Basic RGB
1. Bagaimana segalanya bermula

Kaedah unik ini telah dibangunkan oleh Guru Paratpar, Yang Mulia Dr Athavale yakni tunggak inspirasi SSRF dan pengasas Universiti Kerohanian. Di permulaan kehidupan profesionalNya, Yang Mulia Dr Athavale adalah seorang Hipnoterapist Klinikal yang mempunyai latar belakang penyelidikan yang kukuh dalam bidang tersebut. Beliau meneruskan kajian ini selama 7 tahun semasa mengamalkan Hipnoterapi Klinikal di United Kingdom dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Beliau merupakan pengarang bagi banyak jurnal dan rencana yang ditinjau oleh rakan sejawat di dalam subjek Pembangunan Keperibadian dan Hipnoterapi Klinikal.

Kemudian, apabila beliau sampai ke Kerohanian dalam kehidupanNya, dengan petunjuk dan rahmat Gurunya Yang Mulia Bhaktaraj Maharaj, beliau menyedari bahawa ianya (Kerohanian) merupakan suatu Sains yang luas dan bersifat logikal mirip Sains moden dengan set kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip tersendiri. Beliau menemui bagaimana aspek kerohanian kehidupan kita banyak mempengaruhi keperibadian kita dan bagaimana kita bertindak balas kepada situasi tertentu. Lebih dari 30 tahun berikutnya, berserta dengan ramai pencari (seekers), Yang Mulia Dr Athavale mempelopori penyelidikan asas berhubung dengan dimensi kerohanian (spiritual) dan mendokumentasi bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita dan aliran sejarah manusia.

2. Kesan kelemahan personaliti manusia

Hari ini disebabkan oleh kelemahan personaliti dan ego yang keterlaluan pada lelaki dan wanita, tenaga negatif daripada dimensi kerohanian mencetuskan provokasi supaya manusia melakukan banyak perbuatan yang dahsyat. Hasilnya manusia hidup dalam keadaan tidak harmoni dengan alam semula jadi dan dengan manusia lain. Akibatnya, bencana alam, perkelahian, pemberontakan, peperangan dan perbuatan pembunuhan beramai-ramai sedang meletus di seluruh dunia dalam keamatan yang besar. Disebabkan oleh kelemahan personaliti ini juga, manusia pada tahun 2016 berada dalam keadaan yang amat bahaya dan kita merenung ke dalam jurang yang amat besar bakal menantikan Perang Dunia Ketiga meletus tidak lama lagi. Ini dan bencana alam yang buruk akan membuat manusia di dunia sedar bahawa terdapat kesan-kesan yang buruk akibat kelemahan personaliti terutama apabila dikaburi oleh norma-norma budaya dan agama.

Tatkala bencana sebegini manusia akan ingin berubah supaya lebih baik dan akan mencari panduan daripada orang yang mempunyai tahap kerohanian yang lebih tinggi. Proses Penyucian Kelemahan Personaliti (PDR) yang dicipta oleh Yang Mulia Dr Athavale akan membantu mengorak langkah ke arah transformasi besar-besaran masyarakat. Sejarah akan membuat catatan bahawa dengan latar penyelidikan yang kukuh dalam memahami kedua-dua minda insan dan Kerohanian, Yang Mulia Dr Athavale memegang kedudukan yang unik untuk membimbing manusia dalam perkembangan peribadi dan perkembangan kerohanian yang membantu peralihan masyarakat ke era baru dan seterusnya

3. Kesan Memberi Inspirasi oleh PDR terhahap pertumbuhan kerohanian

Setakat 17 Sep 2015, di bawah bimbingan Beliau, seramai 746 orang pencari (seekers)   telah mencapai tahap kerohanian yang lebih tinggi yakni lebih daripada 60% dan 58 orang pencari (seekers) telah dibimbing untuk status Wali (Sainthood). Ini adalah sesuatu yang tidak pernah dicapai sebelum dalam sejarah dunia kerohanian. Bersama-sama dengan ini beribu-ribu orang pencari memberi keterangan bahawa Proses Penyucian Kelemahan Personaliti dan Penyingkiran Ego (sebagai sebahagian daripada amalan kerohanian mereka) telah memainkan peranan yang penting sebagai punca pengubah (game changer). Kedua–dua proses ini dengan cepat membantu mereka untuk mengatasi kelemahan personaliti seperti takut, marah dan tidak terjamin yang membolehkan mereka untuk mengalami perubahan transformasi watak mereka kepada yang lebih baik.

Kami menjemput sekalian untuk melihat tutorial ini untuk menjalani kehidupan yang lebih gembira dan mempengaruhi masyarakat secara positif.