Abstrak

Penetapan bagi kehidupan seseorang di Bumi bermula pada saat konsepsi. Ini adalah selaras dengan destininya. Namun, secara amnya, hanyalah selepas 3 bulan maka tubuh-halus memasuki rahim. Di dalam rahim, tubuh halus mengekalkan kesedaran mirip dewasa (adult like consciousness). Amalan kerohanian boleh memudahkan penghamilan, menarik tubuh-halus yang lebih baik dan juga membantu janin untuk mengembangkan impresi tentang amalan kerohanian. Peratusan komplikasi yang tinggi ketika hamil selalunya mempunyai punca asasnya di dalam kerohanian.. Ini adalah lebih tinggi di dalam kes yang melibatkan keguguran, kelahiran mati dan pengguguran.

Untuk memahami artikel ini anda perlu membiasakan diri dengan artikel-artikel berikut:

Dartar kandungan

1. Pengenalan kepada proses kelahiran semula dan hidup di dalam rahim

Di dalam artikel Hidup sebelum lahir (Bahagian 1): Masa sebelum konsepsi, kami telah menerangkan bagaimana selepas kematian seseorang tubuh halusnya menetap di salah satu 13 alam halus di Alam Semesta berdasarkan tahap kerohaniannya dan setakat manakah merit baik dan buruknya. Di dalam alam halus tersebut, dia mengalami pelbagai tahap bahagia atau tidak bahagia bergantung kepada merit baik dan buruknya. Beliau akan menetap di situ sehinggalah masa kelahiran semulanya di Bumi. Kelahiran semula manusia boleh dalam bentuk virus, bakteria, sebatang pokok, haiwan atau sebagai manusia. Di dalam artikel ini, kita akan menerangkan beberapa aspek kerohanian mengenai proses kelahiran semula dari masa konsepsi sehinggalah kelahiran.

Kami telah cuba untuk menerangkan perspektif kerohanian ini melalui satu siri soal-jawab mengikuti perjalanan tubuh halus dari masa konsepsi ke kelahiran dan pelbagai halangan yang mungkin ditempuhinya di sepanjang jalan.

Segala maklumat di dalam artikel ini telah diperolehi menerusi metodologi penyelidikan kerohanian.

2. Kemasukan tubuh halus ke dalam rahim

2.1 Adakah tubuh-halus melalui sesuatu jenis ‘stesen menunggu’ sebelum ianya memasuki rahim?

Tiada apa-apa ‘stesen menunggu’ yang spesifik di mana tubuh halus berkumpul sebelum kelahiran di Bumi sebagaimana ianya berlaku selepas kematian.

[Terdapat satu alam halus yang dipanggil Martyaloka di mana sesuatu tubuh halus pergi serta-merta selepas kematian fizikal. Ini adalah sebelum sampai ke destinasi terakhir di salah satu alam halus alam Semesta. Sila rujuk kepada artikel mengenai [Alam Orang Mati]

Bagaimanapun tubuh halus daripada alam halus positif yang lebih tinggi seperti Syurga (Swarga) atau lebih tinggi dan daripada alam halus negatif lebih rendah seperti 3 alam pertama Neraka (Pātāl), akan mula bergerak ke alam Nether (Bhuvarlok) sebelum memasuki alam Bumi. Jangkamasa transisi ini adalah amat singkat, i.e. lebih kurang beberapa saat sahaja. Semua tubuh halus yang pulang ke Bumi untuk tujuan kelahiran semula juga melalui Alam Orang Mati (Martyaloka) untuk masa yang singkat (momentarily).

2.2 Kelahiran semula dan masa konsepsi

2.2.1 Bilakah tubuh halus akan mengetahui tentang di manakah ianya akan lahir?

Tubuh halus akan mengetahui di manakah ianya akan lahir pada masa konsepsi.

