Adakah karol Krismas membantu dalam kemajuan rohani?

1. Pengenalan – Karol Krismas (Christmas Carols) dan kemajuan rohani

Pada hari Krismas, sukar untuk melepaskan suasana hangat dan meriah yang wujud dengan musim perayaan dan jelas sekali karol Krismas (Christmas Carols) memainkan peranan penting dalam mewujudkan perasaan gembira. Di setiap rumah di seluruh dunia, karol Krismas mengisi udara sementara pihak keluarga mendirikan pokok Krismas mereka dan melakukan aktiviti lain seperti persediaan untuk hari Krismas. Ini adalah masanya di mana penyanyi-penyanyi karol Krismas pergi dari jalan ke jalan di seluruh kawasan kejiranan membawa kepada kehidupan dengan muzik mereka. Pasukan koir dan jemaah di gereja turut menyanyikan lagu untuk menghormati kelahiran Nabi Isa.  Sudah tentu, pada bulan Disember, pusat membeli-belah  memastikan bahawa semangat perayaan masih hidup serta muzik latar belakang karol Krismas di main di premis mereka dengan harapan untuk memujuk pelanggan berbelanja lebih banyak pada musim tersebut.

Jelas sekali, karol Krismas adalah sinonim dengan musim Krismas, dan musim ini kelihatan kurang meriah tanpa mereka. Apabila orang berfikir tentang muzik, mereka jarang memikirkan nilai-nilai kerohanian atau konotasi kerohanian melainkan ianya lagu-lagu pujaan ataupun karol Krismas. Walau bagaimanapun, bagi sebuah perayaan yang terkenal di muka dunia yang mengingati dan menghormati kelahiran Nabi Isa, adakah karol Krismas meningkatkan kesucian perayaan? Apakah nilai-nilai kerohanian yang karol Krismas memberi kepada berbilion orang yang mendengarnya pada bulan Disember?

Sebelum kami menjawab soalan ini, kami ingin meluangkan sedikit masa untuk memperkenalkan organisasi-organisasi yang terlibat dalam penyelidikan ini.

2. Latar belakang penyelidikan kerohanian dalam muzik

Adakah karol Krismas membantu dalam kemajuan rohani?Maharshi Adhyatma Vishwavidyalay (juga dikenali sebagai Universiti Kerohanian Maharshi atau MAV) dan Yayasan Penyelidikan Sains Kerohanian (SSRF) adalah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang dijalankan oleh sukarelawan dari seluruh dunia yang berasas dengan tujuan yang sama, iaitu kemajuan rohani dan pengejaran untuk kebenaran. Salah satu matlamat utama kedua-dua organisasi ini adalah untuk menaksir dan menilai bagaimana keputusan dan rutin harian kita mempengaruhi kita pada tahap kerohanian. Untuk tujuan ini, pasukan penyelidikan mereka menjalankan pelbagai eksperimen dan projek penyelidikan di Pusat Penyelidikan Kerohanian dan Ashram di Goa, India. Pasukan penyelidikan kerohanian di Universiti Kerohanian Maharshi mempunyai pengalaman penyelidikan kerohanian selama 37 tahun.

Adakah karol Krismas membantu dalam kemajuan rohani?

Kajian ini merangkumi pemahaman kesan halus (subtle effect) muzik dan tarian dan ia merupakan salah satu aspek utama penyelidikan kami. Kami mempunyai jabatan muzik yang menjalankan pelbagai eksperimen setiap hari untuk memahami dan membezakan kesan halus muzik, bunyi daripada pelbagai alat muzik dan kesannya terhadap alam sekitar. Penyelidikan ini telah dijalankan menggunakan pengimbas aura dan tenaga halus (aura and subtle energy scanners) bersama dengan deria keenam para pencari (seekers) dalam pasukan penyelidikan kerohanian untuk menilai dan menaksir muzik dari perspektif kerohanian. Matlamatnya ialah untuk memahami bagaimana komposisi muzik dapat dibuat dengan cara untuk mengeluarkan (emit) getaran positif (positive vibrations) kerohanian tanpa mengira budaya dan kepelbagaian.

