Punca-punca dan fakta pemanasan global

Abstrak mengenai punca-punca pemanasan global dan fakta-fakta pemanasan global

Pada masa kini dunia menyaksikan pemanasan global, perubahan iklim dan bencana alam dalam perkadaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Menurut kajian rohani, punca utama pemanasan global adalah satu proses kitaran yang berlaku di alam semesta dari semasa ke semasa. Kesan-kesan pemanasan global yang telah kita saksikan adalah hanya permulaan fasa kemusnahan yang akan meningkat dengan intensif dalam tempoh 5-10 tahun. Kitaran fasa kemusnahan akan diburukkan lagi dengan tingkah laku buruk manusia terhadap alam semula jadi. Tingkah laku lemah ini yang boleh dilihat kini adalah hasil pengurangan kesedaran rohani umat manusia dan akibatnya ketidakupayaan untuk mendapat perlindungan daripada pengaruh tenaga negatif. Amalan rohani adalah satu-satunya cara untuk benar-benar mengubah minda rohani kita yang tercemar menjadi tulen.

Untuk memahami artikel ini, sila baca:

1. Kesan-kesan pemanasan global: peningkatan intensiti bencana alam

Pada dekad yang lepas kita telah melihat peningkatan intensiti bencana alam di seluruh dunia. Melalui media dan bagi sesetengah daripada kita, melalui pengalaman sendiri, kita telah menyaksikan kuasa alam semula jadi yang hebat. Kebelakangan ini, kita telah menghadapi bencana alam yang disebabkan oleh tsunami di Asia Tenggara dan Jepun, gempa bumi di Pakistan, Haiti dan China, serta taufan Katrina and sebagainya di Amerika Utara dan tengah. Ini menyebabkan kemusnahan yang belum pernah berlaku dan kehilangan besar nyawa yang telah tergores dalam minda kita oleh sebab magnitudnya.

Beberapa fakta pemanasan global boleh didapati melalui statistik Strategik Antarabangsa Pengurangan Bencana dan Pusat Penyelidikan Epidemiology Bencana, subsidiari Bangsa-Bangsa Bersatu. Mereka menunjukkan bahawa terdapat peningkatan trend bencana alam khususnya dalam dua dekad yang lepas.

2-MALAY-natural-disasters-reported

Badan-badan saintifik yang paling berprestij di dunia setuju bahawa Bumi semakin panas. IPCC, panel saintifik PBB tentang perubahan iklim, menyatakan pada 2007 bahawa terdapat peningkatan kira-kira tiga suku darjah Celsius dalam suhu di Bumi pada abad yang lepas, dengan banyak mengambil kesan pemanasan global pada beberapa dekad yang lepas.

Beberapa akademi sains kebangsaan mendakwa bahawa kegiatan manusia yang memainkan peranan yang penting yang menyebabkan pemanasan global selama beberapa dekad baru-baru ini. Saintis moden menyatakan ini adalah kerana setiap tahun, kegiatan manusia menyebabkan berbillion-billion tan gas rumah hijau yang dilepaskan ke atmosfera.

Akan tetapi apakah punca sebenar pemanasan global? Mengapa bencana alam meningkat dengan intensif? Dalam cara apakah manusia mempengaruhi perubahan iklim? Adakah gas rumah hijau faktor utama penyumbang pemanasan global? Kita telah melakukan kajian rohani untuk menentukan punca utama perubahan iklim dan peningkatan intensiti bencana alam.

2. Apakah punca pemanasan global? Punca utama pemanasan global yang mencetuskan bencana alam dan peningkatan intensiti

Kajian rohani SSRF (yang dilakukan melalui deria keenam yang mendalam) mengambil pendekatan holistik yang mana kesemua tiga dimensi (iaitu fizikal, psikologi dan rohani) telah dianalisa untuk memahami punca-punca perubahan iklim dan peningkatan intensiti dan frekuensi bencana alam.

