Mulakanlah  Perjalanan Kerohanian Anda

Mulakanlah Perjalanan Kerohanian Anda


Di sepanjang laman web, Yayasan Penelitian Ilmu Kerohanian (Spiritual Science Research Foundation- SSRF) telah menekankan betapa pentingnya melakukan amalan kerohanian (spiritual practice) secara teratur

Tujuan artikel ini adalah untuk memberikan pemahaman ringkas mengenai apa yang dapat anda lakukan untuk memulakan perjalanan kerohanian (amalan kerohanian) anda hari ini.


Apa sahaja agama atau dari mana sahaja kebudayan anda berasal, Yayasan Penelitian Ilmu Kerohanian (SSRF) menyarankan tiga hal yang dapat anda lakukan segera untuk memulakan atau melengkapi perjalanan kerohanian (spiritual journey) anda.

Mengucap secara berulang / mengulangi Nama Tuhan menurut agama kelahiran anda.
Mengucap secara berulang / mengulangi Nama pelindung bagi permasalahan leluhur / nenek moyang.
Membangunkan pengetahuan kerohanian / spiritual anda.

Mengucap secara berulang (mengulangi) Nama Tuhan sesuai dengan agama anda dilahirkan:

Kita dilahirkan dalam agama yang paling kondusif / menggalakkan untuk memulakan perjalanan kerohanian kita. Dengan demikian, aspek ketuhanan yang kita sembah menurut / sesuai dengan agama kita adalah apa yang paling bermanfaat bagi pertumbuhan kerohanian kita pada tahap itu. Pelbagai Nama Tuhan menurut agama masing-masing mewakili pelbagai aspek daripada satu Tuhan Yang Maha Esa. Dengan mengucap secara berulang / mengulangi Nama Tuhan menurut agama kelahiran kita, kita berseru kepada aspek ketuhanan tersebut dan memanfaatkan kuasa ketuhanan-Nya. Hal ini dapat dikiaskan sebagai pengambilan tonik kerohanian umum yang paling kita perlukan.

Marilah kita lihat beberapa contoh daripada nama Tuhan yang seharusnya kita ucap / ulangi sesuai dengan agama kelahiran kita.

Nama Tuhan yang manakah seharusnya diucap dan diulangi oleh seseorang?

Agama kelahiran Nama Tuhan untuk pengulangan dan pengucapan
Buddhist Ом Манипадме хум, Намо Будая;
Kristian Римски католик: Света Мария;
Англиканин или други християнски вероизповедания: Исусе Господи;
Hindu

Nama Dewa keluarga atau jika seseorang tidak tahu Nama Dewa keluarga maka orang tersebut dinasihatkan untuk mengucap dan mengulangi “Shri Kuladevataayai Namahaa”

Kaedah pengucapan & pengulangan bagi Nama Dewa keluarga: Shri harus menjadi prefiks / awalan bagi Nama Dewa keluarga, Nama berikutnya harus dalam tatabahasa ” objek tidak langsung” ( chaturthi pratyai ) dan kemudian diakhiri dengan Namaha.

Misalnya, jika Dewa keluarga adalah :
>Ganesh; kemudian ‘ Shri Ganeshaaya namahaa’
>Bhavani; kemudian ‘Shri Bhavaanimaatayai namahaa’
atau ‘ Shri Bhavaanidevyai namahaa’

Islam Ya Allah, Allah hu Akbar, Rahim dll..
Jain Navakar Mantra (Om Namo Arihantanam )
Jew / Yahudi Jehowah, Yahweh, Adonai atau salah satu daripada pelbagai Nama – nama Tuhan seperti mana dalam Judaisme ( Agama orang – orang Yahudi )
Sikh Vahe Guru, Shri Vahe Guru, Sukhmani Saheb, Japaji Saheb
Zoroastrian Terdapat 101 Nama. Para pencari Tuhan (Seeker) diminta untuk mengucap dan mengulangi Nama yang sesuai dengan angka yang diperolehi dalam meditasi.