Iktisar (epitome) muzik (yang mengeluarkan getaran kerohanian yang lebih suci) sama ada lagu-lagu kebaktian (devotional songs) termasuk lagu-lagu pujian (hymns), karol Krismas, bhajans, shlokas dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dalam amalan, ini tidak selalu benar kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesucian kerohanian komposisi muzik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai faktor-faktor ini, kami telah menjalankan banyak eksperimen tentang muzik. Dengan berkaitan dengan muzik kebaktian, terutamanya lagu-lagu karol Krismas, dua eksperimen seperti itu disediakan di bawah.

3. Eksperimen 1- Kesan halus (subtle effect) daripada karol Krismas dipersembahkan secara langsung

Latar belakang

  • Pada akhir tahun 2018, seorang pencari (seeker) yang biasa menyanyi secara profesional telah datang ke Pusat Penyelidikan Kerohanian dan Ashram di Goa, India untuk Bengkel Kerohanian 5-Hari. Dia memberitahu kami bahawa dia adalah seorang penyanyi terlatih dan kami bertanya sama ada dia ingin mengambil bahagian dalam beberapa eksperimen dengan muzik. Pasukan penyelidikan amat berminat dengan kesan nyanyian/persembahan secara langsung. Ianya mudah memainkan muzik yang direkodkan dan mengkaji kesannya kepada pendengar, tetapi di sini kami mempunyai peluang untuk mengkaji kesan pelbagai genre yang dipersembahkan secara langsung pada penyanyi dan juga pendengar.
  • SSRF dan MAV bersama-sama mengkaji kesan-kesan halus daripada 6 genre muzik yang dinyanyikan olehnya dan kesannya kepada penonton pada tahap kerohanian. Genrenya adalah jazz, pop, pop beropera, karol Krismas dan reggae.
  • Dalam artikel ini, eksperimen di mana dia mempersembahkan karol Krismas kepada penonton yang terdiri daripada pencari yang tinggal di Pusat Penyelidikan Kerohanian dan Ashram turut dibincangkan.
  • Melalui deria keenam, kami mendapati bahawa pencari yang sedang menyanyi itu (walaupun dia mempunyai suara yang merdu) mengalami distres kerohanian (spiritual distress). Dalam eksperimen ini, kami ingin melihat pelbagai dinamik lakonan dengan seorang penyanyi, genre muzik, dan penonton.

Metodologi

  • SBeliau mempersembahkan 3 lagu Krismas – ‘Silent night’, ‘Come all Ye Faithful’ dan ‘Away in a manger’. Dia menyanyikannya secara berterusan selama 30 minit. Kami secara khusus memilih lagu-lagu kebaktian Krismas baginya untuk menyanyi berbanding dengan lagu-lagu krismas yang bukan kebaktian (non-devotional) seperti Jingle Bells. Hal ini kerana kami menyimpulkannya (hypothesised) bahawa versi lagu beribadat dari carol Krismas akan memancarkan/mengeluarkan getaran rohani yang lebih suci (spiritually purer vibrations).
  • Kami meminta beliau untuk mempersembahkan di hadapan dua kategori penonton yang berasingan, iaitu pencari kerohanian (seeker) yang (seperti penyanyi) mengalami distres kerohanian, dan mereka yang tidak, yang bermakna mereka adalah positif dari segi kerohanian. Rujuk pada artikel mengenai ‘Apakah itu distres rohani?’.
  • Untuk menganalisis kesan penyanyi dan penonton, pasukan penyelidikan rohani menggunakan deria keenam tahap tinggi bersama dengan pengimbas aura dan tenaga, juga dikenali sebagai Pengimbas Thermo Universal (UTS) (Universal Thermo Scanner – UTS).