3-MALAY-causes-of-global-warming---simplified

[1] [2] [3] [4] [5] [6]

Bahagian seterusnya menerangkan punca-punca pemanasan global, bencana alam dan perubahan iklim dari prespektif holistik tersebut di atas.

2.1 Punca asas pemanasan global dan bencana alam – Perubahan kitaran: 30%

Kebanyakkan ahli geografi berhujah bahawa peningkatan intensiti semua bencana alam dan suhu di Bumi adalah sebahagian daripada kitaran biasa pada planet kita. Mereka menyatakan bahawa perubahan kitaran yang sama pada masa dahulu telah dibawa ke Zaman Air Batu dan juga membawa kita keluar daripada itu. Melalui kajian rohani kita mendapati bahawa perubahan kitaran menyumbangkan 30% punca pemanasan global dan bencana alam yang kita saksikan hari ini (2011) dan ianya sebenarnya punca asas.

Sains kerohanian bergantung kepada hukum rohani yang universal dan abadi yang menjelaskan perubahan kitaran yang menyebabkan pemanasan global dan perubahan iklim. Di sini kita akan menerangkan mengapa perubahan kitaran yang berlaku di Bumi dari sudut pandangan sains kerohanian.

Ia adalah hukum alam bahawa apa sahaja yang dicipta akan dipelihara dan akhirnya dimusnahkan. Ini adalah hukum Penciptaan, Pemeliharan dan Pembubaran. Sebagai contoh, banjaran Himalaya dicipta, ia akan dipelihara dan akhirnya akan dimusnahkan. Maka, apabila sesuatu dicipta di dunia ini, selepas sesuatu tempoh ia dipelihara, ia boleh dijangka bahawa pada satu masa nanti ia akan musnah. Hanya Pencipta iaitu Tuhan, tetap tenang dan tidak berubah.

Kemusnahan datang dalam pelbagai bentuk, bencana alam adalah salah satu daripadanya. Manusia juga memudahkan proses kitaran kemusnahan dengan tingkah lakunya, yang kadang-kadang berakhir dengan kemuncaknya dalam peperangan dan kemusnahan, yang menyumbang 70% dari bakinya.

4-MALAY-Cyclical-changes-in-Universe

Jangka masa alam semesta dibahagikan kepada empat Era. Era pertama iaitu Satyayug, komponen asas halus Sattva yang dominan. Apabila terdapat dominasi Sattva yang tinggi di persekitaran, perubahan kitaran adalah lembut/ringan. Apabila era berlanjutan terdapat pengurangan komponen Sattva; maka menyebabkan perubahan kitaran dengan amplitud yang tinggi. Di Kaliyug, yang mana dominasi komponen asas halus ialah Raja, perubahan kitaran dalam penciptaan, pemeliharan dan pembubaran adalah sangat dramatik. Kemusnahan secara amnya dibawa oleh bencana alam, penyakit dan peperangan. Kita berada di tengah-tengah fasa terendah kemusnahan dalam satu kitaran mini di Kaliyug. Setiap kitaran mini secara amnya berlangsung selama 100 tahun.

Fasa rendah pada suatu kitaran akan semakin buruk jika manusia menambahkan Raja-Tama di dunia ini. Ini dibincang dalam bahagian 2.2.

2.2  Punca pemanasan global dan bencana alam – Perhubungan di antara manusia dan alam semula jadi: 70%

Manusia dan alam semula jadi saling mempengaruhi satu sama lain. Akan tetapi melalui kajian rohani kita mendapati bahawa manusia memberi pengaruh ke atas iklim sehingga 90% manakala alam semula jadi bertindak balas dengan buruk terhadap pengaruh manusia pada tahap 10% sahaja.

2.2.1 Fakta-fakta pemanasan global: Kesan manusia ke atas alam semula jadi

Kita bertanya pada diri kita sendiri dari mana pengaruh kuat manusia ke atas alam semula jadi ini berpunca, dan mendapati hal ini timbul di peringkat fizikal, psikologi dan rohani seperti berikut.

