Mekanisme di sebalik Kaedah Penyembuhan Rohani menggunakan objek

SSRF menasihatkan kesinambungan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan rawatan penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit fizikal dan psikiatri.

Pembaca dinasihatkan untuk mengambil remedi penyembuhan rohani mengikut budi bicara mereka sendiri.

1. Kelas atau mod penyembuhan rohani

Terdapat dua kelas atau mod penyembuhan di mana mekanisme yang mana tenaga disalurkan berbeza. Dalam kedua-dua mod ini, penyembuhan pada asasnya telah dibawa melalui:

  1. Penggunaan benda tak bernyawa seperti air suci atau abu Suci
  2. Seseorang:
    1. penyembuh umumnya harus berada di atas tahap rohani 50% dan tidak mengalami kesusahan rohani, atau
    2. seorang Saint (iaitu seseorang di atas tahap rohani 70%).

Bergantung pada mod yang digunakan, mekanisme tindakan (iaitu tenaga disalurkan) akan berubah. Dalam artikel ini kita akan memberi tumpuan kepada cara penyembuhan dengan menggunakan objek atau alat yang dibina (dicas) secara rohani.

2. Cara penyembuhan dan kaedah tindakan yang sepadan

Kami akan menerangkan cara penyembuhan dalam bentuk analogi mudah menghidupkan lampu

1. Suis: Langkah pertama dalam membuat mentol lampu menyala adalah memetik suis yang sesuai. Ini merujuk kepada pilihan alat atau objek yang digunakan dalam penyembuhan rohani..

2. Wayar: Arus elektrik kemudian mengalir melalui wayar dan output akhir adalah bahawa mentol mula bersinar. Bergantung pada mentol yang kita mahu hidupkan, suis yang sesuai perlu dihidupkan. Demikian juga, dalam penyembuhan rohani, pelbagai kaedah penyembuhan membawa pelbagai kesan melalui pelbagai tahap tenaga positif.

3. Mentol: Dalam semua kes kesan akhir penyembuhan (iaitu lampu yang bersinar atau output akhir)    dirancang melalui lima Prinsip Kosmik Absolut (Panchatattva).

Mekanisme di sebalik Kaedah Penyembuhan Rohani menggunakan objek

2.1 Mekanisme mod penyembuhan pertama: Melalui objek tidak bernyawa

Berikut adalah beberapa contoh jenis objek tidak bernyawa yang digunakan dalam penembuhan dan Prinsip Kosmik Mutlak yang berperanan dalam penyembuhan. Di sini, prinsip asas penyembuhan rohani diikuti di mana hanya dengan meningkatkan kesucian rohani atau sattvikta kawasan yang terjejas, kita dapat mengurangkan kemampuan tenaga negatif untuk mempengaruhi seseorang. Peningkatan sattvikta kemudiannya berfungsi melalui mana-mana atau kombinasi Prinsip Kosmik Mutlak untuk membawa proses penyembuhan.

