Siapakah itu dewa-dewi?

Konsep dewa-dewi/dewata dalam ilmu Kerohanian dapat dijelaskan dengan paling tepat dengan menggunakan analogi. Adakah anda tertanya-tanya mengapa terdapat pelbagai warna di dunia apabila kita mempunyai hanya tiga warna primer/utama iaitu merah, biru dan kuning?

Kita tahu bahawa pelbagai pilih atur (permutations) dan gabungan tiga warna utama membawa kepada banyak warna baru.

Begitu juga walaupun Tuhan itu satu, Beliau menjelma dalam pelbagai cara untuk melaksanakan pelbagai fungsi individu dalam alam semesta. Dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai fungsi di dalam Alam Semesta, Tuhan menjelma dalam lima prinsip utama. Ia terdiri daripada:

  • Penciptaan: Segala-galanya diciptakan
  • Pemeliharaan: Segala sesuatu yang diciptakan akan dipelihara
  • Pembubaran: Segala sesuatu yang diciptakan dan dipelihara akan dimusnahkan
  • Kepelbagaian: Tuhan ada dalam segalanya
  • Kebahagiaan Abadi (Ānand / Bliss): Kualiti Tuhan adalah kebahagiaan yang tertinggi dan abadi.

Kelima-lima prinsip utama ini bergabung dengan satu sama lain dalam pelbagai/banyak cara (myriad ways) untuk memberikan berjuta-juta aspek unik Tuhan untuk melaksanakan pelbagai fungsi dalam Alam Semesta. Sebagai contoh, terdapat satu aspek Tuhan yang memudahkan pembelajaran, pengajaran, perlindungan, kesihatan dan lain-lain. Menurut ilmu Kerohanian setiap aspek Tuhan tersebut mempunyai suatu bentuk dan ia dikenali sebagai dewa-dewi/dewata (Dewa untuk lelaki & Dewi untuk wanita). Terdapat sejumlah 330 juta dewata, masing-masing mempunyai peranan yang unik dalam Alam Semesta.