1-MALAY_spiritual-emotion-awaken

Pada artikel ‘Apakah itu emosi kerohanian?’ kami telah menjelaskan tentang emosi kerohanian. Dalam artikel ini kami akan menjelaskan perbezaan di antara emosi normal kita dengan emosi kerohanian.

1. Apakah itu emosi?

Kita semua pernah merasai emosi(bhāvanā) dalam diri kita sendiri dan orang lain. Emosi adalah perasaan yang berkaitan dengan kehidupan duniawi kita. Emosi tersebut pada dasarnya merupakan sikap  yang dipamerkan oleh minda sedar kita.Emosi kita memberikan kita kebahagiaan atau kesedihan, dan emosi tersebut terkait dengan ‘aku’ kecil kita. Oleh kerana itu dalam keadaan emosi, kita mengaitkan diri kitadengan 5 deria, minda dan intelek kita. Oleh itu, berada dalam keadaanterlalu emosi membuatkan kita lebih tertanam dalam kewujudan duniawi kita dan meningkatkan kesedaran tentang kewujudan diri kita. Itulah sebabnya mengapa menjadi penuh emosi, secara semula jadi membawa kita lebih jauh dari Tuhan.

 

 2-MALAY_Little-i

2. Apakah itu emosi kerohanian?

Di sisi lain, emosi kerohanian (bhāv) adalah keadaan gabungan (communion) dengan Tuhan. Hal ini berkait dengan minda bawah sedar (sub-conscious mind / chitta). Di saat ketika emosi kerohanian seseorang bangkit, maka ia melampaui keadaan biasa diri seseorang, iaitumengaitkan diri dengan kewujudan duniawi. Kesedaran tentang kewujudan  diri sendiri juga berkurang. Oleh sebab itu, dalam keadaan emosi kerohanian, seseorang melampaui ‘aku’ kecil dan mengaitkan diri dengan ‘Aku’ besar (Tuhandi dalam diri). Emosi kerohanian memberikan kita pengalaman kerohanian akan Kebahagiaan Abadi (Bliss /Ānand). Bliss merupakan suatu keadaan kebahagiaan superlatif, namun berada di luartahap melampaui kebahagiaan dan ketidakbahagiaan duniawi.

3. Bagaimana cara untuk membezakan emosi kerohanian dengan emosi duniawi?

Dalam kes seseorang yang terlalu mengikut emosi, seringkali emosi tersebut disalah ertikan sebagai emosi kerohanian, terutamanya ketika berlaku dalam suasana kerohanian. Sebagai contoh, hal ini boleh terjadi ketika seseorang berada dalam pergolakan emosi di tempat ibadah, atau bila berada di hadapan seorang guru kerohanian (Guru) yang mungkin mempunyai hubungan bersifat psikologi yang rapat dengannya. Sama ada apa yang di alami merupakan emosi atau emosi kerohanian dapat dipastikan hanya melalui media deria keenam / pengamatan luar deria yang aktif ataupersepsi luar indera(extra sensory perception- ESP). Namun, pada tahap intelektual juga, kita dapat merasai / menentukan sedikit sebanyak sama ada ianya emosi atau pengalaman kerohanian dengan memeriksa kriteria berikut:

  • Berkurangnya Ego atau ke ‘aku’ an: Dalam keadaan emosi kerohanian, terdapat pengurangan yang jelas dalam ego kita. Oleh sebab itu, kita dapat memeriksa manifestasi/ petanda ego kita sebagai alat bantu untuk menentukan sama ada kita mengalami emosi normal atau emosi kerohanian. Misalnya kita dapat memeriksa adakah kita merasakan ego tentang keadaan emosi kerohanian itu sendiri ketika kita sedang melalui pengalaman tersebut. Namun, jika emosi kerohaniantidak dapatdikekalkan, maka ego akan meningkat kembali di kemudian hari.
  • Berkurangnya kesedaran badan / diri: Selama berada dalam keadaan emosi kerohanian, ketika seseorang mengaitkan diridalambeberapa tahap dengan ‘Aku’ besar, dia kehilangan kesedaran akan tubuh fizikalnya sejauh mana tahap tersebut. Oleh kerana itu ketika emosi kerohanian seseorang bangkit dan menjadi nyata dalam bentuk salah satu daripada lapan manifestasi seperti air mata Kebahagiaan Abadi, dsb., dia tidak merasakan kesedaran akan diri. Hal ini juga berlaku bahkan ketika seseorang itu bersifat malu atau pendiam dan emosi kerohaniannya bangkit di hadapan ramai orang yang tidak dikenali.

    Seorang ‘pencari’ SSRF, pegawai kanan di sebuah bank antarabangsa, teringatkan Gurunya dan mengalami emosi kerohanian ketika berjalan di jalanraya. Air mata mula membasahi pipinya tetapi dia tidak menyedari tentang hal itu, kerana dia begitu tenggelam dalam keadaan emosi kerohaniannya.

  • Pengalaman akan kasih sayang tanpa harapan: Emosi kerohanian, pada dasarnya adalah keadaan mengalami Tuhan dalam diri kita sendiri dan orang lain. Juga, dalam keadaan ini, kesedaran kita tentang diri sendiri menjadi rendah. Oleh kerana itu di dalam keadaan ini, seseorang  mengalami kasih sayang tanpa harapan (love without expectations / prīti) terhadap orang lain.
  • Air mata yang sejuk: Apabila manifestasi/ perwujudan emosi kerohanian kita adalah dalam bentuk air mata, maka ianya akan terasa sejuk. Di sisi lain, air mata yang dihasilkan daripada emosi biasa terasa hangat jika disentuh.
  • Jenis tangisan: Menangis akibat emosi, terutamanya kerana kesedihan dapat terlihat sepertiteresak-esak. Menangis akibat emosi kerohanian berlaku secara diam.
  • Perasaan setelah keadaan tersebut: Sekali lagi, oleh kerana emosi kerohanian  adalah keadaan gabungan dengan Tuhan;bahkan setelah keluar dari keadaan itu pun, seseorang merasakan sisa-sisa mengaitkan diri dengan ‘Aku’ besar. Hal ini dapat dialami dalam bentuk: pengurangan dalam berpandangan sempit, menjadi lebih stabil, peningkatan dalam kematangan kerohanian, keyakinan intelektual yang lebih baik tentang amalankerohanian dan juga dalam mencapai kesedaran Tuhan, dsb.