Kebahagiaan

1. Kebahagiaan

1.1 Marilah kita mulakan sejak dari awal

Adalah baik untuk memulakan suatu usaha dengan mengenal pasti matlamat peribadi seseorang dalam kehidupan.

Setiap daripada kita hari ini hidup dalam kehidupan serba pantas. Seseorang jarang mengambil masa untuk melangkah ke belakang dan melihat kehidupan seseorang dengan jauh lebih teliti.

Jadi apakah matlamat hidup anda?

Adakah anda telah menetapkan target/sasaran jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat anda?

Apakah anda telah mencapai mana-mana target yang anda telah menetapkan?

Atau adakah matlamat anda telah berubah di setiap tahun yang berlalu?

Anda boleh menggunakan artikel ini untuk melakukan introspeksi (introspect) hidup anda dan mempersoalkan hala tujunya.

Marilah kita cuba menganalisis apakah matlamat utama kehidupan setiap manusia. Jika anda melihat, anda akan mendapati bahawa kita semua kelihatan berbeza, kita datang dari pelbagai latar belakang, kita mempunyai personaliti yang berbeza, namun terdapat satu aspek yang sama di antara kita semua.

Suatu aspirasi yang umum yang menghubungkan setiap manusia, tanpa mengira agama, jantina dan status sosial atau kewangan adalah keinginan untuk menjadi bahagia. Dan dalam usaha ini spesis kita tidak bersendirian. Segala makhluk yang hidup, dari semut yang paling kecil hingga gajah yang besar bertujuan untuk mencari kebahagiaan. Mari kita mengambil contoh seekor semut. Ia akan berlari terburu-buru dari situasi yang tidak menyenangkan dan berlari ke situasi yang menyeronokkan. Jadi, jika semut datang dekat dengan api ia akan melarikan diri, tetapi akan bergerak dengan semangat / tidak sabar-sabar ke arah timbunan sedikit gula.

Jika kita memikirkan hal tersebut, bukankah kita semua akan berusaha keras untuk memanjangkan keadaan yang menyeronokkan? Jika kita tidak bekerja keras untuk memperolehi kebahagiaan, maka kita sekurang-kurangnya membuat percubaan untuk mengelakkan situasi yang tidak menyenangkan. Sebagai contoh, kita dengan cepat membaiki TV yang rosak kerana kita tidak mahu kehilangan keseronokan menonton program kegemaran kita.