Objek yang digunakan untuk penyembuhan Purata % Tenaga Kerohanian Positif 1 Prinsip Kosmik Mutlak di mana ianya berfungsi melalui
Kristal digunakan dalam penyembuhan Pranic 0.25% Api
Amulet 2% Api
Batu 2% Bumi
Kristal 2% Api
Simbol agama 2% Bumi
Abu suci 2% Api
Kayu Chameli (Melati) 2% Angin
Air suci (Air suci + Abu suci) 2% Air + Api
Warna 2% Berbeza berdasarkan warna
Kapur barus (Champor) 2% Udara
Dupa yang tidak dibakar 2% Bumi + Api
Dupa yang dibakar 3% Bumi + Api
Wewangian daripada minyak wangi semula jadi tertentu 3% Bumi
Yantras (gambarajah khusus)2 3% Api
Air kencing lembu (Gomūtra)3 3% Air
Lampu Ghee (mentega suci)3 3% Api
Sakramen suci yang diberikan  oleh Orang Suci (Saint)3 4% Air
Tempat Suci sebenarnya yang berkaitan dengan Tuhan, Dewa,  Penjelmaan (Incarnation), atau Orang Suci (Saint) dari tahap kerohanian yang lebih tinggi , di mana terdapat tenaga positif – ini bukan berdasarkan kepada psikologi tetapi di mana  getaran kerohanian positif yang tulen wujud. 5% Bergantung kepada Dewa
Tulisan Orang Suci (Saint) yang tahap kerohaniannya melebihi  90%3 8% Api
Rakaman suara  Orang Suci yang tahap kerohaniannya melebihi  90% 3,5 8% Eter
Tempat peristirahatan terakhir Orang Suci yang tahap kerohaniannya melebihi  90%3 8% Eter
Gambar Dewa bertahap tinggi (yang dilukis oleh artis seeker) di bawah bimbingan Seorang Suci dari tahap yang lebih tinggi4 10% Gambar seperti itu menyembuhkan di pelbagai tahap melalui pelbagai Prinsip Kosmik sesuai dengan keperluan para pemuja.

Cara membaca jadual di atas:

Mari kita ambil contoh air suci. Ia mampu membawa peningkatan 2% dalam tenaga rohani yang positif ke kawasan di mana ia ditaburkan. Penyembuhan berlaku melalui Prinsip Kosmik Mutlak Air (Āpa) dan Api (Tēj).

Nota kaki:

  1. Bagi mana-mana objek tidak bernyawa yang digunakan untuk penyembuhan rohani, kekuatan tenaga rohani yang positif akan berbeza-beza. Pada skala 1 hingga 100, biasanya tenaga rohani positif di mana-mana objek tidak bernyawa adalah 0 manakala tenaga rohani positif yang maksimum dalam objek yang tidak bernyawa adalah 6. Ini bermakna bahawa 4 baris terakhir di mana tenaga rohani yang positif dapat dari 8-10% adalah lebih tinggi daripada tenaga positif maksimum yang biasanya dapat ditemui dalam objek tidak bernyawa.Selain itu, sila ambil perhatian, angka-angka yang telah disediakan dalam jadual di atas boleh berubah sebanyak +/- 2%. Sila rujuk bahagian 2.2 untuk maklumat lanjut.
  2. Sebuah Yantra berhubung dengan penyembuhan rohani adalah gambarajah yang dibuat dengan tujuan menghantar tenaga positif.
  3. Objek-objek ini dikaitkan dengan makhluk hidup dan oleh itu, mereka mampu menarik dan memancarkan tenaga kerohanian yang positif.
  4. 10% adalah tenaga kerohanian positif yang dapat dihasilkan jika semua syarat adalah ideal seperti:
    1. Gambar Dewa menarik dan memancarkan/mengeluarkan kepositifan kerohanian (spiritual positivity) yang maksimum mungkin. (Peratusan maksimum prinsip Dewa yang boleh tertarik ke dalam gambar adalah 30% dalam era sekarang Ini telah dicapai oleh artis pencari (kerohanian) di Universiti Kerohanian Maharshi (Maharshi University of Spirituality). Sebaliknya, peratusan prinsip Dewa yang tertarik pada purata ke dalam gambar Dewa yang boleh didapati secara komersial adalah hanya 2-3%.)
    2. Gambar diletakkan di premis sattvik pada setiap masa
    3. Pemuja tidak mengalami distress (kesusahan) kerohanian dan menyembah Dewa dengan emosi kerohanian (bhav).
  5. Bergantung kepada apa yang ditulis oleh Seorang Suci (Saint) atau audio yang dirakam oleh Orang Suci, kepositifan (positivity) boleh mencapai lebih tinggi daripada 8%. Sebagai contoh, jika seorang Suci pada tahap kerohanian 90% menulis mantera (mantra) di atas sekeping kertas, kepositifan akan meningkat melebihi 8% berbanding dengan jika Beliau menulis teks biasa (bukan-kerohanian) pada kertas yang sama .