  • amalan kerohanian ibunya atau
  • ritual yang dilakukan oleh ibubapa atau
  • Interferens oleh leluhur yang telah meninggal dunia bersempena dengan (in conjunction with) hantu peringkat tinggi

Nota: Dalam 70-80 % kes, tubuh halus yang sama yang telah diperuntukkan (as earmarked) ketika konsepsi akan kekal terus sepanjang tempoh penghamilan dan akhirnya lahir. Dalam 20-30% kes pula ianya mungkin dapat dikalahkan dan satu lagi tubuh halus dengan akaun memberi-dan-menerima kedua terbanyak dan masa yang kondusif untuk lahir di rahim tersebut mengambil tempat. Ini mungkin disebabkan oleh:

Sila rujuk kepada seksyen mengenai, Bolehkah seseorang wanita menarik sesuatu tubuh halus yang lebih maju (advanced) dan sāttvik ketika masa konsepsi?

2.2.2 Bagaimana tubuh halus tahu mengenai masa konsepsi?

Mengambil kira yang berikut, ianya adalah sesuatu yang luarbiasa bagaimana sesuatu tubuh halus tahu masa yang tepat tentang konsepsi dan zigot (zygote) tertentu yang terbentuk selepas konsepsi adalah baginya.

  • Terdapatnya beberapa bilion tubuh halus di alam halus.
  • Daripada beberapa bilion tadi, hanya satu sahaja yang bakal dilahirkan.
  • Ibubapa mungkin telah mencuba untuk beberapa bulan sebelum sesuatu konsepsi akhirnya terjadi.

Jadi, dengan mengambilkira skala dan magnitud, cara bagaimana sesuatu tubuh halus dipadankan dengan tepat sekali dengan sesuatu keluarga, adalah kerana di dalam dunia halus segala-galanya berfungsi berdasarkan vibrasi dan frekuensi (vibrations and frequencies). Berdasarkan/bergantung pada akaun memberi-dan-menerima dengan bakal ibubapa, sesuatu tubuh halus adalah secara tidak sedar tertarik (unconsciously drawn) kepada rahim, iaitu pada masa konsepsi disebabkan oleh vibrasi akaun memberi-dan-menerima. Ianya tidak mempunyai pilihan dalam perkara ini tatkala dirinya tertarik kepada bakal keluarga barunya.

2.2.3 Bilakah tubuh halus sebenar-benarnya memasuki rahim?

Pada poin masa ketika konsepsi, seperti yang telah dijelaskan tadi, tubuh halus tahu bahawa zigot tertentu telah diperuntukkan baginya.

Ketika tiga bulan pertama penghamilan, tubuh halus selalunya berada di alam halus di mana ianya berasal dan mungkin atau tidak datang melawat rahim. Namun selepas bulan ketiga, tubuh halus berkemungkinan tinggi untuk menetap di dalam rahim. Masa memasuki rahim mungkin berbeza di antara satu tubuh halus dan satu tubuh halus yang lain. Masa kemasukan adalah secara amnya selepas bulan ketiga tetapi boleh terlanjut sehingga bulan ke-7. Sesuatu tubuh halus yang lebih terikat pada bumi (earthbound) maka lebih cepatlah ianya mengambil tempatnya di dalam rahim.

Keseluruhan proses ini bersamaan seperti membina sebuah rumah. Pada amnya kita hadir pada waktu permulaan pembinaan rumah untuk bercakap dengan pembina. Dari masa ke semasa kita akan memeriksa pembinaan rumah tersebut. Namun kita akan akhirnya memasuki hanya setelah rumah itu siap. Masa dari permulaan konsepsi sehingga kepada bulan ketiga adalah sama seperti pembinaan rumah tersebut. Selepas bulan ke-3, pembesaran janin (foetus) adalah memadai untuk menjadi kondusif bagi kemasukan tubuh halus; ini bersamaan rumah tersebut sedia menerima penghuni.

Lukisan di atas yang berdasarkan pengetahuan-halus menunjukkan perjalanan (passage) tubuh halus dari alam Nether ke dalam janin di dalam rahim. Tubuh halus secara amnya adalah diserang oleh tenaga hitam (black energy) leluhur yang telah meninggal dunia atau hantu tatkala ianya memasuki perjalanan dari alam Nether menuju ke rahim.

