  • Lebih keinginan yang tidak tercapai
  • Perasaan balas dendam
  • Lebih banyak jumlah demerit atau perbuatan salah
  • Lebih banyak jumlah kecacatan personaliti seperti marah, tamak, takut dsb.
  • Lebih banyak jumlah ego: Ego ertinya berapa banyak seorang mengenal pasti dirinya dengan tubuh, minda dan intelek berbanding dengan jiwa di dalam
  • Menghasilkan tahap rohani yang lebih rendah

Pengurangan kekal dalam bahagian komponen asas halus Tama dan ciri-ciri yang berkaitan yang dinyatakan di atas berlaku hanya dengan amalan rohani yang berterusan mengikut enam hukum asas amalan rohani. Penambahbaikan psikologi melalui buku-buku perbaikan diri atau cuba bersikap baik hanyalah bersifat dangkal dan sementara.

6.1 Pentingnya keadaan mental pada waktu kematian

Keadaan mental pada waktu kematian, selain daripada apa yang dinyatakan di atas, adalah sangat penting. Keadaan mental kita secara umumnya berhubungan dengan bahagian komponen asas halus dalam diri kita.

Jika seorang sebenarnya melakukan amalan rohani seperti mengucap dan mengulang Nama Tuhan pada masa kematian daripada terpengaruh dengan keinginan, pelekatan, hantu dsb adalah mungkin minimal untuk orang tersebut dibandingkan dengan keadaan apabila tidak mengucap dan mengulang. Ini membuat tubuh halusnya lebih ringan. Maka, jika dia meninggal dunia semasa mengucap dan mengulang, dia akan mencapai alam yang wujud yang lebih baik di antara sub-alam daripada apa yang dia akan tercapai apabila dia meninggal dunia tanpa mengucap dan mengulang.

Pada masa kematian, jika seorang mengucap dan mengulang Nama Tuhan dan juga dalam keadaan berserah kepada kehendak Tuhan, maka dia mencapai alam yang wujud yang lebih baik dalam kehidupan selepas kematian dan perhentian sementara ditempuh sepintas cahaya.  Ini adalah kerana seorang yang berada dalam keadaan berserah di alam Bumi yang wujud sendiri, mempunyai peluang yang kurang untuk meningkatkan egonya dalam kehidupannya selepas kematian. Juga, keseluruhan tanggungjawab kesejahteraannya dalam kehidupan selepas kematian ditanggung melalui pembimbing rohani yang berevolusi (Guru).

6.2 Siapakah yang pergi ke Neraka?

Berikut adalah jenis-jenis perbuatan dalam kehidupan kita di Bumi yang sering menempatkan kita dalam salah satu daripada alam Neraka yang wujud.

Alam Neraka yang wujud (Pātāl) % demerit Contoh jenis demerit
Ke-1 40% Menyebabkan kemudaratan terhad kepada individu
Ke-2 50% Menyebabkan kemudaratan kepada sebahagian daripada masyarakat seperti penipuan orang ramai pada masa yang sama seperti penipuan dalam skala yang besar
Ke-3 55% Menyebabkan kemudaratan kepada sebahagian besar daripada masyarakat seperti mencemarkan makanan atau ubat dsb
Ke-4 60% Menganjurkan bahaya pada sebahagian masyarakat – keganasan yang berkaitan dengan termasuk senjata api
Ke-5 70% Menghasut orang lain untuk memudaratkan masyarakat
Ke-6 80% Menyebabkan kemudaratan dalam/sebahagian daripada negara
Ke-7 90% Menyebabkan kemudaratan kepada negara secara keseluruhan dan kepada mereka yang berkerja untuk masyarakat

Tahap, tempoh dan niat di sebalik perbuatan salah adalah faktor penting yang menentukan alam Neraka yang wujud yang diperolehi selepas kematian dan bukannya hanya tindakan sendiri.

7. Bunuh diri dan kehidupan di akhirat

Terdapat dua jenis kematian yang berkaitan dengan waktunya.

Kematian akhir yang ditakdirkan: Ini adalah masa kematian maka tidak boleh dihindari

Kematian yang mungkin: Ini adalah keadaan di mana seorang mungkin boleh mati. Setiap orang mungkin mengalami kemungkinan kematian apabila seorang berdekatan dengan kematian tetapi mungkin diselamatkan disebabkan oleh meritnya.

Untuk maklumat yang lanjut mengenai jenis-jenis kematian sila rujuk artikel kita – Saat Kematian

Dalam kes-kes di mana seseorang melalui krisis yang tidak dapat diatas dalam kehidupan atau mempunyai gangguan personaliti yang teruk, dia mungkin berfikiran untuk mengambil nyawa sendiri dalam keaadan tertekan. Hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif dsb) juga menambahkan kemurungan dalam seseorang yang membunuh diri dan kadang-kadang juga memainkan peranan dalam mendorong orang tersebut melewati batas untuk bunuh diri. Namun, membunuh diri tetap merupakan tindakan disengaja yang berlaku apabila seseorang melalui fasa kemungkinan kematian mengikut takdirnya.

