Prinsip-prinsip Asas Kerohanian

Melakukan amalan kerohanian yang relevan (sesuai) pada zamannya

Dalam semua hal kehidupan, ada masanya bagi sesuatu perkara itu terjadi. Jika sesuatu hal yang benar berlaku pada masa yang salah, maka hasil yang diharapkan tidak dapat tercapai. Sebagai contohnya, jika benih tanaman ditaburkan pada musim kemarau dan bukannya pada musim hujan, benih tersebut tidak dapat berakar tanpa mengira bagaimana subur tanahnya. Demikian juga, terdapat amalan kerohanian yang kondusif / berfungsi sesuai dengan zaman atau era tertentu.

Satyayug: Era Satya: Ini merupakan era / zaman yang teramat suci sekali di mana tahap kerohanian purata seseorang adalah 70% (ini adalah tahap seorang Alim Suci atau Saint). Orang-orang ini teramat suci dari segi kerohanian sehingga Jalan Ilmu Pengetahuan adalah yang terbaik bagi mereka kerana mereka mempunyai potensi untuk memahami secara spontan maksud tersirat di dalam semua kitab suci kerohanian.

Trētāyug: Era Treta: Ini merupkan era dimana tahap kerohanian manusia menurun ke 55% dan oleh sebab itu mereka tidak lagi berpotensi untuk mengikuti Jalan Ilmu Pengetahuan. Namun mereka berupaya untuk melakukan Penebusan / Penyiksaan Diri ( penance ) (jenis di mana seseorang pencari Tuhan (seeker) sanggup berdiri dengan satu kaki selama 12 tahun) dan bermeditasi (jenis di mana pencari Tuhan melakukan meditasi terlalu lama sehingga busut semut tumbuh menyelimutinya).

Dwāparyug: Era Dwapar: Tahap kerohanian menurun lagi dan kini manusia hilang potensi untuk melakukan Penebusan Diri / Penyiksaan Diri dan meditasi berpanjangan. Oleh sebab itu Tuhan memutuskan agar mereka dapat melakukan kemajuan kerohanian melalui Penyembahan Ritual. Ritual – ritual keagamaan dan pengorbanan api (yadnyas) amat memakan masa dan tenaga kerana ia hanya dapat dilaksanakan setelah mencari bahan/isi kandungan yang betul. Bersama dengan ini terdapat juga beberapa langkah yang harus diikuti sampai perincian terakhir. Tetapi manusia berpegang kuat pada agama sehingga sanggup meluangkan masa, tenaga dan dana untuk melakukan amalan sebegini.

Kaliyug: Era Kali: Ini ditafsirkan sebagai “Era Perselisihan’ dan ianya adalah zaman sekarang. Secara purata, tahap kerohanian manusia telah turun ke hanya 20%. Kapasiti/ kemampuan kita untuk melakukan segala bentuk amalan kerohanian di atas telah menurun dengan banyak. Akan tetapi memandangkan kita hidup di zaman yang bergelora dan luasnya tahap pencemaran kerohanian – Tuhan telah membuat peruntukan / ketentuan sederhana agar kita dapat terus berkembang dalam kerohanian. Yang Tuhan harapkan daripada kita untuk dilakukan sebagai amalan kerohanian adalah mengucap dan mengulangi Nama-Nya.