> Pada tahap fizikal: 19% 

causes-of-global-warming-at-physical-level

Ini berlaku apabila terdapat pembalakan berlebihan, tumpahan minyak, pembuangan dari kilang-kilang dsb.

> Pada tahap psikologi: 19% 

causes-of-global-warming-at-psychological-level

5-MALAY-Sattva-Raja-Tama-ChartIni adalah perkara yang kita tanya mengapa manusia menambahkan kesan rumah hijau dan mencemari planet. Jawapannya terletak diminda umat manusia.

Setiap daripada kita terdiri daripada tiga komponen asas halus (triguṇās). Permutasi berbeza ketiga komponen asas halus mendefinisikan ciri asas seseorang.

Kualiti-kualiti dalam personaliti seseorang seperti kekemasan, kebersihan, kebenaran, ketenangan, kemurahan, rendah diri dsb adalah tanda-tanda komponen Sattva  utama.

Walau bagaimanapun, dalam dunia hari ini orang biasa dipenuhi dengan komponen Tama  yang lebih yang dicirikan dengan kecacatan personaliti seperti mementingkan diri, tamak, marah, agresif, cemburu dsb.

Oleh itu, orang sewenang-wenangnya menyalahgunakan sumber-sumber di Bumi.

> Pada tahap rohani: 25% 

6-MALAY-causes-of-global-warming-at-spiritual-level

Kebaikan (Dharma) adalah menyelesaikan 3 tugas: 1. Menjaga sistem sosial dalam keadaan yang sangat baik 2. Membawa kemajuan duniawi dari setiap mahkluk hidup 3. Serta menyebabkan kemajuan dalam alam rohani. – Shri Adi Shankaracharya

Tingkah laku seseorang kuat dipengaruhi oleh kematangan rohani dan tahap rohani.

Sebagai contoh, seorang Suci/Saint pada tahap rohani 70% akan mempunyai sifat hormat terhadap semua mahkluk hidup sebagai Tuhan dan akan menjaga segala-galanya dengan penuh kasih sayang, dari makhluk hidup hingga objek-objek tidak hidup. Lebih-lebih lagi, cinta rohani (Prīti) Orang Suci/Saint untuk semua manusia akan memupuk, memberi inspirasi dan mendorong orang lain untuk mengembangkan sifat-sifat yang sama di dalam mereka.

Berbeza dengan hal ini, orang-orang pada tahap rohani yang rendah (contohnya 20%) akan mempunyai ego yang tinggi dan mementingkan diri sendiri, fokusnya hanya untuk mencapai kebahagian untuk diri sendiri, seringkali mengorbankan alam semula jadi, manusia dan makhluk hidup yang lain. Tingkah laku mereka dan pengurangan dalam kesedaran rohani menyebabkan keunggulan terhadap ketidakbenaran dalam dunia hari ini.

Hasilnya, peningkatan Raja-Tama di persekitaran juga dikenali sebagai pencemaran rohani. Hantu (iblis, syaitan dan tenaga negatif dsb) dari dimensi halus atau rohani mengambil peluang dalam peningkatan Raja-tama di dalam manusia. Mereka mendapati agak mudah merasuki manusia yang lebih dominan Raja-tama dan membuat mereka berperilaku seperti haiwan. Kesemua ini lebih menambahkan Raja-tama  di dalam masyarakat.

Rujuk ke artikel: Bagaimana tenaga negatif mempengaruhi dan merasuki seseorang.

2.2.2 Fakta-fakta pemanasan global: Kesan alam semula jadi ke atas manusia: 7%

Kesan alam semula jadi ke atas manusia hanyalah tindak balas terhadap kelakukan manusia yang buruk.

> Contoh 1:  Penyejatan air menurun akibat peningkatan pencemaran minyak di lautan planet.

> Contoh 2:  Sekiranya air tercemar, tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan oksigen akan binasa sehingga oksigen berkurangan di Bumi.

