1-MALAY--Good-vs-Evil

1.  Dimanakah pertempuran di antara baik dan jahat diperjuangkan?

Pertempuran di antara baik dan jahat diperjuangkan terutamaya di dunia halus di antara kuasa halus baik dan jahat. Pertempuran ini, walaupun dalam skala yang lebih besar daripada mana-mana pertempuran di Bumi (Bhūlok), hanya boleh dilihat oleh seseorang dengan deria keenam yang matang.

Selepas kuasa-halus baik mula menang dalam pertempuran-halus, ia diikuti dengan pertempuran di alam fizikal iaitu, di Bumi. Pertempuran di alam fizikal mempengaruhi seluruh dunia tetapi ia memerlukan untuk menghapuskan semua yang berbuat jahat dari permukaan Bumi. Pada mulanya kawasan pertempuran wujud di Bumi dalam minda manusia dan ia seumpama kita hidup di dunia yang semakin gila. Ini adalah seperti keadaan dunia kita pada masa kini. Ini adalah terutamanya disebabkan hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) yang merasuk atau mempengaruhi manusia. Bersama-sama dengan ini terdapat peningkatan yang intensif bencana alam (seperti banjir, tsunami, gempa bumi, epidemik dan kemarau). Kemudian pertempuran di halus, bermanifestasi dengan lebih dan meningkatkan kegawatan di Bumi. Ia akan akhirnya berkemuncak dalam Peperangan Dunia Ketiga bersama-sama dengan bencana alam yang amat teruk. Bencana alam adalah cara semulajadi untuk membersihkan bumi yang berdominasikan elemen Tama  dan maka menuju ke dunia yang lebih baik.

2. Bilakah pertempuran baik dan jahat menjadi intensif?

Pertempuran di antara baik dan jahat akan menjadi intensif apabila komponen halus asas Sattva jatuh secara relatifnya lebih rendah (atau titk terendah) dan komponen asas halus Tama mencapai kemuncaknya. Pengurangan dalam komponen Sattva adalah fungsi sebahagian yang berbuat jahat di Bumi. Jumlah pengurangan komponen Sattva berbeza-beza mengikut masa dan berubah-ubah dengan setiap era. Sebagai contoh, waktu yang paling teruk di Satyayug  (era pertama di alam semesta) adalah jauh lebih sāttvik daripada waktu sāttvikā  yang tertinggi di seluruh Kaliyug (iaitu era kini di alam semesta).

2-MALAY-Graph-evildoers

Sila ambil perhatian:  Angka-angka untuk tiga era pertama adalah untuk era utama dan bukan untuk mini-kitaran di dalamnya.

Pada masa depan, dalam mini-kitaran berikutnya, tahap terendah atau titik rendah akan datang selepas orang jahat menjangkaui 35%, 40% and seterusnya. Apabila mereka mencapai 100%, alam semesta tidak akan wujud kerana keseluruhan populasi akan dimansuhkan oleh Tuhan.

3. Siapa akan terlibat dalam pertempuran di antara baik dan jahat?

Kebanyakan para pencari Tuhan tidak sedar akan pertempuran-halus ini kerana mereka tidak mempunyai keupayaan deria keenam untuk memahaminya dan mereka juga tidak diberitahu tentang hal ini. Hasilnya, mereka tidak boleh menyediakan diri mereka untuk menghadapi serangan oleh kuasa jahat, mereka juga tidak boleh menyertai pertempuran ini. Kebanyakkan Orang Suci/Saint di Bumi yang terlibat secara murni dalam amalan rohani mereka tersendiri juga tidak sedar akan pertempuran. Sesuai dengan tahap rohani mereka, Tuhan yang berfungsi melalui mereka. Selain daripada fungsi tersebut, hanya sedikit yang mereka menyumbangkan kepada kuasa baik dalam pertempuran di antara baik dan jahat.

Orang-orang dan tubuh-tubuh halus, yang berada di pihak baik dan mereka dengan tahap rohani 30-50%, mempunyai pemahaman mengenai isu ini hanya dari tahap psikologi. Ini adalah kerana mereka mempunyai kurang kekuatan rohani, mereka boleh menyumbang sedikit pada tahap rohani. Orang-orang seperti itu yang berjuang secara fizikal di Bumi sering terkorban. Akan tetapi sekurang-kurangnya mereka mengumpulkan merit kerana mereka berjuang bagi pihak Tuhan.

