Untuk memahami artikel ini anda seeloknya telahpun mempelajari tajuk-tajuk berikut:

Dartar kandungan

1. Pengenalan kepada hidup sebelum kelahiran

Adakah hidup ini sahaja yang akan saya lalui? Dari manakah kita datang sebelum kita lahir? Kemanakah akan saya pergi selepas saya mati?

Soalan-soalan sebegini semestinya telah menjadi biasa pada hampir setiap daripada kita. Tidak lama dahulu, kami menerbitkan sebuah artikel mengenai ‘Apakah yang terjadi selepas mati’. Melalui penyelidikan kerohanian kita akan meliputi hidup kita sebelum kita lahir menerusi artikel yang terbahagi kepada dua siri ini. Dua bahagian tersebut adalah:

  • Bahagian 1: Masa sebelum kita dihamilkan
  • Bahagian 2: Masa kita berada di dalam rahim

Tujuan kami menerbitkan kedua-dua artikel hidup sebelum lahir dan hidup setelah mati adalah kerana ianya memberi fokus bahawa kita menjalani hidup ini berdasarkan kepada kesan dan akibat (with consequences). Hukum Karma menjalari keseluruhan hidup kita. Hidup yang kita jalani di hidup semasa akan menentukan kualiti hidup selepas mati dan kelahiran berikutnya. Secara paradox, kebanyakan orang amat berminat mengenai hidup kerohanian sebelum kelahiran dan hidup selepas mati, hanya segelintir sahaja yang berminat untuk melakukan sesuatu pada kehidupan kerohanian mereka di muka Bumi ini. Tujuannya adalah untuk mendapat kehidupan selepas mati dan kehidupan seterus yang lebih baik dan akhirnya keluar daripada kitaran kelahiran dan kematian.

2. Bagaimanakah rupa kehidupan sebelum lahir?

Selepas kita mati di Bumi, kita (i.e. badan halus (subtle bodies) masing-masing) akan pergi ke salah satu daripada pelbagai alam halus di alam Semesta bergantung pada tahap kerohanian serta merit baik dan merit buruk kita. Kita akan menetap di sini pada suatu variasi jangkamasa yang berlainan sebelum kita berpeluang untuk lahir semula ke Bumi. (Rujuk kepada poin 2.4 untuk mengetahui alam halus yang kita bakal pergi.)

2.1 Hidup sebelum lahir: Alam Syurga dan lebih tinggi

Di masa sekarang, hanya 2 daripada 100 orang dari kita akan berjaya untuk pergi ke alam positif yang lebih tinggi di alam Semesta seperti Syurga (Swarga), Maharlok dsb. Di dalam alam yang lebih tinggi di alam Semesta, pengalaman yang utama (predominant) adalah kegembiraan dan kebahagiaan mutlak (Bliss).

Baki daripada kita akan pergi ke samada alam Nether (Bhuvarlok) atau salah satu daripada alam Neraka (Pātāl). Di sini, pengalaman yang utama (predominant) adalah bermula dari kesedihan sehingga kepada penderitaan yang melampau.

2.2 Hidup sebelum lahir di dunia Nether

Penderitaan yang dialami di alam Nether adalah secara umumnya lebih teruk daripada di alam Bumi (Bhūlok) kerana kekurangan kehendak diri (freewill). Di alam Nether, 10% dari badan halus diberi petunjuk oleh badan halus dari alam yang lebih tinggi seperti Syurga dan Maharlok. Badan halus ini adalah kepunyaan para pencari yang inginkan perkembangan kerohanian. Lebih kurang 2% adalah dikawal sepenuhnya oleh takdir (destiny). Lebih kurang 88% dari badan halus akan mendapat serangan dari (attacked by) hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif, dsb.) dan dikawal oleh mereka. Badan-badan halus di sini sedar sepenuhnya yang mereka dikawal oleh hantu tetapi tidak begitu berupaya untuk menangkis mereka (hantu) kerana mereka tidak mempunyai kekuatan kerohanian mereka sendiri.

2.3 Hidup sebelum lahir di alam Neraka

Mengenai alam Neraka, malah bab yang paling sengsara dalam hidup seseorang di Bumi adalah lebih baik daripada apa yang akan dialami di alam Neraka. Di Neraka, badan halus dikawal sepenuhnya (100%) oleh tenaga negatif tahap tinggi. Semakin kita menjunam ke peringkat bawahan Neraka, kesengsaraan dan kesakitan akan semakin meningkat. Kita akan menginap di rantau Nether selama lebih kurang 50-400 tahun sebelum kita layak untuk lahir semula ke Bumi. Di dalam situasi alam Neraka pula, kita akan merana untuk beribu-ribu tahun sebelum kita mendapat peluang untuk lahir semula.

