Masalah Leluhur: Kajian Kes

SSRF menerbitkan kajian kes berikut dengan niat untuk memberikan sedikit sebanyak panduan kepada para pembaca kami di dalam menghadapi masalah yang wujud di peringkat fizikal atau psikologikal, tetapi mempunyai punca penyebab di dalam dimensi kerohanian. Apabila punca penyebab sesuatu masalah mempunyai ciri-ciri kerohanian, kami telah perhatikan bahawa penggunaan kaedah remedi penyembuhan kerohanian biasanya memberikan kesan yang paling baik. SSRF menasihati agar kaedah perubatan konvensional diteruskan bersama-sama remedi penyembuhan kerohanian untuk mengatasi masalah kesihatan fizikal dan psikiatrik. Semua pembaca di sini dinasihati supaya melakukan apa-apa remedi penyembuhan kerohanian berdasarkan budi bicara masing-masing.

Masalah yang disebabkan oleh leluhur kerana tradisi keluarga diabaikan

Sehingga Februari 28 2003, Mahesh, seorang pencari (seeker) dari India telah menghadapi pelbagai masalah di dalam hidupnya seperti kesukaran mengikuti matapelajaran, pertengkaran dengan ahli keluarga dsb. Setelah memulakan amalan kerohanian , pencari ini mula menetap di pusat Yayasan Penyelidikan Kerohanian atau Spiritual Science Research Foundation (SSRF) di Thane, sebuah bandar di luar Mumbai, India. Semasa amalan kerohanian, telah dapat diperhatikan bahawa temperamen beliau akan tiba-tiba berubah berlainan daripada diri sebenar beliau dan beliau akan membuat bising secara keterlaluan dan tidak seperti dirinya, seolah-olah dirasuk dan dikawal oleh sesuatu entiti lain. Pencari ini telah dihantar ke ashram SSRF di Panvel, sebuah bandar di India untuk penyembuhan kerohanian yang dilakukan oleh pencari-pencari yang mempunyai kebolehan persepsi halus (subtle perception abilities) supaya punca penyebab masalah beliau dapat dipastikan. Dalam masa yang singkat, ianya telah dikenalpasti bahawa punca penyebab adalah hantu leluhur pencari tersebut.

Berikutnya adalah sebuah transkrip perbualan di antara hantu yang manifes dan para pencari di SSRF dengan kebolehan dalam menerima persepsi dan berbual dengannya.

Komen:  Ini adalah salah satu cara di mana leluhur merasuki ahli keturunan dan berkomunikasi melalui mereka.

Tubuh Halus Leluhur: Saya adalah sepupu bapanya. Tinggalkan saya di Khareshwar (Sebuah kuil di India).

Para Pencari: Apa yang ada di Khareshwar?

Tubuh Halus Leluhur: Saya merasuki dia di kuil Khareshwar, jadi saya hanya boleh melepaskannya di situ sahaja. Yang Suci Dr. Jayant Athavale telah menyuruh saya melepaskan dia. Saya berasa ingin mengikuti perintah Beliau.

Komen: Setiap hantu mempunyai tuntutan yang tertentu untuk melepaskan orang yang terjejas. Adalah sukar untuk mencari sebab setiap kali mengapakah mereka mempunyai tuntutan sebegitu. Di dalam kes ini, sebabnya mungkin kerana hantu itu telah diarahkan untuk pergi dan meninggalkannya di tempat yang sama ia memasuki, kasih sayang atau hubungan terhadap individu dan keluarganya dapat dipenuhi, seolah-olah sebuah dosa dapat ditebusi, maka berakhirlah kitaran itu.

Para Pencari: Kenapa awak menyusahkan lelaki ini?

Tubuh Halus Leluhur: Kerana tiada sesiapapun di dalam keluarganya mengikuti tradisi keluarga yang menyembah Dewa Shiva (prinsip suci Kemusnahan / the divine principle of Destruction), di Khareshwar, dan oleh itu saya tidak dapat bebas daripada jelmaan mirip-hantu saya. Memandangkan mereka tidak meneruskan tradisi keluarga tersebut, kenapakah saya membiarkan mereka hidup? Saya ingin memusnahkan keluarga mereka.

Komen: Selepas kematian, sesuatu badan halus beredar di pelbagai alam halus kewujudan sebelum terlahir semula berdasarkan akaun beri-dan-terima (give-and-take account) yang dihasilkan mereka. Di kebanyakan masa mereka terperangkap di sesuatu alam dan tidak dapat berprogres ke alam seterusnya kerana mereka tidak mempunyai keupayaan dan tenaga untuk berbuat demikian. Roh-roh atau hantu-hantu ini memperoleh tenaga yang diperlukan untuk bergerak ke alam seterusnya melalui usaha amalan kerohanian yang dilakukan oleh waris keturunan mereka yang masih hidup. Maka dengan itu, jika keturunan mereka tidak melakukan usaha kerohanian yang diperlukan, mereka menyusahkan keluarga itu sehingga mereka berbuat demikian. Ini disebut sebagai masalah roh leluhur (ancestor’s soul problem).

