MAL-Benefits-of-chanting-landing

1. Pengucapan dan pengulangan sebagai suatu terapi penyakit-penyakit psikiatri

Pengucapan dan pengulangan adalah berfaedah dalam majoriti penyakit-penyakit psikiatri. Pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan mungkin adalah salah satu terapi yang paling efektif dalam rawatan kecelaruan obsesif kompulsif.

2. Minda separa sedar disucikan melalui pengucapan dan pengulangan

Tenaga yang terpancar dari Nama memusnahkan tanggapan-tanggapan di dalam minda separa sedar.

Sama seperti cahaya matahari memusnahkan najis serta baunya, cahaya yang dihasilkan melalui pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan memusnahkan kotoran dalaman. – H.H. Bhaktaraj Maharaj

 Minda separa sedar dibersihkan melalui pengucapan dan pengulangan  seperti berikut.

2.1 Membangunkan keinginan mengucap dan mengulang dan penyucian minda separa sedar

Menurut psikologi, pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan dan bagaikan objek duniawi adalah agak sama. Apabila seorang ibu mengatakan atau mendengar nama anaknya, pelbagai emosi muncul dari minda separa sedar. Ini kemungkinan kasih sayang keibuan, kebahagiaan, bimbang, aspirasi dsb. Ini adalah kerana emosi berkaitan dengan nama objek, iaitu anak, wujud bersama-sama. Memori atau kedengaran nama sering mengaktifkan emosi. Ini adalah spontan dan menjadi daya penggerak dalam kehidupan seorang ibu. Kadang-kadang disebabkan kuasa ini seorang ibu bersedia untuk berkorban segala-galanya untuk anaknya.

Respon psikologi dalam pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan adalah sama. Apabila kita mengucap dan mengulang NamaNya, kita mempunyai beberapa emosi atau gambaran mengenai Tuhan, secara sedar atau tidak sedar. Kita juga mempunyai beberapa pengertian mengenai kualiti Tuhan. Kita tahu daripada perbincangan bahawa kita manfaat daripada kurnia Tuhan dan dengan pengucapan dan pengulangan NamaNya adalah suatu alat untuk memperolehnya. Maka emosi rohani (bhāv) yang kita mengucap dan mengulang Nama Tuhan yang mempunyai kualiti yang dibezakan, mengiringi Nama Tuhan. Oleh sebab emosi rohani, emosi seperti rasa hormat, sayang dan ibadat untuk Tuhan, takut akan perbuatan salah dsb meningkat secara progresif, manakala emosi yang tidak diingini sebaliknya terus berkurangan. Oleh itu minda separa sedar beransur-ansur menjadi suci.

2.2   Pengurangan tanggapan

Apabila pengucapan dan pengulangan berlansung, minda sedar tidak akan menerima impuls yang datang daripada pusat-pusat minda separa sedar, seperti pusat keinginan dan naluri, pusat suka dan tidak suka, ciri-ciri temperamen dan pusat intelek. Apabila ini berpanjangan lebih lama, tanggapan-tanggapan dari pusat ini mulai berkurang dan seorang akan mengalami keadaan tenang di minda.

2.3   Tanggapan baru tidak akan muncul

Apabila berlakunya pengucapan dan pengulangan, tanggapan-tanggapan baru mengenai perkara lain tidak akan muncul dalam minda separa sedar. Pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan adalah mungkin cara terbaik dalam keadaan sedar untuk mengelakkan tanggapan-tanggapan baru dari muncul dalam minda separa sedar. [Dalam keadaan konsentrasi, bertapa dan samādhi (suatu keadaan super-sedar bersatu dengan Prinsip Mutlak Tuhan) juga, tanggapan-tanggapan mengenai perkara lain tidak dapat dibentuk pada minda separa sedar.]

2.4   Penghapusan keinginan melalui pengucapan dan pengulangan

Dengan pengucapan dan pengulangan, minda kurang terganggu dengan tarikan-tarikan di luar. Apabila kesesatan minda berkurangan, keinginan dan kesedaran terhadap tubuh yang menarik kita ke Ilusi Hebat (Māyā) secara automatik hilang kuasanya dan kita mampu menjadi lebih asyik dengan pengucapan dan pengulangan. Sebalik memenuhi keinginan, minda akan terserap dalam pengucapan dan pengulangan. Maka, keinginan berkurangan dan akhirnya tiada satu yang kekal. Sejak keinginan adalah bersifat halus mereka memerlukan erti-halus (Nama Tuhan) untuk mengurangkannya, Apabila keinginan berkurangan atau tiada lagi, kita boleh kekal dalam Kebahagiaan Kekal (Ānand), yang memberi kepuasan dalaman yang jauh lebih memuaskan daripada mana-mana kehendak yang timbul daripada minda.

