MAL_Best-direction-for-sleep

1. Pengenalan kepada tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat

Dalam artikel tentang bagaimana cara untuk tidur dengan lena ini, kita mempelajari kesan tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat. Kajian mengenai cara untuk tidur dengan lena ini adalah sepenuhnya dari perspektif / sudut pandangan kerohanian. Ia akan membantu kita mengambil keputusan yang bijak mengenai cara tidur dengan lena dari perspektif ke mana arah kaki kita menghadap semasa kita tidur.

1.1 Penelitian kerohanian mengenai cara tidur dengan lena – kesan tidur apabila kaki menghadap ke arah Barat

Para pencari SSRF yang mempunyai deria keenam / intuisi yang tinggi atau pengamatan luar (Extrasensory perception- ESP) membuat kajian kerohanian mengenai posisi tidur yang berbeza. Mereka berusaha untuk mengetahui kesan tidur dengan kaki kita menghadap ke arah Barat dan arah yang terbaik untuk tidur. Ilmu ketuhanan / wahyu yang diterima mengenai kesan tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat dan arah yang terbaik untuk tidur tersebut, telah disahkan oleh H. H. Dr. Athavale.

2. Kesan kerohanian terhadap cara tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat

2.1 Faedah frekeunsi Tindakan Tuhan

Frekeunsi Tindakan (kriyā-laharī) Tuhan adalah sejajar dengan arah Timur-Barat. Pergerakan mereka adalah di dalam ruang di antara kedua-dua arah ini. Apabila kita tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat, kita mendapat faedah yang lebih daripada frekuensi-frekuensi Tindakan Tuhan. Hal tersebut memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan tindakan kita.

2.2 Pengaktifan lima tenaga vital / penting di dalam badan

Akibat daripada pemindahan frekuensi-frekuensi Tindakan di dalam badan, lima tenaga vital / penting yang terletak pada paras tali pusat akan diaktifkan. Kelima-lima tenaga vital ini membuang gas perkumuhan halus dari badan melalui medium tenaga-tenaga sub-vital. Ini membantu dalam penyucian badan vital (prāna-dēha) dan melindungi badan tenaga vital (vital energy body) tersebut. Ini menjadikan seseorang lebih cergas.

2.3 Faedah frekeunsi sattvik

Pada waktu subuh, frekeunsi sāttvik (selain daripada yang dinyatakan di atas) dipindahkan dari arah Timur. Frekuensi-frekuensi sāttvik dari atmosfera memasuki badan dengan mudah dari Brahmarandhra (pembukaan di atas sistem Kundalinī ke-7) apabila kita tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat, kepala pula menghadap ke arah Timur. Pembukaan di atas chakra Kundalini ke-7 ialah Sahasrār-chakra. Dengan penerimaan frekuensi-frekuensi sattvik ini kita juga menjadi lebih sattvik. Oleh itu, kita memulakan hari kita dengan sāttvikā yang lebih tinggi. Dengan demikian, kita memulakan hari kita dengan tahap positif yang tertinggi, kita perlu tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat.

2.4 Kitaran badan yang mengikuti arah ikut jam

Selain daripada frekuensi Tindakan Tuhan dan frekuensi sattvik pada waktu subuh, frekuensi sapta-tarang (secara literal tujuh riak) yang menyenangkan datang dari arah Timur. Apabila kita tidur dengan kepala mengarah ke arah Timur, kita mencapai faedah yang maksimum daripada frekeunsi tujuh riak. Akibat daripada pengaruh mereka, kitaran badan kita bergerak mengikut arah ikut jam, seperti diingini, arah.. Sebagai hasilnya, semua fungsi badan dioptimumkan. Kitaran badan adalah suatu sistem halus yang tidak ketara (tak kasat mata) daripada semua fungsi badan kasar mahupun badan halus / tubuh rohani.

2.5 Relief / terbebas daripada partikel – partikel Raja-Tama yang berkaitan dengan tidur

Apabila kita tidur dengan kaki menghadap ke arah Barat, sebagaimana kepala menghadap ke arah Timur, lebih 10% frekuensi tujuh riak diterima oleh tujuh chakra Kundalini. Apabila chakra dipengaruhi oleh tujuh riak frekuensi bergerak ke arah ikut jam, seseorang akan menerima faedah dari segi kerohanian. Oleh itu, seseorang tidak akan mengalami distres / tekanan daripada partikel asas halus Raja-Tama yang dihasilkan di dalam badan yang disebabkan oleh keadaan tidur. Maka seseorang dapat tidur dengan lena.

3. Kesimpulan

Dari penjelasan di atas, kita akan melihat bahawa dari perspektif / sudut pandangan bagaimana cara agar dapat tidur dengan lena , maka dapat disimpulkan bahawa, arah Timur-Barat dengan kaki menghadap ke arah Barat merupakan arah yang terbaik untuk tidur.