Pengaruh bulan terhadap manusia

1.  Pengenalan 

Selama beberapa dekad, terdapat banyak laporan-laporan saintifik yang memihak dan menentang pengaruh bulan terhadap tingkah laku manusia. Laporan-laporan tersebut menganalis aktiviti minda yang memuncak, peningkatan lawatan ke jabatan kecemasan umum atau psikiatri dan ramai yang mengadu tentang tahap peningkatan distres/tekanan fizikal dan mental.

Yayasan Penelitian Ilmu Kerohanian (Spiritual Science Research Foundation – SSRF) meneliti pengaruh bulan terhadap tingkah laku manusia melalui metodologi penyelidikan kerohanian. Dalam penelitian kerohanian yang kami jalankan untuk memastikan pengaruh bulan terhadap tingkah laku manusia, jawapan ringkasnya adalah ya, bulan mempunyai pengaruh. Berikut adalah pelbagai aspek tentang bagaimana bulan mempengaruhi kehidupan kita. 

2. Pengaruh umum halus / bukan-fizikal  (intangible) dari bulan 

Semua benda termasuk bintang, planet dan satelit bersama dengan sifat-sifat kasar (nyata) memancar frekuensi- frekuensi halus (tidak nyata). Sifat-sifat fizikal dan frekuensi halus mempengaruhi kita dalam pelbagai darjah pada tahap fizikal mahupun bukan fizikal (tahap halus).

Frekuensi-frekuensi yang dipancarkan dari bulan mempengaruhi frekuensi-frekuensi mental badan, contohnya minda manusia. Minda bermaksud perasaan, emosi dan keinginan kita. Minda terdiri daripada minda sedar dan minda separa sedar. Dalam minda separa sedar kita mempunyai beberapa tanggapan yang tertanam yang memutuskan sifat asas dan personaliti kita. Namun, kita tidak menyedari akan adanya fikiran atau tanggapan di dalam minda separa sedar kita.Tanggapan-tanggapan ini telah terkumpul sejak beberapa hayat / kehidupan.

Tanggapan-tanggapan di dalam minda kita ini adalah pemangkin untuk semua pemikiran dan tindakan yang seterusnya. Kedua-duanya, baik tanggapan mahupun pemikiran kita masing-masing mempunyai frekuensi- frekuensi halus.

Sila rujuk pada artike tentang ‘Bagaimana tanggapan-tanggapan dalam minda kita bertindak‘.

Pengaruh bulan terhadap manusia

Frekuensi bulan sedikit lebih halus (tidak nyata) daripada frekuensi halus pemikiran kita tetapi kurang halus daripada frekuensi tanggapan-tanggapan di dalam minda kita. Frekuensi bulan mempunyai keupayaan untuk membuat frekuensi-frekuensi pemikiran daripada tanggapan-tanggapan di dalam minda separa sedar untuk muncul ke permukaan minda separa. Apabila muncul di dalam minda sedar, barulah kita akan tahu akan adanya pemikiran tersebut. Oleh itu seseorang akan terpengaruh sesuai dengan  tanggapan-tanggapan pradominan di dalam mindanya. Kami telah menjelaskan hal ini dengan lebih terperinci di bahagian seterusnya.

Bulan juga mempengaruhi minda haiwan dengan cara yang sama. Walau bagaimanapun minda separa sedar haiwan terdiri daripada tanggapan-tanggapan yang berkaitan dengan keinginan asas seperti kelaparan, seks, tidur dan lain-lain, pemikiran yang memuncak berkaitan dengan naluri-naluri asas sahaja. 

3. Pengaruh berdasarkan iluminasi atau fasa bulan

Pada hari anak bulan, bahagian tanpa iluminasi, contohnya bahagian gelap bulan menghadap ke arah Bumi. Kegelapan memancarkan frekuensi pradominan Raja-Tama. Maka berbanding dengan apabila bahagian iluminasi menghadap ke arah Bumi, lebih banyak frekuensi pradominan asas halus Raja-Tama dipancarkan ke Bumi.

