Apakah itu Saranan Kendiri?

Dalam dua bahagian terakhir, kami memperkenalkan proses Penyucian Kelemahan Personaliti (Personality Defect Removal (PDR) dan merangkumi bagaimana mengenal pasti kelemahan personaliti kita. Langkah seterusnya dalam proses PDR adalah untuk menghapuskan/ menyucikan kelemahan personaliti kita, dan kami akan meneruskan teknik yang membolehkan kita berbuat demikian dalam bahagian ini.

1. Pengenalan

Kita hidup di dunia yang mempunyai hubungan yang rapat di mana tindakan dan sikap kolektif kita mempunyai kesan terhadap masyarakat dan persekitaran. Walaupun sains moden telah mencapai kemajuan besar dalam memahami anatomi manusia, namun berhubung dengan memahami aspek-aspek yang lebih mendalam mengenai kesedaran kita, sains moden tidak begitu berjaya. Apakah yang mengawal kelakuan manusia dan mengapakah kita melakukan perkara-perkara yang sedang kita lakukan?

Kita semua telah biasa/lazim dengan rupa atau bentuk kelakuan yang diandaikan oleh masyarakat untuk menyembunyikan perasaan sebenar/terpendam kita, yang merangkumi beberapa bentuk kesedihan atau tekanan. Kita cuba membuat persembahan / berlakon bahawa kita berada dalam kawalan, tetapi bagaimana jika kita tidak dan sebenarnya tidak terkawal di dalamnya? Adakah terdapat jalan keluar daripada situasi ini dan kita semua mengambil bahagian pada pelbagai peringkat? Apabila kita melihat faktor-faktor yang menyebabkan tekanan, secara intrinsik puncanya adalah kelemahan personaliti manusia. Kelemahan dalam personaliti kita menimbulkan pelbagai masalah dan ketidakbahagiaan.

2. Tanggapan dalam minda kita menentukan keadaan keseluruhan kita

Kebanyakan kita mengalami banyak tekanan dan menunjukkan emosi negatif yang berbeza apabila berhadapan dengan situasi yang sukar atau situasi yang tidak terjadi mengikut kehendak kita /memihak kepada kita.  Kita tahu dari segi intelek bahawa kita tidak harus marah, kita tidak harus iri hati, kita tidak sepatutnya berasa tersinggung terhadap perkara-perkara kecil atau merajuk dan tertekan apabila perkara tidak memihak kepada kita, dan lain-lain. Kita mahu seimbang dan tabah walaupun menghadapi keadaan buruk. Mari kita lihat beberapa tindak balas biasa terhadap situasi.

  • Apabila sesuatu tidak terjadi seperti yang saya fikirkan, saya akan marah.
  • Apabila saya melihat sebuah kereta baru Jaguar menjadi milik kawan saya, saya berasa sangat iri hati / cemburu.
  • Apabila bos saya tidak menghargai kerja keras saya, saya akhirnya merajuk dengan pemikiran bahawa tidak kira betapa susah saya mencuba, ia tidak pernah cukup baik.

Ini kerana minda kita mempunyai kawalan ke atas kita dan ia menentukan keadaan kita keseluruhan – pemikiran, emosi, tindakan dan reaksi kita. Oleh kerana tanggapan kelemahan personaliti (personality defects) dalam minda bawah/separa sedar (subconscious mind), banyak pemikiran terus pergi ke minda sedar dan minda sedar ditentukan oleh dorongan/impuls yang salah atau tidak betul dan bertindak dengan sewajarnya. Sebagai contoh, kita mungkin merasakan ‘Saya mahu kopi mengukus panas, tetapi suami saya memberi saya kopi suam.’ Kemudian, oleh kerana mempunyai tanggapan kemarahan dalam minda bawah sedar saya, dorongan yang tidak betul pergi ke minda sedar – ‘Kini menjadi marah. Dia selalu melakukan hal ini. Saya tidak akan mengambil hal ini lagi. ‘Dan oleh kerana dorongan kuat ini daripada kesan kelemahan personaliti kemarahan (personality defect of anger), minda yang sadar bertindak secara salah mengikut gerak hati (impulse) dan kita menjadi marah. Ini adalah kerana tidak ada rangsangan positif yang diberikan kepada minda untuk mengatasi dorongan yang tidak betul.

