Demi memahami artikel ini kita sarankan anda membiasakan diri anda dengan persembahan berikut:
▪ Fungsi struktur minda
1. Faedah-faedah pengucapan dan pengulangan – Pengenalan
Beberapa orang Suci/Saints telah menjelaskan kepentingan pengucapan dan pengulangan. Pengucapan dan pengulangan bererti pengulangan Nama Tuhan. SSRF menekankan pengucapan dan pengulangan sebagai asas dalam amalan rohani. Ini adalah kerana pengucapan dan pengulangan adalah amalan rohani paling kondusif untuk masa kini. Ia juga amat berkuasa apabila dilakukan secara mental daripada mengucap secara kuat.
2. Faedah-faedah halus pengucapan dan pengulangan
Berikut adalah lukisan berdasarkan pengetahuan halus (dimensi rohani) yang dilukis oleh Puan Yoya Valle, seorang pencari SSRF dengan menggunakan deria keenamyang matang. Yoya mempunyai keupayaan untuk melihat ke dalam dimensi rohani dan melukisnya berdasarkan pengetahuan halus sebagai sebahagian amalan rohaninyadan berkhidmat kepada Kebenaran Mutlak (satsēvā). Lukisan-lukisan yang berdasarkan pengetahuan halus adalah disahkan oleh H.H. Dr. Athavale untuk ketepatannya.
Lukisan yang berdasarkan pengetahuan-halus dibawah menunjukkan faedah-faedah halus pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan.
Daripada lukisan berdasarkan pengetahuan-halus kita boleh memahami yang berikut:
- Suatu lingakaran emosi rohani (bhāv) diaktifkan di cakra hati (cakra Anāhat)
- Suatu aliranPrinsip Dewa ditarik ke arah cakra pertengahan dahi (ādnyā-chakra)
- Suatu aliran kesedaran Ketuhanan (Chaitanya) ditarik ke arah orang yang berucap dan berulang
- Suatu lingakaran Tenaga Ketuhanan (Shakti) dicipta di sekeliling cakra pertengahan dahi
Oleh itu dengan pengucapan dan pengulangan kita mendapat faedah daripada frekuensi-frekuensi halus yang tertarik dan dihasilkan daripada Nama Tuhan
3. Faedah-faedah pengucapan dan pengulangan dalam perubatan, psikologi dan rohani
Pengucapan dan pengulangan memberi banyak faedah dalam perubatan, psikologidan rohani.Pada peringkat permulaan amalan rohani adalah mungkin sukar untuk mengenal pasti faedah-faedah yang didapati melalui pengucapan dan pengulangan. Pada peringkat berikutnya amalan rohani, dengan mengetahui faedah-faedah pengucapan dan pengulangan memulihkan kepercayaan kita setelah kita mengalam faedah-faedahnya.
Jika kita berucap dan berulang dengan tujuan mencapai tujuan asas kehidupan manusia iaitu melakukan kemajuan rohani, kita akan mencapai matlamat dan mengalami faedah-faedah yang pengucapan dan pengulangan yang lain.