Prinsip – prinsip asas Kerohanian

Melakukan amalan kerohanian sesuai dengan tahap kerohanian atau kemampuan kerohanian

Kita seharusnya memeriksa bahawa amalan kerohanian yang kita pilih itu adalah sesuai dengan kemampuan kerohanian atau tahap kerohanian kita. Seorang pelajar yang baru sahaja lulus kelas 3 Sekolah Rendah, tidak dapat menduduki ujian kelas 4 jika dia hanya terus-menerus belajar kurikulum kelas 3.

Demikian pula pencari (seekers) kerohanian seharusnya mencuba untuk mengembangkan kemampuan kerohaniannya supaya tidak kekal / terjebak hanya di satu tahap amalan kerohanian.

Mari kita melihat berbagai tahap-tahap perkembangan daripada bentuk pemujaan / persembahan yang lebih bersifat kasar / fizikal kepada bentuk yang lebih tak kasar / tak fizikal (tak kasat mata/ halus) sesuai dengan tahap pencari Tuhan/ seeker:

  1. Pada tahap awal, kita merasakan bahawa kita dapat menjalin hubungan dengan Tuhan hanya dengan pergi ke tempat ibadah dan melalui doa kepada patung Tuhan atau Dewa / Dewi.

  2. Kemudian kita dapat merasakan hubungan dengan Tuhan bukan hanya melalui ritual-ritual / upacara sahaja tetapi juga dengan membaca buku-buku kerohanian sambil duduk di tempat ibadah.

  3. Pada tahap selajutnya, kita merasakan bahawa bahkan kata-kata bersifat kasar / lahiriah dan hanya dengan mengalami getaran-getaran di tempat – tempat ibadah sudah cukup untuk memupuk / menyihatkan seseorang secara kerohanian.

  4. Selepas ini, bahkan kita tidak perlu pergi ke tempat ibadah, tetapi dapat merasakan Tuhan dalam keindahan Alam; di tempat tinggi pegunungan, di sebuah tasik yang tenang, dll.

  5. Bahkan pada tahap yang lebih tinggi, kita tidak memerlukan Alam lagi tetapi dapat merasakan Tuhan dalam kehidupan sehari-hari. Sekalipun kita berada di tempat yang tidak menyenangkan seperti di kawasan kumuh atau di dalam zon perang, kita dapat merasakan selimut nyaman kehadiran Tuhan dan dapat menyembah-Nya di dalam relung kesunyian hati kita.