Jadi, dengan memberikan saranan kendiri (autosuggestion), kita memberikan perspektif yang betul atau cadangan positif kepada minda bawah sedar untuk mengatasi dorongan negatif yang datang dari tanggapan (impression) negatif dalam minda bawah sedar. Dalam kes contoh dengan kopi di atas, ini membantu minda sedar (conscious mind) untuk memahami bahawa ia tidak seharusnya menjadi marah. Kesedaran bahawa ini adalah tidak betul dan ia akan meningkatkan tindakan menyakiti orang lain dan ini membantu kita untuk mengatasi tingkah laku kita yang tidak betul, pemikiran atau tindakan yang tidak betul dan akhirnya tanggapan negatif atau kelemahan personaliti.

3. Tenaga kerohanian diperlukan untuk mengatasi kecenderungan negatif minda

Untuk mengatasi tanggapan negatif minda, pemikiran angan (wishful thinking) tidak mencukupi. Ini kerana tanggapan negatif terletak pada minda bawah sedar kita, jadi ia perlu diselesaikan/ditangani pada tahap minda bawah sedar. Penyucian/penyingkiran kelemahan keperibadian (personality defect removal) mempunyai keazaman (resolve) Yang Suci Dr Athavale di sebaliknya, dan sebagai akibatnya, kesedaran Ketuhanan (Divine consciousness / Chaitanya) hadir pada setiap langkah proses. Oleh itu, apabila kita mengambil saranan kendiri, sebagai tambahan kepada kata-kata dalam saranan kendiri, kesedaran Ketuhanan memasuki fikiran bawah sedar kita, mendorong / menggerakkan perubahan pesat dalam personaliti kita. Ramai yang mendapati kelemahan personaliti mereka telah berkurangan dan akhirnya telah diatasi dengan kerap mengambil saranan kendiri.

4. Apakah itu saranan kendiri (AS)?

Saranan kendiri (autosuggestion) adalah cadangan positif yang diberikan kepada minda bawah sedar berkenaan dengan pemikiran, emosi, tindakan, reaksi atau kedua-duanya yang tidak betul. Dengan mengambil saranan kendiri, kita memberikan cadangan positif yang direka khas (tailor-made) untuk minda kita untuk mengatasi tanggapan negatif supaya kelemahan itu akhirnya dineutralkan / menjadikan (kelemahan) itu tidak berkesan.

Contoh

  • Kesilapan/kelemahan – Kemarahan : Apabila ibu saya membandingkan saya dengan kakak dengan memberitahu bagaimana dia belajar dengan baik dalam pengajiannya, saya menjadi marah.
  • Kesilapan /kelemahan – Cemburu : Apabila saya melihat kereta Jaguar baru John, saya berasa sangat cemburu/ iri hati.
  • Kesilapan /kelemahan – Tidak beryakinan (Rasa sedih) (Insecurity) : Apabila bos saya tidak menghargai kerja keras saya, saya akhirnya merajuk dengan pemikiran bahawa tidak kira betapa susah saya bekerja keras, ia tidak pernah cukup baik.

Memberi cadangan positif atau perspektif kepada minda untuk setiap pemikiran atau emosi yang tidak betul membantu mengatasi perasaan negatif dan keresahan/pergolakan minda dan memberi arah yang betul kepada minda.

Saranan kendiri – Kemarahan : “Setiap kali ibu saya membandingkan saya dengan kakak saya dengan memberitahu bagaimana dia belajar dengan baik dalam pelajarannya, saya akan menyedari bahawa ibu saya mempunyai kepentingan tentang saya yang terbaik dalam mindanya dan dia mahu saya belajar daripada kakak saya dan berjaya dalam pelajaran saya, jadi saya akan bersikap tenang”

Saranan kendiri – Cemburu : “Setiap kali saya melihat kereta Jaguar baru John dan saya berasa iri hati, saya akan menjadi sedar dan menyedarinya bahawa dia telah bekerja keras untuk mendapatkannya dan dia layak untuk mendapat setiap kejayaan tersebut. Saya berada di sini untuk menyokongnya dan bersukacita atas kejayaannya dan saya akan bergembira untuk dia.”