Mereka yang berada pada tahap rohani 50% dan ke atas dan mereka mempunyai emosi rohani (bhāv) dan bersikap seperti pejuang yang benar-benar mampu menyertai dalam pertempuran ini pada tahap rohani. Untuk menyertai pertempuran seumpama ini pada tahap rohani seorang perlu mempunyai ego yang rendah, deria keenam yang matang dan pemahaman yang kuat mengenai Kerohanian iaitu di luar batasan sektarian atau agama yang teranjur. Di sini pencari-pencari bertindak di bawah bimbangan Orang Suci/Saint yang lebih tinggi tahapnya yang mampu mengetahui Minda dan Intelek Alam Semesta dan memahami kehendak Tuhan. Sehubungan tindakan yang dilakukan oleh pencari tersebut sesuai dengan kehendak Tuhan, orang tersebut mampu mengakses tenaga Ketuhanan dan juga tidak membuat akaun memberi-menerima dengan tindakannya. Ibadat seorang terhadap Tuhan membuatkan Tuhan bergegas untuk menolongnya. Ini adalah sebab Tuhan bergegas untuk membantu yang sungguh mengabdi kepadaNya, dan juga orang yang berkaitan dengan si pengabdi dan misinya juga terbantu. Ini boleh difahami daripada analogi berikut. Apabila pengabdi Tuhan, terperangkap di dalam sebuah bangunan di pertengahan gempa bumi, berteriak meminta pertolongan Tuhan, Tuhan akan menghantar orang untuk menyelamatkannya. Dengan berbuat demikian, orang lain di bangunan tersebut turut akan diselamatkan.

Terdapat beberapa Orang Suci/Saint yang terlibat secara aktif dalam membimbing para pencari untuk melakukan amalan rohani demi kepentingan masyarakat. Keinginan mereka adalah untuk menubuhkan Kebajikan (Dharma) di Bumi. Oleh sebab itu, orang-orang Suci/Saints ini adalah lebih bersatu dengan Tuhan iaitu ciri-ciri asasnya adalah Kebajikan. Amalan rohani untuk masyarakat termasuk membantu manusia memahami dan mengamalkan Kerohanian mengikut enam prinsip-prinsip asas amalan rohani dan hidup kehidupan kebaikan. Sesuai dengan itu, Tuhan berfungsi dalam tahap yang lebih besar melalui mereka. Orang-orang Suci/Saints ini secara aktif terlibat dalam pertempuran-halus dan membimbing pencari-pencari untuk melawan kejahatan pada tahap rohani.

Semua orang dan tubuh-tubuh halus pada tahap rohani kurang daripada 30% dengan ego yang tinggi, dan mereka yang menunjukkan tingkah laku anti-sosial dianggap berada di sisi kuasa-kuasa jahat. Jenis orang seperti ini terlibat dalam tindakan jenayah atau aktiviti-aktiviti pengganas, rasuah, melakukan kesalahan seksual dan memburuk-burukkan dewa-dewi atau tanda-tanda penyembahan dan penghormatan. Fundamentalis-fundamentalis agama berfikir bahawa mereka berlawan bagi pihak Tuhan dan terlibat dalam (secara agama) pengganasan tetapi mereka juga berada di bawah kuasa-kuasa jahat. Sebagai bahagian pertempuran-halus ini, hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) yang lebih tinggi seperti ahli sihir halus (māntriks) memaksa tubuh halus para leluhur yang lemah secara rohani untuk memanfaatkan akaun memberi-menerima mereka dengan keturunan-keturunan baik mereka, untuk menyusahkan mereka.

Rujuk kepada artikel – Mengapa orang-orang terkasih saya yang telah meninggal dunia dan leluhur-leluhur saya yang lain ingin memberi saya rasa sakit?

4. Pertempuran halus pada saat ini

Pada era ini yang kita hidup dalam Kaliyug, sebahagian daripada Kaliyug tersebut, sebahagian daripada Kaliyug tersebut, sebahagian daripada Kaliyug tersebut, sebahagian daripada Kaliyug tersebut, sebahagian daripada Kaliyug  utama. Oleh itu kita hidup dalam bahagian paling gelap dalam mini-kitaran daripada era Kaliyug utama ini di mana materialisme, kekurangan rohani dan mementingkan diri mencapai puncaknya. Semua ini menunjukkan peningkatan komponen Tama  dalam manusia.