2.2.4 Kenapakah tubuh halus selalunya bergerak masuk dan keluar rahim pada masa 3 hingga 7 bulan pertama?

Selepas dunia halus, janin dan rahim adalah persekitaran baru bagi tubuh halus untuk menetap. Ini turut diiringi fakta bahawa tubuh halus memikir dirinya pada ukuran yang sama seperti pada kelahiran lebih awal/sebelumnya walau telah lama meninggalkan tubuh fizikalnya. Disebabkan ini, saiz kecil zigot di sekitar masa konsepsi adalah agak menakutkan baginya. Sebenarnya halangan ini lebih berupakan psikologikal kerana sesuatu tubuh halus berupaya menukar bentuk dan saiznya. Di sekitar 3 bulan kehamilan, rahim mempunyai ruang yang cukup baginya untuk masuk dan menetap di situ. Namun begitu, tubuh halus mungkin keluar dan masuk dari janin mengikut kehendaknya dan pergi ke alam halus.. Kunjungan ini ke tempat tinggal sebelumnya di alam halus menjadi semakin lama semakin kurang dan selepas bulan ke-7 ia menetap secara kekal di dalam rahim. Ini adalah kerana kini ia hilang kerapatan (attachment) ke atas alam halus sebelum dan menjadi lebih terikat pada bumi (earthbound).

2.2.5 Bagaimanakah tubuh halus memasuki rahim?

Tubuh halus boleh memasuki rahim dalam pelbagai cara. 70% tubuh halus memasuki melalui kulit janin dan 30% melalui orifis lain seperti mulut, lubang hidung dsb.

2.2.6 Adakah bakal ibu tahu mengenai masa kemasukan?

Hanya bakal ibu yang berada pada tahap kerohanian 70% dan ke atas adalah cukup sensitif untuk mengalami kemasukan tubuh halus. Ibu yang sebegitu biasanya melahirkan anak-anak yang telah ‘berevolusi’ dari segi kerohanian.

2.2.7 Adakah destini bakal bayi bermula apabila ia memasuki rahim atau apabila ianya dilahirkan ketika 9 bulan?

Destini bakal bayi bermula pada masa konsepsi itu sendiri.

3. Jangkamasa di dalam rahim

3.1 Perasaan takut oleh tubuh halus

Secara semulajadi kita takut pada perkara yang tidak diketahui. Keseluruhan proses kelahiran semula dan kemasukan ke dalam rahim bagi tubuh halus adalah bermula dari ‘yang diketahui’ (known) yakni dunia halus kepada ‘yang tidak diketahui’ (unknown) yakni rahim. Memandangkan rahim adalah situasi yang keseluruhannya ‘tidak diketahui’ bagi tubuh halus, ianya mengalami pelbagai tahap ketakutan (varying degrees of fear).

Tubuh halus membawa suatu impresi mental yang berlarutan (lingering mental impression) yang dimiliki oleh tubuh manusia dewasa dari kelahiran sebelum. Jadi ianya amat menyakitkan (sheer agony) baginya untuk terkurung (confined) di dalam rahim. Di dalam kes di mana terdapatnya impresi yang mendalam bertujuan untuk membalas dendam terhadap keluarga yang mereka bakal dilahirkan atau jika terdapat sesuatu keinginan yang intens (intense desire) menanti dimakbulkan (awaiting fulfilment), maka tubuh halus akan melalui masa sebelum kelahiran (di dalam rahim) dengan sungguh-sungguh (eagerly) dan menerima ketidakselesaan dengan tabah.

3.2 Kesedaran sempurna mengenai kehidupan sebelumnya (Complete past life consciousness)

Tubuh halus di dalam rahim mempunyai kesedaran sempurna mirip dewasa (complete adult consciousness) yang sepadan dengan alam halus sebelumnya dari mana ianya datang. Ini akan berterusan sehinggalah ke masa kelahiran. Pada ketika kelahiran pun terdapat kesedaran yang momentari (momentary consciousness) mengenai kehidupan sebelum di alam halus, sehinggalah tabir Maya (the veil of the Great Illusion) memudarkan (dulls) kesedaran ‘hidup-sebelum’ bayi baru lahir tersebut. Apabila seseorang semakin terlibat dengan kehidupan ia akan dengan perlahan-lahan lupa akan kehidupan sebelumnya.