Rujuk pada artikel Sattva, Raja dan Tama, tiga komponen asas halus.

Sebaliknya, pada hari purnama terdapat penurunan dalam Raja-Tama akibat meningkatnya iluminasi. Namun, pada hari purnama frekuensi bulan lebih aktif, aktiviti minda yang memuncak diperhatikan seperti mana yang dijelaskan di atas dalam perkara 2. Hal ini bergantung kepada jenis-jenis tanggapan dari minda separa sedar yang diaktifkan. Aktiviti yang memuncak terdiri daripada pemikiran secara rawak yang memuncak kepada pemikiran tertentu aktiviti minda yang memuncak, bergantung kepada jenis-jenis tanggapan dari minda separa sedar yang diaktifkan.

Sebagai contoh, seorang penulis yang menumpukan diri pada beberapa buku yang sedang menulisnya, lebih cenderung untuk mendapatkan aktiviti pemikiran yang memuncak terutamanya yang berkaitan dengan buku tersebut dan kreativitinya dalam gaya penulisan. Jenis pemikiran seupama ini akan muncul dari pusat bakat di minda separa sedar. Oleh sebab itu, penulis mungkin merasa bahawa dia boleh menulis dengan banyak pada hari purnama. 

Walau bagaimanapun bagi kebanyakan orang, pemikiran yang muncul adalah secara rawak. Jika terdapat beberapa kecacatan personaliti dominan (dominant personality defects) seperti marah, tamak dan lain-lain, maka ia mungkin akan muncul dan menguasai pemikiran kita semasa bulan purnama. Sebagai contoh, seorang pemabuk akan mendapat lebih banyak pemikiran tentang keperluan untuk minum arak pada hari tersebut. 

Ianya juga dapat membangkitkan pemikiran mengenai Kerohanian yang terbenam di dalam minda separa sedar orang rohani dengan mengambil kesempatan dari aktiviti minda yang memuncak dan meningkatkan amalan kerohanian semasa purnama. 

4. Pengaruh berdasarkan pada tarikan graviti bulan 

Semasa bulan purnama atau anak bulan, tarikan graviti bulan dan matahari tergabung. Bulan mengenakan kesan tarikan ke atas Bumi pada hari-hari lain, tetapi ia tidak sekuat seperti pada hari-hari purnama dan anak bulan. 

Andaikan kita menarik nafas panjang, udara yang disedut ke dalam mulut adalah tiga kali lebih banyak daripada nafas biasa. Sekarang, mari kita menterjemahkan analogi ini kepada Bulan dan tarikannya ke atas Bumi. Semasa hari-hari purnama dan anak bulan keseluruhan Bulan menarik Bumi dan kesannya adalah seperti yang dijelaskan pada analogi sebelumnya iaitu bulan menarik nafas panjang. Pada saat tersebut, kita dapati bahawa atmosfera yang melingkar adalah tiga kali daripada saiz bulan yang tertarik dari Bumi.

Pengaruh bulan terhadap manusia

Pada saat terjadinya Bulan purnama dan anak Bulan Prinsip-prinsip Kosmik Mutlak (Panchatattva) di Bumi seperti Bumi Mutlak (Pruthvī), Air Mutlak (Āpa) dan Udara Mutlak (Vāyu) ditarik ke arah Bulan. Ini membentuk sejenis jalur halus yang bertekanan sangat tinggi.

Dalam proses ini pada peringkat fizikal apabila air tertarik ke arah bulan, selain daripada air, unsur-unsur gas dalam air (wap air) naik ke atas air dan memasuki jalur halus yang bertekanan tinggi tersebut. Oleh kerana tenaga negatif yang sebahagian besar / pradominan berada dalam bentuk gas maka ia ditarik ke dalam jalur halus yang bertekanan tinggi ini. Di sini ia berkumpul dan mendapat kekuatan tambahan di antara satu sama lain. Oleh itu, ia menyerang umat manusia pada tahap yang lebih besar pada hari-hari tersebut. Kesan daripada hal ini adalah serangan hantu ke atas manusia dari segi tahap fizikal dan minda adalah sebanyak tiga kali ganda lebih besar.

