1. Pengenalan

Emosi kerohanian (bhāv) adalah kesedaran yang kuat bahawa Tuhan wujud. Meningkatkan emosi kerohanian kita kepada Tuhan adalah satu usaha yang penting dalam perjalanan kerohanian kita. Ini kerana apabila kita mempunyai kesedaran yang kuat terhadap Tuhan, maka kesedaran tersebut akan membawa kita untuk mempunyai kesetiaan (devotion) yang kuat kepada Tuhan. Apabila kita mempunyai kesetiaan kuat kepada Tuhan, kita kehilangan kesedaran diri kita dan hanya mengingati Tuhan. Apabila kita mencapai keadaan ini, Tuhan mengurniakan rahmat-Nya kepada kita dan kita mengalami Kebahagiaan abadi (Ānand) yang semakin besar.

Ramai pencari kerohanian merasakan bahawa hanya dengan melakukan amalan kerohanian emosi kerohanian kita akan terbangkit (awakened). Walaupun ini adalah betul secara teorinya, namun hal tersebut bukanlah jaminan bahawa proses kebangkitan emosi kerohanian ini akan berlaku dengan mudah dalam diri setiap orang yang menjalankan amalan kerohanian. Ini kerana sama ada kita mengalami emosi kerohanian melalui amalan kerohanian semata-mata, bergantung kepada banyak faktor, termasuk objektif kami dalam melaksanakan amalan kerohanian, keinginan yang kuat untuk mencapai realisasi/kesedaran-Tuhan (God-realisation), pusat (centre) yang dihasilkan dalam minda separa-sedar (sub-conscious mind) kita tentang Tuhan, amalan kerohanian sebenar yang dilakukan, dan jalan kerohanian yang diikuti oleh seseorang. Untuk meningkatkan emosi kerohanian kita pada kadar yang lebih cepat, kita perlu terlebih dahulu belajar apa yang akan membantu kita untuk mengalami emosi kerohanian yang lebih besar dan kemudian, yang lebih penting, kita perlu berusaha untuk mempraktikkan bimbingan (guidance) tersebut.

Dalam artikel ini, kami menggariskan beberapa usaha yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan emosi kerohanian kita terhadap Tuhan dan, sebagai hasilnya, mempercepatkan pertumbuhan kerohanian kita.

2. Halangan dalam meningkatkan emosi kerohanian

Sebelum kita meneroka subjek meningkatkan emosi kerohanian, ia adalah penting untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang usaha kita untuk meningkatkan emosi kerohanian kita supaya kita boleh berhati-hati terhadap halangan tersebut. Halangan-halangan utama dalam membangkitkan emosi kerohanian kita adalah seperti berikut:

  1. Kejahilan: Ini bermakna kejahilan rohaniah yang berkaitan dengan bentuk dan sifat-sifat Tuhan serta cara berfungsi-Nya. Pemahaman kerohanian seseorang boleh ditingkatkan dengan mempelajari teks Suci kerohanian yang ditulis oleh Orang Suci (Saints) atau laman web seperti ssrf.org.
  2. Sikap Pelaku (Doership): Sikap Pelaku adalah berkaitan dengan perasaan bahawa kejadian yang berbeza dalam kehidupan berlaku disebabkan oleh orang lain atau diri sendiri, dan bukan kerana Tuhan.
  3. Ego: Ego adalah perasaan bahawa ‘saya berbeza daripada Tuhan’. Ini adalah penghalang terbesar kepada kebangkitan emosi kerohanian. Semakin besar ego, maka semakin kurang peluang untuk membangkitkan emosi kerohanian. Maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mengurangkan ego boleh diperolehi daripada bahagian kami berkenaan mengurangkan ego atau membaca buku SSRF tentang bagaimana untuk mengurangkan ego yang telah disusun oleh Yang Suci Dr. Athavale.
  4. Kelemahan Personaliti: Apabila terdapat lebihan kelemahan personaliti, pemikiran emosi kerohanian tidak mudah beridentiti/dapat diserap. Memahami apa sahaja kelemahan personaliti seseorang dan kemudian berusaha untuk mengatasinya adalah satu bahagian penting dalam perjalanan kerohanian seorang pencari (seeker).