Diagram di bawah menunjukkan berapa ramai di antara kita yang mengingati kehidupan sebelum, selepas lahir.

4. Komplikasi ketika menghamil

Lebuh kurang 40% dari komplikasi ketika menghamil seperti demam pagi yang berlebihan dan berpanjangan (excessive and extended morning sickness) dsb adalah disebabkan oleh faktor-faktor kerohanian. Penyebab fizikal dan psikologikal masing-masing menyumbang sebanyak 30%.

Faktor kerohanian adalah pada lazimnya kerana destini ibu atau para leluhur yang menjadikan keadaan lebih teruk.

5. Keguguran dan kelahiran mati (Miscarriages and stillbirths)

Melalui penyelidikan kerohanian, yang berikut secara purata telah didapati adalah penyebab kepada keguguran dan kelahiran mati.

Keguguran dan kelahiran mati adalah terutamanya disebabkan oleh sebab-sebab kerohanian. Selain daripada akaun memberi-dan-menerima di antara janin dan ibunya, para leluhur memainkan peranan yang besar di dalam menyebabkan keguguran dan kelahiran mati. Keguguran dan kelahiran mati adalah biasanya berlaku di dalam kes akaun memberi-dan-menerima negatif di mana, di dalam kematian, janin telah membawa kepada kesedihan, khas ke atas ibunya dan secara am kepada seluruh keluarga tersebut. Janin tidak tahu mengenai peristiwa yang bakal berlaku ini awal-awal lagi.

Sila rujuk kepada  Seksyen 7 – Pengaruh leluhur/hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb.) ke atas tubuh halus di dalam rahim.

5.1 Ke manakah tubuh halus bayi mati dalam kandungan pergi?

Tubuh halus janin mati dalam kandungan, dan juga di dalam kes keguguran dan pengguguran, akan mengikuti jalan yang sama selepas kematian sebagaimana ianya berlaku ke atas tubuh halus orang dewasa. Oleh itu destinasi mereka di hidup selepas mati akan ditentukan oleh tahap kerohanian mereka dan merit baik dan buruk dari kelahiran sebelum.

6. Implikasi kerohanian pengguguran bayi

Dengan setiap pengguguran, berlaku satu akaun memberi-dan-menerima yang teruk yang samada diselesaikan atau baru diwujudkan di antara tubuh halus dan ibubapa. Bagaimanapun tanpa mengambil kira akaun memberi-dan-menerima, memandangkan pengguguran bermaksud memendekkan umur sesuatu kehidupan, ianya membawa kepada penanggungan dosa/merit buruk. Ini adalah berdasarkan perspektif bahawa kehidupan di Bumi adalah tak ternilai memandangkan inilah satu-satunya alam di mana pertumbuhan kerohanian boleh berlaku ke arah matlamat terakhir/utama hidup iaitu realisai-Tuhan (God-realisation).

Dari segi intensiti dosa/merit buruk, membunuh satu embrio adalah kurang dari membunuh seorang dewasa. Carta berikut memberikan skala relatif dosa yang ditanggung dengan membunuh pelbagai jenis manusia.

Skala relatif magnitud dosa yang ditanggung

Tindakan berdosa membunuh Skala relatif magnitud dosa yang ditanggung
Suatu embrio/janin (pengguguran) 1-5
Seseorang individu tanpa tanggungan 10
Seseorang individu yang mempunyai keluarga/tanggungan 30
Seseorang individu yang mempunyai impak positif ke atas masyarakat 30
Seseorang individu yang mempunyai impak positif ke atas sesebuah negara 50
Seorang Wali (Saint) ie seorang yang mempunyai tahap kerohanian lebih 70% (petunjuk pertumbuhan kerohanian manusia) 100

Mengambil kira skala relatif di atas, membunuh seorang Wali (Saint) bermaksud 100 unit dalam kiraan magnitud dosa/merit buruk. Dalam skala yang relatif, membunuh seseorang yang berpotensi secara pengguguran membawa kepada tanggungan dosa sebanyak satu unit. Sebab utama kepada perbezaan tersebut adalah efek positif seseorang ke atas masyarakat adalah diambil kira.