Alam semula jadi hanya boleh bertindak kepada kelakuan buruk manusia yang buruk dengan cara yang lain juga. Cara ia memutuskan untuk bertindak tidak semestinya dengan cara yang sama seperti manusia mempengaruhinya.

2.2.3 Fakta-fakta pemanasan global: Apakah yang berlaku apabila adanya peningkatan Raja-Tama?

Sama seperti kotoran dan asap yang mencemari pada tahap fizikal. Raja-Tama ialah pencemaran pada tahap halus tidak ketara. Seperti yang dibincang sebelumnya kekurangan amalan rohani secara am dan ketidakbenaran meningkat keseluruhan Raja-Tama manusia dan juga persekitaran.

Peningkatan­ komponen asas halus Raja-Tama bermaksud peningkatan dalam pencemaran rohani halus tidak ketara di dunia. Sama seperti kita cuba membersihkan kotoran daripada kawasan yang kita gunakan dari masa ke semasa pada tahap fizikal, alam semula jadi bertindak ke atas keperluannya untuk membersihkan dan membetulkan pencemaran halus tidak ketara Raja-Tama di persekitaran.

Faktanya, sebaik sahaja adanya keseimbangan yang menyebelahi Raja-Tama, lebihan Raja-Tama mempengaruhi melalui medium lima Prinsip-prinsip Mutlak Kosmik (Panchatattva). Dengan bertindak melalui lima Prinsip-prinsip Mutlak Kosmik, ia termanifestasi dengan peningkatan bencana alam seperti gempa bumi, banjir, letusan gunung berapi, siklon dsb. Rujuk rajah di bawah.

7-MALAY-global-warming-facts-sattva-raja-tama

Sila ambil perhatian bahawa amalan rohani yang kita maksudkan yang mematuhi enam prinsip asas amalan kerohanian. Sila rujuk kepada bahagian kelas SSRF untuk keterangan lanjut.

Sekiranya Prinsip Mutlak Bumi (Pruthvītattva) dipengaruhi, ia akan menyebabkan gempa buni. Jika Prinsip Air (Āpatattva)  dipengaruhi, ia boleh menimbulkan peningkatan air (seperti banjir atau salji berlebihan, menyebabkan zaman air batu) atau kekurangan air (contohnya kemarau).

Bencana alam yang dinayatakan di atas dapat dilihat, maka kita menyedari kewujudannya. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam Raja-Tama adalah luas kesan buruknya pada badan, minda dan intelek setiap manusia. Impak ini, yang halus dan tidak ketara, bukan senang dikenali dan manusia menyedarinya hanya apabila impaknya bermanifestasi sebagai perubahan iklim yang sangat nyata. Malangnya, pada peringkat ini, kebanyakkan perubahan tidak boleh diubah.

Usaha dilakukan oleh pemimpin dunia di sidang kemuncak seperti COP15 pada tahun 2009 dan kemudiannya hanya memerangi kesan pemanasan global pada peringkat fizikal. Ini adalah bahagian di mana manusia mempengaruhi alam semula jadi (iaitu 19% dalam carta di atas menjelaskan punca pemanasan global menurut kepada kajian rohani yang dilaksanakan oleh SSRF). Kesan-kesan yang lain oleh manusia kepada alam semula jadi yang berlaku pada tahap mental dan rohani, belum dikenalpasti dan maka tidak dapat ditangani.

8-MALAY-root-causes-of-global-warming

Jika kita tidak berubah secara mental dan tahap rohani (bersama-sama dengan langkah-langkah fizikal seperti pengurangan pelepasan karbon), ia tidak boleh dielakkan bahawa kita akan terus mengalami kesan-kesan pemanasan global, bencana alam dan peperangan yang tidak pernah berlaku pada dekad yang akan datang. Hanya dengan amalan rohani boleh mengubah minda manusia yang tercemar ke yang tulen.

