Jenis-jenis ego

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan pelbagai jenis ego.

Secara umum, terdapat dua jenis ego; ego Tuhan dan ego manusia.

1. Ego Tuhan

Ego Tuhan ialah suatu keadaan yang ketiadaan ego, iaitu ego dalam seseorang itu memang 0. Keadaan ini ditemukan pada Orang Suci (Saint) yang telah mencapai tahap kerohanian 100% apabila mereka berada dalam keadaan tanpa sebarang pemikiran dan bersatu dengan Tuhan.  Apabila berada dalam keadaan penyatuan sepenuhnya dengan Tuhan, sebenarnya orang tersebut telah bersatu dengan prinsip Tuhan, iaitu tidak ada lagi keakuan. Maka semua tugasan yang dilakukan oleh Orang Suci itu adalah semata-mata perbuatan (Kriya) dan bukan kelakuan (karma).Keadaan ini hanya boleh berlaku atas keinginan Tuhan. Ciri utama keadaan mental Orang Suci tersebut ialah mereka berada dalam keadaan bahagia atau Bliss (Anand)  yang berterusan, walaupun semasa menghadapi kesukaran yang melampau dalam kehidupan duniawi.

2.Ego Manusia

Ego manusia pula dibahagikan kepada 2 subjenis:

2.1 Ego Tulen

Ego Tulen dikesan pada Orang Suci yang telah mencapai tahap kerohanian paling tinggi, apabila mereka tidak berada dalam keadaan penyatuan penuh dengan Tuhan. Orang Suci  hanya mempunyai kesedaran semata-mata akan kewujudan dirinya. Ego ini diperlukan untuk membolehkan tubuh badan mereka berfungsi.

  • Orang yang memiliki ego tulen mempunyai sikap-sikap berikut:
  • Melihat dirinya berbeza atau berasingan dari Brahman (prinsip Tuhan), yang menimbulkan kesedaran tentang diri melalui dualiti.
  • Mempunyai kesedaran akan kewujudan dirinya.
  • Memiliki emosi rohani (bhāv) bahawa “Aku kepunyaan orang lain dan semua orang kepunyaan-Ku.

Ego ini akan ada selagi wujudnya tubuh fizikal. Ego ini tidak akan wujud lagi apabila Orang Suci menyerah badannya (meninggal dunia).

2.2 Ego tidak tulen

Kebanyakan daripada kita mengalami ego jenis ini. Hampir semua daripada kita mengenali diri kita dengan kewujudan badan fizikal kita, atau perasaan dan emosi, serta berasa bangga dengan akal kita. Hal ini disebabkan terdapat pelbagai impresi di pusat-pusat badan rohani seperti tabiat, keinginan, rasa suka dan tidak suka, dan sebagainya.

Rujuk pada rajah fungsi struktur fikiran di bawah.

Bergantung kepada pemikiran dan emosi, ego ini boleh sama ada menjadi sāttvik (dominan Sattva), rājasik (dominan Raja) atau tāmasik (dominan Tama).

  • Ego Tamasik: Ego yang dasar halusnya berkomponen utama Tama dikenali sebagai ego tamasik. Contohnya, hanya mempercayai kemampuan diri sendiri.
  • Ego Rajasik: Ego yang dasar halusnya berkomponen utama Raja dikenali sebagai ego rajasik. Contohnya, sentiasa berusaha untuk kebahagiaan.
  • Ego Sattvik: Ego yang dasar halusnya berkomponen utama Sattva dikenali sebagai ego Sattvik. Contohnya, ego mengenai pengorbanan adalah bersifat

3. Kadar Ego Mengikut Jenis-jenisnya

Dari skala 0-100%, apabila Tuhan atau para Orang Suci yang bertahap rohani 100% bersatu sepenuhnya dengan Tuhan, ego mereka adalah 0%. Ego sihir halus (māntrik) dengan kuatan tertinggi dari rantau neraka ke-7 (Pātāl) adalah 100%. Pada skala ini, ego purata orang biasa ialah 30%.  Ego Adolf Hitler adalah 60%.

(Sila ambil perhatian bahawa ‘orang biasa’ yang dimaksudkan ialah tingkat pencapaian  rohani seseorang. Dalam kehidupan duniawi, individu ini boleh berasal daripada kalangan orang kaya atau miskin, ketua negara atau pekerja biasa.)

Bergantung kepada perkadaran, ego boleh dikelaskan seperti berikut:

Jenis-jenis ego