Komponen utama kewujudan manusia selaras dengan rantau Alam Semesta

Nota kepada pembaca kami: Untuk memahami artikel ini, anda perlu membaca – Manusia terdiri daripada apa?

Dalam artikel ini, kami menerangkan apa yang berlaku pada badan halus (subtle body) kita apabila kita berkembang secara kerohanian dan bergerak secara progresif ke rantau halus Alam Semesta yang lebih tinggi (higher subtle regions of the Universe). Apabila kita melakukan amalan kerohanian kita melangkah maju dari nyata/kasar kepada tidak nyata/halus (gross to subtle). Itulah sebabnya kita terus mengurangkan pengenalan diri kita dengan pelbagai badan. Apabila kita pergi ke alam-alam yang lebih berkembang kewujudannya di rantau positif Alam Semesta yang lebih tinggi, badan yang kita mengenal pasti sebahagian besarnya menjadi lebih dan lebih ‘halus’.

Jadual berikut menunjukkan pelbagai badan berkenaan dengan berbagai rantau di Alam Semesta (regions of the Universe). Ia menunjukkan bagaimana pembubaran ‘badan nyata’ (grosser bodies) berlaku apabila kita pergi ke rantau positif Alam Semesta yang semakin tinggi.

Rantau Alam Semesta Badan Fizikal Badan Tenaga Vital Organ-organ Deria yang Halus Organ-organ Motor yang Halus Minda Sedar Chitta Badan Penyebab/Intelek Ego Halus Bilangan Yang mana satukah badan yang utama/dominan?
Bumi 1 51 5 5 1 1 1 1 20 Badan Keinginan5
Alam Nether/Selepas Mat 52 52 1 1 1 1 14 Badan Keinginan5
Syurga Inferior/Bawahan 1 1 1 1 4 Badan Mental6
Syurga Superior/Atasan 1 1 1 3 Badan Penyebab/Intelek
Mahaloka 8 1 1 2 Badan Penyebab/Intelek
Janaloka 8 1 1 Ego Halus7
Tapoloka 1 1 Ego Halus
Satyaloka 1 1 Ego Halus

Nota kaki:

1. Nombor 5 adalah berkaitan dengan 5 aspek Badan Tenaga Vital (Vital Energy Body).

2. 5 organ deria halus (subtle sense organs) dan 5 organ motor halus (subtle motor organs) adalah berkaitan dengan badan halus. Pada tahap kerohanian yang rendah, kita memerlukan organ deria halus untuk melihat dimensi kerohanian. Namun kemudian seseorang melihat dimensi kerohanian melalui Minda halus (subtle Mind) dan Intelek halus (subtle Intellect).

3. Chitta terdiri daripada minda separa sedar (sub-conscious mind) dan minda tak sedar (unconscious mind).

4. Kolum ini menunjukkan yang manakah merupakan badan utama (predominant body) di pelbagai rantau halus alam semesta (various subtle regions of the universe). Semakin tinggi rantau yang positif itu maka badan utama menjadi lebih halus atau tak ketara (more subtle or intangible).

5. Kadang-kadang kita juga merujuk kepada satu aspek Badan Mental (Mental Body) sebagai Badan Keinginan (Desire Body) atau Vaasanaa-deha. Ini adalah aspek minda yang mengandungi semua impresi keinginan (impressions of desires). Di alam Bumi jika kita mempunyai keinginan, kita sekurang-kurangnya dapat memenuhinya di alam fizikal. Namun apabila kita mati pada tahap kerohanian yang lebih rendah, Badan Keinginan kita masih aktif tetapi kita tidak mempunyai badan fizikal untuk memenuhinya. Inilah sebabnya mengapa hampir semua nenek moyang kita terperangkap di alam Bumi   dalam satu cara atau yang lain. Dalam beberapa kes mereka terperangkap di Rantau Orang Mati (Region of the Dead / (Martyaloka) dan tidak mampu untuk bergerak ke rantau-rantau yang halus (subtle regions) di mana mereka bertujuan untuk pergi selepas kematian. Dari Rantau Orang Mati atau Rantau Nether, badan halus yang telah meninggal dunia merasuk (possess) keturunannya atau orang lain dengan keinginan sama, untuk memenuhi keinginannya melalui mereka. Adalah lebih mudah untuk merasuk keturunan disebabkan oleh akaun memberi-dan-menerima (give-and-take account) mereka dengan moyangnya yang telah meninggal dunia. Sila rujuk bahagian leluhur (ancestor section) kami sebagai punca bagi masalah kerohanian dalam kehidupan. Hanya melalui amalan kerohanian yang mematuhi enam prinsip asas (six basic principles) kita dapat mengatasi keinginan kita.

6. Di sini, Badan Mental (Mental Body) yang kita maksudkan merujuk kepada aspek Minda yang berkaitan dengan pemikiran seseorang.

7. Ini adalah vestij/tanda terakhir identiti sendiri sehingga seseorang akhirnya bersatu dengan Prinsip Tuhan yang Agung (Supreme God Principle) dan kehilangan semua identiti dengan dirinya yang lebih rendah iaitu 5 deria, Minda dan Intelek.

8. Apabila terdapat pembubaran Badan Mental seseorang, kita dapat mengakses / mencapai Minda Sejagat (Universal Mind). Begitu juga apabila terdapat pembubaran Badan Intelek (Intellect Body) seseorang, kita mencapai dan beroperasi dari Intelek Sejagat (Universal Intellect).

9. Artikel ini menekankan kepada kita tentang keperluan untuk melakukan amalan     kerohanian dan mencapai rantau positif Alam Semesta yang lebih tinggi selepas     kematian fizikal.