2.4 Amalan kerohanian di alam halus

Carta berikut menunjukkan kemungkinan pemergian badan halus manusia ke alam halus selepas mereka mati di masa sekarang. Kami memberi dua senario:

  • Senario pertama menunjukkan ke manakah kebanyakan orang akan pergi selepas mati di masa aman (peace time).
  • Senario kedua menunjukkan ke manakah manusia akan pergi selepas mereka mati, apabila dunia sedang melalui suatu pergolakan yang besar seperti konflik dalaman yang tidak terkawal, Perang Dunia 1 dan 2 dan Perang Dunia Ke-3 yang pasti akan berlaku. Disebabkan oleh dosa-dosa yang lebih besar yang dilakukan di masa-masa konflik, di mana tingkah-laku dan tindakan manusia menjadi lebih buruk, sebahagian besar manusia akan pergi ke alam bawahan (lower regions) di alam Semesta, khususnya Neraka. Sebaliknya, para pencari yang berusaha untuk mengamalkan Kerohanian malah di masa-masa yang sukar akan maju pada kadar yang lebih laju berbanding amalan kerohanian yang sama yang dilakukan di masa-masa aman. Akibatnya, terdapat bahagian yang lebih besar badan halus manusia yang mati di Senario 2 yang akan pergi ke alam positif yang lebih tinggi alam semesta, yakni Maharlok dan yang lebih tinggi.
Alam halus di alam semesta Senario 1 – Masa aman Senario 2 – Masa konflik
Alam positif yang lebih tinggi di alam Semesta (i.e. Maharlok dan yang lebih tinggi) Kurang dari 0.1% 0.40%
Syurga (Swarga) Kurang dari 1% 1.60%
Alam Nether (Bhuvarlok) 85% 30%
Rantau pertama Neraka 10% 30%
Rantau Ke-2 Neraka 30%
Rantau Ke-3 Neraka 4% 3%
Rantau Ke-4 Neraka 2%
Rantau Ke-5 Neraka 2%
Rantau Ke-6 Neraka 1%
Rantau Ke-7 Neraka 0%
100% 100%

Satu-satunya perkara yang dapat mengurangkan kesengsaraan di alam halus bawahan (lower subtle regions) di alam Semesta adalah amalan kerohanian. Bagaimanapun, kemungkinan melakukan amalan kerohanian di alam halus bawahan, alam Semesta (i.e. alam Nether dan Neraka) adalah mustahil (next to nil). Kesengsaraan yang amat sangat beserta serangan dari hantu tahap tinggi menjadikan persekitaran amat mustahil untuk melakukan amalan kerohanian. Ini kerana badan halus bertukar kepada mod untuk terus hidup (switch into survival mode) untuk melawan persekitaran yang amat ‘keras’ (harsh).

Di dalam alam halus Syurga, kebahagiaan yang dialami adalah badan halus terperangkap di dalam suasana keseronokan dan oleh itu mereka juga tidak melakukan amalan kerohanian yang cukup. Jadi secara teorinya, walaupun badan halus dapat melakukan amalan kerohanian di Syurga, namun ianya adalah pada kadar yang minimum kerana gangguan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan.

Amalan kerohanian dapat dilakukan dan sebenarnya hanya berlaku di alam halus lebih tinggi, bermula dari Maharlok hingga ke Satyalok. Badan halus di alam ini tidak perlu lahir semula ke alam Bumi untuk menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima (give-and-take accounts) mereka atau untuk melakukan amalan kerohanian.

Hidup di alam Bumi adalah sangat penting kerana hanya Bumi sahaja adalah tempat di mana manusia dari alam bawahan dapat lahir untuk melakukan amalan kerohanian, melengkapkan beri-terima mereka (complete their give-and-take) dan keluar daripada kitaran lahir dan mati.

