Ketagihan adalah suatu masalah global

Ketagihan adalah satu fenomena global/sedunia yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang merentasi semua sempadan geografi dan budaya. Pada peringkat peribadi, ketagihan menyebabkan pelbagai masalah dan akibatnya kehidupan rakyat dimusnahkan. Orang yang tersayang juga mengalami trauma daripada kesan riak yang negatif. Walaupun usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan institusi pemulihan, ketagihan boleh menyebabkan sesuatu kehilangan kepada seluruh negara, mengurangkan keberkesanan dan membebankan mereka dengan kos tambahan. Berikut adalah beberapa statistik yang membimbangkan yang menunjukkan kesan daripada ketagihan:

  • Menurut Forbes.com lima ketagihan paling mahal bagi Amerika Syarikat dengan kos kos anggaran tahunan dari segi perbelanjaan rawatan dan kehilangan produktiviti adalah alkohol ($166 bilion), merokok ($157 bilion), dadah $110 bilion, lebih-makan (over-eating) ($107 bilion) dan perjudian ($ 40 bilion).

Ketagihan adalah suatu masalah global

  • Pada tahun 2015, 10.1% rakyat Amerika berusia 12 tahun atau lebih tua adalah pengguna dadah haram semasa (bulan lepas), bermakna mereka telah menggunakan dadah haram sebulan sebelum temu bual kajian. Dadah terlarang/haram termasuk ganja, kokaina(cocaine)(termasuk crack), heroin, halusinogen(hallucinogens), ubat sedut/inhalan, methamphetamine, atau penyalahgunaan preskripsi ubat penenang sakit (pain relievers), transkuilizer/ubat penenang (tranquilizers), perangsang (stimulants) dan sedatif (sedatives). (Rujukan: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 2015)
  • Alkohol merupakan satu faktor dalam satu daripada tiga (30%) kesalahan seksual, satu daripada tiga (33%) kecurian dan satu daripada dua (50%) jenayah di jalan raya (street crimes) di UK. (Drinkaware.co.uk 2013)
  • Penyalahgunaan tembakau, alkohol, dan dadah terlarang/haram menyebabkan kos perbelanjaan Amerika Syarikat lebih daripada $600 bilion setahun daripada kos yang berkaitan dengan jenayah, kehilangan produktiviti kerja dan penjagaan kesihatan. (Drugabuse.gov, 2013)
  • Satu daripada lapan kematian warga Australia berusia di bawah 25 tahun adalah berkaitan dengan pengambilan alkohol. (Majlis Nasional Australia mengenai Dadah, 2013)

Ini hanya beberapa statistic suram yang akan mencerminkan seluruh bangsa di dunia yang menunjukkan kesan maut penyalahgunaan dadah dan ketagihan di peringkat peribadi, keluarga dan sosial. Berdasarkan statistik di atas, tidaklah menghairankan mengapa kerajaan dunia secara kolektif membelanjakan berbilion dolar untuk membendung ancaman yang menimbulkan ketagihan.

Kadar kejayaan bagi mengatasi ketagihan dari segi sejarah adalah rendah:

  • Dalam satu laporan oleh Pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Dadah (Substance Abuse and Mental Health Services Administration), daripada sejumlah 937,499 sample rekod pelanggan (pesakit) yang dilepaskan (discharged) pada tahun 2003 untuk rawatan penyalahgunaan dadah di seluruh 26 negeri di Amerika Syarikat, hanya 41% telah menyempurnakan/selesai rawatan. (Rujukan: Pejabat Pengajian Gunaan, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat)
  • Relaps / berbalik ke ketagihannya selepas rawatan untuk ketagihan dadah dan alkohol adalah perkara biasa, boleh diramal dan boleh dicegah, menurut ” Relaps & Pemulihan: Strategi Tingkah laku untuk Perubahan,” (Relapse & Recovery: Behavioural Strategies for Change), laporan kajian 2003 oleh Yayasan Caron (Caron Foundation), salah satu pusat rawatan ketagihan yang tertua dan terbesar di AS. Kadar relaps untuk penyakit ketagihan terdiri daripada 50 peratus untuk bermula semula (resumption) penggunaan serius 90 peratus bagi selang ringkas.
  • Suatu artikel yang diterbitkan dalam Jurnal Hipnosis Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Hypnosis (Potter Greg, Jul 2004) menunjukkan keputusan yang lebih baik untuk hipnosis sebagai pendekatan rawatan untuk ketagihan.

Tujuan kehidupan adalah untuk menyempurnakan takdir kita (karma) dan mengembangkan kerohanian untuk merealisasikan Tuhan. Orang-orang yang ketagih membazirkan masa, wang dan tenaga dalam mengejar ketagihan yang membawa mereka jauh dari tujuan sebenar kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, keluarga dan masyarakat juga perlu bertarung isu ini dan menjadi peserta yang dipaksa dalam situasi mencabar ini. Jika masyarakat melabur usaha sama dalam mengejar pertumbuhan rohani, dunia akan menjadi sangat berbeza berbanding dengan keadaan semasa.