Kami telah menerokai setiap aspek ini secara lebih terperinci dalam bahagian-bahagian lain di bawah amalan kerohanian:

3. Kepentingan relatif usaha-usaha untuk meningkatkan emosi kerohanian

Dalam carta di bawah, kami telah menyenaraikan pelbagai usaha yang kita boleh buat yang akan membantu untuk meningkatkan emosi kerohanian. Nombor-nombor dalam graf bar menunjukkan kepentingan relatif usaha-usaha tersebut. Kita boleh perhatikan dari carta bahawa, mempunyai sikap bahawa segala yang kita lakukan sebagai khidmat bakti kepada Tuhan (Gurusēvā), akan membantu kita untuk meningkatkan emosi kerohanian kita pada kadar yang paling cepat. Ini akan membantu kita dalam memberi tumpuan kepada tindakan kita sedemikian rupa, agar kita menerima manfaat maksimum untuk usaha-usaha kita.

 

4. Usaha-usaha amalan kerohanian untuk meningkatkan emosi kerohanian

4.1 Guruseva

Seperti yang anda boleh lihat dari carta di atas, apabila kita melakukan semua aktiviti kita (amalan kerohanian atau duniawi) seolah-olah kita sedang berbakti (berkhidmat) kepada Guru, kita akan menerima faedah maksimum ke arah meningkatkan emosi kerohanian kita. Kami telah menerangkan dalam artikel lain, tentang ‘Siapakah itu Guru?’ kepentingan Guru dalam kehidupan seorang pencari kerohanian. Guru adalah bentuk manusia daripada prinsip pembimbing Tuhan yang tidak berwujud (nirgun/unmanifest). Hanya kerana Tuhan, kita mendapat penganugerahan hidup. Guru (atau prinsip pembimbing Tuhan) yang telah bersama kita selama banyak kehidupan membimbing kita dengan sabar supaya kita dibebaskan daripada kitaran kelahiran dan kematian, menyedari Tuhan dan menjadi satu dengan-Nya. Apabila kita bersatu dengan Tuhan, kita mengalami ketenangan abadi (serenity). Apabila kita memahami sejauh mana Guru telah membimbing kita dan menyelamatkan kita berulang-ulang kali, kita akan dipenuhi dengan rasa bersyukur yang mendalam.

Dengan berkhidmat kepada Guru, kita berbakti kepada Tuhan. Tidak semua daripada kita mempunyai peluang untuk berbakti kepada Tuhan dalam bentuk manusia. Walau bagaimanapun, kita boleh melakukan semua tindakan kita seolah-olah seperti sedang berkhidmat untuk bentuk fizikal-Nya. Ini boleh dilakukan dalam kehidupan sehari-hari kita dan kami telah menyediakan beberapa contoh di bawah.

  • Jika kita membasuh pakaian atau memasak makanan, kita boleh melakukannya dengan sikap bahawa kita memasak untuk Tuhan. Malah, apabila kita menghidangkan makanan kepada orang lain, kita boleh berfikir/bayangkan bahawa kita sedang berkhidmat kepada Tuhan atau Guru.

    Marilah kita berhenti sejenak di sini untuk seketika. Bayangkan jika Tuhan datang ke rumah kita dalam bentuk fizikal dan kita akan berbakti (berkhidmat) kepada Tuhan sepanjang hari, bagaimanakah kita akan bertindak dan bersikap? Kekalkan/ menjaga bayangan ini tetap dalam fikiran, kita boleh membangkitkan emosi kerohanian yang sama apabila kita melayan ahli keluarga kita dan orang yang kita temui. Jika kita mengamalkan salah satu aspek ini, kita secara automatik akan mencari anjakan positif dalam getaran kerohanian (spiritual vibrations) di rumah kita dan emosi kerohanian kita juga akan meningkat.

