1.2 Realiti Kehidupan

Kajian kerohanian telah menunjukkan bahawa di serata dunia, manusia pada umumnya berasa bahagia hanya 30% daripada jumlah masanya, manakala 40% daripada masa seseorang manusia berada dalam keadaan tidak bahagia. Baki 30% daripada jumlah masa, seseorang manusia berada dalam keadaan neutral di mana ianya tidak mengalami samada keadaan bahagia atau tidak bahagia. Sebagai contohnya, apabila seseorang sedang berjalan di jalanan atau melakukan kerja-kerja seharian yang biasa dan tidak memikirkan perasaan bahagia mahupun tidak bahagia.

Salah satu daripada faktor penyebab kepada dilema perasaan tidak bahagia dalam hidup ini adalah sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan kini diwujudkan untuk mengajar begitu banyak matapelajaran, namun kurikulum yang ada, tidak mengajar matapelajaran mengenai kebahagiaan yang berkekalan. Kita tidak di ajar secara formal untuk berasa bahagia tanpa mengambil kira situasi yang dilalui di dalam hidup.

Kita pernah mendengar atau melihat keadaan di mana seseorang lelaki budiman yang mempunyai kad perniagaan yang mengagumkan tetapi berasa murung dan ingin membunuh diri andai kata ianya terlibat dengan sesuatu kerugian kewangan. Terdapat juga wanita yang disanjung tinggi di tempat kerjanya kerana sumbangan besar kepada pembangunan sesuatu organisasi, tetapi menjadi mangsa pasangan yang memperhinanya dan kerap membangkitkan hal betapa tidak yakin wanita itu dari segi emosi.

Seseorang insan tekun belajar dan menghadapi beberapa peperiksaan untuk menerajui kehidupan, memperoleh pekerjaan yang terbaik yang akan memastikan gaya hidup mewah, agar gembira dan bahagia selalu.

Tetapi adakah kita memandang ke arah yang betul? Adakah sesuatu pekerjaan dapat memastikan bahawa kita akan gembira? Adakah menjadi seorang berkeluarga selalu menjaminkan kebahagiaan pada kita? Semua orang ingin bahagia, namun kita dapati perasaan tidak bahagia tetap melanda golongan tidak berpelajaran mahupun golongan berpelajaran tinggi.

Maka kita perlu menerokai ruangan baru yang akan memberikan kita kebahagiaan berkekalan, tanpa mengira situasi yang kita hadapi di dunia.

Mungkin ada di antara anda yang berfikir, “Perkara ini bukan untuk saya, kerana pada amnya saya seorang yang bahagia.”

Kepada individu berkenaan, kami ingin menyatakan bahawa artikel-artikel berikut adalah untuk paparan anda kerana tiga sebab yang disenaraikan di bawah:

  • Perubahan sentiasa berlaku di dalam hidup secara terus-menerus. Anda tidak boleh menjamin yang kesemua aspek hidup anda akan sentiasa konstan tanpa berubah – contohnya pekerjaan anda, situasi kewangan anda, keluarga anda, dan hubungan serta pertalian anda.
  • Anda perlu belajar untuk mengembangkan satu teknik yang dapat menjana sumber kekuatan dalaman untuk menghadapi masa-masa sukar, disebabkan kita tidak tahu bilakah hidup kita akan bertukar haluan dan ditimpa masalah di dalam kehidupan.
  • Terdapat suatu pepatah, “Jangan tunggu untuk menggali perigi sehingga terasa dahaga, sebaliknya gali terlebih dahulu, agar air tersedia ada untuk diminum ketika dahaga.”