Bagaimankah pengucapan dan pengulangan nama Tuhan menyucikan minda anda?

Pembentukan Pusat Kebaktian / Pengabdian (Devotion Centre)

JIka anda telah membaca artikel mengenai bagaimana impresi / tanggapan di dalam minda separa sedar (sub-conscoius mind) kita mempengaruhi tindakan-tindakan kita, anda akan memahami bahawa hanya dengan mengatasi tanggapan negatif tersebut baru kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sama seperti kita mengeluarkan duri daripada tapak kaki atau tangan kita dengan jarum, begitu juga kita mewujudkan sebuah impresi/tanggapan baru untuk menyingkirkan yang rosak. Impresi / tanggapan baru yang sangat kuat ini dikenali sebagai pusat kebaktian / pengabdian (Devotion Centre).

Sebarang fikiran atau tindakan yang berulang akan membentuk suatu impresi /tanggapan dan sekiranya ia diperkukuhkan ia akan menjadi pusat. Ia adalah sama seperti terbentuknya laluan/lorong pejalan kaki di sebuah padang. Hanya apabila seseorang berjalan secara berulang kali di atas padang berumput itu, maka ia akan membentuk laluan pejalan kaki.

Ini adalah prinsip yang sama digunakan untuk mewujudkan pusat kebaktian/pengabdian. Kita mengucap dan mengulangi Nama Tuhan menurut agama kelahiran kita.

MAL_Devotion-center