Jika kita perlu melihat pada pengguguran dari segi niat disebalik pengguguran tadi, maka carta berikut memberi satu garis panduan bagi skala relatif dosa yang ditanggung. Di dalam carta berikut kita mengambil poin referens membunuh seseorang sebagai 100 unit.

Magnitud dosa bergantung pada niat di sebalik pengguguran

Niat ibubapa di sebalik pengguguran % dosa*
Perubatan 30%
Penghamilan ‘terjadi di luar kawalan’ (Accidental pregnancy) 30%
Ekonomi 30%
Sosial/psikologikal 50%

*Membunuh seseorang (sebagai poin referens) adalah 100 unit.

Ahli keluarga dan doktor yang turut terlibat di dalam proses mengambil keputusan sesuatu pengguguran akan turut menanggung kongsi dosa/merit buruk pengguguran.

Pengecualian terhadap tetapan ini adalah apabila seseorang ibu dipaksa untuk melakukan pengguguran atas sebab-sebab perubatan untuk menyelamatkan nyawanya atau apabila ianya menjadi halangan di dalam meneruskan amalan kerohaniannya.

Di sini kami menggunakan terma amalan kerohanian di dalam konteks enam prinsip asas amalan kerohanian di mana seseorang sanggup melepaskan ‘keibuannya’ (motherhood) bagi matlamat yang lebih penting lagi ie menumpukan kehidupan secara sepenuhnya terhadap realisasi-Tuhan (God-realisation) dan turut membantu yang lain di dalam proses tersebut. Seseorang perlu berada sekurang-kurangnya pada tahap kerohanian 50% untuk berupaya membuat keputusan sepenting ini dengan perspektif yang betul dan matang dari segi kerohanian. (Seorang manusia biasa di zaman ini berada di tahap kerohanian lebih kurang 20-25 %.)

Jika pengguguran dilakukan atas sebab selain daripada tujuan kerohanian, maka selain daripada memberi-dan-menerima negatif dengan tubuh halus janin, terdapat juga elemen dosa dalam hal ini.

Terdapat juga kes di mana pengguguran dilakukan apabila mereka sedar yang bakal bayi akan lahir dengan kecacatan yang serius..Jika destini ibu dan bayi perlu melalui ketidakbahagiaan sekian-sekian unit disebabkan oleh kecacatan tersebut, maka tidak ada gunanya untuk cuba lari dari destini tersebut kerana ianya akan mengikuti kedua-dua mereka ke dalam kelahiran lain.

7. Pengaruh leluhur/hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif etc.) ke atas tubuh halus di dalam rahim

Leluhur, terutamanya mereka yang mempunyai kuasa kerohanian atau dengan bantuan hantu berkuasa seperti ahli sihir-halus (subtle-sorcerers) atau nama lainnya māntrik boleh mensasar (target) tubuh halus di dalam rahim sekalipun.

Sila rujuk kepada artikel mengenai – Kenapa orang-orang tersayang sudah meninggal (departed loved ones) dan leluhur lain saya ingin menyusahkan saya?

Ini adalah untuk:

  • Mengambil perhatian keluarga untuk melakukan sesuatu bagi leluhur (departed ancestor) pada tahap kerohanian
  • Mengambil kawalan ke atas tubuh halus di dalam rahim itu sendiri
  • Membalas dendam terhadap janin dengan menyeksanya
  • Membalas dendam terhadap ibu dengan menyusahkan ibu ketika hamil melalui perantara (medium) janin dengan menjejaskannya
  • Di dalam kes sebegini, ibu selalunya melalui kehamilan yang susah seperti demam pagi yang berlanjutan (extended severe morning sickness), darah tinggi dsb.
  • Membalas dendam ke atas ibubapa dengan menyusahkan janin
  • Menanam benih ketagihan (Implant seeds of addiction) di dalam bakal kanak-kanak itu. Sila rujuk artikel mengenai Penyebab dan rawatan ketagihan – kajian kerohanian dan kaedah penyembuhan.