  • Lanjutan daripada aspek sebelumnya, kita boleh membuat usaha-usaha untuk menjadikan rumah kita seperti tempat bertapa (ashram/hermitage) dan menjaganya secara sāttvik (kemurnian kerohanian). Kita boleh mempersembahkan rumah kita kepada Tuhan atau Guru dalam hati dan kemudian menjaganya dengan emosi kerohanian bahawa kita hanyalah pemegang amanah tempat bertapa tersebut. Ini juga akan membantu kita mengatasi ego bahawa “saya adalah pemilik rumah”.
  • Jika kita menggunakan setiap barangan di rumah kita seolah-olah ia adalah milik Tuhan atau Guru, maka kita juga akan mengendalikan barang-barang dengan penjagaan yang sesuai. Sehubungan itu, kehadiran Tuhan atau Guru dapat dirasai di rumah. Sebaik sahaja seorang pencari belajar untuk melihat Prinsip Tuhan dalam instrumen berbeza yang digunakan dalam amalan kerohanian, secara beransur-ansur dia mampu untuk melihat Tuhan dalam segala-galanya. Hal ini akan membantunya dalam merealisasikan/menyedari Prinsip Tuhan dalam kedua-dua penciptaan baik dalam benda hidup mahupun benda bukan hidup.
  • Seorang pencari kerohanian akan sentiasa berfikir bahawa Guru berada di sisinya dalam semua situasi dan hal tersebut membantunya untuk menghilangkan rasa takut yang merupakan sifat bawaannya.

Apabila kita melakukan apa-apa khidmat bakti kepada Kebenaran Mutlak (satsēvā), pada mulanya kita merasakan bahawa kita telah melakukan satseva dan dengan itu beberapa jumlah kebanggaan-halus (subtle-pride) dihasilkan. Walau bagaimanapun ini tidak dianggap sebagai satseva dalam erti kata sebenar. Apabila seseorang itu menjalankan satseva, seseorang itu perlu melakukannya dengan sikap bahawa Tuhan sendirilah yang melakukan satseva tersebut melalui kita dan kita tidak harus mempunyai sebarang sikap pelaku (doership).

Setelah menyelesaikan satseva kita seharusnya bersyukur/berterima kasih kepada Tuhan kerana telah diberikan peluang untuk berkhidmat bakti kepada-Nya. Sebuah barometer/alat pengukur untuk memahami yang tindakan kita berlaku sebagai berbakti kepada Kebenaran Mutlak (Absolute Truth) adalah jumlah Kebahagiaan Abadi (Bliss) kita rasai apabila melaksanakan usaha Satseva. Apabila kita sentiasa mengkaji diri/melakukan introspeksi (introspect) sama ada aktiviti kita sedang dilakukan dengan cara yang Tuhan mengharapkan kita sebagai seorang pencari kerohanian, maka kita mengembangkan emosi kerohanian dalam diri kita sendiri pada kadar yang lebih cepat.

4.2 Beberapa cara lain untuk meningkatkan emosi kerohanian seseorang

Canta/Mengucap: Canta/mengucap (chanting) akan mencapai Tuhan hanya jika dilakukan dengan emosi kerohanian. Sama seperti kita mudah berfikir berulang kali tentang seseorang yang kita sayangi atau sesuatu yang kita sukai (contohnya, kekasih memikirkan tentang kekasihnya atau seorang ibu kepada anaknya), begitu juga minda harus dibiasakan untuk mengasihi Tuhan. Apabila seseorang mula suka atau mengasihi Tuhan, orang tersebut akan mengingat nama Tuhan dengan mudah dan mengalami pengalaman Kebahagian Abadi (Bliss) dalam mengucap nama-Nya. Kemudian, mengucap menjadi satu cara hidup. Setiap setengah jam sekali seseorang boleh berdoa kepada Tuhan agar meminta-Nya untuk mendalami tindakan mengucap nama Tuhan dan membolehkan seseorang untuk mengucap dengan ikhlas.

