Pemakanan daging berbanding dengan Pemakanan Vegetarian

Pemakanan daging berbanding dengan Pemakanan Vegetarian
Nota kepada pembaca: Sila mempelajari Sattva, Raja and Tama, tiga komponen halus (bukan fizikal) (subtle components) alam semesta untuk memahami artikel ini sepenuhnya.

1. Suatu pengenalan dari perspektif kerohanian mengenai Pemakanan /diet vegetarian berbanding dengan Pemakanan daging

Terdapat pelbagai perdebatan mengenai yang manakah lebih baik sama ada menjadi vegetarian atau pemakan daging. Pihak sama ada menyokong vegetarian atau pemakan daging dengan sebulat suara sumpah seranah akan faedah menjadi vegetarian atau pemakan daging masing- masing. Walau bagaimanapun, terdapat satu trend di seluruh dunia tentang semakin ramai orang yang beralih dan menjadi vegetarian. Dalam artikel ini kita menerokai isu ini dari prespektif kerohanian.

2. Kesucian dari segi kerohanian terhadap diet vegetarian berbanding dengan pemakanan daging

Dalam artikel Sattva, Raja and Tama, tiga komponen halus (bukan fizikal) alam semesta, kita menerangkan bagaimana segala-galanya di alam semesta pada tahap halus terdiri daripada ketiga-tiga komponen halus ini.

3 komponen Ciri-ciri Adjektif Contoh
Sattva Kesucian dan Pengetahuan Sāttvik Orang Sāttvik – Hidup dengan berkhimat kepada masyarakat tanpa harapan atau pengiktirafan atau ganjaran atau apa-apa motif yang tersembunyi
Raja Tindakan dan ghariah Rājasik  Orang Rājasik – Hidup lebih banyak untuk keuntungan dan pencapaian peribadi
Tama Kejahilan dan inersia Tāmasik Orang Tāmasik – tiada sebarang masalah untuk merugikan orang lain  demi kemajuan diri sendiri atau memudaratkan masyarakat

Makanan juga tidak terkecuali dan pada tahap halus (bukan fizikal), ia terdiri daripada komponen halus SattvaRaja dan Tama. Nisbah komponen halus adalah berbeza-beza, ia bergantung jenis makanan, vegetarian atau pemakanan daging. Sattva bermaksud kesucian dan pengetahuan manakala Tama menandakan kejahilan dan inersia. Apa sahaja yang mempunyai komponen Sattva yang tinggi membantu dalam perjalanan kerohanian kita dan apa sahaja yang pradominan Tama mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan atau menghalang amalan kerohanian kita.

Melalui penelitian kerohanian, kami memperolehi bacaan-bacaan komponen halus untuk diet vegetarian lawan bukan vegetarian.

Perbandingan kerohanian di antara pemakanan vegetarian dengan pemakanan daging

Komponen halus Diet Vegetarian Pemakanan daging or Diet bukan vegetarian
Sattva (%) 30 10
Raja (%) 20 20
Tama (%) 50 70
 Jumlah 100 100

Sila ambil perhatian: Bacaan ini adalah purata keseluruhan setiap kategori makanan. Ikan termasuk dalam makanan bukan vegetarian dan mempunyai komponen Tama kurang sedikit berbanding daging putih atau daging merah. Makanan dalam kategori yang sama akan berbeza sedikit di antara satu sama lain. Sebagai contoh, daging kambing dan daging ayam adalah dalam kategori bukan vegetarian dan ia berbeza sedikit di antara satu sama lain dari segi komponen Sattva, Raja dan Tama.

Peningkatan Tama dalam daging selepas haiwan itu mati adalah disebabkan oleh tahap penderitaan semasa haiwan tersebut dibunuh. Malahan pemikiran marah dan dendam dalam haiwan adalah jauh lebih ketara berbanding dengan tumbuhan yang mempunyai minda dan intelek asas. Ini adalah sebab utama untuk peningkatan komponen Tama.