Dalam 2006 keseimbangan di antara kuasa-kuasa baik dan jahat berada dalam nisbah 70:30. Pada masa kini orang jahat dalam masyarakat telah mencapai angka 30%. Untuk bahagian daripada era ini, ini bermaksud bahawa komponen Sattva telah mencecah titik terendah. Ia adalah sesuatu yang serupa dengan bursa saham di mana indeks turun di bawah batasan psikologi kita mengatakan bahawa pasaran saham telah merosot.

Seorang mungkin bertanya, “Jika keseimbangan saat ini adalah 70 berbanding 30 yang memihak kebaikan maka bagaimana boleh terdapatnya masalah?“ Malahan, ia bertentangan dengan perenggan akhir di poin satu yang menyatakan bahawa kebanyakan orang di dunia adalah jahat. Jawapannya ialah sebahagian besar kuasa-kuasa baik adalah di rantau yang lebih tinggi di alam semesta. Dalam alam yang wujud yang tinggi mereka terlalu bersatu dengan Tuhan sehingga mereka mempertahankan sikap pemerhati terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku dan mempunyai sikap bahawa semua yang berlaku adalah atas kehendak Tuhan. Kuasa-kuasa jahat mengambil kesempatan ciri-ciri kuasa-kuasa baik ini dan mempersiapkan diri mereka untuk menyerang dan menubuhkan keunggulannya di Bumi.

Dalam keadaan semasa, manusia berada di ambang menyaksikan perubahan yang bersejarah dari era mini Kaliyug ke era mini Satyayug dalam era utama Kaliyug.  Perubahan dari era ini akan menghasilkan suatu sarana untuk membersihkan bumi ini dari orang-orang dan unsur-unsur yang berdominasikan Tama.

3-MALAY-Battle-of-good-vs-evil-eras

Tanpa diketahui oleh kebanyakan umat manusia, dalam tahun 1999 – 2012, satu pertempuran halus yang besar di antara baik dengan jahat telah terjadi di rantau-rantau halus. Dalam dekad yang lepas, pertempuran halus ini juga telah terwujud sebahagian kecil di alam Bumi fizikal. Kita teleh melihat peningkatan yang intensif bencana-bencana alam, peperangan, huru-hara sosial dan aktiviti anti-sosial. Alasan utama untuk hal ini adalah kerana peningkatan komponen halus Tama  yang berkaitan dengan kejahatan iaitu hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) bersama-sama dengan masyarakat yang kurang melakukan amalan rohani dan Kebajikan sebagai gaya hidup.

5. Maklumat mengenai pertempuran halus sekarang di antara baik dan jahat

Mulai dari tahun 1999, pertempuran di antara baik dan jahat semakin intensif di rantau halus. Dewa-dewi dan Orang Suci/Saints telah berjuang dalam pertempuran ini melawani kekuatan jahat yang sangat berkuasa seperti ahli sihir halus di dunia halus. Perjuangan ini oleh kekuatan baik secara keseluruhan di rantau halus mengambil tempat dan berlaku pada ’tahap kuasa yang sedia ada’. Tahap kuasa yang sedia ada boleh difahami melalui analogi Matahari. Setiap hari apabila Matahari terbit, bunga-bunga memekar. Matahari tidak meminta atau membuat bunga-bunga tersebut memekar.  Ia berlaku secara automatik dengan kehadiran Matahari. Demikian juga dengan kesediaadaan Orang Suci/ Saint dan dewa-dewi yang maha mengetahui, maha wujud dan maha kuasa melalui kesedaran Ketuhanan (Chaitanya) yang dipancarkan terus-menerus, memerangi pertempuran tersebut.

Rujuk artikel mengenai – Hierarki kuasa di alam semesta.

Para pencari Tuhan yang melakukan amalan rohani untuk masyarakat yang terlibat dalam pertempuran ini dengan kuasa kecil mereka. Apabila mereka menyebarkan kesedaran Kerohanian dalam masyarakat (sebagai sebahagian daripada amalan rohani) mereka diserang oleh tenaga negatif dari dimensi rohani. Pencari-pencari Tuhan mampu menahan serangan ini dengan menggunakan kaedah-kaedah pemyembuhan rohani serta melalui kuasa rohani yang diperolehi melalui amalan rohani dan berkat serta yang paling penting kurnia Tuhan. Kuasa jahat di dunia halus juga mempengaruhi dan memberi tenaga kepada unsur-unsur anti-sosial di alam Bumi seperti ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah. Hasilnya ketika kita menonton berita di televisyen, kita lihat sebuah dunia yang semakin hura-hara dengan kekurangan moral, tingkah laku yang tidak siuman, keganasan berleluasa dan pertempuran serta peperangan.