Adakah karol Krismas membantu dalam kemajuan rohani?Pengimbas Thermo Universal (Universal Thermo Scanner – UTS) juga dikenali sebagai Pengimbas Aura Universal (Universal Aura Scanner) digunakan untuk mengambil bacaan penyanyi dan juga penonton yang tertentu. Pengimbas UTS ini dicipta oleh Dr Mannem Murthy (seorang bekas saintis nuklear) dan ianya digunakan untuk mengukur tenaga halus (subtle energy) (positif dan negatif) dan aura di sekeliling mana-mana objek (hidup atau bukan hidup). Bacaan UTS tersebut memberi data mengenai aura negatif, aura positif, dan juga ukuran aura keseluruhan penyanyi dan juga penonton-penonton tersebut. Sila rujuk pada artikel – Metodologi pembacaan UTS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana pembacaan UTS ini diambil dan apa yang dimaksudkan dengan setiap bacaan tersebut (Akan Datang).

Penemuan Utama

Bacaan UTS: Dalam kesemua 6 genre, aura penyanyi menjadi lebih positif selepas menyanyi di hadapan pencari (kerohanian) yang positif, manakala aura pencari yang positif menjadi lebih negatif selepas mendengar nyanyian penyanyi tersebut.

Sebaliknya, apabila persembahan tersebut diadakan di hadapan pencari yang mengalami distres rohani, aura negatif penyanyi dan juga penonton meningkat dengan 5 genre lagu yang dipersembahkan. Satu perbezaannya ialah, apabila genre karol Krismas dipersembahkan, aura penyanyi menjadi lebih positif, tetapi aura pencari yang mengalami distres rohani yang mendengar persembahan tersebut menjadi lebih negatif. Sila rujuk rajah di bawah untuk rumusan bacaan kesan halus pada penyanyi, dan juga penonton.

Adakah karol Krismas membantu dalam kemajuan rohani?Bacaan deria keenam: Kedua-kedua kumpulan penonton dari kalangan pencari mempunyai kebolehan halus (subtle ability) dan melalui deria keenam mereka, dapat mereka merasakan getaran negatif dipancar melalui persembahan tersebut. Pembacaan deria keenam ini telah disokong oleh pembacaan Pengimbas Thermo Universal (UTS). Salah seorang pencari dalam pasukan penyelidikan kerohanian berpendapat bahawa komposisi muzik dan tenaga negatif dalam penyanyi tersebut sebenarnya memancarkan/mengeluarkan tenaga hitam negatif (negative black energy) melalui persembahan tersebut, lalu mempengaruhi penonton dengan ketara.

Analisis halus (subtle analysis) dan penyelidikan lanjut

Apa yang menariknya ialah, (tidak seperti genre lain) aura negatif penyanyi sebenarnya berkurang selepas menyanyi bukan sahaja di depan pencari positif, tetapi juga di hadapan pencari dengan distres rohani. Ianya didapati melalui deria keenam bertahap tinggi bahawa sebabnya adalah kerana emosi rohani (spiritual emotion) (bhāv) penyanyi  telah terbangkit/lahir semasa menyanyi kerana beliau dapat merasakan kehadiran Tuhan melalui makna lirik, dan ini mempunyai kesan positif pada aura beliau. Maka, dengan adanya emosi rohani, ianya dapat membantu penyanyi tersebut pada tahap kerohanian secara peribadi.

Sebaliknya, komposisi muzik memancarkan getaran negatif, dan ini mempunyai kesan halus buruk kepada penonton. Seiring dengan ini, distres tenaga negatif dalam diri penyanyi juga memainkan peranan dalam pancaran getaran negatif. Bagaimanapun, oleh sebab kesedaran emosi rohani penyanyi itu, tenaga negatif dalam diri penyanyi itu tidak dapat menjadi sebegitu aktif.

Penemuan utama: Ini menunjukkan betapa pentingnya emosi rohani dalam memberikan perlindungan rohani kepada mana-mana penyanyi walaupun komposisi muzik kebaktian dapat memancarkan getaran negatif.

Penemuan ini agak mengejutkan, terutamanya berhubung dengan kemungkinan lagu karol Krismas yang menjejaskan penonton pada tahap kerohanian dan ini menimbulkan beberapa soalan, yang telah disenaraikan di bawah.