Seperti yang anda lihat dalam jadual di atas, diet vegetarian akan mempunyai kadar komponen Sattva halus yang lebih tinggi. Hasil dari penguasaan pradominan Tama dalam daging, perbuatan memakan daging adalah aktiviti tāmasik dan memberi kesan buruk pada tahap kerohanian.

2.1 Lukisan daging berdasarkan pengetahuan halus

Lukisan berdasarkan pengetahuan halus / bukan fizikal (subtle-knowledge) di bawah menunjukkan sepotong daging yang kelihatan seolah-olah sihat apabila dilihat melalui penglihatan deria keenam. Lukisan berdasarkan pengetahuan halus dilukis oleh Yang Mulia Yoya Vallee (Paris, France).

2.2 Lukisan pisang berdasarkan pengetahuan halus

Lukisan berdasarkan pengetahuan halus / bukan fizikal di bawah menunjukkan bagaimana buah yang sāttvik seperti pisang kelihatan apabila dilihat melalui penglihatan deria keenam. Lukisan berdasarkan pengetahuan halus dilukis oleh Yang Mulia Yoya Vallee (Paris, France).

Oleh sebab buah-buahan mempunyai sāttviktā yang tinggi, maka ia dipersembahkan kepada Tuhan semasa ibadat ritual / penyembahan.

2.3 Kesan ke atas daging daripada pengendalian terhadap haiwan di kilang-kilang ternakan

2.3.1 Pengendalian haiwan sebelum disembelih

Di kilang ternakan di seluruh dunia, haiwan sering dianggap sebagai komoditi (barangan yang diperdagangkan) yang diekploitasikan demi keuntungan semata-mata. Dalam sektor ternakan, sikap ini telah menginstitusikan kekejaman terhadap haiwan, kemusnahan besar-besaran terhadap alam sekitar dan penyusutan sumber, dan risiko kesihatan haiwan dan manusia. Berikut adalah video dari Farm Sanctuary yang menunjukkan penderaan haiwan.

Dari prespektif kerohanian ia adalah dosa untuk menganiaya dan menyembelih haiwan. Rujuk kepada seksyen 3.3

2.3.2 Adakah kaedah penyembelihan memiliki sebarang kesan kerohanian pada daging?

5-MALAY-Stunning-before-slaughterBebera pa budaya dan agama di dunia memerlukan haiwan disembelih dengan cara tertentu sahaja, jika tidak ia tidak dibenarkan untuk dimakan oleh masyarakat itu. Di pusat-pusat penyembelihan, ia adalah amalan biasa untuk memengsankan haiwan dengan kejutan elektirk atau dengan menggunakan pistol blot tawanan (captive bolt pistol).Ini menyebakan haiwan tidak sedar diri sebelum diheret ke talian pemprosesan di mana ateri karotid (carotid artery) dan vena jugular (jugular vein) diputuskan dengan pisau. Tindakan ini menyebabkan darah mengalir keluar dan haiwan mati akibat kehabisan darah / melalui eksanguinat / (exsanguination).

Namun, di beberapa komuniti / masyarakat, salah satu keperluan ketika penyembelihan adalah memutuskan arteri vena tanpa memengsankan haiwan supaya haiwan tersebut mengalami pendarahan sampai mati. Hanya selepas itu daging tersebut dibenarkan untuk dimakan. Mati secara pendarahan berterusan akan bertahan selama dua minit. Kumpulan hak asasi haiwan membantah kaedah ini sebagaimana mereka katakan ia kejam dan haiwan merasai banyak kesakitan. Juru bicara bagi komuniti-komuniti ini berhujah dengan mengatakan bahawa tidak ada perbezaan dalam tahap kesakitan. Mereka mengekalkan bahawa memotong arteri vena menyebabkan pendarahan secara tiba-tiba dan cepat. Disebabkan hilangnya tekanan darah dengan cepat, maka otak akan serta-merta kekurangan darah buat seketika dan tidak ada masa untuk merasai sebarang kesakitan.(Ruj: BBC.com 2003)

