1. MAL_prayerfoodbanner

Dalam usaha untuk lebih memahami artikel ini kami mencadangkan anda membiasakan diri dengan artikel-artikel berikut:

1. Pengenalan

Makanan adalah keperluan asas kehidupan, dan memberikan khasiat dan tenaga bagi kita untuk kehidupan seharian. Kita cukup sedar tentang kandungan khasiat makanan kerana ia telah dikaji secara mendalam. Kepuasan psikologi memakan sesuatu yang kita suka juga kita ketahui melalui pengalaman peribadi. Namun secara perbandingan kajian adalah agak kurang tentang efek satu amalan biasa iaitu amalan membuat/membaca doa (prayer) sebelum makan.

Dalam gaya hidup kita yang serba cepat ini, bagi sesetengah daripada kita, doa mungkin kelihatan seperti langkah berlebihan dalam rutin makan kita yang mana kita mempunyai sedikit masa atau kesabaran. Bagi yang lain, ia boleh menjadi satu pengalaman yang sama sekali tidak diketahui.

Untuk memahami kesan doa sebelum makan dari perspektif kerohanian, kami telah menjalankan kajian rohani (spiritual research) dengan menggunakan deria keenam yang maju (advanced sixth sense) dan membandingkan apa yang berlaku apabila kita membuat doa sebelum makan dengan apa yang berlaku apabila makanan dimakan tanpa berdoa terlebih dahulu.

2. Kajian rohani tentang doa sebelum makan

Lukisan berdasarkan pengetahuan-halus yang berikut telah dilukis oleh Yang Mulia Yoya Vallee, seorang pencari SSRF dengan menggunakan deria keenam yang maju.

Yoya mempunyai keupayaan untuk melihat dalam dimensi halus/kerohanian dan menghasilkan lukisan berdasarkan pengetahuan halus sebagai sebahagian daripada amalan kerohanian dan perkhidmatan kepada Kebenaran Mutlak (satsēvā) (service unto the Absolute Truth). Lukisan berdasarkan pengetahuan halus kemudiannya disahkan oleh Yang Mulia Dr. Athavale untuk ketepatan.

Lukisan yang berdasarkan pengetahuan-halus ini menunjukkan kesan makan tanpa berdoa.

2. MAL_eating-without-prayer

Dari gambar berdasarkan pengetahuan-halus kita dapat memahami yang berikut:

  • Kesedaran Ketuhanan (Chaitanya) tertarik ke arah makanan. Selepas mengambilnya, suatu selubung (sheath) kesedaran Ketuhanan juga terbentuk sekitar orang yang sedang makan.
  • Disebabkan oleh kekurangan doa dan persekutuan dengan Tuhan (communion with God) sebelum makan, suatu selubung tenaga distres (distressing energy) terbentuk sekitar orang itu. Tenaga distres seterusnya meliputi makanan juga dan dipindahkan ke dalam badan semasa makan.
  • Akibatnya organ-organ dalaman kita dan minda menjadi kabur dengan tenaga distres dan suatu lingkaran tenaga distres terbentuk di chakra jantung (Anāhat-chakra) akibat ego yang hadir apabila memakan makanan tanpa doa. Ini adalah disebabkan oleh fikiran yang masih aktif dalam ketiadaan doa, yang menimbulkan pelbagai pemikiran dan pemikiran yang bersifat ekstrovert (extrovertedness).

Oleh itu jika seseorang makan makanan tanpa berdoa, tenaga distres memasuki badan-halus (subtle-body) orang tersebut, sehingga boleh meningkatkan distres.

Bersama-sama dengan ini, jika seseorang bercakap dengan kuat semasa makan ini juga meningkatkan sifat ekstrovert orang tersebut yang menarik lebih vibrasi Raja-Tama. Akibatnya, tenaga kita kemudian menjadi berkurangan dan kita pun membawa vibrasi negatif ini bersama diri kita sepanjang hari.

3. Gambar-halus tentang kesan berdoa sebelum makan

Sekarang marilah kita melihat gambar lain yang berdasarkan pengetahuan-halus yang dilukis oleh Yang Mulia Yoya Vallee tentang apa yang berlaku apabila seseorang berdoa sebelum makan.

3. MAL_eating-after-prayer

Dari gambar yang berdasarkan pengetahuan-halus ini kita dapat melihat hal-hal berikut.

  • Akibat berdoa, emosi rohani (bhāv) bangkit dalam orang tersebut dan perhubungan dengan Tuhan terjalin. Ini menarik kesedaran Ketuhanan menuju makanan dan orang yang memakannya.
  • Tenaga Ketuhanan (Shakti) diaktifkan dalam makanan dan ini mencapai badan-halus orang tersebut serta membentuk suatu selubung pelindung di sekitarnya.
  • Akhir sekali, selepas memakan makanan, tenaga Vital (Prana-shakti) dalam badan kita meningkat.

Oleh sebab itu, dari perspektif kerohanian, berdoa sebelum makan adalah berfaedah. Jenis-jenis doa yang seseorang boleh buat/baca sebelum makan adalah:

  • “Tuhan, biarlah makanan ini dimakan oleh saya dengan emosi rohani (spiritual emotion) yang ia adalah sakramen suci-Mu (Prasad). Biar saya mendapatkan Tenaga Ketuhanan (Divine Energy) dan kesedaran Ketuhanan melaluinya. “
  • “Tuhan, jika terdapat apa-apa tenaga hitam dalam makanan ini, sila memusnahkannya dan menyemai kesedaran Ketuhanan ke dalam partikel-partikel makanan ini”
  • ” Tuhan, sila membentuk suatu selubung pelindung (protective sheath) Nama Mu sekeliling saya semasa makan “

4. Secara ringkasnya – doa sebelum makan

Membuat/membaca doa sebelum makan adalah satu perbuatan yang mudah di mana kita boleh mewujudkan hubungan dengan Tuhan, mendapat kesedaran Ketuhanan dan perlindungan serta mendapatkan Tenaga Vital yang diperlukan untuk fungsi badan kita. Ia juga membawa kesinambungan dalam amalan kerohanian kita, yang berlaku walaupun semasa perbuatan rutin harian kita seperti memakan.

Terdapat juga tambahan faedah kerohanian (spiritual benefit) jika kita melengkapi makan dengan canta / mengucap Nama Tuhan.