Oleh sebab itu, sangatlah penting bagi kita memahami punca asas pemanasan global dan bencana alam dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk membasmi pencemaran rohani Raja-Tama di dunia ini. Secara ini kita akan benar-benar berkerja untuk manfaat selama-lamanya dan menyeluruh bagi semua manusia. Kita telah menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap seorang dalam artikel “Apakah dapat saya lakukan?

2.2.4 Fakta-fakta pemanasan global: Peranan hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb)

 Pada masa ini terdapat pertempuran halus tidak ketara yang intensif di antara baik dan jahat. Kita telah menjelaskan secara mendalam dalam artikel  ‘Pertempuran di antara kebaikan dan kejahatan’ dan ’Pertempuran Armageddon dan Perang Dunia Ke-3’.

Pemangkin di sebalik kebanyakkan peristiwa gelap yang kita lihat di dalam berita adalah terutamanya aktiviti hantu tahap tinggi. Hantu tahap tinggi mengambil kesempatan Raja-Tama  di dalam manusia dan merasuki mereka. Mereka memanfaatkan daripada kecacatan personaliti seperti kebencian terhadap orang lain dan membuat mereka melakukan perbuatan yang paling dahsyat kepada rakyat mereka. Semua ini menambahkan lagi Raja-Tama di dunia ini. Hantu hanya boleh dilawani melalui cara-cara rohani seperti melakukan amalan rohani yang effektif yang mematuhi enam prinsip asas amalan kerohanian.

3. Bilakan corak cuaca pelik ini akan mula reda?

Dalam artikel Pertempuran Armageddon dan Perang Dunia Ke-3, kita telah menyediakan kemungkinan yang kuat bencana yang lebih intensif akan berlaku melainkan manusia mengubah cara hidupnya dan mengamalkan kehidupan yang lebih sāttvik dan mengamalkan amalan rohani yang sesuai dengan enam prinsip asas amalan kerohanian yang Universal.

Bencana ini akan datang dalam bentuk bencana alam dan peperangan yang belum pernah berlaku sebelumnya. Kemusnahan yang diikuti dengan pembersihan manusia di planet daripada orang bersifat asasnya yang lebih Raja-Tama. Cuaca pelik dan kesan pemanasan global akan menjadi lebih buruk sebelum ia menjadi lebih baik.

Untuk memberi pembaca idea skala kemusnahan, tsunami yang melanda Asia pada tahun 2004 menyebabkan kemusnahan kira-kira 1/1000 kemusnahan yang akan berlaku untuk membersihkan planet yang Raja-Tama. Cuaca akan mula reda selepas 2025 dan akan kembali biasa pada kira-kira 50-60 tahun selepas 2025.

4. Bencana biologi

Satu lagi fakta yang menarik yang kita mendapati melalui kajian rohani ialah punca di sebalik kebanyakkan bencana biologi seperti wabak virus di Bumi, sebagai contoh: AIDS, Ebola dan selesma burung disebabkan oleh hantu tahap tinggi. Selepas 2025, apabila pertempuran di antara kebaikan dan kejahatan akan datang ke penghujungnya dalam kitaran mini Kaliyug, tidak akan ada pengenalan virus baru. Namun, virus-virus yang telah wujud akan tetap di Bumi dan penawarnya perlu ditemui.

5. Kesimpulan

Pemanasan planet, perubahan iklim dan bencana alam yang telah mencemaskan kita semua adalah hanya permulaan tempoh pembersihan rohani untuk menghapuskan dunia Raja-Tama. Dalam proses ini kemusnahan intensif dalam tempoh 10-15 tahun, kesedaran rohani manusia akan meningkat dan akan menjadi lebih dekat dengan Tuhan.

Dalam artikel kami iaitu ‘Apakah boleh saya lakukan sebagai warga dunia ini?’ kita telah menghuraikan pelbagai pilihan yang kita ada sebagai manusia untuk meminimumkan kesan pemanasan global dan kitaran kemusnahan.