Basic RGB

1. Pengenalan

Jika seseorang benar-benar mahu memperbaiki personaliti/keperibadian seseorang dan mengatasi kelemahan personaliti seseorang maka tempat yang baik untuk memulakan adalah memahami sifat keperibadian dan bagaimana ‘keperibadian’ dan ‘minda’ setiap orang dipengaruhi oleh dimensi kerohanian. Dalam budaya kita dengan penekanan kepada kepentingan digemari oleh orang, tiada apa yang lebih penting daripada “personaliti”. Dalam pengertian popular ini, personaliti difahami oleh kebanyakan orang sebagai suatu kualiti yang tidak ketara (intangible quality) yang menjadikan individu menarik atau tidak menarik kepada rakannya.

2. Apa yang mentakrifkan personaliti seseorang individu?

Jadi apakah sebenarnya personaliti/keperibadian itu dan ianya terdiri daripada apa?

Manusia mempunyai minda dan sebuah badan yang kedua-duanya bertindak atau berkelakuan. Pemikiran, emosi, dan sebagainya adalah sebahagian daripada sifat-sifat minda manakala pergerakan fizikal, rembesan, suhu dan sebagainya adalah sebahagian daripada sifat-sifat tubuh. Tingkah-laku minda atau badan dikategorikan kepada tiga jenis – episodik/berepisod (episodic), sementara/seketika (transient) atau berulang (recurrent).

  • Tingkah-laku episodic (Episodic behaviour): Tingkah-laku episodik adalah bersifat sementara, contohnya apabila seorang pelajar menjadi cemas ketika hadir bagi sesuatu peperiksaan, kebimbangan yang dia mengalami adalah satu tingkah laku episodik dalam mindanya/fikirannya. Sebaliknya menggaru, berjalan dan lain-lain adalah tingkah-laku episodik badan.
  • Tingkah-laku sementara (Transient behaviour): Kelakuan sementara adalah bahawa yang diperhatikan selama lebih daripada beberapa minggu tetapi kurang daripada enam bulan atau setahun, sebagai contoh apabila seseorang berasa tertekan untuk beberapa bulan selepas kematian orang yang tersayang. Di sini perasaan tertekan adalah tingkah-laku ‘sementara’ fikirannya/mindanya.
  • Tingkah-laku yang berulang (Recurrent behaviour): Apabila jenis tingkah-laku yang sama berterusan selama bertahun-tahun, ianya dirujuk sebagai ‘Tingkah laku berulang’ (Recurrent behaviour) atau ‘Tingkah laku kronik’ (Chronic behavior).

Tingkah-laku episodik dan sementara tidak akan menjejaskan kehidupan seseorang ke tahap yang lebih besar, tetapi tingkah laku yang berulang atau tingkah-laku yang kronik yang membentuk keperibadian seseorang mempengaruhi kehidupan pada tahap yang lebih besar.

3. Lebih lanjut mengenai memahami personaliti

Selagi ciri yang diperhatikan ke atas seseorang adalah untuk tempoh masa tertentu (yakni lebih lama), ia tidak boleh  dianggap sebagai memerihalkan personalitinya. Ini mungkin mengelirukan, sebagai contoh, seseorang boleh menjadi pendendam dari saat keluarganya dibunuh. Jika orang yang sama melawat ahli psikologi dalam tempoh beberapa hari atau minggu selepas dia menjadi pendendam, perkataan ‘pendendam’ tidak boleh digunakan ketika menerangkan personalitinya yang masih belum sampai ke tempoh yang lama. Apabila orang yang sama dilihat selepas beberapa tahun dan jika ciri-ciri membalas dendam masih berterusan, maka bolehlah disahkan bahawa ‘pendendam’ merupakan sebahagian daripada personalitinya. Oleh sebab itu adalah baik untuk menghentikan personaliti yang buruk dari awal-awal lagi. Jika tidak dalam kes-kes yang teruk ia akan membawa kepada perlakuan jenayah atau merosakkan masyarakat.

Sebagaimana anda juga boleh bayangkan bahawa terdapat banyak definisi personaliti yang dikemukakan oleh pelbagai pakar psikiatri dan pakar-pakar dalam bidang ini.

