1. Pengenalan kepada pertemuan dengan orang yang disayangi di kehidupan selepas mati

Hampir-hampir kesemua daripada kita kadangkala tertanya–tanya bolehkah kita bertemu dengan leluhur kita yang telah meninggal dunia dan orang yang disayangi di kehidupan selepas mati. Tujuan artikel ini adalah untuk menerangkan faktor-faktor dan prinsip-prinsip yang memerintah orang yang kita boleh bertemu dan orang yang tidak boleh ditemui di kehidupan selepas mati.

2. Ke manakah kita akan pergi selepas kematian?

Sila lihat artikel kami mengenai ‘Ke manakah kita akan pergi selepas kematian?’

Tahap kerohanian Samasthi merujuk kepada tahap rohani yang dicapai melalui amalan rohani khas untuk kepentingan masyarakat (samashti sādhanā), manakala amalan rohani vyasthi merujuk kepada amalan rohani yang dicapai melalui amalan rohani individu (vyashti sādhanā). Pada masa kini, kemajuan rohani untuk kepentingan masyarakat mempunyai 70% kepentingan manakala amalan rohani individu mempunyai 30% kepentingan.

Seperti mana yang anda lihat, kesemuanya ada 13 alam halus dan tidak ketara (subtle & intangible regions) yang mana kita boleh pergi selepas kematian. Di zaman kini, lebih kurang hanya 5 % daripada kita dapat masuk ke alam positif Syurga (Heaven/Swarga), alam Mahar (Maharlok) dan yang lebih tinggi lagi. Ini adalah kerana seseorang perlu mencapai tahap kerohanian, sekurang-kurangnya 50% (Samashti) or 60% (Vyashti) (iaitu sebanyak 5% daripada populasi dunia) untuk mencapai alam positif yang pertama di Alam Semesta, seperti Syurga, selepas kematian. Bagi maklumat tambahan, sila lihat peratus populasi dunia berdasarkan tahap kerohanian.

Terdapat juga satu lagi alam yang sangat penting untuk disebut bagi memahami  apakah akan berlaku kepada kita selepas kematian. Sebaik sahaja selepas kita mati, kita akan pergi ke suatu alam yang dikenali sebagai ‘Alam Orang Mati’ (Region of the Dead / Martyaloka). Ianya adalah seolah-olah tempat penginapan di separuh jalan (halfway house) atau alam kewujudan yang bersifat sementara (interim plane of existence) dimana seseorang tinggal selepas mereka memulakan perjalanan dari saat kematian ke tempat penetapan terakhir mereka di salah satu daripada 13 alam halus (tak ketara /intangible) yang wujud.

Bagi maklumat lanjut sila lihat artikel mengenai ‘Alam Orang Mati’ (Region of the Dead). 

3. Beberapa etika yang menentukan kemungkinan perjumpaan dengan orang yang kita sayangi di alam selepas mati

  • Alam yang sama: Badan halus (subtle body) saudara-mara dan orang yang disayangi di alam yang sama dapat berjumpa di antara satu sama lain dengan mudah. Sebagai contoh, dua badan halus saudara di alam Bhuvar (Bhuvarlok / Nether region) dapat bertemu di antara satu sama lain.
  • Alam halus ke alam yang lebih halus (subtle to subtler regions): Adalah tidak mungkin bagi seseorang yang berada di rantauan halus yang tak ketara (intangible plane) untuk bertemu dengan seseorang yang berada di alam kewujudan yang lebih halus. Selepas alam Bumi (Bhulok), alam Bhuvar (Bhuvarlok / Nether region) adalah alam yang paling nyata (tangible). Badan halus di salah satu daripada rantauan di alam Bhuvar (Nether region) tidak dapat berjumpa dengan badan halus di Syurga (Heaven) atau Alam Pertama Neraka  (1st Region of Hell).
  • Alam-halus ke alam yang lebih nyata (subtle-region to more gross regions):  Badan halus dari alam wujud yang lebih halus boleh pergi ke alam wujud yang lebih nyata (grosser plane of existence). Misalnya, suatu badan halus di bahagian ketiga Alam Neraka boleh bertemu dengan seseorang di bahagian pertama Alam Neraka atas dasar sementara waktu. Perjumpaan yang sedemikian selalunya berlanjut selagi ada keperluan dan juga bergantung kepada kekuatan kerohanian badan halus yang melawat itu.
  • Alam halus yang lebih tinggi (subtle higher regions)
    • Badan-halus di alam halus positif Mahar (Maharlok) adalah sangat berkembang dari segi kerohanian, jadi mereka tidak mempunyai keinginan termasuk keinginan untuk berjumpa dengan ahli-ahli keluarga. Tujuan utama kewujudan mereka adalah untuk maju dari segi kerohanian.
    • Badan halus (subtle bodies) di Syurga (Heaven) merasai sungguh bahagia dan biasanya terlibat dalam keseronokan halus (subtle pleasure) yang terdapat di Syurga. Akibatnya, keinginan untuk bertemu dengan saudara-mara terdahulu tidak mempengaruhi kesedaran mereka.
  • Melawat Alam Orang Mati atau Bumi: Badan halus di mana–mana alam halus (subtle-region) boleh melawat badan halus di Alam Orang Mati atau alam Bumi.
  • Hantu yang mempunyai kekuatan kerohanian yang tinggi di bahagian rendah Neraka  boleh masuk ke bahagian positif yang lebih tinggi seperti Syurga buat sementara waktu untuk mengganggu keamanan.