Kajian kerohanian menyatakan bahawa sama seperti dalam kes populasi am, lebih kurang 100% janin adalah terjejas dan 30% janin dirasuk oleh leluhur yang telah meninggal atau hantu ketika di dalam rahim itu sendiri. Menjejaskan janin adalah secara amnya lebih mudah bagi leluhur atau hantu kerana pada masa inilah bakal-orang itu (the person-to-be) berada dalam keadaan paling terdedah (most vulnerable). Kadang-kala kuasa kerohanian leluhur yang ingin menuntut balas dendam adalah kurang. Namun leluhur masih ingin menuntut balas dendam. Keinginan negatif semata-mata itu sendiri yang menuntut balas dendam secara automatik meraih kuasa kerohanian dari hantu peringkat tinggi yang berkuasa.

8. Peranan pengaruh positif dari ibu

8.1 Bolehkah seseorang wanita menarik (attract) tubuh halus yang lebih berkembang dan sattvik ke dalamnya ketika masa konsepsi?

Ya, seorang wanita boleh menarik suatu tubuh halus yang lebih berkembang dan sattvik ketika hamil melalui amalan kerohaniannnya. Namun amalan kerohaniannya perlulah cukup intens (i.e. minimum sebanyak 4-5 jam yang berkualiti setiap hari) agar dapat meningkatkan tahap kerohanian supaya lebih dari 40%. Wanita yang berada di tahap ini ketika hamil dapat menarik tubuh halus sattvik ke dalam rahimnya. Ini berlaku secara automatik, tiada doa khas atau apa-apa usaha lain yang diperlukan.

Yang penting, faktor penentu bukanlah jenis amalan kerohanian atau kuantiti amalan tersebut, tetapi perkembangan kerohaniaan yang terhasil dari itu. Hanya apabila kita mengamalkan Kerohanian berdasarkan enam prinsip asas amalan kerohanian akan ianya menghasilkan perkembangan kerohanian dalam kita. Hasilnya adalah peningkatan yang progresif dalam tahap kerohanian. Sesuatu tubuh halus yang sattvik adalah yang berlandaskan ciri-ciri positif (positive characteristics) seperti intelek yang baik, trait personaliti yang baik (good personality traits) dan lebih penting lagi adalah kecenderungan kepada Kerohanian (an inclination towards Spirituality).

8.2 Apakah efek amalan kerohanian bakal-ibu (mother-to-be) ke atas janin di dalam rahim?

Apabila amalan kerohanian bakal-ibu menghasilkan perkembangan kerohanian yang berkekalan di atas tahap kerohanian 40% dia mula memelihara janin di dalam rahimnya secara positif. Ini adalah kerana seorang bakal-ibu di atas tahap kerohanian 40% memancarkan (radiates) sāttviktā (komponen asas halus Sattva). Sattvikta inilah yang memberi kesan secara positif kepada janin di tahap kerohanian.

Amalan kerohanian bercanta bakal-ibu membentuk suatu impresi bercanta di dalam minda separa-sedar (subconscious mind) bakal-bayi.

Walaupun tubuh halus belum berada di dalam rahim ketika trimester pertama kehamilan, ianya masih mempunyai faedah kerana rahim menjadi lebih sattvik.

