Kebangkitan chakra-chakra kundalini selaras dengan tahap kerohanian

Kebangkitan Kundalini dan kebangkitan chakra adalah satu proses yang berkait rapat dengan tahap kerohanian seseorang. Jadual berikut, yang diperolehi melalui penyelidikan kerohanian menyediakan tahap kerohanian di mana Kundalini dibangkitkan (awakened) dan bergerak ke atas sehingga Saluran pusat (Central channel) menyedarkan pelbagai chakra. Kebangkitan Kundalini bermula pada tahap kerohanian 60%.

Tahap kerohanian Kebangkitan chakra
65% ChakraMūlādhār
70% ChakraSwādhishthān
75% ChakraMannipur
80% ChakraAnāhat
85% ChakraVishuddha
90% ChakraĀdnyā
95% ChakraSahasrār
Lebih daripada 95% Kebangkitan Brahmarandra

Pada masa ini, terutamanya di sekitar golongan penyembuhan kerohanian (spiritual healing) dan generasi baru (new age circles), kita sering mendengar perbualan orang yang membincangkan tentang chakra mereka dan sama ada beberapa chakra telah terbuka atau tertutup, atau memperihalkan bahawa chakra tersebut perlu diseimbangkan. Hal Ini adalah pandangan yang salah sebagaimana telah kita ketahui chakra-chakra (seperti yang dilihat dari jadual di atas) tidak dapat diaktifkan sehingga tahap kerohanian yang lebih tinggi. Bagi kebanyakan orang, chakra adalah tidak aktif (dormant). Sebenarnya apa yang mereka rasakan adalah chētanā aktif, yang juga dikenali sebagai tenaga vital (Prāna-shakti). Sebagai contoh, tenaga vital, yang kuat di dalam dan sekitar bahagian jantung, akan disalah ertikan sebagai chakra jantung (heart chakra) yang telah terbuka dalam istilah penyembuhan kerohanian.