2.5 Adakah kita tahu tentang hidup kita sebelum kelahiran semasa?

Badan halus yang biasa, secara amnya hanya mengingati peristiwa dari kelahiran terakhirnya di Bumi. Ianya tidak mengingati kelahiran sebelumnya melainkan peristiwa tersebut amat ketara. Ini bergantung kepada masa badan halus lahir semula ke Bumi sekali lagi.. Perasaan ingin tahu mengenai kelahiran sebelum bukanlah item utama di dalam agenda kita di alam Nether atau Neraka. Mengelak daripada ketidakbahagiaan, menangkis serangan hantu dan luka disebabkan terpisah daripada orang-orang yang mereka rapat dahulu adalah secara amnya apa yang menjadi keluhan kebanyakan badan halus di alam Nether.

2.5.1 Kenapa kita tidak mengingati hidup kita sebelum hayat ini?

Semakin kita terlibat dengan dunia, kita lupa kehidupan kita di dunia halus dan di Bumi. Deria fizikal kita secara kuat membayangi (strongly overshadow) deria keenam kita dan kita hilang keupayaan untuk melihat (to perceive) kelahiran sebelum kita. Ianya juga adalah atas belas kasihan Tuhan terhadap kita di mana Dia telah mengatur agar kita lupa kelahiran sebelumnya. Cuba bayangkan betapa susah akan terjadi di dalam menjalani kehidupan harian hidup ini dan dalam masa yang sama mengingati peristiwa kehidupan sebelum seperti hubungan di kehidupan sebelum dengan orang-orang di kehidupan kita di kelahiran ini. Sebagai contohnya, seorang bapa dan anak lelakinya di kehidupan ini mungkin pernah hidup sebagai suami dan isteri di kehidupan sebelumnya. Atau emak kehidupan semasa pernah menjadi sebab untuk kematian anak perempuan semasa di kehidupan yang lepas.

3. Apakah tujuan sesuatu kelahiran di Bumi?

Kita lahir di Bumi untuk menyelesaikan akaun beri-terima atau Karma dan untuk melakukan amalan kerohanian. Di alam Nether dan Neraka ianya adalah sangat mustahil untuk melakukan amalan kerohanian demi menghapuskan akaun beri-terima kita.

Rujuk kepada artikel tujuan hidup kita.

Selepas kematian seseorang, kelahiran semula di Bumi tidak terletak pada tangan orang tersebut (atau badan halusnya). Kelahiran di Bumi adalah jarang berlaku. Untuk kemasukan setiap badan halus ke dalam embrio, jutaan badan halus lain bertanding untuk masuk ke Bumi untuk mengalami kehidupan dunia. Tetapi hanya badan halus yang mempunyai takdir untuk memasuki sesuatu embrio sahaja yang akan lahir di Bumi.

4. Apakah faktor yang menentukan jenis kehidupan yang kita akan ambil di Bumi?

Dua faktor utama yang menentukan kelahiran kita di Bumi adalah:

  1. Adakah suasana di Bumi kondusif untuk menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima kita?
  2. Alam manakah kita menduduki sebelum kelahiran kita di Bumi?

4.1 Akaun memberi-dan-menerima dan jenis kehidupan yang akan kita lahir

Akaun beri-terima kita adalah faktor paling utama yang menentukan

  • jangka waktu kita dilahirkan di Bumi dan
  • di dalam keluarga siapa dsb.

Akaun beri-terima kita menentukan masa konsepsi kita tepat sehinggal ke tahun, bulan, jam, minit dan saat. Ini bermakna kita lahir di Bumi di jangka waktu yang paling kondusif pada kita demi menyelesaikan sejumlah maximum akaun beri-terima yang telah dikumpulkan. Jadi kita lahir pada masa yang sama apabila orang yang kita mempunyai akaun beri-terima yang utama turut berada di samping kita dan juga suasana luaran di bumi adalah juga kondusif. Marilah kita lihat kajian kes di bawah sebagai contoh:

Encik A telah menipu Encik B kesemua hartanya. Jadi Encik A telah mewujudkan satu akaun memberi-dan-menerima yang buruk dengan Encik B. Jika beliau mati tanpa menyelesaikan hutangnya maka dia akan lahir semula untuk membayar semula dan dengan itu menyelesaikan akaun tersebut. Untuk melakukan ini, beliau kena lahir semula secepat mungkin tatkala Encik B masih ada ataupun tunggu sehingga masa Encik B turut lahir semula. Juga jika Encik A telah menjalani hidup yang banyak menipu dsb. beliau terpaksa mengharungi kehidupan tidak bahagia di dalam satu atau lebih kelahiran untuk demi melunaskan ini. Secara semulajadi beliau akan lahir di zaman yang penuh dengan kesukaran. Jadi beliau tidak akan lahir di zaman yang baik secara relatifnya.