  1. Biasanya, seseorang akan menganggap bahawa muzik kebaktian akan memberikan kesan positif kepada penonton. Adakah getaran negatif yang dilihat semasa prestasi penyanyi adalah sesuatu kes terkecuali atau sesuatu yang biasanya boleh diulangi semasa mendengar muzik kebaktian?
  2. Adakah penghibur lagu-lagu karol Krismas dalam masyarakat juga menderita dengan distres rohani, dan jika demikian, berapakah peratus mereka yang sebenarnya terjejas, dan adakah mereka mempengaruhi penonton secara besar-besaran?
  3. Adakah terdapat perbezaan antara karol Krismas kebaktian (devotional) berbanding dengan karol Krismas yang bukan kebaktian (non-devotional) dari segi getaran halus (subtle vibrations)?
  4. Berapakah kerap penyanyi lagu-lagu karol Krismas dalam suasana yang lain mengalami emosi rohani semasa menyanyi yang akhirnya akan mengurangkan apa-apa kesan negatif yang mungkin berlaku?

Dengan soalan-soalan ini, pasukan penyelidikan rohani menjalankan eksperimen lain berhubung dengan kesan halus dari karol Krismas.

4. Eksperimen 2- Kesan halus (subtle effect) menonton video Karol Krismas

Latar belakang

Tujuan eksperimen ini adalah untuk memahami kesan halus koir di gereja dan penghibur lain yang menyanyikan lagu karol Krismas pada penonton yang:

  1. Tidak mengalami distres rohani
  2. Mengalami distres rohani

Sebab kita memilih dua jenis penonton adalah kerana ia telah diperhatikan bahawa orang yang mengalami distres rohani, dapat mempengaruhi penghibur dan penonton dengan ketara. Penyelidikan rohani telah menunjukkan bahawa sehingga 80% penduduk dunia dipengaruhi oleh kesengsaraan rohani.

Metodologi

  • Kesan dua kategori karol Krismas, kebaktian dan bukan kebaktian, telah dikaji pada dua set penonton, yang dengan dan tanpa distres rohani.
  • Setiap jenis kategori karol Krismas dimainkan selama 30 minit.
  • Biasanya karol Krismas akan didengar secara langsung ataupun dinyanyikan di gereja, oleh sebab itu, pihak SSRF dan juga MAV juga hendak melihat kesan karol Krismas dinyanyikan di suasana yang sebegitu oleh penyanyi yang berbeza. Untuk mensimulasikan/mencontohi (simulate) senario realistik semasa mendengar karol Krismas tersebut, para penonton terdedah kepada video karol Krismas. Lagu karol Krismas kebaktian yang kebanyakannya dinyanyikan oleh kumpulan koir gereja dan ini mempunyai perasaan operatik (operatic feel) kepada mereka. Beberapa video adalah rakaman audio yang biasa dengan visual statik.
Senarai main lagu karol Krismas kebaktian Senarai main lagu karol Krismas bukan kebaktian
1. Hark! The Herald Angels Sing 1. We Wish You a Merry Christmas
2. The First Noel 2. Jingle Bells
3. Away in a Manger 3. Santa Claus is Coming to Town
4. Joy to the World 4. Feliz Navidad
5. Silent Night 5. Winter Wonderland
6. O Holy Night 6. Frosty the Snowman
7. 12 Days of Christmas
8. Deck the Halls
9. Jingle Bell Rock
10. The Little Drummer Boy (Peace on Earth)
  • There were four experiments performed and they are depicted in the flowchart below.Adakah karol Krismas membantu dalam kemajuan rohani?
  • Sama seperti eksperimen di atas, UTS digunakan untuk mengambil bacaan aura pencari terpilih sebelum dan selepas menonton video karol Krismas.
  • Seiring dengan ini, kami meminta para pencari mengalami apa yang mereka rasa pada tahap halus (subtle level) berdasarkan keupayaan deria keenam mereka. Mereka memberikan maklum balas mereka dari segi tinjauan di mana mereka menilai pengalaman mereka dari skala positif atau negatif +/- 10.
  • Terdapat rehat selama 1.5 jam di antara bahagian eksperimen kebaktian dan bukan kebaktian, supaya penonton tersebut dapat kembali kepada bacaan asas mereka.