Berdoa dan bersyukur: Kita boleh sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk membantu kita dalam amalan kerohanian kita dan juga untuk membantu kita supaya setiap tindakan kita berlaku sebagai amalan kerohanian. Setiap kali kita berdoa, kita mengakui hakikat bahawa kita memerlukan bantuan dan ini menanamkan rasa penyerahan (surrender) yang seterusnya akan merendahkan ego kita. Doa adalah sebenarnya sinonim untuk penyerahan. Perbuatan penyerahan tersebut selesai hanya selepas kita mengucapkan terima kasih/bersyukur. Bersyukur adalah alat untuk menawarkan sikap pelaku (doership) sesuatu perbuatan kepada Tuhan atau Guru; oleh itu ia membantu dalam mengurangkan ego kita. Selalunya pencari lupa untuk bersyukur kepada Tuhan atas sesuatu yang terjadi selaras dengan doa mereka. Selepas memohon pertolongan Tuhan dalam melakukan beberapa perkhidmatan kepada Kebenaran Mutlak (Absolute Truth), maka perkhidmatan ini berlaku dengan lancar dan selepas memperoleh Kebahagiaan Abadi (Bliss) daripada memberikan perkhidmatan ini, kita berasa puas dan lupa untuk bersyukur (kepada Tuhan). Seorang pencari kerohanian juga boleh mengembangkan ego-halus (subtle-ego) tentang mendapat pengalaman kerohanian atau mengalami Kebahagiaan Abadi. Oleh sebab itu, adalah penting untuk memberikan penghargaan/pujian dengan bersyukur atas pengalaman kerohanian atau pengalaman Kebahagiaan Abadi yang diperolehinya kepada Tuhan.

Kajian dan Satsang: Suatu cara mudah untuk meningkatkan emosi kerohanian adalah dengan mempelajari usaha-usaha pencari kerohanian yang sudah mempunyai emosi kerohanian. Untuk hal ini, ia adalah penting untuk menghadiri perkumpulan Kebenaran Mutlak (Satsang) dan perhatikan para pencari kerohanian yang mempunyai emosi kerohanian kepada Tuhan supaya kita boleh belajar daripada mereka.

Kami mencadangkan agar anda membaca buku SSRF tentang bagaimana untuk membangkitkan emosi kerohanian setiap hari dan mengamalkan sesuatu yang baru daripada buku tersebut secara tetap.

Sikap belajar: Cuba untuk melihat huluran tangan Tuhan dalam segala-galanya dan melihat segala-galanya sebagai alat untuk belajar. Ini termasuk setiap keadaan sama ada ia baik atau buruk. Apabila kita berada dalam mod belajar kita akan sentiasa berasa kebahagiaan abadi kerana kita mempunyai sikap bahawa Tuhan menyertai kita dan mengajar kita bagaimana untuk menjadi pencari kerohanian yang lebih baik melalui segala-gala yang kita hadapi dan pengalaman.

Mengurangkan ego: Jika kita bertumpu pada misi Guru secara berterusan, maka tindakan kita akan berlaku menurut kehendak Tuhan. Apabila memberikan perkhidmatan kepada Kebenaran Mutlak, kita tidak harus membenarkan reaksi yang salah atau keraguan tentang orang lain untuk memasuki minda kita, kerana jika reaksi kita menyakiti pencari kerohanian yang lain, maka rahmat Guru tidak akan dikurniakan. Itulah sebabnya mengapa selalu dinasihatkan untuk mengamalkan ‘kesetiaan/pengabdian kepada Tuhan sebagai hamba’ (‘devotion unto God as a servitor’). Dalam bentuk perhambaan ini, penyembah menganggap Tuhan sebagai bapanya, ibunya, segala-galanya dan dirinya sebagai anak Tuhan atau hamba. Apabila kita merendah diri, kita membuat usaha untuk mengurangkan ego kita dan oleh sebab itu kita dapat membuat lebih banyak usaha untuk meningkatkan emosi kerohanian kita.