Satu poin penting mengenai akaun memberi-dan-menerima adalah bahawa ianya tidak berkait secara langsung tentang jumlah wang yang perlu dipulangkan dsb. tetapi melibatkan unit kebahagiaan dan ketidakbahagiaan. Di dalam contoh di atas jika Encik A di dalam tindakannya menipu Encik B akan wangnya telah bertanggungjawab menyumbang 1000 unit ketidakbahagiaan kepada Encik B maka Encik A mungkin lahir semula sebagai emak dan Encik B sebagai anak Encik A. Anak (Encik B di dalam kelahiran sebelum) akan lahir penuh kasih dan taat dan akan meraih kasih sayang yang banyak daripada ibunya. Encik B akan meninggal dunia di dalam kemalangan atau sesuatu kesakitan secara tiba-tiba ketika beliau berusia katakan 10 tahun. Dalam pada itu, ibunya telah menjadi sangat rapat dengan anaknya dan pemergiannya secara tidak diduga kini akan menyebabkan 1000 unit ketidakbahagiaan kepada ibunya kini tetapi Encik A sebelumnya.

Ugama kelahiran kita mempunyai kepentingan yang kurang berbanding dengan akaun memberi-dan-menerima yang kita punyai dengan ibubapa yang kita dilahirkan.

4.1.1 Apakah yang menentukan bahagian mana akaun terkumpul yang akan diselesaikan di dalam takdir seseorang di Bumi?

Di sini, sekali lagi aturannya adalah sama: yakni bahagian akaun memberi-dan-menerima terkumpul yang dipilih bergantung kepada apa yang dapat diselesaikan secara maximum di dalam kelahiran kini.

4.1.2 Bolehkah ibubapa memperoleh tubuh halus yang lebih maju dan sattvik sebelum menjadi janin semula (before conception) melalui amalan kerohanian seperti bercanta? (chanting)

Ya, menarik tubuh halus yang lebih maju dan lebih sattvik ke dalam rahim dapat dilakukan melalui amalan kerohanian. Namun, ini hanya akan terjadi apabila ibubapa melakukan amalan kerohanian yang agak cukup atau memadai (considerable amount) of spiritual practice, (i.e. sekurang-kurangnya 4-5 jam sehari selaras dengan enam prinsip asas amalan kerohanian termasuk pengorbanan tubuh/ badan, minda dan harta untuk berkhidmat demi Tuhan).

Di dalam keadaan di mana amalan kerohanian dilakukan oleh ibubapa, katakan tubuh halus yang sepatutnya masuk dulu (the first subtle body in line), berdasarkan kekuatan yang terletak pada asas memberi-dan-menerima dengan ibubapa untuk memasuki rahim adalah kurang sattvik, maka ianya akan diatasi oleh (superseded by) tubuh halus yang lebih sattvik seterusnya (next most sattvik subtle body in line). Beberapa sifat yang dimiliki oleh kanak-kanak sattvik adalah berkelakuan baik, bijak dan tidak membuat perangai (well adjusted). Peluang untuk memperoleh kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal dan mental adalah amat kurang. Ini kerana seseorang memperoleh kanak-kanak kurang upaya kerana destini negatif. Destini ataupun takdir dapat diatasi melalui amalan kerohanian. Jika ibubapa melakukan amalan kerohanian yang banyak (yang berdasarkan kepada enam prinsip asas amalan kerohanian maka destini/takdir negatif akan menjadi kurang.

Jika seorang Saint (i.e. seseorang yang berada di tahap kerohanian lebih 70%) bakal lahir, maka tahap kerohanian ibunya mestilah sekurang-kurangnya 50-60% untuk berupaya menampung tenaga positif bayi itu. Tahap kerohanian ibu menampung 70% kepentingan berbanding dengan tahap kerohanian bapa.

4.1.3 Merit dan dosa kita dari kehidupan sebelum ini menentukan samada kita lahir di dalam keluarga yang mewah, keluarga yang maju dari segi kerohanian , dsb.

Jika sesuatu tubuh halus mempunyai merit yang banyak, ianya secara lazimnya akan lahir dalam keadaan yang baik dan di dalam keluarga yang baik dalam banyak segi. Jika sesuatu tubuh halus mempunyai tahap kerohanian lebih dari sederhana, ianya akan lahir kepada ibubapa yang mempunyai tahap kerohanian yang lebih tinggi yang mampu membantu perkembangan kerohaniannya. Bagaimanapun Saints atau Orang Suci/Wali tidak berkait lansung pada merit baik atau buruk, dan boleh juga lahir di dalam keluarga yang miskin. Ini bergantung kepada misi mereka di Bumi.