Apabila kita melakukan penelitian kerohanian mengenai isu ini kita mendapati bahawa:

  • Apabila haiwan mati, ia merasai kesakitan sama seperti manusia apabila dibunuh. Namun mungkin terdapat perbezaan dalam pemahaman kesakitan yang bergantung kepada tahap perkembangan minda dan intelek haiwan. Kehidupan haiwan hanya tertakluk kepada makanan dan seks, manakala manusia memiliki banyak lagi aspek dalam kehidupannya di mana mereka mempunyai perapatan dengannya dan oleh yang demikian rasa sakit manusia jauh lebih besar.
  • Apabila cara penyembelihan yang dinyatakan oleh komuniti-komuniti seperti di atas, penderitaan haiwan meningkat dengan ketara. Dalam skala 1 hingga 100, jika 100 unit adalah perasaan sakit dalam haiwan apabila ia dibunuh secara perlahan dengan memotong sebahagian daripada badannya, maka
    • 30 unit adalah kesakitan yang dialami oleh haiwan apabila ia disembelih secara kaedah biasa di pusat penyembelihan.
    • 50 unit adalah kesakitan dirasai oleh haiwan yang disembelih mengikut budaya masyarakat yang dinayatakan di atas.
  • Akibat daripada peningkatan dalam kesakitan, komponen halus Tama meningkat di dalam daging. Ini juga sebahagiannya disebabkan oleh haiwan tersebut mengalami peningkatan akan pemikiran marah terhadap orang yang membunuhnya dengan cara dikehendaki oleh komuniti-komuniti tersebut.

Paradoks dalam komuniti-komuniti ini adalah haiwan yang disembelih mengikut keadah ini agar ia dibenarkan mengikut agama mereka, namun nyatanya ketidaksucian kerohanian pada daging bertambah dan mereka makan daging yang dipengaruhi oleh pradominan Tama yang tinggi. Bacaan halus yang berikut diperolehi melalui penelitian kerohanian yang menunjukkan hal yang sama.

Perbandingan kekotoran kerohanian dalam daging apabila haiwan dibunuh setelah menjadikannya tidak sedar terlebih dahulu berbanding dengan memotong leher haiwan dengan tidak menjadikannya pengsan terlebih dahulu

Komponen halus Membunuh haiwan setelah menjadikannya tidak sedar terlebih dahulu Membunuh haiwan dengan memotong lehernya tetapi bukan tulang belakangnya dan membiarkan pendarahan berterusan hingga mati
Sattva % 10% 5%
Raja % 20% 15%
Tama % 70% 80%
Jumlah 100% 100%

Sumber: Penyelidikan Kerohanian Dijalankan oleh SSRF.org – September 2020

Daripada pembacaan di atas kita dapat melihat bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam komponen Tama dengan penurunan komponen Sattva.

2.4 Bukankah tumbuhan juga mengalami rasa kesakitan apabila dibunuh?

Ya, tumbuhan juga mengalami rasa kesakitan apabila dibunuh atau apabila bahagian-bahagiannya dipotong / dimatikan. Namun, pemahaman tumbuhan terhadap rasa kesakitan adalah kurang daripada haiwan. Ini adalah kerana, minda dan intelek tumbuhan adalah asas dibandingkan dengan haiwan. Malahan, buah atau sayur dipetik apabila buah telah masak sepenuhnya atau runtuh dari pokok, relatifnya tiada kesakitan pada tumbuhan tersebut.

2.5 Kaedah memasak daging

Apabila daging dipanggang, terdapat 3 cara umum untuk memasaknya, iaitu kurang masak, sederhana atau cukup masak. Kurang masak berhampiran dengan daging mentah. Ia mempunyai bahagian tengah berwarna kemerahan dan masak di bahagian luarnya. Sebaliknya, daging yang cukup masak hangus di bahagian luarnya, ia benar-benar berwarna perang dan kenyal di bahagian dalam daging.