4.1 Pembacaan diambil dengan UTS

  1. Secara kesimpulannya, kedua-kedua karol Krismas iaitu kebaktian dan bukan kebaktian mempunyai kesan negative pada aura pencari yang diukur dengan UTS.
  2. Kesan pada pencari yang positif:
    1. Pembacaan pencari positif menunjukkan ianya lebih konsisten dari segi cara bagaimana mereka mendapat kesan negatif dari karol Krismas.
    2. Pembacaan aura negatif IR (yang menunjukkan selubung (covering) tenaga hitam negatif, meningkat dengan karol yang bukan kebaktian(78%) berbanding dengan karol Krismas yang kebaktian (58%).
    3. Walau bagaimanapun, lagu-lagu karol Krismas kebaktian mempunyai kesan negatif yang lebih tinggi terhadap aura positif mereka berbanding lagu-lagu karol Krismas bukan kebaktian. Lagu karol Krismas kebaktian mengurangkan aura positif para pencari ini dengan purata 49%, sementara lagu karol Krismas yang bukan kebaktian mengurangkan aura positif mereka sebanyak 37%. Lagu karol Krismas kebaktian mengalir keluar aura positif mereka ke tahap yang lebih tinggi.
    4. Satu penemuan yang penting ialah, walaupun ada Seorang Suci (Saint) yang hadir di kalangan penonton/pencari, aura IR negative meningkat dalam kalangan penonton/pencari kerohanian tersebut  selepas menonton kedua-dua kategori karol Krismas selama 30 minit setiap satu.
    5. Menariknya, persembahan secara langsung oleh penyanyi dari eksperimen pertama tidak mengalir keluar aura positif pencari positif seperti video yang menggambarkan koir gereja dan para profesional yang menyanyikan lagu-lagu karol Krismas. Ini adalah disebabkan oleh emosi rohani yang terbangkit / lahir dalam diri penyanyi kerana dia seorang pencari kerohanian (seeker)  dan mengamalkan kerohanian.
  3. Kesan ke atas pencari kerohanian dengan distres rohani:
    1. Pembacaan pencari kerohanian dengan distres rohani menunjukkan kurang konsisten dari segi bagaimana mereka mendapat kesan negatif daripada karol Krismas. Sebahagian daripada mereka telah mendapat impak yang lebih negatif disebabkan oleh karol Krismas kebaktian, manakala sebahagian lagi mendapat impak yang lebih besar daripada karol Krismas bukan  kebaktian.
    2. Para pencari dengan distres rohani telah terjejas dengan lebih buruk oleh karol Krismas daripada pencari yang positif. Di samping itu, aura UV negatif mereka (menunjukkan distres rohani yang teruk) meningkat dengan ketara selepas menonton kedua-dua video karol Krismas kebaktian dan bukan kebaktian.
    3. Secara keseluruhannya, karol Krismas bukan kebaktian seolah-olah telah menjejaskan aura penonton secara mendadak berbanding dengan karol Krismas kebaktian. Secara puratanya, peningkatan IR aura negatif adalah 31% lebih banyak dalam lagu karol Krismas kebaktian dan 43% lebih banyak dalam lagu karol  Krismas bukan kebaktian. Ini menunjukkan kesan yang lebih tinggi dari karol Krismas bukan kebaktian kepada pencari dengan distres rohani.
    4. Pencari dengan distres rohani yang telah menyanyi bersama dengan karol Krismas telah mendapat kesan yang lebih buruk dari mereka.
    5. Oleh sebab pencari yang mengalami distres rohani tidak mempunyai aura positif dari awal, kesan pada aura positif mereka tidak dapat dipastikan.