4.2 Kelahiran semula di Bumi dengan mengambil kira alam (region) yang kita menghuni sebelum kita lahir

Kemungkinan lahir ke Bumi adalah lebih tipis sekiranya sesuatu tubuh halus sedang berada di

  • alam yang lebih tinggi (di Alam Semesta) seperti Maharlokdan yang lebih atas
  • alam yang lebih bawah seperti alam Neraka.

4.2.1 Kelahiran dari alam lebih tinggi dari Maharlok

Tahap kerohanian Samasthi merujuk kepada tahap rohani yang dicapai melalui amalan rohani khas untuk kepentingan masyarakat (samashti sādhanā), manakala amalan rohani vyasthi merujuk kepada amalan rohani yang dicapai melalui amalan rohani individu (vyashti sādhanā). Pada masa kini, kemajuan rohani untuk kepentingan masyarakat mempunyai 70% kepentingan manakala amalan rohani individu mempunyai 30% kepentingan.

Seperti yang telah dikatakan tadi, apabila tubuh halus mencapai alam halus Maharlok dan yang lebih tinggi mereka telah melepasi (beyond) tahap kerohanian 60% (samashṭi) or 70% (vyashṭi). Di tahap kerohanian ini mereka mencapai Mukti atau pembebasan dari kitaran lahir dan mati (cycle of birth and death). Apa-apa takdir yang tertinggal yang mungkin dimiliki mereka dapat diselesaikan di alam-halus (subtle-region) itu sendiri melalui amalan kerohanian.

Orang yang telah melepasi tahap kerohanian 60% (samashti) atau 70% (vyashti) boleh lahir semula di atas kehendak mereka sendiri. Di Maharlok dan Janalok istilah ‘Saya’ atau ego halus adalah masih aktif, walaupun ianya telah menjadi sangat sedikit (minimal), tubuh-halus sendiri akan mengambil keputusan tentang bilakah mereka ingin dilahirkan semula berdasarkan masa yang kondusif demi misi mereka. Oleh kerana tahap kerohanian mereka yang tinggi, mereka akan lahir hanya semata-mata di atas kehendak dan mereka akan lahir kepada ibubapa yang mempunyai tahap kerohanian yang tinggi. Tubuh halus yang lebih maju dalam kerohanian dari Tapolok berupaya menentukan bila dan di mana mereka akan dilahirkan semula. Malah ramai tubuh-halus sebegini telahpun lahir di dunia untuk mengekalkan zaman 1000 tahun pembaharuan kerohanian (spiritual renewal). Sila rujuk kepada artikel mengenai Ramalan Perang Dunia Ke-3 dan Armageddon.

4.2.2 Kelahiran daripada alam Syurga

Jika seseorang berada di alam Syurga, ianya akan mengambil masa beribu-ribu tahun sebelum dilahirkan semula di Bumi sekali lagi.

4.2.3 Kelahiran daripada alam Neraka

Di dalam alam bawahan di Alam Semesta seperti alam Neraka, masa kesengsaraan ditingkatkan dengan banyak. Beserta dengan ini, hantu peringkat tinggi mengawal secara langsung kewujudan tubuh-halus menjadikan mereka melakukan aksi negatif. Akibatnya, tubuh-halus memasuki sebuah vortex negatif yang mengandungi memberi-dan-menerima negatif yang mengekalkan mereka di alam bawahan Neraka.

Hanya selepas sesuatu tubuh halus daripada tiga alam terdahulu Neraka (first three regions of Hell) telah menunaikan kuota kesengsaraan, ianya berpeluang lahir semula ke Bumi. Walaupun begitu kebarangkalian sesuatu tubuh halus dari alam pertama Neraka untuk lahir semula ke Bumi adalah hanya 1 di dalam 100,000 kelahiran. Kebarangkalian kelahiran semula dari alam ke-2 dan ke-3 Neraka adalah amat tipis lagi. Kemungkinan kelahiran semula daripada peringkat alam selepas alam ketiga Neraka adalah hampir tidak akan berlaku (next to nonexistent).