Di tempat bertapa (ashrams) SSRF di seluruh dunia, peningkatan serangan tenaga negatif dan tekanan negatif halus telah diperhatikan pada hari-hari purnama dan anak bulan. Ia bermula dua hari sebelum bulan purnama atau anak bulan dan berakhir dua hari selepas itu.

5. Kesan / konsekuens daripada peningkatan pengaruh bulan pada bulan purnama dan anak bulan. 

Pada hari-hari anak bulan, hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) penyebar Raja-Tama, manusia yang terlibat dalam ritual ghaib dan manusia yang pradominan / berpengaruh rājasik and tāmasik dipengaruhi kuat dan menerima tenaga hitam (black energy) untuk aktiviti Raja-Tama mereka.  Sehubungan hari seumpama ini konduksif untuk aktiviti negatif, ia dianggap sebagai hari yang tidak baik untuk sebarang aktiviti positif. Oleh kerana Raja-Tama dari bulan memberi kesan kepada minda, kejadian yang cenderung Raja-Tama seperti melarikan diri, membunuh diri atau dirasuk oleh hantu adalah paling tinggi semasa anak bulan. Terutamanya pada waktu malam hari, oleh kerana tiadanya penyucian semula jadi yang disediakan oleh Prinsip / Unsur  Kosmik Mutlak Api (Tējtattva) melalui Matahari, maka malam anak bulan menjadi peluang keemasan bagi hantu untuk menyebabkan distres/penderitaan kepada manusia.

Pada malam bulan purnama, sebahagian iluminasi (bahagian terang) dari bulan menghadap ke arah Bumi, minimum /amat sedikit Raja-Tama halus (subtle) asas yang disebarkan pada malam tersebut berbanding dengan malam-malam lain. Oleh itu pada malam ini, amat sedikit / minimum tenaga Raja-Tama yang tersedia untuk hantu, manusia pradominan Raja-Tama atau pengamal ritual ghaib. Walau bagaimanapun, hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb) mengambil kesempatan dari pengaruh tarikan graviti pada hari purnama dan menyebabkan distres / penderitaan itu memuncak.

Penelitian kerohanian telah mendedahkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang lebih halus di antara pengaruh anak bulan dan bulan purnama pada manusia. Secara keseluruhan, pengaruh distres/ penderitaan bulan pada manusia adalah lebih besar pada anak bulan dibandingkan dengan pada bulan purnama. Pengaruh bulan purnama adalah lebih pada tubuh fizikal atau badan kasar (sthūladēha) sedangkan pengaruh anak bulan lebih pada minda / fifkiran. Pengaruh bulan purnama adalah lebih jelas terlihat manakala pengaruh anak bulan lebih tak nyata / tak berwujud (halus/ tak kasat mata). Oleh kerana pengaruh anak bulan tidak terlihat jelas bagi manusia, maka pengaruhnya lebih berbahaya. Ini adalah kerana manusia tidak sedar akan distres/penderitaan yang dialaminya, tiada langkah yang diambil untuk mengatasinya. 

Di antara anak bulan dan bulan purnama, pengaruh dari anak bulan kurang terlihat / ketara bagi kita. Walau bagaimanapun, pengaruh negatifnya adalah lebih besar pada anak bulan. Ini adalah kerana pada anak bulan, pengaruh terhadap manusia lebih pada tahap halus / tidak berwujud dibandingkan dengan  pada bulan purnama di mana seseorang dapat menyedari peningkatan dalam pemikirannya. 

