Apakah yang dilambangkan oleh pengucapan (chant) kerohanian perlindungan Shri Gurudev Datta?

Pengucapan (chant) perlindungan Shrī Gurudev Datta melambangkan Nama Deva Datta, yakni satu aspek Tuhan. Salah satu fungsiNya di alam semesta adalah meringankan beban distres/penderitaan yang disebabkan oleh tubuh halus leluhur. Tuhan melaksanakan misiNya di alam semesta melalui tiga prinsip asas yakni Ciptaan, Pengekalan dan Pemusnahan (Creation, Sustenance and Destruction). Kebolehan Deva Datta diperoleh melalui kombinasi ketiga-tiga prinsip asas Tuhan yakni Ciptaan 10%, Pengekalan 80% dan Pemusnahan 10%. Energi suci yang manifest adalah 10% manakala 90% energi suciNya tidak manifest.(manifest bermaksud yang jelas nyata)

Konsep bahawa leluhur kita yang telah meninggal boleh menyebabkan masalah di dalam hidup kita adalah sesuatu yang sangat asing bagi kita. Bagaimanapun ramai insan dari pelbagai budaya dan agama telah mengalami kemajuan yang besar di dalam hidup mereka dengan mengucap sebut secara berulang Nama suci Deva Datta yakni  ‘Shri Gurudev Datta’ (sila klik untuk mendengar rakaman audio pengucapan tersebut).