Sattvikta ini yang diperolehi dari ibu bertumpu untuk mengurangkan masalah yang diwujudkan disebabkan kehamilan dan janin.. Seperti yang telah disebutkan tadi, secara purata, 30% masalah kehamilan adalah disebabkan oleh faktor fizikal, 30% lagi adalah disebabkan oleh faktor psikologi dan baki 40% pula adalah faktor kerohanian. Dari segi penyebab berupa faktor kerohanian, destini dan akaun memberi-dan-menerima dan distres oleh leluhur yang telah meninggal dunia adalah yang paling lazim. Sattvikta yang diperolehi digunakan untuk mengatasi atau mengurangkan punca penyebab asas berciri kerohanian (semasa hamil). Ianya juga mempunyai kesan riak (ripple effect) ke atas minda bagi mengatasi masalah psikologi seperti pemikiran negatif dsb.

Faedah paling utama amalan kerohanian selain daripada perkembangan kerohanian adalah ianya ‘membakar’ akaun memberi-dan-menerima yang mampu menyebabkan halangan besar ketika hamil. Walaupun halangan mungkin terjadi, ibubapa yang mengamalkan Kerohanian mempunyai kekuatan dalaman untuk berupaya mengatasinya dan akhirnya kesan yang ditanggung adalah minimal sahaja. Tenaga kerohanian yang dijana daripada amalan kerohanian akan digunakan untuk mengurangkan halangan di tahap yang am atau di tahap spesifik seperti mana yang diperlukan oleh janin. Di tahap am ianya boleh digunakan sebagai contohnya untuk mengurangkan kecacatan yang jika tidak akan membawa kepada kelahiran seorang bayi autistik untuk ibu tersebut. Contoh applikasi pada tahap spesifik adalah pengurangan dalam intensiti di mana janin mempunyai destini hilang penglihatan.

Amalan kerohanian yang diamalkan oleh ibu hanya berupaya meningkatkan tahap kerohanian janin sangat sedikit sahaja (i.e. 0.1%). Lebih penting lagi amalan kerohanian yang kerap oleh ibu mencipta suatu impresi mengenai amalan kerohanian di dalam kesedaran (consciousness) janin. Impresi ini yang mengutamakan keperluan untuk melakukan amalan kerohanian adalah anugerah yang paling bernilai seseorang ibubapa boleh memberi kepada anak mereka kerana ianya adalah sejajar lengkap (complete alignment) dengan tujuan kelahiran kita.

8.3 Adakah aktiviti ibu mengandung memberi kesan kepada janin?

Aktiviti ibu mengandung akan memberi kesan kepada janin. Jumlah keseluruhan komponen asas halus yang dihasilkan/dijana dari aktiviti ibu mengandung mempengaruhi komponen asas halus bagi janin. Sebagai contohnya, jika ibu memakan makanan yang sattvik belaka (makanan vegetarian segar), fikiran dan aktiviti (seperti bercanta, membaca teks suci dsb.) ibu menjadi dominan sattvik (predominantly sattvik) dan ‘sattvikta’ ini sampai kepada janin. Sebaliknya jika ibu memakan makanan Raja-Tama (basi, telah dibekukan, bukan-vegetarian), fikiran dan aktiviti (menonton TV berlebihan, cakap berlebihan, merokok dan minum minuman keras dsb.) maka dia akan menyampaikan komponen dominan Raja-Tama kepada janin.

Seorang ibu yang mengandung dapat merancang gaya hidupnya berpandukan limitasi dan keadaan (limitations and circumstances) untuk mencapai tahap sattvik sebaik mungkin supaya janin boleh mendapat faedah melaluinya. Sila rujuk kepada seksyen berkenaan kehidupan sattvik.

8.4 Apakah kesan yang dibawa oleh status kerohanian tubuh-halus di dalam rahim ke atas ibu?

8.4.1 Janin yang positif dari segi kerohanian

Janin yang mempunyai tenaga positif disebabkan oleh tahap kerohanian yang lebih tinggi atau pengaruh tenaga positif ke atasnya turut memberi impak positif ke atas ibu. Kehamilan sebegini secara umumnya adalah tanpa masalah dan seorang ibu yang normal mengalami kesihatan keseluruhan yang lebih baik semasa kehamilan sebegini.

