Hierarki kuasa di alam semesta

Terdapat enam jenis kuasa di alam semesta. Kekuatan yang ada pada sesuatu kuasa semakin meningkat berdasarkan pada peningkatan tahap kehalusan (more subtle). Mari kita kaji setiap satu daripada jenis-jenis kuasa yang terdapat.

1. Fizikal: Kuasa ini adalah yang terendah di dalam hierarki segala kuasa di alam semesta dan ianya juga adalah dalam bentuk yang paling tepu/kasar (the most gross). Ini termasuklah kuasa dalam perkara-perkara seperti:

  1. Ubat-ubatan untuk menyembuh sesuatu penyakit – e.g. Antibiotik untuk membunuh kuman
  2. Suatu senjata fizikal yang digunakan untuk membunuh
  3. Kuasa kewangan
  4. Kuasa politik

Lanya adalah kuasa fizikal yang dimiliki oleh manusia biasa.

Kuasa ini mempunyai had di mana ianya dapat bertindak hanya di peringkat kasar/fizikal (gross/physical level). Sebagai contohnya, jika seseorang tidak dapat melihat orang atau sasarannya, maka senjata fizikal itu tidak berupaya mencari sasarannya.

2. Fizikal dan mantera (mantra): Jika kita gabungkan tenaga-halus (subtle-force) dengan kekuatan fizikal (physical force) maka keputusannya adalah jauh lebih efektif. Di zaman dahulu kala, apabila anak panah dilepaskan daripada panah, mantera turut disebutkan. Disebabkan oleh mantera, nama si musuh akan terakam dan anak panah akan tetap menemui sasarannya walaupun ianya adalah sesuatu hantu yang berlindung di rantau-halus Neraka, (subtle-regions of Hell) (Pātāl)Ini adalah disebabkan oleh tenaga-halus yang mengikuti anak panah tersebut. Ini adalah prinsip yang sama yang diaplikasi di dalam penyediaan ubat-ubat Āyurvēdic; ubat-ubat ini disediakan sambil mantera disebutkan. Begitu juga, ketika mengusir sesuatu roh yang sedang merasuk, item seperti gram hitam (black gram), kapur, jarum dsb digunakan beserta dengan mantera. Namun, adakalanya, walaupun dengan menggunakan kedua-dua bentuk fizikal dan mantera-halus, seseorang gagal mencapai kejayaan sepenuhnya. Di masa-masa sebegini, sesuatu kaedah yang lebih halus perlu digunakan seperti di bawah.

3. Mantera (sahaja): Dengan menggunakan mantera yang lebih berkuasa, musuh dapat dihapuskan dengan hanya menggunakan mantera sahaja. Mantera juga digunakan untuk mencapai lain-lain objektif duniawi seperti perkahwinan, kekayaan dsb.

4. Hubungan (Contact): Di tahap yang lebih tinggi lagi kita membina hubungan. Ini bermaksud jika seseorang yang telah maju secara kerohanian (lebih daripada tahap kerohanian 70%) menyentuh sesuatu, maka item tersebut akan mempunyai kuasa untuk menghapuskan hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb.)

Namun, hubungan (contact)  dalam konteks ini tidak terhad hanya kepada sentuhan. Seseorang dapat meraih manfaat apabila terdedah secara hubungan dengan seseorang yang telah maju dari segi kerohanian dalam salah satu cara yang disebutkan di bawah. Ianya adalah apabila seseorang yang telah maju dari segi kerohanian:

  • Mengingati kamu.
  • Menyelidiki apa-apa tugasan yang telah disiapkan oleh kamu.
  • Diberitahu mengenai situasi atau sesuatu masalah yang sedang dihadapi oleh kamu.
  • Bercakap dengan kamu melalui telefon.

5. Berazam menyelesaikan (Resolve): Selepas pencapaian tahap orang suci (sainthood) pada tahap kerohanian 70%, minda telahpun mencapai pembubaran (dissolved) dan intelek sedang menuju pembubaran (to being dissolved) dan mempunyai akses kepada Minda dan Intelek Sejagat (Universal Mind and Intellect) yakni Tuhan. Apabila seorang Suci (Saint) maju secara kerohanian melepasi tahap kerohanian 80%, mindaNya bergerak menuju keadaan tanpa berfikir (thoughtless state). Di waktu ini, dengan hanya sebuah fikiran (a mere thought) seperti ‘biarlah ianya berlaku’ (‘may it occur’) pada minda orang yang telah maju secara kerohanian sudah cukup untuk berlakunya sesuatu peristiwa. Tiada apa-apa lagi yang diperlukan. Azam sebegini digunakan hanya berdasarkan pada kehendak Tuhan. Sila rujuk pada artikel mekanisma tindakan berazam menyelesaikan (mechanism of the action of resolve).

6. Kehadiran (Presence): Pada tahap yang paling tinggi, orang yang telah maju (lebih daripada tahap kerohanian 90%) tidak perlu melakukan azam menyelesaikan (make a resolve). Hanya dengan kehadiran, berada berdekatan (proximity) atau penemanan seorang yang telah maju dalam kerohanian adalah cukup untuk sesebuah peristiwa untuk berlaku, seperti kemajuan kerohanian seorang pengikut atau penyingkiran hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb). Ini dapat difahami dengan contoh matahari yang membangunkan semua orang dan membuatkan bunga-bungaan untuk mekar apabila ianya terbit. Semua ini berlaku hanya semata-mata kerana kewujudannya. Matahari tidak meminta sesiapa untuk bangun dan bunga untuk mekar. Orang-orang Suci (Saints) di tahap kerohanian melebihi 90% melaksanakan misi Mereka dalam cara ini.