Walau bagaimanapun, intipati definisi personaliti yang pelbagai adalah terletak pada kombinasi unik ciri-ciri yang menentukan corak berulang atau tingkah-laku individu jangka panjang. Pola ini merangkumi semua jenis tingkah-laku badan dan minda yang kita telah mengumpulkan di bawah lima tajuk-tajuk berikut.

A. Tubuh fizikal, ciri-ciri, kesihatan, stamina dan imej seseorang berkaitan 4 perkara ini

B. Pembawaan (temperamental) ciri-ciri (iaitu sifat seseorang) seperti cepat marah, pelupa, tidak kemas, tidak banyak bercakap, curiga, degil, bermurah hati, boleh dipercayai/jujur, pengkhayal dan lain-lain.

C. Disukai dan tidak disukai

D. Naluri, keinginan, dorongan, sangat menginginkan/ketagih, cita-cita, kehendak, dan sebagainya.

E. Kecerdasan, pengetahuan, kepercayaan, ketidakpercayaan, keyakinan, sikap, pendapat, idea, cita-cita dan lain-lain.

4. Pandangan yang praktikal dalam menilai personaliti

Personaliti adalah bukan sekadar jumlah keseluruhan pelbagai ciri-ciri di bawah tajuk-tajuk yang disebutkan di atas tetapi adalah terletak pada penyusunan yang dinamik dalam membentuk kombinasi yang memberi seseorang individu corak tipikal serta tingkah-laku berulangnya. Kami menggunakan perkataan seperti ciri-ciri, kualiti dan sifat secara sinonim untuk menunjukkan ciri-ciri khusus yang ditunjukkan selama sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun dan memberikan kesan dalam fungsi seharian seseorang individu. Ini tidak termasuk kelakuan episodik dan sementara yang wujud untuk tempoh masa yang singkat.

Terdapat beratus-ratus ciri-ciri yang seseorang boleh memiliki, dari pengalaman kami dalam majoriti kes, kira-kira 20 hingga 30 ciri-ciri sahajalah membentuk sebahagian besar personaliti dalam kebanyakan orang. Kesemua ciri-ciri lain dalam diri mereka adalah seperti mana-mana orang biasa yang lain dan oleh itu ianya tidak perlu disebutkan atau diambil kira.

5. Personaliti adalah dinamik dan kepentingan berada dalam satsang

Personaliti akan terus dibentuk sepanjang lapan peringkat iaitu zaman bayi, awal kanak-kanak, usia bermain/peringat umur kekok, usia sekolah, akil baligh, remaja, awal dewasa, dewasa dan usia emas. Oleh itu personaliti bukanlah satu fenomena yang statik, tetapi ia adalah satu proses yang dinamik yang bermula dari saat dalam kandungan ibu dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafas terakhirnya. Ia bermakna bahawa beberapa ciri-ciri personaliti yang mungkin kurang menonjol boleh hilang, mungkin lebih menonjol, mungkin digantikan dengan ciri-ciri baru atau ciri-ciri baru mula berkembang mengikuti peredaran masa.

Personaliti berubah apabila kanak-kanak menjadi remaja, remaja jatuh cinta, melalui perkahwinan dan melalui kelahiran kanak-kanak, melalui beragama atau keluar dari agama, atau melalui kepercayaan politik yang berubah-ubah.

Kita memperoleh banyak ciri-ciri melalui mengikut (jejak) orang lain. Jika bapanya sangat cepat marah, seorang budak lelaki mungkin boleh mencontohinya. Jika seorang remaja  bertemu dengan remaja lain yang mencuri wang atau menghisap rokok, dia juga mungkin mencontohi tingkah-laku mereka. Jika orang lain di pejabat menerima rasuah, orang yang jujur juga boleh menjadi penerima rasuah dengan mengikuti contoh mereka. Oleh itu, kumpulan di mana seseorang itu hidup adalah penting bagi pembangunan keperibadiannya. Oleh itu, berada dalam kumpulan yang baik, kumpulan pencari (seekers), yakni pengikut-pengikut Kebenaran Mutlak (satsang) dianggap sangat penting bagi perkembangan personaliti yang sihat.