Saranan kendiri – Tidak beryakinan (Insecurity) : “Setiap kali bos saya tidak menghargai kerja saya dan saya ingin merajuk, saya akan ingat bahawa ini adalah proses pembelajaran dan sentiasa terdapat naik dan turun dalam perjalanan ke puncak, jadi saya akan berdoa kepada Tuhan untuk memberikan saya kekuatan untuk tabah/bersabar dalam usaha saya.”

Saranan kendiri (autosuggestions) berguna untuk mengatasi kelemahan personaliti dalam diri kita, ketika kita mengalami tekanan akibat kelemahan personaliti orang lain atau ketika kita menghadapi situasi kehidupan yang sukar yang tidak dapat diubah. Saranan kendiri bukan sahaja membantu mengatasi situasi kini atau kenegatifan (negativity) yang dihadapi, tetapi ia juga mengatasi masalah lama, seperti ketagihan dan trauma zaman kanak-kanak. Apabila mengambil sesi saranan kendiri (autosuggestion sessions), kita mengulangi saranan/cadangan positif (positive suggestions) dalam sesi setiap hari, yang membantu mengurangkan impresi/tanggapan negatif. Mengurangkan tanggapan negatif dengan mengambil saranan kendiri secara automatik tidak akan meningkatkan sifat-sifat baik/murni (quality) yang bertentangan, dan kita perlu berusaha untuk meningkatkan sifat-sifat baik. Sebagai contoh, mengurangkan kemarahan saya dengan mengambil saranan kendiri secara automatik tidak akan meningkatkan perasaan kasih sayang saya kepada orang lain. Hal ini sama dengan bagaimana seseorang yang sakit akan menjadi lebih baik dengan mengambil ubat, tetapi dia tidak akan dapat membina tubuh bina badan (bodybuilder’s physique) secara automatik. Sekiranya orang itu mahu membina badan yang tegap dan berotot-otot (muscular physique), mereka perlu melakukan latihan yang sesuai. Begitu juga, saya perlu membuat usaha sedar (conscious efforts) untuk meningkatkan kualiti kasih sayang kepada orang lain walaupun kelemahan kemarahan saya menjadi kurang dengan mengambil saranan kendiri.

Tidak ada masalah di dunia yang tidak boleh diatasi dengan mengambil saranan kendiri. – H.H. Dr Athavale

5. Perbezaan di antara penegasan (affirmations) dan saranan kendiri (autosuggestions)

Pakar psikiatri memberikan penegasan (affirmations) kepada pesakit untuk mengatasi depresi/ kemurungan (depression) atau kelemahan kronik (chronic defects) yang lain, dan untuk setiap sesi kita mungkin perlu membayar banyak wang. Pakar psikiatri sering memberi penegasan kepada pesakit, tetapi mereka jarang membantu pesakit memahami dan mengatasi kelemahan mereka. Proses PDR direka khusus mengikut keperluan individu, dan inilah sebab mengapa faedah daripada melaksanakannya adalah lebih daripada manfaat daripada mengambil penegasan. Di samping itu, tenaga kerohanian (spiritual energy) dalam proses PDR tambahan pula meningkatkan lagi keberkesanannya..

90-95% dari masa itu, punca utama masalah terletak pada kelemahan kita sendiri dan bukannya di luar, jadi dengan mengambil saranan kendiri dapat membantu kita ke tahap 90-95%. Sebagai perbandingan, penegasan membantu setakat 25-30%. Masih terdapat manfaat untuk mengambil penegasan kerana ia boleh membuat kita berasa lebih positif, menggalakkan kita untuk bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat kita, dan lain-lain.

Satu lagi perkara penting adalah bahawa mengambil saranan kendiri membantu mengurangkan takdir atau karma kita. Ini adalah kerana karma kita disimpan dalam minda bawah sedar (subconscious minds) kita dalam bentuk impresi/tanggapan, dan tenaga kerohanian dalam saranan kendiri berfungsi untuk mengurangkan tanggapan ini secara langsung. Sebaliknya, mengambil penegasan tidak akan mengurangkan karma kita. Karma bertindak melalui kelemahan personaliti kita. Sebagai contoh, marilah kita mengatakan bahawa saya mempunyai tanggapan emosionalisme (emotionalism) dan saya merasa sakit apabila ia dicetuskan. Kemudian ketika kawan saya menipu saya, saya berasa sakit (hati) dan mengalami kesedihan/ rasa tidak puas hati. Dalam kes ini, mungkin telah ditakdirkan bahawa saya akan ditipu oleh kawan saya, tetapi ketidakbahagiaan yang saya alami kerana takdir ini adalah disebabkan oleh tanggapan kelemahan personaliti emosionalisme. Dengan mengambil saranan kendiri mengenai emosionalisme, tanggapan emosionalisme berkurangan dan kemudian saya tidak merasa sakit apabila kejadian berlaku yang akan mencetuskan tanggapan tersebut sebelum ini.