Walaupun ibu sedang mengalami distres disebabkan oleh leluhur yang telah meninggal dunia atau hantu, namun kehadiran janin yang positif dari segi kerohanian bertindak sebagai suatu fokus penyembuhan kerohanian yang berterusan ke atas ibu. Di dalam kes sebegini ibu mungkin mengalami distres tahap kecil sehingga tahap sederhana. Distres ini adalah kerana pertempuran halus (subtle battle) yang sedang berlangsung di antara tenaga negatif dalam ibu dan tenaga positif pada janin.

Namun kepositifan kerohanian pada janin ini hanya berlaku selagi ianya masih di dalam rahim. Selepas kelahiran, apabila ego halus (subtle ego) atau ‘saya’ berkembang, kepositifan mula menurun. Ini berlaku pada ketika kelahiran apabila bayi merasa sesak nafas, mula bernafas, berasa lapar dsb.

Tubuh halus yang berada di tahap kerohanian lebih 50% terus mengamalkan amalan kerohanian mereka di dalam rahim.

Lukisan berikut berdasarkan pada pengetahuan-halus menunjukkan bagaimana bercanta yang dilakukan oleh tubuh-halus di dalam janin meradiasi (radiates) tenaga positif yang membantu meningkatkan kepositifan pada ibu.

8.4.2 Janin yang negatif dari segi kerohanian

Lukisan ini adalah berdasarkan pengetahuan-halus pada suatu janin yang terjejas secara ringan oleh tenaga hitam oleh leluhur yang telah meninggal dunia atau hantu. Ini adalah pandangan halus (subtle view) yang dilihat pada kehamilan yang biasa (average pregnancy). Kita boleh melihat bahawa tali pusat pun diliputi oleh tenaga hitam. Inilah yang berlaku pada amnya apabila kedua-dua bakal ibu dan tubuh-halus di dalam janin tidak melakukan amalan kerohanian.

Janin yang terjejas oleh leluhur yang telah meninggal atau hantu adalah sumber tenaga negatif dan oleh itu adalah penyebab distres kepada ibu. Namun, hanya ibu-ibu yang sensitif secara kerohanian akan berupaya mengecam/mengetahui keadaan distres tersebut. Di zaman sekarang, dengan mengambilkira bahawa 90% dari populasi adalah terjejas, kebanyakan ibu akan mempunyai liputan tenaga hitam di sekitar diri mereka, sebanyak lebih kurang 4 sm. lebar, yang akan menyebabkan mereka tidak sensitif kepada sedikit lagi peningkatan dalam distress. Kehamilan sebegitu akan menjadi tidak stabil dan mempunyai komplikasi yang tinggi.

Tubuh halus dapat mempengaruhi ibu dengan memasukkan fikiran ke dalam mindanya (putting thoughts in her mind). Walau bagaimana pun beliau tidak memahami ianya datang dari janin dan bertindak seolah-olah ianya adalah fikirannya sendiri. Ini adalah satu-satunya cara di mana tubuh halus di dalam janin menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima dengan bakal ibunya. Fikiran tersebut boleh jadi samada positif atau negatif. Tubuh halus boleh mempengaruhi bakal ibunya apabila tahap kerohaniannya adalah sebanyak lebih kurang 20% lebih dari ibu tersebut atau apabila ianya adalah tenaga kerohanian yang dibekalkan oleh hantu.

9. Kesimpulan

  • Perjalanan hidup bermula pada masa ketika konsepsi. Namun tubuh halus memasuki rahim hanya selepas bulan ke-3.
  • Embrio/janin adalah amat terdedah kepada pengaruh bahaya dari alam halus (subtle realm). Kejadian besar seperti keguguran dan kelahiran mati adalah disebabkan oleh asas yang berakar-umbi pada kerohanian (are predominantly due to spiritual root causes).
  • Hanya amalan kerohanian sahaja dapat mengurangkan masalah yang berasaskan dimensi kerohanian.
  • Melalui amalan kerohanian bakal ibu membantu untuk:
    • melindungi kehamilan daripada masalah yang berasaskan kerohanian
    • menarik (attract) tubuh halus yang lebih sattvik ke dalam rahim.