Siapakah yang diserang oleh Hantu atau Syaitan?

1. Punca utama yang menjadikan seseorang menjadi sasaran hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dan lain-lain) untuk dirasuki

Terlebih dahulu, marilah kita memahami punca asas di sebalik mengapa hantu mungkin menyasarkan seseorang sama ada untuk memberi kesan kepadanya atau untuk merasuknya (possess).

1-malay_why-possess

  1. Jika akaun memberi-dan-menerima (give-and-take account) yang wujud perlu diselesaikan antara hantu dan seseorang: Jika hantu telah mengalami rasa tidak puas hati daripada orang itu, ia akan membalas dendam.
  2. Untuk mencuba mengawal seseorang bagi memenuhi kehendak dan keinginan (cravings) melalui medium individu yang terjejas/dirasuk: Hantu umumnya merasuk seseorang yang mempunyai keinginan yang sepadan dengannya maka ia adalah jauh lebih mudah untuk memenuhi keinginan mereka.
  3. Jika seseorang telah menghina atau menimbulkan kemarahan hantu secara sengaja atau tidak sengaja: Sebagai contoh, membuang air kecil pada pokok yang dihuni oleh hantu.
  4. Untuk menghentikan percubaan seseorang yang terlibat dalam penyebaran Kerohanian: Seseorang yang hanya melakukan amalan kerohanian individu (iaitu hanya untuk pertumbuhan kerohanian diri sendiri) kebanyakannya mencapai penyucian dalaman. Sebaliknya, orang yang melakukan amalan kerohanian demi kepentingan masyarakat mencapai penyucian dalaman dan juga banyak menyumbang untuk meningkatkan komponen asas halus Sattva (basic subtle Sattva component) dalam persekitaran.

    Ini amat menyusahkan hantu kerana ia bertentangan dengan sifat Raja-Tama hantu yang sangat tinggi. Itulah sebabnya mengapa hantu menyerang dan menyebabkan distres kepada pencari yang melakukan amalan kerohanian untuk kepentingan masyarakat. Pencari yang melakukan amalan kerohanian demi kepentingan masyarakat diserang oleh hantu dengan intensiti yang lebih banyak, pada peringkat awal pertumbuhan kerohaniannya. Walau bagaimanapun dia juga adalah yang lebih dikurniakan (graced) dan dilindungi oleh Orang Suci (Saints) dan Tuhan. Orang itu juga mendapat faedah-faedah tambahan melakukan amalan kerohanian demi kepentingan masyarakat

  5. Jika seseorang melawat tempat-tempat yang berhantu, dia mungkin boleh diganggu oleh hantu di situ.

2. Beberapa statistik tentang sebab-sebab di sebalik serangan oleh hantu

Jadual berikut memberikan kemungkinan relatif sebab-sebab di sebalik dipengaruhi/dirasuk oleh hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif, dan lain-lain).

Sebab di sebalik serangan oleh hantu %
1. Untuk menyelesaikan ‘akaun memberi-dan-menerima’ di antara hantu dan orang yang disasarkan 30
2. Mencuba untuk memenuhi keinginan hantu 30
3. Kerana seseorang telah membangkitkan kemarahan pada hantu 10
4. Untuk menghentikan penyebaran Kerohanian yang dijalankan oleh pihak yang disasarkan 5
5. Lawatan ke tempat-tempat yang berhantu oleh orang yang disasarkan 4
6. Tidak diketahui atau dan lain-lain 21
Total 100

*Satu lagi statistik yang utama adalah penggerak/orang utama (driver) di sebalik serangan hantu. Dalam 90% kes-kes di mana hantu mempengaruhi atau merasuk seseorang, ia adalah kerana ia telah diperintahkan oleh hantu peringkat lebih tinggi. Hanya dalam 10% kes-kes ia menyerang seseorang dengan sendiri.

3. Siapakah lebih berkemungkinan untuk menjadi mangsa kepada serangan oleh hantu?

Hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) mendapati ia mudah untuk menyerang dan merasuk jenis-jenis orang seperti berikut. (Nota: Untuk memahami artikel ini kami mencadangkan anda terlebih dahulu membaca artikel mengenai tiga komponen asas halus (three subtle basic components)

  • Dengan penyakit fizikal: Sebarang penyakit atau penjangkitan yang menjejaskan seseorang pada dasarnya bermakna bahawa terdapat peningkatan dalam komponen asas halus Tama (subtle basicTama component) dengan penurunan seiring dalam komponen Sattva. Peningkatan komponen Tama ketara apabila penyakit yang teruk dan berpanjangan.

    Penguasaan Sattva yang lebih tinggi memastikan perlindungan terhadap hantu, sedangkan apabila komponen Sattva adalah rendah, ia adalah lebih mudah bagi hantu untuk mempengaruhi orang atau untuk mencelah masuk melalui kawasan dominan komponen Tama. Memandangkan hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif, dan lain-lain) mempunyai komposisi komponen halus Tama dan Raja yang sangat dominan, maka mereka mensasarkan luka atau kawasan berpenyakit sebagai pintu masuk ke dalam orang itu.

  • Dengan minda yang lemah: Orang-orang sebegini adalah mangsa yang mudah bagi hantu. Kelemahan personaliti (personality defects) seperti marah, tamak, menjadi sangat emosi, dan lain-lain adalah seperti luka dalam minda kita. Tambahan pula, ini adalah kawasan Raja-Tama atau Tama-Raja yang tinggi dalam minda kita. Oleh itu, kelemahan personaliti bertindak sebagai pintu masuk mudah bagi hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif, dan lain-lain). Sebaik sahaja rasukan syaitan sedang berlaku, hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif, dan lain-lain) menggunakan kelemahan personaliti orang untuk mengawal mereka. Mereka juga memperbesarkan amplitud/banyaknya kelemahan ini, sebagai contoh menjadikan orang yang berada dalam keadaan emosional menjadi terlampau emosional (excessively emotional). Ini seterusnya melemahkan minda/fikiran seseorang lalu membenarkan rasukan syaitan (demonic possession) untuk berlanjutan secara berterusan (sustained basis).

Prinsipnya adalah, di antara orang yang disasarkan untuk diserang dan hantu yang menyerang, sesiapa yang lebih kuat secara kerohanian, akan menang. Jika hantu itu mempunyai kekuatan rohani yang lebih daripada orang yang hendak diserang, maka ia boleh mempengaruhi atau merasuk orang secara sesuka hati.

Jika seseorang mempunyai tahap kerohanian yang lebih tinggi, pertahanan beliau terhadap serangan hantu adalah lebih kuat disebabkan oleh:

  • Kekuatan rohani diri sendiri
  • Perlindungan yang lebih tinggi yang beliau menerima daripada Tuhan