3. Pengucapan dan pengulangan meningkatkan introversi dan introspeksi

Introversi dan introspeksi kedua-duanya perlu untuk menyerap kualiti-kualiti positf di dalam kita semua. Kedua-dua kualiti ini mula berkembang melalui proses pengucapan dan pengulangan.

Pengucapan dan pengulangan sebenarnya bermula hanya apabila kita cuba berfokus menjadi pendiam. Jika kita ingin melihat sama ada pengucapan dan pengulangan berlaku dalam minda, kita perlu berfokus dari dalam, iaitu secara rohani pendiam.

Minda akan merayau-rayau dan berfokus pada stimuli luaran disebabkan sifatnya yang sedia ada dan oleh itu tidak berfokus pada pengucapan dan pengulangan untuk tempoh yang lama. Dalam proses ini, kita menjadi sedar akan pemikiran dan kecacatan personaliti, yang menyebabkan minda merayau. Ini adalah introspeksi.

4. Pengucapan dan pengulangan meningkatkan konsentraksi

Apabila minda separa sedar menjadi bersih disebabkan pengucapan dan pengulangan, implus yang datang ke minda sedar dari minda separa sedar juga berkurangan dan konsentraksi bertambah. Dengan cara ini, sebarang aktiviti yang kita lakukan dilakukan dalam keadaan lebih tenang, lebih konsentraksi dan sempurna, membawa kepada kehidupan yang lebih berjaya dan kemajuan rohani.

Pembelajaran meningkat disebabkan konsentraksi melalui pengucapan dan pengulangan: ’Selepas belajar bagaimana mengucap dan mengulang, saya pulang ke rumah dan mula mengucap dan mengulang. Walaupun pakcik saya membuka televisyen, saya tidak terganggu. Saya boleh konsentraksi dalam pelajaran saya dengan baik. – Ms. Shweta Dilip Parthey, Mumbai, India

5. Pengucapan dan pengulangan membersihkan pertuturan

Apabila kita asyik dengan perbualan duniawi sepanjang hari, kita memperkukuhkan tanggapan-tanggapan mengenai Ilusi Hebat dalam minda separa sedar kita dan membuat minda tidak suci. Sejak pengucapan dan pengulangan menyucikan minda separa sedar kita dengan Tenaga Ketuhanan, ini menyebabkan pertuturan kita bersih juga.

6. Faedah-faedah pengucapan dan pengulangan sama dengan mereka yang berdiam diri

Pengucapan dan pengulangan Nama Tuhan adalah sejenis berdiam diri (moun). Oleh itu faedah-faedah psikologi dengan berdiam diri yang berikut juga berlaku bersama pengucapan dan pengulangan.

A. Pengurangan dalam masalah duniawi: Kebanyakkan masalah-masalah duniawi timbul kerana pertuturan kita. Dengan amalan berdiam diri secara semulajadi mereka dihalang.

B. Kita boleh mengelak daripada bercakap bohong.

C. Kawalan ke atas enam musuh dalaman: Enam musuh dalaman adalah kecacatan am yang mengikat kita kepada dunia material dan yang bertanggungjawab untuk ketakbahagiaan kita. Mereka adalah keghariahan, kemarahan, kebanggaan, dengki, ketamakan dan pengikatan. Apabila emosi seperti marah dsb tidak ditunjukkan, kita semakin mendapat kawalan ke atas mereka disebabkan pengucapan dan pengulangan.

7. Kesimpulan – faedah-faedah pengucapan dan  pengulangan

Dalam persekitran yang sangat stres ini, pengucapan dan pengulangan membawa kehidupan bebas daripada stres yang menyebabkan produktiviti yang lebih, keupayaan membantu orang lain dalam keadaan yang lebih tenang, peningkatan sifat sayang, pengurangan dalam mementingkan diri sendiri dan perkembangan rohani.