2.2 Mekanisme mod penyembuhan pertama: Melalui objek tidak bernyawa

Dalam nota kaki 1 jadual di atas, disebutkan bahawa julat adalah +/- 2% daripada angka yang telah disediakan. Sebagai contoh, jika kristal disebut sebagai 2%, maka secara praktiknya kepositifan (positivity) yang dihasilkan oleh kristal sebagai alat penyembuhan rohani boleh berubah dalam julat 0 hingga 4% (iaitu +/- 2% daripada 2%). Perbezaan keberkesanan boleh disebabkan oleh beberapa sebab seperti:

  1. Jenis kristal yang digunakan.
  2. Orang yang menggunakannya dan tahap distress (kesusahan) kerohanian mereka. Jika selubung tenaga hitam negatifnya (negative black energy covering) terlalu tebal, tenaga positif daripada kristal tidak akan dapat menembusnya
  3. Tahap kerohanian orang yang menjalani penyembuhan. Orang yang positif secara kerohanian lebih mampu menyerap kepositifan kerohanian
  4. Siapakah yang memberikan kristal kepada orang tersebut?
  5. Menggunakan kristal semasa bulan purnama (full moon) atau tempoh bulan baru (new moon) boleh menjejaskan keupayaan penyembuhannya disebabkan oleh peningkatan distres /kesusahan dalam persekitaran semasa tempoh tersebut
  6. Tempat di mana kristal tersebut digunakan untuk penyembuhan

Bergantung kepada semua faktor sedemikian, penyembuhan mungkin mengambil masa beberapa jam atau boleh mengambil masa berbulan-bulan.

Ia juga penting untuk diperhatikan bahawa beberapa perkara yang dianggap sebagai alat penyembuhan rohani boleh dipengaruhi oleh tenaga negatif, sehingga menjejaskan keupayaan penyembuhannya. Setelah tercemar, alat penyembuhan rohani ini bahkan boleh memancarkan tenaga negatif. Ini dapat difahami jika seseorang mempunyai keupayaan untuk merasakan getaran rohani (spiritual vibrations) melalui deria keenam seseorang.

2.3 Remedi Air Garam sebagai alat penyembuh

Yayasan Penyelidikan Ilmu Kerohanian (SSRF) juga telah mengesyorkan penggunaan Remedi Air Garam sebagai remedi penyembuhan rohani. Walau bagaimanapun, ia tidak dimasukkan dalam jadual di atas kerana remedi penyembuhan rohani ini berbeza daripada remedi di atas. Khususnya, item yang disenaraikan dalam jadual di atas dapat meningkatkan tenaga kerohanian yang positif. Sebaliknya, Remedi Air Garam hanya digunakan untuk menghilangkan tenaga hitam negatif. Ia berfungsi pada tahap Prinsip Kosmik Mutlak Air (70%) dan Prinsip Kosmik Mutlak Bumi (30%).

3. Secara ringkas

  • Pada bab artikel kami tentang mengenai penyembuhan rohani dengan menggunakan objek, kami telah menjelaskan secara terperinci cara menggunakan setiap alat penyembuhan rohani tersebut dan juga bila kita harus menggunakannya. Sila merujuk pada artikel “Mekanisme di balik Kaedah Penyembuhan Rohani apabila seseorang sedang menyembuhkan.
  • Membuat usaha untuk meningkatkan emosi kerohanian kita bersama dengan doa yang bersungguh-sungguh sebelum, semasa dan selepas menggunakan objek yang disenaraikan di atas untuk penyembuhan rohani meningkatkan potensi penyembuhan yang menggunakan benda-benda tersebut.
  • Amalan kerohanian tetap/teratur bersama dengan menjaga tindakan, fikiran kita dan persekitaran sattvik membantu meningkatkan keberkesanan remedi penyembuhan rohani.