MALAY_take-a-tour

Para pencari kerohanian (spiritual seeker) sekalian, selamat datang ke laman web Yayasan Penelitian Ilmu Kerohanian (SSRF).

SSRF.org adalah sebuah laman web yang bertujuan untuk mengembangkan ilmu kerohanian ke seluruh dunia, memberi bimbingan / panduan mengenai cara menjalani kehidupan berdasarkan kerohanian dan menyediakan penyelesaian kepada permasalahan hidup kita dan masyarakat keseluruhannya. Oleh kerana laman web SSRF mengandungi Ilmu Ketuhanan / wahyu (Divine Knowledge) dan direstui oleh Wali / Orang Keramat (Saint) yang telah mencapai peringkat lebih tinggi dari segi kerohaniannya, maka membacanya akan membolehkan diri kita berada dalam perkumpulan Tuhan (company of Truth) dan menyinari hidup kita dengan Kesedaran Tuhan (Divine consciousness).

Sebagaimana anda telah sedia maklum, terdapat pelbagai maklumat di laman web ini dan sebagai pengguna kali pertama anda mungkin tertanya-tanya di manakah terletaknya maklumat tertentu yang anda cari dan di manakah patut anda bermula membaca.

Di mana patut anda bermula membaca bergantung kepada minat anda:

Ilmu kerohanian

Jika anda ingin tahu tentang konsep kerohanian dan ilmu kerohanian, kami mengesyorkan anda sila jelajah/ pergi ke bahagian topik penelitian kerohanian atau Artikel dan video tentang sains/ilmu kerohanian yang mengandungi jawapan tentang persoalan anda mengenai alam sejagat, kehidupan, masyarakat, ilmu nujum/tilik, masa depan, tenaga positif dan negatif, dirasuk oleh hantu (possession), apa akan berlaku selepas mati, takdir dan topik-topik lain.

Segala ilmu pengetahuan yang dibekalkan di laman web kami telah diperolehi melalui Minda Sejagat dan Intelek Sejagat (yakni Minda dan Intelek Tuhan) oleh Wali / Orang Keramat (Saint) atau para ‘pencari’ Tuhan yang mempunyai deria keenam / intuisi yang tinggi (advanced sixth sense) ketika mereka berada dalam keadaan meditasi (meditative state). Ilmu pengetahuan tersebut kemudian dipersembahkan dalam bentuk kaedah sains yang sesuai dengan set minda saintifik (scientific mindset) oleh masyarakat zaman sekarang.

Ketika membaca sesuatu artikel anda boleh mendapat ilmu yang lebih mendalam dengan menanyakan diri sendiri dengan soalan-soalan berikut:

  • Pernahkah saya mengalami ini?

  • Adakah saya memahami artikel dengan betul? Patutkah saya menanya soalan kepada SSRF tentang hal ini?

  • Bilakah saya boleh mengamalkannya seawal mungkin? (Hanya melalui amalan kita akan mendapat manfaat sains / ilmu Kerohanian)

Penyembuhan Kerohanian

Jika anda mempunyai kerumitan fizikal, mental atau kerohanian dan anda sedang mencari penyelesaian, anda boleh melihat pada bahagian kajian kes (case studies) dan lihat sama ada masalah anda tersenarai. Anda juga boleh mendapat tahu maklumat berupa teori dan praktik / amali dalam bahagian Penyembuhan Kerohanian. Senarai yang komprehensif tentang pengucapan dan pengulangan nama Tuhan (chants) dalam kes penyakit fizikal atau mental telah disediakan di muka surat 'Chants for health'. (Pengucapan dan pengulangan nama Tuhan (chants) bagi kesihatan). Ini membantu mengatasi sebarang sebab-musabab kerohanian bagi penyakit yang tersenarai.

Jika masalah yang anda hadapi tidak tersenarai dalam mana – mana bahagian ini, ataupu jika anda tidak jelas mengenai cara bagaimana untuk mengamalkan sesuatu kaedah penyembuhan kerohanian, anda boleh bertanya soalan melalui bahagian log masuk (log in). Kita akan cuba sedaya upaya untuk memberi maklum balas dalam masa 48 jam.

Amalan Kerohanian dan Pertumbuhan Kerohanian

Jika hasrat anda adalah untuk maju secara kerohanian dan menyedari Dirinya yang sebenar dalam hidup ini, sila layari bahagian Amalan kerohanian. Anda akan mendapat bimbingan / panduan tentang 6 prinsip amalan kerohanian, bersama–sama dengan jawapan bagi soalan – soalan seperti berikut:

  • Apakah itu amalan kerohanian?