Di hampir 350,000 kelahiran yang berlaku setiap hari di seluruh dunia, hanya tiga tubuh-halus sahaja yang datang dari Neraka, yang selanjutnya adalah dari alam Nether dan hanya beberapa sahaja yang datang dari Syurga.

Di dalam sesetengah kes-kes yang agak kurang lazim sesuatu tubuh halus akan mengambil kelahiran pertamanya malah di era hari ini. Oleh kerana tubuh halus ini tidak mempunyai akaun memberi-dan-menerima sebelum, kesemua peristiwa di dalam kehidupan mereka adalah berlaku di atas kehendak mereka sendiri. Juga oleh kerana mereka tidak mempunyai sebarang tetapan impresi Raja-Tama di dalam minda pra-sedar mereka, mereka boleh menggunakan kelakuan sedar ini untuk melakukan amalan kerohanian. Maka mereka di dalam posisi yang terbaik untuk mencapai Kesedaran-Tuhan (God-realisation) di dalam kehidupan pertama ini sendiri.

5. Apakah selang masa (time gap) di antara kematian dan kelahiran semula di Bumi?

Tiada selang masa yang tetap di antara kematian dan kelahiran semula di Bumi. Secara purata ianya adalah 50-400 tahun bagi tubuh halus dari alam Nether. Tubuh halus di Syurga mungkin perlu menunggu beribu-ribu tahun sebelum mereka mendapat kelahiran semula di Bumi.

Adalah di dalam kes-kes yang amat jarang berlakunya kemasukan serta-merta ke dalam rahim apabila seseorang itu mati. Kebiasaannya jika ini berlaku, ianya akan terjadi selepas trimester pertama. Maka seseorang itu akan lahir dalam masa 6 bulan. Kebarangkalian ini terjadi adalah 0.001% daripada semua kelahiran.

Di daIam kes-kes yang lebih jarang berlaku lagi, tubuh halus seseorang yang baru sahaja mati boleh secara paksa mengambil tempat sesuatu tubuh halus lain di dalam janin berusia 9 bulan dan lahir serta-merta. Di dalam kes sebegini, tubuh halus yang mengambil tempat tubuh halus yang lain perlu mempunyai tahap kerohanian yang lebih tinggi dan akaun memberi-dan-menerima yang lebih intens dengan keluarga yang ianya akan dilahirkan.

6. Bilakah kelahiran seterus seseorang ditentukan?

Kelahiran semula ditentukan pada masa kematian di kelahiran sebelum itu sendiri di dalam majoriti kes manusia. Ini kerana kebanyakan tubuh halus tidak melakukan sebarang amalan kerohanian di hidup selepas mati setelah berlakunya kematian fizikal. Memandangkan amalan kerohanian sahaja merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan (nullify) akaun memberi-dan-menerima, untuk majoriti tubuh halus memberi-dan-menerima kekal tidak berubah oleh kerana ketiadaan amalan kerohanian di kehidupan selepas mati.

Hanya di dalam kes tubuh halus yang telah berkembang maju daripada alam seperti Maharlok dan Janalok ianya ditentukan pada masa kelahiran mereka. Ini kerana “nak lahir bila” (when to be born) adalah ditentukan mengikut kehendak mereka sendiri, i.e. mereka tidak terjejas disebabkan oleh destini. Walaubagaimanapun tubuh halus di dalam alam halus bawahan seperti alam Nether, Syurga dan alam Neraka adalah 100% terikat kepada destini.

7. Berapa banyakkah kelahiran yang kita telah lalui?

Jumlah kelahiran di Bumi bagi setiap seribu tahun bagi seseorang pada tahap kerohanian 20%

Jenis kelahiran Jumlah kelahiran
Bakteria, virus 30
Tumbuh-tumbuhan 5-10
Haiwan 0-2
Manusia (kematian awal) 2
Manusia (umur panjang) 5

Nota :

  1. Jumlah tahun dihabiskan di Bumi: 500
  2. Jumlah tahun dihabiskan di alam Nether (Buvarlok): 500

Adalah sukar untuk memberi satu jawapan yang meliputi semua orang. Kita mungkin di antara yang telah hidup lebih dari seribu kelahiran sebagai manusia dan mungkin juga inilah kali pertama kita dilahirkan sebagai manusia di kehidupan di zaman kita kini. Walaubagaimanapun secara purata seseorang manusia di tahap kerohanian 20% di zaman sekarang kemungkinannya telahpun lahir beberapa kali dalam 1000 tahun yang lepas. Carta di atas memberikan seseorang pemahaman tentang pelbagai kelahiran seseorang di tahap kerohanian 20% mungkin melalui sepanjang seribu tahun.

