1_malay_spiritual-benefits-of-sleeping-in-the-right-direction

Nama saya Auritro Mallick, dan saya berumur 27 tahun. Saya berasal dari Houston, Texas (Amerika Syarikat). Saya telah melakukan amalan kerohanian seperti yang dinasihatkan oleh SSRF selama 4 tahun yang lalu, sejak tahun 2010. Saya belajar kejuruteraan di kolej dan mula bekerja sebagai seorang jurutera dan kemudiannya sebagai seorang guru selepas kolej. Saya pada mulanya datang ke SSRF melalui laman web SSRF ketika mencari topik yang berkaitan dengan Kerohanian. Amalan kerohanian merupakan fokus utama dalam hidup saya sekarang, dan di bawah adalah salah satu pengalaman rohani saya yang menggalakkan saya untuk berterusan dengannya.

Saya mengalami kesukaran untuk tidur sejak 2007. Saya akan mengalami distres (distress) ketika cuba untuk tidur seperti merasa tenaga panas yang pindah ke badan saya, corak pemikiran yang pesat / perlumbaan pemikiran (racing thoughts), kesukaran tidur dan mimpi buruk (nightmares) apabila saya akhirnya dapat tidur. Bapa saya memberitahu saya bahawa jika saya hanya tertumpu, saya akan dapat tidur tetapi ini tidak berjaya. Akhirnya saya menyedari bahawa tenaga negatif mungkin menjadi punca selepas mendapati laman web ssrf, jadi saya mula canta/mengucap (chanting) dengan bersungguh-sungguh seperti yang dijelaskan untuk mengatasi distres tersebut.

Canta/mengucap (chanting) Tuhan adalah sangat menyeronokkan bagi saya sejak dari permulaan perjalanan kerohanian saya, tetapi satu perkara pelik yang saya perasan pada mulanya adalah bahawa tenaga kerohanian (spiritual energy) yang saya dapat sepanjang hari dengan mengucap nama Tuhan seolah-olah untuk disalirkan (drained) apabila saya pergi untuk tidur dan bangun setiap pagi. Setiap hari saya rasa saya telah berjuang untuk canta dan membina/menambahkan tenaga positif, hanya untuk hilang dalam sekelip mata. Saya tidak memahami mengapa ini berlaku sehingga saya telah membaca satu artikel di laman web SSRF tentang bagaimana tidur dengan kaki kita menghadap ke Selatan adalah negatif secara kerohanian dan menyedari bahawa saya sedang tidur dengan cara ini selama bertahun-tahun.

Saya menyusun semula katil saya supaya kaki saya menghala Barat semasa saya tidur dan menakjubkan, perasaan ini hilang. Waktu pagi selepas menukar arah katil saya, canta Nama Tuhan berlaku dengan lancar dan ia merasakan seperti tenaga yang saya telah dapat pada hari sebelumnya masih ada. Malah, ia merasakan seperti tenaga kerohanian telah dibina/bertambah dari hari sebelumnya. Selain itu, saya berasa lebih segar dan bermotivasi, dan kualiti tidur saya bertambah baik. Sejak itu, saya telah berhati-hati untuk tidur dengan kaki saya menghadap ke Barat seboleh mungkin.