Kehidupan di alam Bumi yang wujud adalah sangat berharga dan diberi keutamaan untuk perkembangan rohani kita. Apabila kita membunuh orang lain kita mewujudkan akaun karmic memberi-dan-menerima dengan mereka. Namun dengan membunuh diri, kita mensia-siakan peluang untuk perkembangan rohani dan maka menanggung dosa yang terberat. Akibatnya orang yang membunuh diri pergi ke bahagian Narak ke-7 alam Neraka yang wujud selama tempoh 60,000 tahun Bumi, dalam kehidupan selepas kematian. Dalam tempat itu tiada sebarang cahaya; ia seperti pengurungan sendirian dalam penjara. Malahan tiada seorang dalam alam Narak yang akan memberi nasihat mengenai amalan rohani, tubuh halus kekal dalam kegelapan kejahilan rohaniah.

8. Mengapa terdapat jeda waktu di antara dua kehidupan semula?

Dalam proses kajian dengan menggunakan trans hipnosis untuk mengesan kehidupan lampau seseorang, didapati bahawa jeda waktu di antara dua reinkarnasi di Bumi secara purata boleh mengambil 50 hingga 400 tahun. Berikut adalah sebas-sebab jeda waktu:

  • Tubuh halus tetap berada di Syurga atau di alam Nether yang wujud untuk pelbagai tempoh waktu untuk menjalani merit dan demerit (dosa-dosa).
  • Keadaan di alam Bumi yang wujud perlu menggalakkan untuk menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima dari kelahiran sebelumnya dengan pelbagai orang. Hal ini sesuai dengan hukum Karma. Reinkarnasi dari tubuh halus ditunda sehingga masanya apabila pelbagai orang lain yang mempunyai akaun memberi-dan-menerima juga bersedia untuk mengambil kehidupan semula.
  • Kadang-kadang regresi kehidupan lampau, seorang tidak melaporkan reinkarnasi dalam keadaan trans. Ini adalah disebabkan bahawa reinkarnasi tertentu yang terjadi tanpa peristwa atau singkat dan orang tersebut mungkin tidak mengingati sebarang maklumat mengenainya.

Dalam kes tubuh-tubuh halus yang diturun ke alam Neraka yang lebih dalam yang wujud, jeda waktu di antara dua reinkarnasi mungkin mengambil ribuan tahun. Mereka tinggal di alam Neraka yang wujud masing-masing sehingga masa hukuman mereka tamat. Dalam kebanyakkan kes, ini bererti dibiarkan menderita di alam Neraka yang wujud dalam kehidupan mereka sehingga pembubaran Alam Semesta.

9. Kehidupan selepas kematian – secara ringkas 

Fakta-fakta di atas mengenai pelbagai alam yang wujud memberikan kita idea yang saksama tentang akibat yang mungkin kita hadapi dalam kehidupan kita selepas kematian disebabkan bagaimana kita hidup dalam kehidupan kita. Hanya dengan amalan rohani atau perbuatan terpuji yang melampau seseorang boleh pergi ke alam yang lebih tinggi yang wujud dan seterusnya mengelakkan ketakbahagiaan dan hukuman dan menikmati kebahagiaan di tahap yang lebih tinggi. Terdapat juga peluang yang lebih baik untuk  reinkarnasi di alam Bumi yang wujud dalam keadaan yang kondusif untuk amalan rohani. Ini adalah supaya seorang bergerak lebih jauh ke atas di alam halus yang wujud di Alam Semesta. Semakin jauh kita pergi ke dalam Era Persengekataan kini (Kaliyug), kemungkinan seseorang pergi ke alam yang lebih tinggi yang wujud menjadi kurang.

Sebaik sahaja kita pergi ke alam bawahan yang wujud seperti alam Nether yang wujud atau alam-alam Neraka yang lain, kita tinggal di sana dan mengalami ketakbahagiaan yang teramat untuk berkurun-kurun sehingga kita selesai membayar demerit (dosa-dosa) kita melalui penderitaan hukuman yang intensif yang dijatuhkan dan mendapat satu peluang untuk  reinkarnasi di Bumi.

Demi untuk melakukan amalan rohani secara konsisten di alam Bumi yang wujud mengikut 6 hukum asas amalan rohani adalah seperti berenang melawan arus di era kini. Namun, ia merupakan jalan yang terjamin untuk maju ke alam-alam yang lebih tinggi yang wujud dalam kehidupan selepas kematian.

Artikel yang berkaitan daripada blog SSRF:

Blog: Mengelakkan hukum alam bahkan setelah kematian