Di samping itu, apabila tanggapan berkurangan, tempoh kesakitan yang saya alami juga akan berkurangan. Jadi, jika tanggapan tersebut adalah sangat kuat, misalnya jika saya marah dan tanggapan /kesannya sangat kuat, maka kesedihan yang saya alami adalah banyak. Oleh kerana tanggapan kelemahan kemarahan berkurangan, tempoh ketidakbahagiaan disebabkan oleh takdir yang saya alami juga akan berkurangan.

Di samping itu, dengan mengambil saranan kendiri secara tetap pada waktunya /berkala, akan mengurangkan kemungkinan mewujudkan takdir yang lebih buruk. Oleh kerana kelemahan personaliti, saya menanggung takdir yang lebih buruk. Sebagai contoh, jika saya mempunyai kelemahan personaliti mengkritik orang lain, saya menyakiti orang lain dengan sangat kritikal terhadap mereka, dan mereka tidak akan mendapat galakkan daripada kritikan tersebutnya. Kemudian saya menanggung dosa kerana saya telah menyakiti orang lain. Melalui mengambil saranan kendiri, apabila kelemahan peribadi saya yang mengkritik orang lain berkurangaan maka tingkah laku saya akan berubah dan saya lebih memahami orang lain. Ini membantu seseorang untuk mengurangkan kemungkinan mewujudkan karma atau takdir buruk yang baru.

Apabila minda tidak ada, maka seseorang mula melampaui takdir mereka. Ia kerana disebabkan oleh minda, seseorang merasakan kesakitan.

Jadi, dengan mengambil saranan kendiri, kita dapat mengurangkan atau mengatasi penderitaan yang ditakdirkan untuk kita bagi mengalami satu kejadian, tetapi dengan mengambil penegasan, ini tidak akan berlaku. Apabila kita menjadi sattvik, tingkah laku kita menjadi lebih baik dan oleh itu kita tidak akan menanggung takdir buruk.

6. Garis panduan apabila merangka saranan kendiri

1. Kesederhanaan : Saranan kendiri harus dirangka dengan menggunakan bahasa yang mudah dan jumlah perkataan yang terhad. Untuk memberikan analogi, adakah anda pernah mencuba mencari helaian yang penuh dengan teks atau lembaran hamparan (spreadsheet) yang rumit? Adakah kita berasa untuk membaca atau melihatnya? Minda kita pada umumnya mempunyai tentangan untuk membacanya atau menolaknya secara langsung. Ini kerana minda menyukai perkara yang mudah atau ringkas. Begitu juga, apabila memberikan saranan kendiri kepada minda, saranan kendiri sepatutnya mudah dan menggunakan bilangan perkataan yang terhad, sehingga mudah untuk minda bagi mendapatkan mesej.

2. Dimulakan dengan ‘setiap kali’ : Saranan kendiri selalu bermula dengan ‘setiap kali’ menunjukkan kejadian tertentu di masa depan. Menggunakan ‘setiap kali’ juga memberi kewaspadaan / sifat berjaga-jaga (alertness) kepada minda.

Sebagai contoh, marilah kita mengambil contoh kesilapan itu: “Saya berasa malas dan saya menangguhkan aktiviti pergi berjalan-jalan.”

Oleh itu, dalam merangka saranan kendiri, kita perlu menunjukkan bahawa peristiwa di masa yang akan datang seperti berikut – “Setiap kali saya merasa seperti menangguhkan aktiviti pergi berjalan-jalan …” dan kemudian kita menambah apa yang akan dilakukan untuk menghentikannya.

3. Positif : Saranan kendiri harus selalu positif. Jangan gunakan kata-kata seperti jangan, tiada, tidak, tak, tidak boleh, dan lain-lain Sebagai contoh, kita tidak boleh berkata, “Saya tidak akan marah”. Sebaliknya kita boleh berkata, “Saya akan tetap bertenang.” Ini kerana minda mempunyai sifat yang memberontak dan apabila kita mengatakan kepada minda kita jangan melakukan sesuatu maka ia selalu ingin melakukan itu, tetapi apabila kita mengatakan perkara yang sama dengan cara yang positif maka minda lebih mudah menerimanya.