4.2 Maklum balas tinjauan daripada pencari selepas melihat video carol Krismas

Apabila menonton karol Krismas yang dinyanyikan oleh koir gereja dan penyanyi profesional,

  • 100% daripada 16 pencari positif yang mengambil bahagian dalam eksperimen mendapat/mengalami getaran negatif.
  • 100% daripada 5 pencari dari pasukan penyelidikan rohani mendapat getaran negatif.
  • 86% daripada 38 pencari yang mengalami distres rohani mendapat getaran negatif.
  • Ia ditemui melalui deria keenam bahawa pencari dengan distres rohani yang merasa positif ketika melihat karol Krismas, sebenarnya adalah respons/tindak balas tenaga negatif dalam diri pencari yang memberi mereka ilusi untuk berasa positif.
  • Pencari yang sudah biasa dengan lagu-lagu itu kerana mereka adalah orang Katolik Rom atau Kristian Ortodoks lebih cenderung memberi skor yang kurang negatif berbanding orang lain yang tidak biasa dengan lagu-lagu tersebut.
  • Fakta menarik ialah bagi para pencari yang tidak memberikan skor negatif bagi lagu-lagu karol Krismas adalah disebabkan oleh pertalian budaya mereka dengan lagu tersebut, bacaan UTS mereka adalah negatif seperti pembacaan pencari lain. Ini menunjukkan bahawa persepsi psikologi muzik tidak semestinya berkaitan dengan kesan rohani sebenar.

Sebagai tambahan kepada perkara di atas, berikut adalah beberapa komen yang dibuat oleh pencari dalam penonton ketika menonton video karol Krismas.

  1. Saya berasa bosan.
  2. Saya merasakan persembahan itu palsu secara kerohanian dan tiada kaitan dengan kebaktian kepada Jesus (Nabi Isa).
  3. Saya merasakan ego dari penghibur ketika mereka bergerak di atas pentas. Cara sesetengah ahli muzik berinteraksi dengan instrumen mereka dan penonton adalah egotistik.
  4. Carol Krismas bukan kebaktian seolah-olah seperti hiburan tanpa kaitan dengan makna sebenar Krismas.
  5. Lagu-lagu terus bermain di kepala saya, mengambil fikiran saya dari amalan kerohanian.
  6. Dapat merasakan bahawa beberapa penghibur mengalami distres rohani.
  7. Saya merasakan bahawa persembahan adalah lebih tinggi pada tahap psikologi berbanding dengan tahap rohani.
  8. Saya mendapat getaran negatif dari prestasi muzik.
  9. Tenaga negatif dalam saya menyukai muzik dan mendapat tenaga negatif daripadanya. (Ini dikatakan oleh pencari yang mengalami distres rohani.)
  10. Mata pencari yang mengalami distres tenaga negatif yang mengambil bahagian dalam eksperimen berubah apabila tenaga negatif mula manifes (manifest) ketika mendengar muzik.

Dalam kedua-dua eksperimen di atas, kita melihat bahawa karol Krismas mempunyai kesan negatif yang signifikan kepada penonton. Mengapakah ianya begitu? Selepas menjalankan penyelidikan rohani, mengapa bacaannya begitu negatif walaupun ia adalah muzik kebaktian, kami memperoleh Pengetahuan Tuhan (Divine Knowledge) yang berikut.

5. Penyelidikan rohani awal pada muzik yang berkaitan dengan muzik beribadat

Bunyi (naad) dan muzik berasal dari Prinsip Ether Mutlak (Absolute Ether Principle) (Akashtattva), yang paling kuat dan halus daripada lima prinsip kosmik. Oleh itu, ia mempunyai keupayaan untuk mencipta/membuat getaran halus yang boleh memberi kesan/impak yang besar kepada pemuzik, penonton, alat muzik dan persekitaran. SSRF dan MAV sedang menjalankan penyelidikan kerohanian yang mendalam dalam muzik dan beberapa penemuan awal yang berkaitan dengan muzik kebaktian juga telah diberikan di bawah.

1. Tahap kerohanian: Tahap kerohanian pemuzik atau penyanyi memainkan peranan penting dalam jenis getaran rohani yang dipancarkan oleh persembahan. Jika penyanyi mempunyai ego yang tinggi atau tahap kerohanian yang rendah, maka persembahan akan memancarkan getaran negatif. Sebagai alternatif, jika penyanyi mempunyai tahap kerohanian yang tinggi, persembahan akan memancarkan getaran rohani yang positif. Tahap kerohanian seseorang hanya dapat ditingkatkan dengan menjalankan amalan kerohanian yang berdasarkan prinsip – prinsip asas kerohanian sejagat.