Mereka yang menyukai stik `kurang masak` kemungkinan besar lebih cenderung dikuasai / dirasuk oleh hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb). Ini adalah kerana daging yang mentah adalah daging kesukaan suatu jenis kuasa jahat bertenaga negatif (demon). Stik yang cukup masak mempunyai kurang komponen halus Tama berbanding dengan stik `kurang masak` atau `sederhana masak`.

2.6 Berapa lamakah kesan peningkatan komponen Tama bertahan?

Apabila makanan yang pradominan Tama dimakan setiap hari secara teratur, badan dibebankan dengan komponen halus Tama yang berlebihan. Peningkatan komponen Tama dalam diri seseorang mempunyai banyak kesan sampingan yang negatif. Komponen Tama ini hanya boleh dibinasakan sekiranya seseorang melakukan amalan kerohanian yang selaras dengan enam prinsip-prinsip asas amalan kerohanian. Oleh kerana kebanyakan orang tidak melakukan amalan kerohanian, komponen Tama ini terkumpul di dalam badan, minda dan intelek seseorang. 6-MALAY-veg-vs-non-veg-giving-up-meat

Sekiranya seseorang dengan tahap kerohanian purata berhenti memakan daging dan menjadi vegetarian, maka hal tersebut akan mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk mengatasi kesan-kesan daripada komponen halus Tama yang lebih tinggi akibat pengambilan diet bukan vegetarian yang pradominan Tamanya.

Meskipun seseorang melakukan amalan kerohanian sejajar dengan enam prinsip-prinsip asas amalan kerohanian, ia akan mengambil masa selama 5 tahun secara purata untuk mengatasi kesan buruk diet pradominan Tama. Ini terjadi jika dia berhenti diet bukan vegetarian dengan serta-merta dan melakukan amalan kerohanian (seperti enam prinsip-prinsip asas) selama 4-5 jam sehari. Jika dia berhenti memakan diet bukan vegetarian secara beransur-ansur ia akan mengambil masa selama 10 tahun untuk mengatasi kesan buruk diet bukan vegetarian yang tinggi pradominan Tama.

2.7 Adakah gigi taring pada manusia tidak diperuntukkan untuk pemakanan daging?

7-MALAY-Canine-teeth-non-veg

Fungsi gigi taring bagi manusia ialah untuk mengoyak makanan. Penyokong diet bukan vegetarian mengekalkan bahawa Tuhan memberi gigi taring untuk diet bukan vegetarian. Ini bukanlah hujah / cara memberikan alasan. Ini adalah seperti mengatakan bahawa kita memiliki kuku, kita harus mencakar orang lain sebagai mana dilakuan oleh haiwan. Hanya kerana manusia mempunyai gigi taring tidak bermakna mereka harus makan diet bukan vegetarian.

Dari prespektif kerohanian tujuan kelahiran manusia adalah mencapai Realisasi /kesedaran Tuhan. Perbezaan utama di antara manusia dan haiwan ialah hanya manusia yang telah mengembangkan minda dan intelek yang boleh disalurkan untuk kegiatan sattvik bagi mendorong diri mereka ke arah realisasi Tuhan. Oleh itu, adalah disyorkan secara kerohanian agar manusia tidak meniru / mengikuti apa yang dilakukan dan dimakan oleh haiwan karnivor.

2.8 Perspektif kerohanian terhadap memakan bawang putih dan bawang

Onion and garlic-Vegetarian DietSesetengah komuniti mengelakkan diri daripada memakan bawang dan bawang putih. Apakah perspektif kerohanian terhadap hal ini? Bawang dan bawang putih mempunyai kadar komponen halus Raja yang lebih tinggi. Ini adalah sebabnya, dari segi ilmu Ayurveda, diet dengan bawang dan bawang putih disyorkan untuk meningkatkan selera makan seseorang. Peningkatan komponen Raja daripada memakan bawang dan bawang putih dalam jumlah kesederhanaan, sangat cepat dapat diatasi dengan peningkatan komponen Sattva seseorang yang melakukan amalan kerohanian secara sederhana (4 – 5 jam) hingga amalan kerohanian intensif (10 – 20 jam).