  • Apakah itu peringkat–peringkat perkembangan kerohanian?

  • Siapakah dianggap sebagai orang yang telah mencapai kemajuan kerohanian?

  • Apakah pengalaman-pengalaman yang diterima oleh seseorang dengan melakukan amalan kerohanian?

Jika anda memilih persembahan pandang-dengar (audio-visual), Bilik darjah SSRF juga turut menyediakan bimbingan / tunjuk-ajar mengenai asas-asas amalan kerohanian.

Tambahan pula kami menjemput anda mengambil bahagian dalam satsang (perkumpulan kerohanian) mingguan atau syarahan-syarahan / kuliah tentang ilmu kerohanian. Jadual satsang yang mengambil tempat di seluruh dunia dapat dilihat pada bahagian acara / program (events).

Kami sering memaklumkan mengenai pelbagai khidmat (bakti) kepada Tuhan atau satseva pada blog SSRF dan berita terkini. Beberapa cadangan tentang bagaimana anda boleh menyumbang juga dapat dilihat pada Bahagian Sumbangan

Setiap pencari Tuhan mempunyai hasrat untuk maju dalam perjalanan kerohanian, mencapai tahap yang lebih tinggi dalam amalan kerohanian dan pengalaman-pengalaman kerohanian. Untuk mencapai hasrat tersebut, bimbingan kerohanian adalah sangat penting bagi pencari Tuhan. Jadi antara semua maklumat yang diberikan di laman ini, maklumat tentang amalan kerohanian adalah yang paling bernilai.

Deria keenam / Intuisi

Anda juga boleh menguji deria keenam / intuisi anda melalui pelbagai experimen / ujian-ujian yang disediakan dalam bahagian uji deria keenam / intuisi anda.

Ketika anda menjalankan ujian deria keenam, sekiranya anda mengalami sesuatu pengalaman yang tidak dapat memahaminya atau ingin tahu sains / maksud di sebalik pengalaman tersebut, anda boleh tanya soalan untuk mendapatkan penjelasan melalui kemudahan log masuk (log in).

 

Acara / program kerohanian, berita kerohanian dan artikel dalam blog kami

Jika anda ingin membaca komen-komen terkini tentang peristiwa semasa, aktiviti semasa yang sedang dilaksanakan yang SSRF atau membaca bimbingan terkini, anda boleh layari Blog Kerohanian (Spiritual Blog) kami.

Anda juga boleh membaca artikel terbaru dan artikel kemas kini di bahagian terbitan terbaru.

 

Tanya soalan

Bila-bila masa jika anda mempunyai soalan tentang mana-mana subjek dalam artikel kami ataupun tentang permasalahan peribadi, anda boleh menggunakan kemudahan kami melalui tanya soalan. Kita akan menjawab persoalan anda dalam masa 48 jam.

Kami sangat mengalu-alukan soalan tentang bagaimana memulakan amalan kerohanian dan memperbaiki / meningkatkan amalan kerohanian harian yang tetap / teratur.

 

Kedai dalam talian SSRF

Jika anda ingin membeli colok / dupa (incense sticks) unik untuk penyembuhan kerohanian atau teks Suci (Holy texts) berkenaan ilmu Kerohanian, anda boleh mengunjungi kedai dalam talian (online shop) kami.

Colok/ dupa SSRF mengeluarkan / memberikan tenaga positif, menghilangkan tenaga negatif dan membersihkan persekitaran secara rohani.

Antara beberapa teks Suci yang terdapat di kedai dalam talian adalah seperti berikut:

Pengenalan kepada Kerohanian

Panduan amalan kerohanian untuk orang-orang baru

  • Kepentingan dan faedah mengucap & mengulangi nama Tuhan (chanting)

  • Amalan kerohanian individu dan kolektif

  • Emosi kerohanian – jenis dan kesedaran

Berlanggan pada artikel kami membolehkan mereka memberitahu anda mengenai bahan yang baru diterbitkan/disiarkan mengenai ilmu kerohanian. Kunjungi laman web kami setiap minggu kerana ianya sentiasa akan dikemaskinikan.

Laman web ini diperkenalkan dan diselenggarakan oleh para pencari Tuhan secara percuma, sebagai sebahagian daripada amalan kerohanian kami, dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu Kerohanian di kalangan masyarakat, membantu manusia mengatasi kesulitan / permasalahan kehidupan mereka, dan membawa mereka ke arah kemajuan kerohanian dan Kebahagiaan Abadi (Bliss/Anand).

Kami mengalu-alukan anda ke laman web ini.