Para Pencari: Kenapakah awak membuat terlalu banyak bising dan menyebabkan banyak masalah?

Tubuh Halus Leluhur: Kerana saya tidak boleh menginap di ashram (hermitage). Tinggalkan saya di Khareshwar. Saya tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melepaskannya di sini (di ashram)

Komen: Seperti diterangkan di atas, setiap hantu mempunyai pelbagai permintaan spesifik untuk melepaskan orang yang terjejas olehnya. Hantu di dalam kes ini tidak dapat beredar kerana tenaga positif (sattvikta) di ashram terlalu tinggi menyebabkan hantu kehilangan tenaga dan tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk keluar dari pencari yang terjejas.

Para Pencari: Bilakah awak merasuki dia?

Tubuh Halus Leluhur: Sewaktu dia berusia 4 tahun saya merasukinya di kuil Khareshwar.

Para Pencari: Bagaimana awak menyusahkan beliau?

Tubuh Halus Leluhur: Saya memburukkan tulisannya (pencari mempunyai tulisan yang buruk), Saya memberi rintangan di dalam pelajarannya. (Sewaktu pencari terjejas sedang belajar di bidang kejuruteraan dia tidak dapat mengikuti pelajaran selama setahun yang menyebabkannya gagal. Kemudiannya beliau rajin belajar tetapi masih gagal. Dia kerap berfikir untuk menamatkan pelajaran, tetapi pencari lain memujuknya supaya menghabiskan pelajaran sehingga lulus.) Saya menyusahkan emaknya dan juga cuba untuk mewujudkan rasa kesangsian tentang dirinya di dalam minda pencari lain.

(Sebelum hantu tersebut mula bercakap dengan para pencari tersebut, pencari yang terjejas selalu berkata, “Saya ingin pergi ke Thane”)

Para Pencari: Apakah yang ada di Thane?

Tubuh Halus Leluhur: Saya boleh menyusahkan dia lebih banyak di pusat SSRF di Thane tetapi tidak di ashram Panvel, kerana di sini terdapat banyak tenaga suci (komponen sattva).

Komen: Hantu (tenaga negatif) akan terasa derita di suasana yang terlampau suci. Di tempat sebegitu mereka tidak mempunyai kapasiti atau tenaga yang cukup untuk menganggu mangsa mereka.

Para Pencari: Jika kami membawanya ke Khareshwar adakah anda pasti meninggalkannya?

Tenaga Negatif : Ya, saya pasti akan meninggalkannya. Saya bersumpah demi Khareshwar! (Hantu tersebut mengulanginya sebanyak tiga kali)

Komen: Adalah diketahui bahawa hantu adakalanya bercakap bohong. Kerana, bercakap benar akan merosakkan misi mereka untuk membuat masalah. Apabila hantu bersumpah sebanyak tiga kali, ianya adalah indikasi kuat bahawa ianya sedang bercakap benar.

Para Pencari: Semasa dalam perjalanan ke Khareshwar, jika awak menyebabkan masalah kepada dia, kami tidak boleh membawanya.

Tubuh Halus Leluhur: Tidak, saya tidak akan menyebabkan masalah sewaktu perjalanan. Saya akan menyebabkan masalah hanya apabila beliau memasuki kuil dan tunduk di hadapan simbol Dewa Shiva (Pindi). (“Saya tidak akan menganggu semasa perjalanan ke kuil dan saya tidak akan menganggu pencari ini selepas ini” diulangi tiga kali oleh hantu tersebut).

Pada March 2, 2003 apabila pencari yang terjejas di bawa ke kuil Khareshwar, apabila tunduk kepada simbol Dewa Shiva, hantu tersebut manifes semula dan memberi maklumat berikut:

Tubuh Halus Leluhur: Setiap tahun bawanya untuk melawat kuil ini dan suruhnya untuk pergi ke tempat suci Kashi (sebuah tempat pilgrimasi di India) secepat mungkin. Ini adalah hasrat saya. Saya telah banyak menyusahkan beliau dan kerana itu saya sedih. Sampaikanlah salam saya kepada Yang Suci Dr. Jayant Athavale. Saya rasa sedih ketika keluar.

Selepas itu pencari tersebut terasa ringan, seolah-olah satu beban telah diangkat, dan selepas itu tidak mengalami apa-apa gangguan.

Komen: Adakalanya, untuk menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh hantu, ianya memerlukan ketetapan hati atau penglibatan (resolve) seorang Wali (Saint) agar hantu meninggalkan seseorang, seperti kes tersebut di atas. Adalah penting untuk memahami bahawa bergantung kepada kualiti amalan kerohanian seseorang, dia mempunyai pilihan untuk menunaikan ataupun tidak hasrat terakhir hantu tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa untuk mengatasi masalah tenaga negatif adalah tidak perlu untuk berjumpa dengan mana-mana tukang sihir (sorcerer) tetapi dengan kuasa mencanta Nama Tuhan (chanting the Name of God) dan amalan kerohanian komplimentari yang tertentu, seseorang akan dapat menentang hantu yang menganggu sama seperti dilakukan oleh pencari ini.