Berjalan maju dari banyak menuju ke satu

Berjalan maju dari banyak menuju ke satu

Impak (kesan yang ketara) daripada usaha-usaha kita akan menjadi jauh lebih berkesan ketika kita menumpukan usaha-usaha kita pada salah satu hal daripada banyak hal.

Yang manakah lebih efektif / berkesan?

  • Menggali sebuah telaga/perigi untuk mendapatkan air sedalam 10 meter atau menggali 10 buah telaga dengan kedalaman masing-masingnya 1 meter.
  • Perbatuan pengguna penerbangan kerap (frequent flyer miles) (bonus penerbangan sesuai dengan jarak penerbangan) yang perlu dibayar (accruing) daripada pelbagai penerbangan atau berpegang pada satu penerbangan sahaja.

Berikut adalah bagaimana prinsip ini berfungsi bergantung kepada pelbagai jenis jalan yang umum menuju Tuhan.

Jalan Tindakan / Aksi (Karmayoga): Pada tahap awal, seorang pencari Tuhan (seeker) memberikan sedekah kepada beberapa pengemis. Pada tahap berikutnya, dia menumpukan usaha-usaha pendermaannya pada satu tujuan seperti sumbangan kepada sebuah sekolah atau sebuah hospital.

Jalan Pengetahuan (Dnyānyoga): Setelah mempelajari teks-teks kerohanian daripada pelbagai falsafah era baru sampailah ke teks-teks keagamaan, seorang pencari Tuhan akhirnya berpaling ke salah satu yang memiliki peratus kerohanian tertinggi di dalamnya.

Jalan Bakti (Bhaktiyoga): Seorang pencari Tuhan berkembang daripada memuja beberapa/ bermacam-macam Dewa/Dewi kepada hanya salah satu, pergi ke salah satu tempat ibadah daripada banyak, membaca salah sebuah buku ayat-ayat Suci daripada banyak.

Jalan Mengucap dan Mengulangi Nama Tuhan (Nāmsankīrtanyoga): Di sini, para pencari Tuhan mengucap dan mengulangi Nama salah satu Dewa/Dewi / Tuhan dan bukan banyak.

Jalan Rahmat Guru (Gurukrupāyoga): Setelah mengunjungi beberapa Orang Keramat / Wali (Saints), seorang pencari Tuhan akhirnya mengunjungi hanya seorang Guru. Tidak kira apa jua jalan kerohanian yang diikuti oleh seseorang, sebenarnya kemajuan kerohanian tidak mungkin terjadi melampaui / di luar tahap tertentu tanpa rahmat/restu daripada seseorang Guru.