Canta (Pengucapan) Penyembuhan

SSRF menasihati penerusan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan remedi penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit fizikal dan psikiatri.

Pembaca dinasihatkan untuk mengambil apa-apa remedi penyembuhan rohani atas budi bicara mereka sendiri.

Sesiapa yang mengalami rasa panas atau apa-apa jenis ketidakselesaan semasa mangucap / mencanta (chanting) dia boleh mengabaikan menghilangkan “Om” terletak di hadapan nama. “Om” mengandungi tenaga tak nyata (unmanifest energy) yang boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah orang. Mereka yang tidak mengalami sebarang ketidakselesaan boleh terus meneruskan  pengucapan dengan “Om”.

Carta muat turun (semua penyakit)

Canta (Chants) penyembuhan rohani untuk melindungi seseorang daripada Coronavirus (COVID-19)

Apabila kita mengulangi nama Tuhan, kita menarik tenaga positif Tuhan yang dikaitkan dengan nama tertentu Tuhan dan selubung perlindungan (protective sheath) tenaga kerohanian Nama tersebut wujud di sekeliling kita. Di bawah ini adalah canta khusus untuk perlindungan rohani terhadap coronavirus. Nama Tuhan yang diberikan canta ini adalah dalam bahasa Sanskrit (Bahasa India kuno). Urutan tertentu chant ini telah diperolehi melalui penyelidikan kerohanian. Canta(ucap) berdoa / memohon tenaga kerohanian daripada 3 Dewa atau prinsip Ketuhanan Tuhan. Dewa Durga mewakili prinsip Tuhan yang menjalankan fungsi pemusnahan kejahatan. Dewa Datta antara fungsi lain di alam semesta melindungi daripada masalah yang disebabkan oleh tubuh halus (subtle bodies) nenek moyang dan tenaga yang negatif. Dewa Shiva mewakili prinsip Tuhan yang bertanggungjawab terhadap pembubaran. Canta adalah untuk diucap / diulangi dalam urutan berikut.

  • Shri Durgadevyai Namaha
  • Shri Durgadevyai Namaha
  • Shri Durgadevyai Namaha
  • Shri Gurudev Datta
  • Shri Durgadevyai Namaha
  • Shri Durgadevyai Namaha
  • Shri Durgadevyai Namaha
  • Om Namah Shivaya

Klik di sini untuk mendengar Canta

Klik di sini untuk muat turun dan mendengar Canta

Berapa kali saya boleh mengulangi canta ?

  • Saya tidak terjangkit: Sekiranya anda tidak merasakan apa-apa simptom yang berkaitan dengan jangkitan koronavirus, anda boleh mengucap mantra ini secara mental (mentally) sebanyak 108 kali setiap hari. Ia mengambil masa lebih kurang 30-35 minit untuk melakukannya.
  • Saya dijangkiti atau terdapat simptom: Jika anda merasakan simptom atau dijangkiti oleh virus, anda boleh mengulangi canta ini secara mental sebanyak 648 kali setiap hari untuk meningkatkan tenaga kerohanian anda untuk melawan coronavirus. Ini mengambil masa kira-kira 3 jam.

Adakah canta ini cukup untuk melindungi saya ?

  • Canta ini melindungi seseorang di tahap kerohanian – ini kerana punca permulaan /penciptaan dan penyebaran virus ini adalah bersifat kerohanian.
  • Namun, kerana simptomnya bersifat fizikal, kita mesti mengikuti semua langkah pada tahap fizikal (seperti mencuci tangan, menjaga jarak sosial, menghindari menyentuh wajahnya, batuk ke sikunya, dll.) seperti yang dinasihatkan oleh doktor bersama mengambil rawatan perubatan yang dinasihatkan oleh mereka untuk melindungi diri dari penyakit tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa canta/ mengucap bukan pengganti untuk remedi fizikal atau psikologi yang dinasihatkan oleh profesional perubatan.

Soalan Lazim

Bagaimana saya dapat mengetahui sama ada penyakit saya mempunyai sebab kerohanian berbanding dengan sebab fizikal ?

Jawapan : Daripada penyelidikan kerohanian yang telah kami jalankan, kami mendapati bahawa dalam hampir semua kes ada unsur kerohanian yang menyumbang kepada penyakit yang kita menderita. Oleh itu, lebih baik anda mengambil langkah penyembuhan rohani bersama dengan rawatan biasa anda. Sila rujuk artikel – Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa terdapat pengaruh hantu atau nenek moyang yang meninggal dunia yang menyebabkan penyakit saya

Perlukah saya meneruskan rawatan mengikut sains perubatan moden (Allopathy) ?

Berapa lamakah saya harus terus mengulangi canta penyembuhan rohani ?

Perlukah saya mengucap Nama Tuhan menurut agama kelahiran saya, atau canta (chants) yang diberikan dalam bahagian ini ?

Berapa lamakah masa diambil untuk saya sembuh ?

Bagaimanakah cara untuk menjadikan amalan kerohanian lebih berkesan?

Bagaimana jika orang yang sakit ituadalah dalam keadaan koma dan tidak boleh mengucap untuk dirinya sendiri?

Bagaimana jika saya tidak dapat menemui penyakit saya dalam senarai di atas?

Apakah kepentingan kaedah penyembuhan rohani pada masa-masa mendatang ?