Oleh kerana kebanyakan orang tidak memahami punca rohani atau prespektifnya sebalik huru-hara pada masa sekarang, mereka cuba membetulkan keadaan secara fizikal seperti melancarkan perang terhadap keganasan atau secara psikologi mengadakan konvensyen-konvensyen, sidang kemuncak dan lain-lain. Namun ini bukannya penyelesaian kerana semua unsur anti-sosial disokong (iaitu dibonekakan) oleh kekuatan jahat halus. Sebagai hasilnya, adalah tidak mungkin untuk membasmi atau mengatasi mereka secara fizikal atau psikologi. Bahkan jika unsur-unsur anti-sosial yang paling teruk di Bumi dihapuskan, tenaga negatif pada tahap yang lebih tinggi dengan mudah akan merasuki unsur-unsur anti-sosial yang lain memberi mereka kuasa rohaninya. Kuasa rohani ini adalah jauh lebih berkuasa daripada mana-mana kuasa fizikal.

Keadaan dunia pada hari ini  hanya boleh diperbaiki jika kejahatan di dunia-halus diatasi. Ini adalah sebabnya mengapa Dewa-dewi dan Orang Suci/Saint telah terlibat dalam pertempuran halus ini, berjuang dengan ahli sihir halus yang unggul dari rantau Neraka (Pātāl) yang paling dalam, dengan kekuatan rohani mereka pada tahun 1999 hingga 2012.

4-MALAY-Battle-of-good-vs-evil-details

Pertempuran halus mencapai puncaknya pada 2012 dan ia akan perlahan-lahan mulai reda di tahun-tahun selanjutnya kerana kuasa halus baik mengalahkan kuasa halus jahat. Unsur-unsur anti-sosial yang awalnya mendapat tenaga daripada ahli sihir halus di alam halus tidak akan mempunyai akses kepada tenaga rohani. Hasilnya, unsur-unsur anti-sosial di Bumi dan seluruh umat manusia yang dirasuki dan dipengaruhi akan berkurangan. Akibatnya, mereka akan ditangani. Ini akan diikuti dengan perang fizikal yang mempengaruhi seluruh dunia. Pertempuran di fizikal juga diperlukan untuk menghapuskan semua orang dan unsur-unsur anti-sosial yang jahat dari permukaan Bumi. Dalam pertempuran fizikal utama akan terjadi dalam tahun-tahun akan datang bersama-sama peningkatan bencana alam, populasi dunia akan berkurangan dengan ketara. Skala pertempuran fizikal akan menjadi seperti sesuatu yang tidak pernah dilihat orang sesiapa sebelumnya dan semua umat manusia akan terpengaruh. Orang dalam tahap rohani yang rendah iaitu di bawah 30% lebih kemungkinan terjejas dengan perubahan ini. Mereka yang jahat akan lenyap kerana mereka berlawan bagi pihak kejahatan. Mereka yang duduk di atas pagar, iaitu bukan di sisi jahat atau baik akan derita dalam pertempuran.

6. Makna rohani pada waktu ini

5-MALAY-Battle-of-good-vs-evil-current-times

Sepanjang waktu selepas alam semesta wujud, komponen asas halus yang tertentu yang berdominasi. Sebagai contoh di Satyayug, komponen Sattva yang berdominasi dan sekarang di Kaliyug komponen Raja-Tama  yang berdominasi.

Pada tempoh di antara tahun 1999 – 2025 mewakili suatu masa-masa akhir di antara dua era ketika kita bergerak dari zaman yang lebih gelap (mini-Kaliyug) ke yang lebih baik secara rohani (mini-Satyayug) dalam era utama Kaliyug. Semasa masa-masa akhir 23 tahun, apapun amalan rohani yang dilakukan oleh seseorang mengikut prinsip-prinsip asas Kerohanian akan sangat bermanfaat. Ini adalah kerana Tuhan mengurniakan pencari-pencari dengan perkembangan rohani apabila dilakukan walaupun dalam masa yang buruk.

Malahan, amalan rohani dalam setiap tahun semasa 23 ’masa-masa akhir’ tahun bersamaan dengan 50 tahun selama berlangsungnya sebuah era.  Kedewasaan yang mengambil lebih kurang 50 tahun dalam jangka hayat seorang manusia biasa; amalan rohani yang dilakukan dalam 23 tahun ini akan bersamaan dengan lebih 1000 tahun. Cara lain untuk melihat hal ini adalah kita akan mendapat manfaat 20 kehidupan daripada amalan rohani dalam hanya satu kehidupan.