Beberapa saranan dalam mengucap secara berulang / mengulangi nama Tuhan:

1. Mengucap secara berulang dengan cara yang anda rasa selesa: Anda boleh mengucap di dalam mental atau secara lisan ataupun anda boleh mengucap / mengulangi dengan menggunakan tasbih, rosario, mala, dll. Anda boleh memilih mana – mana kaedah yang anda rasa selesa.
2. Bila-bila masa dan di mana – mana tempat: Anda boleh mengucap secara berulang bila – bila masa dan di mana – mana tempat. Contohnya, anda boleh mengucap sewaktu perjalanan ke tempat bekerja, sambil memasak, ataupun semasa membawa binatang peliharaan untuk berjalan-jalan.
3. Kuantiti dalam pengucapan dan pengulangan nama Tuhan: Semakin banyak pengucapan yang anda lakukan, semakin banyak pula manfaat kerohaniannya. Anda boleh memulakan dari lima minit sehari, kemudian secara beransur-ansur meningkatkan usahanya ke beberapa jam dalam sehari dalam masa beberapa bulan. Hal ini dapat dilakukan dalam banyak bahagian, dan sambil melakukan kegiatan-kegiatan lain seperti memasak dll seperti mana yang dijelaskan di atas.
4. Teratur dalam pengucapan secara beransur anda: Usaha yang ikhlas dalam pengucapan dan pengulangan nama Tuhan akan memberikan manfaat-manfaat seperti membawa perasaan ketenangan dalam hidup anda yang anda tidak dapat rasakan dalam jangka waktu yang lama ataupun kehidupan duniawi anda menjadi lebih baik.

Intinya: Berikanlah kesempatan terbaik untuk memulakan amalan kerohanian ini selama minimum 6 bulan dan anda akan melihat manfaat-manfaatnya dalam hidup anda.


Mengucap secara berulang (mengulangi) nama pelindung untuk permasalahan leluhur / nenek moyang

Di dunia kini, hampir kesemua daripada kita terpengaruh dengan sesuatu yang dikenali sebagai ‘Permasalahan Leluhur / Nenek – moyang’. Hal ini telah dijelaskan secara mendalam di bahagian artikel kami yang lain iaitu pada Permasalahan Leluhur/ Nenek- moyang.

Dengan mengucap dan mengulangi Nama Tuhan Datta (iaitu aspek Tuhan yang melindungi kita daripada permasalahan leluhur), kita akan terlindung daripada permasalahan ini.

Pengucapan dan pengulangan Nama yang tepat adalah ‘Shri Gurudev Datta’. Klik di sini untuk mendengar Nama Pelindung ini.

Tips dalam pengucapan dan pengulangan Nama ‘Shri Gurudev Datta’

  • Kuantiti: Kuantiti yang kami nasihatkan untuk pengucapan dan pengulangan nama ‘ Shri Gurudev Datta’ seharusnya sepadan dengan keamatan kesusahan yang dialami seseorang akibat permasalahan leluhur. Sila baca atikel kami, ‘Apakah itu permasalahan leluhur ?‘ untuk memahami jenis-jenis kesusahan / permasalahan yang akan dialami oleh seseorang disebabkan oleh permasalahan daripada leluhur/ nenek moyang.
    1. Dalam keadaan di mana tidak ada kesusahan atau sesusahan yang dialami adalah ringan, seseorang dapat mengucap dan mengulangi Nama ‘Shri Gurudev Datta’ selama 1 hingga 2 jam setiap hari untuk menghindari masalah tersebut di masa depan.
    2. Dalam keadaan di mana jika kesusahan yang dialami adalah sederhana, pengucapan dan pengulangan Nama ‘Shri Gurudev Datta’ harus dilakukan selama 2 hingga 4 jam setiap hari.
    3. Jika kesusahan yang dialami adalah teruk / parah, maka seseorang harus mengucap dan mengulangi Nama ‘Shri Gurudev Datta’ selama 4-6 jam setiap hari.

    Catatan: Kuantiti pengucapan dan pengulangan Nama yang dianjurkan di atas telah meningkat baru-baru ini. Kenaikan jumlah pengucapan dan pengulangan Nama telah dinasihatkan dengan mempertimbangkan peningkatan dalam kesulitan yang disebabkan oleh leluhur / nenek – moyang dan kuasa negatif pada masa ini dan di masa hadapan.

  • Sesuai dengan keselesaan anda: Anda boleh melakukan hal ini dalam satu sesi ataupun dalam beberapa sesi yang berasingan.

Membangunkan pengetahuan kerohanian / spiritual anda:

Belajar: Pembelajaran secara teratur tentang pelbagai aspek mengenai ilmu pengetahuan kerohanian / spiritual adalah penting untuk membantu anda memahami pentingnya amalan kerohanian yang teratur dan juga memperjelaskan pertanyaan yang mungkin anda miliki. Kami juga menyarankan anda supaya membaca bahagian-bahagian atau artikel-artikel berikut:

Catatan: Silalah berkongsi pengalaman anda dengan bebas atau ajukanlah pertanyaan yang anda miliki setelah memulakan amalan kerohanian anda.