2.9 Perspektif kerohanian terhadap susu, dadih (tairu) dan keju

  • Susu lembu, apabila diminum, menolong meningkatkan komponen Sattva seseorang. Daripada semua jenis susu, susu daripada lembu merupakan paling sattvik.
  • Tairu dan susu mentega kurang sattvik daripada susu
  • Apabila barang – barang lain dibuat daripada susu (terutamanya melalui proses susu rosak seperti pembuatan keju kotej) ia mula mengurangkan komponen Sattva dan meningkatkan komponen halus Tama.

3. Kesan-kesan diet terhadap manusia

3.1 Pada tahap fizikal

Dengan memakan diet bukan vegetarian, oleh kerana terdapat peningkatan dalam komponen Tama, maka hal tersebut lebih cenderung untuk menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

3.2 Pada tahap psikologi

Peningkatan komponen Tama daripada diet bukan vegetarian akan membawa kepada peningkatan dalam pemikiran yang berkaitan dengan pelbagai keinginan dan pemikiran tamasik lain seperti pemikiran seksual, ketamakan, marah dsb.

3.3 Pada tahap kerohanian

  • Peratusan / perkadaran komponen Sattva yang lebih tinggi dalam diet vegetarian adalah sesuai / kondusif untuk amalan kerohanian

     9-MALAY-veg-vs-non-veg-diet-effect-on-sadhana

    Contoh: Mathew berada pada tahap pencapaian kerohanian 30%. Dia mula melakukan 4-5 jam amalan kerohanian setiap hari sesuai dengan 6 prinsip-prinsip asas. Semua faktor masih sama, dia memilih menjadi vegetarian, dia akan mencapai tahap kerohanian 40% 20 tahun lebih cepat daripada jika dia mengambil diet bukan vegetarian.

    Untuk mencapai Realisasi Tuhan (God Realisation), kita perlu melangkaui 3 komponen halus. Maka, melalui amalan kerohanian kita perlu melampaui `suka` dan `tidak suka`, kerana mereka terdiri daripada 3 komponen halus tersebut. Hal ini berlaku untuk semua tujuan praktikal yang melampaui tahap kerohanian 90%. Selepas tahap ini, apa yang dimakan oleh seseorang tiada sebarang perbezaan terhadap peratusan / perkadaran 3 komponen halus di dalam diri kita.