4. Bagaimanakah kita boleh mengenali orang yang disayangi (yang telah meninggal dunia dahulu) di alam selepas mati?

4.1 Apakah bentuk yang kita akan ambil selepas kita meninggal dunia?

Apabila badan halus masuk ke Alam Orang Mati (Region of Dead), ia bermula kehilangan identitinya/keperibadiannya dengan kehidupan dahulu di Bumi. Ketika ianya merentasi Alam Orang Mati dan sampai pada salah satu alam halus yang utama seperti Alam Bhuvar (Bhuvarloka/Nether region), badan halus ini akan mengambil bentuk amorf (tidak tentu bentuknya/amorphous form).

Jika seseorang mempunyai hubungan yang sangat rapat (strong attachment) dengan kehidupan di Bumi atau saudara-maranya, mereka tidak dapat bergerak maju melepasi Alam Orang Mati. Di sini, mereka secara berterusan akan mengambil rupa mirip dahulunya. Bentuk ini dihasilkan daripada ‘tenaga keinginan’ (‘energy of desire’). Badan-halus boleh terperangkap di Alam Orang Mati selama bertahun-tahun dan melayang (hover) sekitar rumah asal-usul mereka. Akibatnya, orang yang mempunyai deria keenam boleh merasai atau melihat kehadiran mereka.

4.2 Mekanisma untuk bertemu dengan orang yang disayangi di alam selepas mati

  • Apabila memasuki alam yang sama: Apabila badan halus orang yang disayangi mempunyai keinginan yang amat sangat untuk bertemu dengan salah satu saudara-mara atau kawan, tenaga daripada pemikiran yang amat bertumpu (single-minded) menghasilkan satu bentuk penjelmaan halus/tidak ketara dirinya seperti di kala ia mengetahui saudara-maranya. Pada masa yang sama, saudara-maranya yang baru sahaja meninggal dunia dan memasuki alam yang sama akan tertarik kerana frekuensi keinginan (frequencies of desire) yang dipancarkan dari badan halus leluhur yang lagi satu. Keturunan yang baru sahaja meninggal dunia, dapat mengecam leluhurnya kerana mereka cukup kenal pada bentuk yang telah diambil oleh badan halus leluhur tadi.
  • Di waktu kematian: Secara umumnya ada persamaan keturunan (hereditary similarities) pada tahap komponen asas halus Sattva, Raja, dan Tama di kalangan ahli keluarga. Oleh yang demikian disebabkan oleh perasaan sensitif yang berlebihan, badan halus leluhur yang tinggal di Alam Orang Mati (Region of the Dead) dan alam Bhuvar (Nether region) dapat melihat/mengesan perubahan yang berlaku pada orang yang hampir mati/nazak pada saat kematiannya. Seterusnya, mereka akan tertarik kepada bunyi tenaga sub-vital yang dihasilkan (emitted) dan gas perkumuhan yang dikeluarkan oleh badan si mati. Ini bererti mereka telah memasuki persekitaran Bumi dan menghampiri orang yang sedang mati. Inilah sebabnya mengapa ramai orang yang hampir mati mendapat visi leluhur mereka yang telah meninggal dunia. Jika orang yang baru sahaja meninggal dunia teringin sangat untuk bertemu dengan leluhur mereka yang telah meninggal dunia atau leluhur yang telah meninggal dunia teringin sangat untuk bertemu dengan orang yang baru sahaja meninggal dunia, maka leluhur dengan ‘tenaga keinginan yang kuat’ (strong energy of desire) akan mendapat bentuk seperti jelmaan mirip-hantu berunsur gas (gaseous apparition-like form). Mereka membantu orang yang meninggal dunia untuk mengenali dirinya sendiri.

