Adakah seseorang harus meninggalkan amalan kerohanian yang dilakukan selama ini untuk memulakan pengucapan (chanting) Nama Tuhan?

Sebab-sebab yang mungkin termasuk:

  • Gemar kepada jenis amalan kerohanian seperti ibadah ritualistik, bacaan ayat-ayat Suci, membaca teks-teks Suci, melawat kuil-kuil, masjid atau gereja, melakukan meditasi atau yoga dan lain-lain.
  • Memikirkan bahawa mereka harus menghentikan bentuk amalan kerohanian semasa untuk memulakan pengucapan nama Tuhan sebagai amalan kerohanian.
  • Tentangan untuk meneroka sesuatu yang baru.

Berikut adalah cadangan kami kepada pembaca kami dalam kes-kes sedemikian:

  • Memperkukuhkan lagi apa-apa amalan kerohanian: Untuk memulakan pengucapan Nama Tuhan, seseorang tidak perlu melepaskan amalan kerohaniannya semasa, tetapi sebenarnya, boleh memperkukuhkan lagi amalan kerohaniannya dengan pengucapan Nama Tuhan.
  • Meningkatkan amalan kerohanian semasa: Hal ini merupakan pengalaman daripada ramai ‘pencari’ bahawa pengucapan Nama Tuhan, secara nyata telah meningkatkan amalan kerohanian semasa mereka secara kualitatif. Misalnya, para pencari telah memperhatikan tahap konsentrasi dan kebaktian diri (devotion) yang lebih besar ketika pengucapan Nama Tuhan pada saat melakukan ibadah ritualistik, mempelajari teks-teks Suci, meditasi dll.
  • Kesinambungan amalan kerohanian: Kesinambungan amalan kerohanian adalah sangat penting bagi perkembangan kerohanian. Kesinambungan amalan kerohanian boleh dicapai dengan terbaik melalui pengucapan Nama Tuhan. Oleh kerana seseorang boleh mengucap Nama Tuhan secara mental, maka ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan bahkan semasa melakukan aktiviti-aktiviti lain. Oleh itu, ia membantu seseorang untuk mengekalkan kesinambungan dalam apa jua bentuk amalan kerohanian yang diikutinya kini. Pengucapan Nama Tuhan secara kerap dan berterusan:
    • Memberi hasil dalam mencapai ketenangan fikiran sekali gus memberi faedah kepada seseorang, pada tahap mental mahupun fizikal.

    • Selanjutnya memudahkan lagi pembangunan keimanan dan kebaktian (devotion) sehingga bertindak sebagai penyembuh / remedi rohani.
  • Disarankan untuk era semasa: Menurut sains kerohanian, pengucapan Nama Tuhan berdasarkan agama seseorang dilahirkan adalah asas bagi amalan kerohanian yang disarankan di era semasa iaitu Era Perselisihan (Kaliyug). Disebabkan itu, para pencari yang sudah melakukan beberapa bentuk amalan kerohanian adalah digalakkan untuk memulakan amalan kerohanian pengucapan Nama Tuhan sebagai suatu alat untuk memperkuatkan amalan kerohanian semasa mereka. Sila rujuk kepada prinsip asas yang ke-5 amalan kerohanian.
  • Tambahan faedah: Setelah seseorang mencuba sesuatu yang baru untuk beberapa lama, barulah mereka dapat melihat adakah hal itu memberikan faedah kepada mereka. Jika tidak, seseorang mungkin terlepas suatu peluang yang baik untuk memperkukuhkan amalan kerohanian mereka.