  • Dengan memakan diet bukan vegetarian yang lebih tinggi pradominan Tamanya, seseorang lebih terdedah kepada serangan hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb). Semua keadaan masih sama, orang yang makan daging adalah 20% lebih berkemungkinan untuk dikuasai / dirasuk oleh hantu dibandingkan seorang vegetarian. Ini adalah kerana daging ialah kelompok makanan yang disukai oleh kuasa-kuasa jahat. Seorang Pencari Tuhan (Seeker) yang, sebagai sebahagian amalan kerohanian mereka, berkhidmat untuk menyebarkan Ilmu Kerohanian dalam masyarakat, adalah lebih cenderung menjadi terpengaruh apabila memakan makanan bukan vegetarian.Hal ini kerana, hantu pada tahap lebih tinggi akan mengambil kesempatan daripada peningkatan komponen halus Tama untuk mengganggu mereka.
  • Adakah kita menanggung dosa dengan memakan makanan bukan vegetarian?Jawapannya ialah ya, kita menanggung dosa apabila kita bunuh apa sahaja biar pun haiwan atau tumbuhan. Selain itu, kita secara tidak sengaja menanggung dosa daripada sebarang penganiayaan terhadap haiwan di kilang ternakan dan rumah penyembelihan apabila kita memakan daging tersebut. Mereka yang memakan daging menanggung sebahagian daripada dosa tersebut, tetapi tidak sebesar orang yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dan membunuh haiwan. Mereka yang bekerja di kilang ternakan menanggung 70% dosa manakala mereka yang makan daging menanggung 30% dosa. Dalam banyak kes mereka yang bekerja di rumah penyembelihan dikuasai oleh hantu dan ini adalah sebabnya mereka tidak berperasaan terhadap haiwan. Pekerja dikuasai oleh hantu kerana kerja mereka selaras dengan kehendak hantu (iblis, syaitan, tenaga negatif dsb).Dosa membunuh tumbuhan adalah lebih kurang daripada membunuh haiwan, pemahaman sakit pada tumbuhan adalah jauh kurang disebabkan minda dan intelek asas.Walau bagaimanapun, jika kita melakukan amalan kerohanian (seperti enam prinsip-prinsip asas amalan kerohanian) dari sederhana ke intensif kita meniadakan dosa ini dengan amalan kerohanian setiap hari. Oleh kerana hampir semua orang tidak mengamalkan amalan kerohanian dalam erti kata sebenar, dosa-dosa ini tidak boleh dihilangkan. Dosa yang ditanggung dalam membunuh tumbuhan dan haiwan adalah jauh lebih sedikit daripada membunuh manusia. Ini adalah kerana manusia mempunyai potensi untuk merealisasikan Tuhan dan dengan membunuh mereka kita merampas peluang tersebut. Antara semua haiwan, lembu adalah yang paling sattvik dan dosa yang ditanggung apabila membunuh haiwan adalah maksimum apabila membunuh seekor lembu.
  • Apabila seseorang berkembang ke tahap kerohanian 60%, apa sahaja diet bukan vegetarian ataupun vegetarian hanya membuat perbezaan yang jauh lebih sedikit. Ini adalah kerana, dari perspektif pertumbuhan kerohanian, nilai keupayaan untuk mengucap atau mengulangi nama Tuhan dengan emosi kerohanian jauh melebihi dietnya. Sesuai dengan ilmu pengetahuan kerohanian, apabila kita bandingkan dua faktor tersebut pada skala relatif, seseorang pada tahap kerohanian 60% maka:
    • Komponen halus Sattva seseorang yang makan makanan vegetarian meningkat sebanyak 0.0001 %.
    • Walau bagaimanapun, jika dia mengucap dan mengulangi nama Tuhan dengan emosi kerohanian maka komponen halus Sattva meningkat sebanyak 5%.

Namun apa yang terjadi ialah ketika tahap pencapaian kerohanian seseorang berkembang maju, mereka menjadi lebih pradominan Sattvanya. Pada masa yang sama mereka lebih sensitif dan mengelakkan komponen Tama dalam makanan bukan vegetarian. Akibatnya, orang-orang yang berada pada tahap kerohanian yang lebih tinggi umumnya menjadi vegetarian kerana mereka rasa distres / tertekan apabila memakan makanan bukan vegetarian

4. Beberapa kewajipan dan larangan yang berkaitan dengan diet bukan vegetarian

  • Jika seseorang tidak dapat melepaskan tabiat memakan daging adalah disyorkan bahawa sekurang-kurangnya pada masa tertentu seseorang mengecualikan diri daripadanya. Masa-masa tersebut ialah matahari terbit, matahari terbenam, semasa gerhana, waktu malam, dua hari sebelum dan selepas serta semasa bulan purnama dan anak bulan. Pada semua masa tersebut, hantu lebih aktif dan boleh mengambil kesempatan daripada pemuncakan sekitaran Raja-Tama. (Kita perlu merangkumi matahari terbit walau pun ia dianggap masa sattvik kerana masih ada sedikit pengaruh dari kegelapan yang predominan Tama.)
  • Jika seseorang serius dalam amalan kerohanian, adalah disyorkan bahawa dia hanya mengambil diet vegetarian.