Dalam video karol Krismas yang dimainkan, diperhatikan bahawa sesetengah artis sebenarnya mencari penghargaan. Apabila seseorang menyanyikan lagu kebaktian dengan hasrat ini, maka getaran akan selalunya menjadi negatif.

Emosi rohani kepada Tuhan adalah ramuan asas yang membantu menghasilkan getaran positif terutamanya dalam mana-mana persembahan lagu-lagu kebaktian. Walau bagaimanapun, diperhatikan bahawa penyanyi dalam video itu lebih berminat untuk berbuat persembahan dan menghiburkan penonton berbanding dengan berada dalam keadaan beremosi rohani atau perhubungan (communion) dengan Tuhan atau Ketuhanan (Divine). Kemampuan untuk mencapai not (muzik) yang tinggi dan menonjolkan kemahiran muzik seseorang tidak sama dengan getaran rohani yang positif. Dalam kes eksperimen pertama pula, kita melihat secara langsung bagaimana seorang penyanyi walaupun dia mengalami distres rohani, dia mendapat manfaat yang positif kerana emosi rohaniya. Walaupun muzik itu sendiri memancarkan/mengeluarkan getaran negatif. Ini menunjukkan betapa pentingnya nyanyian dengan emosi rohani kepada Tuhan.

2. Keadaan kerohanian: Keadaan kerohanian pemuzik (sama ada mereka positif dari segi rohani atau mengalami kesengsaraan rohani) akan memberi kesan kepada getaran halus yang dipancarkan oleh muzik mereka. Ini bermakna walaupun dua pemuzik melakukan persembahan muzik yang sama dengan latar belakang muzik yang sama, getaran halus dari persembahan boleh menjadi berbeza berdasarkan tahap kerohanian mereka. Dalam kedua-kedua eksperimen ini, pasukan penyelidikan kerohanian menerima getaran negatif yang dipancarkan bukan hanya dari muzik tetapi juga oleh tenaga negatif yang mempengaruhi penghibur tersebut. Dalam eksperimen pertama, bacaan instrumen UTS pada penyanyi menyokong corak ini.

Keadaan semasa di dunia adalah bahawa kebanyakan orang terjejas jika tidak pun dirasuki oleh tenaga negatif. Dalam sebuah koir, jika orang-orang tersebut terjejas atau dirasuki oleh tenaga negatif, maka kesannya akan berganda berbanding dengan kesan prestasi artis solo.

3. Lirik: Lirik lagu-lagu karol Krismas kebaktian mempunyai getaran rohani yang lebih positif berbanding dengan lagu-lagu karol Krismas bukan kebaktian.

4. Komposisi muzik: Pelbagai elemen muzik seperti irama, melodi dan keharmonian menyumbang kepada getaran halus keseluruhan yang dipancarkan/dikeluarkan oleh komposisi muzik. Penemuan kami sejauh ini adalah untuk belajar bagaimana untuk menjadikan muzik lebih suci dari segi kerohanian seperti mana muzik klasik India yang lebih cenderung untuk memancarkan getaran positif kerohanian kerana ia lebih fokus kepada melodi berbanding dengan tertumpu pada keharmonian. Ini adalah salah satu sebab yang telah diperhatikan bahawa komposisi muzik Barat mempunyai getaran yang kurang positif dari segi kerohanian kerana ia lebih berfokus pada keharmonian.

Daripada kedua-dua muzik, liriknya berbanding dengan komposisi muzik, cara muzik yang dihasilkan mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap getaran halus yang dipancarkan oleh persembahan. Lirik atau perkataan berada di tahap Prinsip Api Mutlak (Absolute Fire Principle) manakala komposisi muzik berada pada tahap Prinsip Ether Mutlak (Absolute Ether Principle). Prinsip Ether Mutlak adalah lebih halus daripada Prinsip Api Mutlak, maka ianya lebih kuat. Jadi, walaupun kata-kata telah ditulis dengan cara yang suci dari segi kerohanian, jika muzik yang disertai tidak suci dari segi kerohanian, maka ia akan kerap mengeluarkan getaran negatif.