Para pencari (seekers) yang melakukan banyak amalan kerohanian sesuai dengan enam prinsip-prinsip asas amalan kerohanian yang sifat utamanya adalah sāttvik secara semula jadi. Akibatnya mereka lebih sensitif kepada perubahan di persekitaran Raja-Tama berbanding dengan orang biasa yang pradominannya Raja-Tama. Aspek positifnya adalah para pencari Tuhan akan lebih bersedia untuk mencapai perlindungan Tuhan dari tenaga negatif. Sila rujuk pada artikel ‘Berapakah tahap pencapaian kerohanian yang menyediakan lapisan /selubung pelindung terhadap hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dan lain-lain.)?

6. Mengapakah laporan terkini tidak dapat mengemukakan bukti tentang pengaruh bulan pada tingkah laku manusia? 

Beberapa kajian perubatan/psikologi terdahulu telah mendokumentasikan pengaruh bulan pada tingkah laku manusia. Tetapi kajian yang dijalankan pada tahun-tahun kebelakangan ini telah gagal untuk menghubungkaitkan pengaruh tersebut. Ini adalah kerana pada dekad terakhir telah terjadi peningkatan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam keseluruhan komponen Raja-Tama. Raja-Tama berlebihan ini telah dirancang terutamanya oleh hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dan lain-lain). 

Sila rujuk pada artikel Pertempuran di antara `baik` dan `jahat`.

Peningkatan keseluruhan dalam komponen Raja-Tama ini telah mempunyai pengaruh yang meluas pada semua aspek dunia. Pelbagai masalah terdiri daripada peningkatan isu-isu mental pada tahap individu hingga ke peningkatan pergaduhan dalam keluarga ke terorisme/keganasan ke bencana alam. Sebagai akibat daripada peningkatan keseluruhan dalam tingkah laku yang tidak menentu / aneh sepanjang bulan, pengaruh tambahan dari anak bulan atau bulan purnama yang masih wujud, sebahagian besarnya masih wujud tanpa diketahui / disedari dalam kajian statistik. 

7. Apakah yang dapat kita lakukan untuk melindungi diri kita daripada sebarang pengaruh yang berbahaya? 

Oleh kerana pengaruh berbahaya anak bulan dan bulan purnama disebabkan oleh alasan kerohanian, hanya remedi kerohanian atau amalan kerohanian yang boleh membantu memberikan pelindungan.

Pada peringkat dunia, hal yang terbaik adalah mengelakkan mengambil keputusan penting atau jual-beli pada hari-hari tersebut kerana hantu boleh mempengaruhi melalui media ini. Tingkatkanlah kuantiti dan kualiti amalan kerohanian dari 2 hari sebelum dan berlanjut selama 2 hari selepas hari-hari bulan purnama dan anak bulan. Di samping itu, juga bermanfaat untuk mengucap dan mengulangi Nama Tuhan menurut agama dan ucapan perlindungan kerohanian Shrī Gurudev Datta.

Semasa fasa bulan surut, misalnya masa di antara hari bulan purnama dan anak bulan, sebagaimana saiz bulan semakin berkurangan, frekuensi-frekuensi  asas Raja-Tama  halus/ tak kasat mata yang dipancarkan / berpunca daripadanya semakin meningkat secara berperingkat. Ini adalah disebabkan oleh semakin meningkatnya bahagian gelap dari bulan secara berperingkat. Maka untuk melindungi seseorang daripada pengaruh buruk peningkatan Raja-Tama ini, adalah penting bagi kita untuk   meningkatkan amalan kerohanian pada masa kini. 

Semasa fasa bulan surut, sekurang-kurangnya kita harus mencuba menstabilkan usaha–usaha peningkatan amalan kerohanian yang telah kita dilakukan dua minggu sebelumnya. Hal Ini adalah supaya kita dapat kembali memperbaharui usaha-usaha kita untuk mempertingkatkan amalan kerohanian pada fasa bulan surut yang berikutnya.