Apakah itu canta/pengucapan preskripsi?

SSRF menasihatkan kesinambungan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan rawatan penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit fizikal dan psikiatri.

Pembaca dinasihatkan untuk mengambil ubat penyembuhan rohani mengikut budi bicara mereka sendiri.

Canta/pengucapan (chants) preskripsi adalah canta yang digunakan untuk mengatasi masalah di mana akar penyebabnya/puncanya berada di dimensi kerohanian. Dengan cara ini, mereka bertindak sebagai  remedi penyembuh rohani dan juga berbeza dengan canta yang digunakan untuk pertumbuhan rohani.

Marilah kita memahami konsep ini melalui analogi. Apabila kita sakit, kita berjumpa dengan doktor yang mendiagnosis sebab-sebab perubatan tertentu bagi penyakit kita dan memberi kita preskripsi untuk ubat yang ditujukan kepada punca penyakit yang telah didiagnosis tersebut. Sebagai contoh:

  • Sekiranya terdapat jangkitan, maka antibiotik untuk dipreskripsikan untuk meringankan penyakit dengan membunuh kuman-kuman yang menjangkiti.
  • Sekiranya terdapat tekanan darah tinggi, ubat antihipertensi dipreskripsikan untuk bertindak pada pelbagai peringkat untuk mengurangkan hipertensi, iaitu tekanan darah tinggi tersebut.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa tidak kira di mana ubat-ubatan itu dijumpai atau dihasilkan dan tidak kira budaya atau agama seseorang pesakit, ubat-ubatan mempunyai kesan sejagat pada semua.

Begitu juga, melalui penyelidikan kerohanian, kita telah mendapati canta/pengucapan (chanting) tertentu yang berfungsi seperti ubat khusus untuk mengurangkan masalah kerohanian yang tertentu. Sebagai contoh, canta ‘Shri Gurudev Datta’ adalah ubat rohani spesifik untuk pelbagai masalah seperti ketidakupayaan untuk berkahwin, ketidakharmonian perkahwinan, ketidakupayaan untuk melahirkan anak, dan lain-lain yang merupakan manifestasi kesusahan yang disebabkan oleh nenek moyang kita yang telah meninggal dunia. Pelbagai canta preskripsi untuk mengurangkan penyakit fizikal dan mental tertentu diberikan dalam laman web kami.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa keberkesanan canta yang dinyatakan di atas adalah sejagat dan melampaui sempadan budaya dan agama.