5. Peralatan Muzik: Di antara tiga jenis instrumen, iaitu angin, rentetan dan perkusi, didapati bahawa bunyi daripada instrumen angin seperti Bansuri India (seruling) yang diperbuat daripada buluh memancarkan/mengeluarkan getaran halus yang paling positif. Apabila pasukan penyelidikan rohani mendengar beberapa karol Krismas, mereka dapat rasa  seolah-olah muzik yang menyertainya mempunyai rasa opera dan dramatik. Ini menghasilkan getaran negatif dari persembahan.

6. Penggunaan prop / alat peraga, pakaian, dsb. : Segala-galanya mempunyai potensi untuk menambah atau mengurangkan sifat positif lagu-lagu kebaktian yang bertujuan untuk disampaikan. Ini termasuk aspek seperti pakaian penyanyi, gaya rambut mereka, reka bentuk pentas dan set, premis di mana ia dinyanyikan, dll. Sebagai contoh, beberapa penyanyi karol sedang memegang lilin. Api daripada lilin yang diperbuat daripada lilin parafin atau lilin lebah memancarkan getaran negatif. Dengan mempunyai beratus-beratus lilin menyala seperti itu menjejaskan alam sekitar dengan getaran negatif mereka. Satu lagi contoh ialah apabila para penyanyi memakai hitam. Hitam adalah warna yang paling tidak suci dan ia meningkatkan distres tenaga negatif pada penghibur dan menarik getaran distres ke arah mereka. Jikalau perhatian tidak diberikan kepada butir-butir seperti ini, maka ia boleh menjejaskan sifat positif kerohanian persembahan tersebut.

6. Komen kesimpulan terhadap lagu karol Krismas dan juga muzik kebaktian

Kita hidup di dunia di mana materialisme berakar, dan segala-galanya ditujukan untuk menjadi menarik kepada deria kita. Etos ini malangnya meresap ke dalam agama dan kerohanian, yang bertujuan untuk menjadi laluan bagi orang untuk melampaui materialisme dan mencari Tuhan. Akibatnya, amalan kerohanian seperti nyanyian lagu-lagu kebaktian seperti karol Krismas lebih sering mengenai hiburan daripada mengingati tujuan kerohanian yang sebenar perayaan itu. Para penghibur itu sendiri tidak menjalankan amalan kerohanian dan oleh itu sentiasa mengeluarkan getaran negatif dari persembahan mereka walaupun nyanyian mereka memikat penonton.

Penemuan dalam artikel di atas mungkin sukar untuk dipercayai untuk beberapa orang tetapi ini adalah keadaan sebenar dunia berkaitan dengan muzik kebaktian seperti lagu-lagu karol Krismas. Kebanyakan orang tidak dapat memahami perkara ini disebabkan oleh kekurangan deria keenam yang diaktifkan, yang diperlukan untuk memahami getaran halus dari suatu persembahan. Hanya apabila deria keenam seseorang diaktifkan melalui amalan kerohanian, seseorang akan dapat benar-benar memahami dan mengalami penyelidikan mengenai muzik kebaktian yang dibentangkan dalam artikel ini.

Berdasarkan sains kerohanian, muzik sebenarnya adalah untuk digunakan oleh seorang penyembah (devotee) sebagai medium untuk maju secara kerohanian terhadap Tuhan. Namun di dunia hari ini, konsep suci dan unggul tentang muzik ini tidak diketahui, apalagi diamalkan. Untuk mencapai kemajuan secara kerohanian melalui muzik hanya boleh dilakukan apabila artis tersebut melakukan amalan kerohanian secara teratur di bawah bimbingan seorang pembimbing rohani yang telah maju dari segi kerohanian (Guru) (spiritually evolved guide (Guru). Dengan ini, dia dapat memahami aspek kerohanian muzik dan bagaimana membuat persembahan yang bersungguh – sungguh dengan kebaktian supaya penyanyi dan juga para penonton mendapat faedah kerohanian dari persembahannya.