4. Khusus : Saranan kendiri harus bersifat khusus / spesifik dan bukannya umum, misalnya. daripada (instead of) mengatakan “apabila orang melihat saya dan saya menjadi malu” kita harus menyatakan insiden / kejadian yang tepat, iaitu, “apabila Mary memandang saya dan saya menjadi malu”. Merujuk kepada “orang” secara umum tidak mempunyai kesan yang sama kepada kita yang harus bersifat khusus dalam saranan kendiri. Minda tidak dapat mengenal pasti emosi yang tepat jika saranan kendiri adalah umum seperti yang akan berlaku apabila nama Mary disebutkan. Ini mungkin kerana saya telah jatuh hati pada Mary, jadi setiap kali dia memandang saya, emosi yang berkaitan dengan dia akan timbul kembali.Dijelaskan melalui satu lagi contoh, senior saya John membuli saya di sekolah dan hati saya sangat terluka. Di sini ketika nama John disebutkan, saya diingatkan akan semua kejadian di mana dia tidak baik kepada saya dan kemarahan terpendam muncul. Perkara yang sama tidak akan berlaku apabila nama orang lain disebutkan.

5. Satu kelemahan pada satu masa : Dalam kejadian tertentu mungkin terdapat lebih daripada satu kelemahan personaliti yang terlibat, tetapi kita harus memberikan saranan kendiri untuk satu kelemahan personaliti pada satu masa. Marilah kita ambil contoh – ‘Apabila rakan sekerja saya tidak membantu saya dalam projek seperti yang dijanjikan sebelumnya, saya berasa emosi dan kecewa.’ Di sini kelemahan adalah: harapan, pemikiran negatif dan berasa emosi. Walau bagaimanapun, apabila merangka saranan kendiri, kita boleh memilih satu kelemahan daripada ini. Kita boleh memilih kelemahan berdasarkan kelemahan yang mempunyai kesan yang lebih besar terhadap kesejahteraan kita atau pada orang lain secara keseluruhan.

6. Pilih kelemahan berdasarkan kekerapan : Apabila lebih daripada satu kejadian berlaku untuk satu kelemahan, pilih hanya satu kejadian yang berlaku lebih kerap untuk saranan kendiri. Sebagai contoh, marilah kita katakan saya berusaha (working on) dengan kemarahan dan ia dapat dilihat dengan jelas /manifes (manifesting) dalam banyak cara. Walau bagaimanapun, manifestasi (manifestation) yang paling biasa adalah – ‘Saya menjadi marah apabila anak saya sedang menonton televisyen dan bukan membuat kerja rumahnya,’ kerana ia berlaku setiap hari. Jadi, saya akan memilih manifestasi ini untuk berusaha.

7. Mulakan dengan 3 AS : Untuk memulakan, lakukan (mengambil) sekurang-kurangnya 3 sesi saranan kendiri setiap hari. Tuliskan saranan kendiri dan membacanya 5 kali jika anda tidak dapat mengingatnya. Kemudian, kita boleh meningkatkan bilangan hingga 5 sesi saranan kendiri setiap hari. Kami akan membincangkannya dengan lebih terperinci dalam bahagian seterusnya.

7. Kesimpulan

Kita bergelut sangat dengan emosi kita, tetapi kita tidak dapat mencari penyelesaian. Walaupun telah cuba banyak remedi, membelanjakan wang untuk kaunseling, dan lain-lain. Mengambil saranan kendiri adalah penyelesaian di peringkat kerohanian, yang menangani punca emosi negatif kita. Ramai yang menemui kelegaan yang penting / bermakna dan kebahagiaan yang berkekalan/abadi dengan mengambil sesi saranan kendiri selama 10 minit secara teratur. Testimoni/Kesaksian mereka yang telah mendapat manfaat dengan mengambil saranan kendiri akan disediakan dalam artikel-artikel kemudian dalam siri ini. Kami berharap anda akan meluangkan masa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai saranan kendiri dan proses PDR, sehingga anda juga dapat memiliki pengalaman positif yang sama.