Sila ambil perhatian, ini adalah contoh tipikal seseorang yang datang dari alam Nether. Beliau boleh lahir dalam rupa yang berlainan untuk melalui kesengsaraan sebelum datang semula sebagai manusia.

8. Adakah seseorang tahu mengenai destininya atau siapakah dia di dalam kelahiran yang akan diambil?

Seseorang tidak akan tahu mengenai keluarga yang akan ia lahir kepada sehingga pada saat konsepsi. Malah selepas itu ada juga kemungkinan untuk kalah kepada tubuh halus yang lain untuk mendapat tempat di dalam rahim. Di poin masa ketika konsepsi, mereka mempunyai suatu pemahaman mengenai memberi-dan-menerima mereka dengan keluarga yang mereka lahir kepada. Ini bermaksud mereka faham samada akaun tersebut adalah positif atau negatif. Mereka juga mungkin faham akan sebab dan sifat bagi akaun tersebut (the nature of the reason for the account). Namun mereka tidak terlibat secara privi (not privy) ke atas kehidupan yang telah ditakdirkan kepada mereka.

9. Sebelum seseorang dilahirkan, adakah terdapat sebarang panduan yang diberikan oleh mana-mana tubuh halus yang telah berkembang maju mengenai apakah yang diharapkan daripada seseorang?

Tidak, tiada sebarang panduan yang akan diberikan.

10. Apakah yang menentukan jantina seseorang bayi?

Di dalam kelahiran pertama, jantina bayi adalah ditentukan oleh Tuhan. Dari segi perspektif Tuhan, kelahiran samada sebagai lelaki atau perempuan adalah perkara yang kurang penting (moot point) dari segi perspektif merealisasi tujuan asas kehidupan (realising the basic goal of life), i.e. mencapai realisasi-Tuhan (God-realisation).

Selepas kelahiran pertama, mereka yang lahir sebagai lelaki pada amnya akan terus lahir sebagai lelaki jika ianya adalah impresi yang dominan di minda pra-sedar orang itu. Ini berlaku berdasarkan tetapan (rule) bahawa “Kita tidak berminat akan perkara yang kita tidak tahu” (“What we don’t know we are not interested in”). Namun jika seseorang mempunyai konstitusi hubungan sesama jantina (lesbian or gay constitution), orang itu boleh lahir di kehidupan akan datang dalam jantina yang mereka mempunyai kesukaan yang lebih (a stronger liking for).

Dari segi pandangan menyelesaikan akaun memberi-dan-menerima seseorang, samada lahir sebagai lelaki atau perempuan tidak membawa apa-apa nilai (value) kerana karektor personaliti yang lain (other personality characteristics) adalah kekal sama seperti kemarahan dsb. Juga kelahiran sebagai lelaki bukanlah semestinya suatu yang ‘plus’ dari segi perspektif pandangan realisasi-Tuhan.

Malah berdasarkan sains Kerohanian, lelaki dan wanita tidaklah ‘superior atau inferior’, malah mereka merupakan ‘satu unit’ – Sun Channel (Sūryanāḍi) dan Moon Channel (Chandranāḍī) dari sistem Tenaga Kerohanian Sejagat (Universal Spiritual Energy) yang juga disebut Kunḍalinī.

Namun di dalam kes-kes yang luar biasa sebagai contoh apabila seorang wanita yang selalu dipukul suaminya untuk jangkamasa beberapa tahun dan ingin membalas beliau dalam cara yang sama dengan menjadi suami di kelahiran lain dalam keadaan di mana suami kini lahir sebagai isteri, suatu pembalikan jantina (reversal of sexes) akan terjadi.

Tetapi juga, ianya bukanlah benar-benar perlu untuk lahir sebagai suami dan isteri beserta pembalikan peranan (role reversal) untuk menjalani destini negatif seperti di atas. Suami kehidupan sekarang boleh menghadapi unit kesengsaraan berkenaan di dalam cara lain juga.

11. Apakah yang menentukan samada sesuatu haiwan akan lahir sebagai manusia?

Terdapat juga peluang bagi sesuatu haiwan untuk lahir sebagai manusia jika seseorang manusia telah mundur (regressed) untuk menjadi haiwan tersebut sebagai balasan bagi perbuatan jahatnya. Selepas haiwan tersebut yang sebelumnya adalah manusia telah menyelesaikan kuota kesengsaraannya sebagai haiwan, ianya boleh lahir semula sebagai manusia. Ritual untuk leluhur yang dilakukan oleh keturunan mereka juga boleh membantu.