7. Jalan ke hadapan selepas pertempuran baik dan jahat

7.1 Untuk kuasa jahat

Selepas pertempuran di antara baik dan jahat apabila kuasa jahat halus ditundukkan secara menyakinkan, mereka akan berhenti berlawan dan pergi melakukan amalan rohani yang kuat untuk mendapat kekuatan rohani supaya mereka sekali lagi boleh cuba membuat tuntutan keunggulan mereka di alam semesta. Selain itu, akibat kuasa jahat teratasi, maka tempoh yang berdominasikan komponen Sattva akan menusul di rantau Bumi dan semua rantau di atas rantau Nether (Bhuvarlok). Mini-Satyayug yang dikenali sebagai Kerajaan Tuhan akan mula. Era ini diiringi dahulu di semua rantau halus di atas Bumi dan kemudian terjadi di Bumi juga.

7.2 Untuk umat manusia

Kita berada di tengah-tengah titik perubahan dalam sejarah umat manusia. Selepas pertempuran fizikal, akan terjadi suatu tempoh cuba-cuba ketika dunia menyesuaikan ke keadaan dunia baru dan membaiki kerosakan. Semasa ini, potensi untuk menjalankan Kerajaan Tuhan akan dibangkitkan pada orang-orang yang selamat. Ini akan berterusan sehingga tahun 2025. Selepas tempoh fluks ini, umat manusia akan mengalami hampir seribu tahun kedamaian. Dalam era baru ini, akan terjadi pembaharuan dalam kebangkitan rohani dan berkembangnya displin-displin seperti sains  Āyurvēda, sehingga kini ia tidak diterima sebagai arus utama sains oleh dunia moden.

Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa seribu tahun ini akan menjadi era ketuhanan yang terakhir di alam semesta. Komponen Sattva yang dihasilkan dalam era ini yang akan sedia ada untuk umat manusia sehingga akhirnya alam semesta sekitar  400,000 tahun kemudian. Tidak akan adanya generasi baru dari komponen asas halus Sattva selepas ribuan tahun ini kerana alam semesta akan perlahan-lahan merosot secara rohani ke arah Tama  dan dengan itu memenuhi pembubaran yang tidak dapat dielakkan.

Di antara semua alam yang wujud di alam semesta, rantau Bumi yang paling sesuai untuk melakukan amalan rohani. Malangnya apabila tempoh kedamaian dan kemakmuran berlaku, dari masa ke semasa umat manusia akan hilangkan diri dalam keseronokan duniawi dan lupa akan amalan rohani. Sebagai hasilnya, sattvikta mulai menurun. Oleh yang demikian akan terdapat peningkatan progresif dalam tidak kebajikan yang akan lebih berkurangnya sattvikta dan peningkatan Raja-Tama. Pengurangan Sattva dan peningkatan  Raja-Tama mempengaruhi semua rantau. Walaupun ia memberi kesan di rantau-halus hanya secara kecil, bahkan penurunan kecil dalam komponen Sattva menyebabkan distres yang teruk kepada tubuh halus yang baik di rantau di atas rantau Nether yang biasa dengan tahap Sattva yang tinggi dan seragam pada setiap masa.

Maklumat yang lebih lanjut mengenai masa-masa yang akan datang telah diberikan dalam artikel kami tentang Armageddon.

8. Kesimpulan

Bagi para pencari Tuhan yang hendak berkembang secara rohani, 23 tahun ini merupakan kesempatan yang sukar ditandingi untuk perkembangan rohani. Setiap usaha yang diambil untuk merealisasikan Tuhan dalam tahun-tahun ini akan mempunyai kesan yang berlipat-ganda. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menjalankan amalan rohani maka kunjungilah laman web kami – Mulailah perjalanan rohani anda.

Para penjahat dan unsur-unsur anti-sosial di Bumi menjadi boneka di tangan tenaga negatif halus. Itulah sebabnya mengapa untuk mengurangkan kekuatan tenaga negatif; semua pencari perlu meningkatkan amalan rohani melalui pengucapan dan pengulangan dan pengabdian kepada Tuhan. Membantu menyebarkan kerohanian bersama-sama melakukan usaha untuk mengurangkan ego dan kecacatan personaliti menghasilkan perkembangan rohani yang cepat.

Pencari pada tahap rohani di atas 60% boleh berucap dan berulang dan sembahyang untuk kehancuran tenaga negatif dalam bimbingan Orang Suci/Saint.