4.3 Risiko yang terlibat apabila bertemu dengan orang yang disayangi di alam selepas mati

  • Dalam beberapa kes, hantu (syaitan, iblis, tenaga negatif, dsb) peringkat tinggi seperti ahli sihir-halus (subtle-sorcerers/māntriks) boleh mengambil bentuk saudara-mara yang baru sahaja telah meninggal dunia dan orang yang disayangi dan memberi panduan/tunjuk ajar yang salah kepada badan halus yang berminat untuk bertemu dengan leluhur mereka yang telah meninggal dunia. Ini dapat diatasi dengan terbaik, jika seseorang telah melakukan banyak amalan kerohanian di Bumi dan dapat melihat melepasi (see through) bentuk maya mereka (illusory /māyāvi form).
  • Nenek moyang yang berada di salah satu dari Alam di Neraka juga boleh menipu/memperdaya badan halus yang baru sahaja meninggal dunia.
  • Cara yang pasti untuk memastikan seseorang tidak ditipu selepas meninggal dunia adalah dengan melakukan amalan kerohanian yang kerap dan tetap sepertimana yang disarankan dalam enam prinsip asas amalan kerohanian dan mencapai tahap kerohanian tertinggi yang mungkin. Semakin tinggi tahap kerohanian seseorang ketika meninggal dunia, semakin kecil peluang untuk diperdaya oleh hantu atau leluhur dari Alam Neraka (Region of Hell). Selain dari ini, seseorang juga boleh mendapat akses kepada perlindungan yang lebih baik daripada Tuhan.

5. Setelah bertemu dengan orang yang disayangi, adakah kita tinggal bersama di alam selepas mati?

Badan halus daripada sebuah keluarga biasanya ikut bersama. Ini adalah kerana terdapatnya banyak persamaan di antara saudara-mara berbanding dengan orang lain.

6. Bagaimanakah kita berkomunikasi apabila kita berjumpa dengan orang yang disayangi dan kawan-kawan di alam selepas mati?

Kaedah komunikasi di alam selepas mati bukanlah melalui kaedah (bahasa) bunyi seperti mana yang kita gunakan di Bumi. Fikiran dalam ‘badan mental’ seseorang (one’s mental body) dapat difahami oleh orang lain.

7. Bertemu dengan binatang peliharaan kita di alam selepas mati

Tidak seperti manusia, haiwan tidak hidup berpanjangan dalam bentuk halus (subtle form) selepas kematian dan besar kemungkinan akan lahir semula dalam masa yang singkat sama ada dalam spesies yang sama atau spesies lebih tinggi yang terdekat jika terjadi evolusi ‘kerohanian’. Jadi adalah agak mustahil untuk bertemu dengan haiwan peliharaan di alam selepas kematian. Jika seseorang dapat melihat haiwan peliharaan melalui visi halus (subtle vision) atau apabila jika seseorang mati dan pergi ke alam selepas mati, ianya kemungkinan besar adalah sebuah ilusi yang direka oleh tenaga negatif tahap tinggi seperti tukang-sihir halus (subtle-sorcerer) untuk memperdaya seseorang. Amalan kerohanian yang tetap adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada penipuan sebegini.

Adalah sesuatu yang sangat susah bagi seekor binatang (yang telah dilahirkan sebagai binatang) untuk berkembang/berevolusi ke bentuk manusia melalui hanya satu kelahiran. Ini disebabkan adalah sangat susah bagi binatang untuk melakukan amalan kerohanian. Walau bagaimanapun, binatang yang menghadiri perkumpulan Tuhan oleh Orang Suci (Saint’s satsang), memakan sakramen/makanan suci (prasad), mendengar lagu-lagu suci atau mengulangi Nama Tuhan secara tetap mungkin mengalami peningkatan pada sattvikta (spiritual purity). Oleh kerana peningkatan sattvikta berbanding dengan sattvikta purata pada spesiesnya, apabila ia mati, ia mungkin berkembang kepada spesies lebih tinggi (dalam sattvikta), dalam kelahiran berikutnya.