Ianya adalah amat susah bagi sesuatu haiwan (yang bermula dengan kelahiran sebagai haiwan) untuk berkembang maju (to evolve) untuk menjadi manusia kerana ianya adalah amat susah untuk sesuatu haiwan bagi melakukan amalan kerohanian. Namun, sesuatu haiwan yang pernah menghadiri satsang dengan orang Suci, memakan makanan suci (Holy sacrament) atau Prasād, mendengar lagu-lagu Suci atau mendengar canta Nama Tuhan secara kerap akan mengembangkan keinginan untuk merealisasi Tuhan dan akan berkembang secara kerohanian untuk menjadi manusia. Juga jika sesuatu haiwan hidup bersama seseorang Saint atau orang Suci, dan jika Saint tersebut melakukan azam (makes a resolve) bagi haiwan tersebut untuk berprogres secara rohani untuk ‘berevolusi’ ke tahap bentuk manusia, maka haiwan tersebut boleh lahir sebagai manusia.

12. Bolehkah leluhur yang telah meninggal dunia daripada sesuatu keluarga menganggu (interfere) pada sesuatu tubuh halus dalam kelahirannya dalam keluarga tersebut?

Leluhur yang telah meninggal dunia yang mempunyai tahap kerohanian yang tinggi atau leluhur yang dibantu oleh hantu (setan, iblis, tenaga negatif, dsb.) yang mempunyai kuasa kerohanian yang tinggi seperti ahli-sihir-halus (subtle-sorcerers) atau māntriks dsb. boleh menganggu sesuatu tubuh halus lahir dalam sesuatu keluarga dengan mengelak sesuatu kelahiran atau mengelak sesuatu tubuh halus dari jantina tertentu, e.g. lelaki yang sepatutnya lahir dalam keluarga. Dalam kes sebegini, tubuh halus yang berada dalam barisan (next in the queue) atau dengan tunggakan memberi-dan-menerima yang kedua tertinggi (next highest give and take) akan lahir di tempat tersebut. Tindakan menganggu oleh leluhur yang telah meninggal dunia sebegini adalah samada untuk meraih perhatian atau membalas dendam dsb.

Sila rujuk artikel bertajuk kenapakah leluhur saya yang telah meninggal dunia ingin menyusahkan saya?

13. Dalam Ringkasan

Apakah makna artikel ini kepada kita?

  • Segala benda yang dikejar oleh manusia ketika hidup, seperti pekerjaan, status, kekayaan dan keluarga mempunyai sedikit kepentingan dalam hidup sekarang dengan mengambil kira tujuan kehidupan kerohanian (spiritual purpose of life) dan langsung tiada apa-apapun di kehidupan selepas mati. Hanya terdapat satu bentuk ‘matawang’ (currency) di kehidupan selepas mati. Ianya adalah tahap kerohanian
  • Kelahiran sebagai manusia di Bumi adalah sesuatu yang amat bernilai dari perspektif kerohanian. Ianya adalah satu-satunya tempat (plane) di mana kita boleh melakukan amalan kerohanian untuk mengatasi destini dan seterusnya membawa kita keluar daripada kitaran lahir dan mati.
  • Di dalam era kini kita perlu menunggu selama beberapa abad sebelum kita mendapat kelahiran di Bumi. Itu pun jika kita sampai ke alam Nether; jika kita pergi ke alam Neraka, kemungkinan untuk lahir semula di Bumi adalah hanya selepas beberapa ribu tahun.
  • Di dalam era kini secara purata hanya 30% daripada kita akan sampai ke alam Majoriti dari kita akan pergi ke salah satu alam Neraka.
  • Masa kini e. di antara tahun 1999-2022 dunia akan melihat perubahan era mini di dalam era utama yakni Era Persengketaan (Era of Strife) atau Kaliyug. Era ini amat kondusif untuk perkembangan kerohanian di mana satu tahun amalan kerohanian adalah bersamaan dengan lebih kurang 50 tahun di era lain.
  • Melalui amalan kerohanian apabila kita mencapai tahap kerohanian 60% (samashti) atau 70% (vyashti) di kelahiran ini, kita tidak perlu lagi datang ke alam bumi untuk menyelesaikan destini kita.