Kajian kes – Penyembuhan ulser mulut dengan canta/mengucap nama Tuhan Datta

SSRF menerbitkan kajian kes ini bertujuan untuk memberi beberapa arah tujuan kepada pembaca kami dengan mengambil kira masalah yang jelas nyata (manifest) pada tahap fizikal atau psikologi, tetapi boleh mempunyai akar penyebab / puncanya dalam dimensi kerohanian. Apabila punca suatu masalah adalah bersifat kerohanian secara semula jadi kami telah perhatikan bahawa kemasukan remedi / penyembuhan rohani secara umumnya memberikan hasil yang terbaik. SSRF menasihatkan kesinambungan rawatan perubatan konvensional bersama-sama dengan remedi penyembuhan rohani untuk rawatan penyakit-penyakit fizikal dan psikiatri. Pembaca dinasihatkan untuk mengambil sebarang remedi penyembuhan rohani mengikut budi bicara mereka sendiri.

Malay_VmaratheSaya telah melakukan amalan kerohanian/spiritual di bawah bimbingan SSRF sejak tahun 1998. Pada tahun 2001 saya mula mendapat ulser mulut yang sangat kerap. Ia akan muncul setiap dua minggu atau lebih di tempat yang berbeza dalam rongga mulut saya. Saya telah berjumpa dengan pelbagai doktor. Cara rawatan yang diberikan oleh mereka adalah Suplemen B-kompleks dan Dologel (sejenis solusi/larutan anestesia tempatan untuk disapu pada ulser tersebut). Saya juga telah berjumpa dengan seorang ahli Homeopati tetapi tidak berjaya. Saya terus dibebani dengan ulser mulut saya untuk tempoh lima tahun.

Suatu hari saya kebetulan menyebut tentang permasalahan saya kepada seorang pencari Tuhan (seeker) Jabatan/Bahagian dimensi halus SSRF. Dia memberitahu saya bahawa hal tersebut adalah disebabkan oleh permasalahan leluhur (nenek moyang). Ketika itu saya telah canta 3 malas (iaitu 3 X 108 kali) nama Dewa Datta. Dia menyuruh saya untuk meningkatnya kepada 9 malas sehari. Saya dengan serta-merta boleh melihat manfaat daripada peningkatan canta nama Dewa Datta. Keamatan ulser tersebut dan kekerapan terjadinya juga menjadi berkurang. Selepas kira-kira dua bulan ia tidak terjadi lagi.

Sekarang melihat kembali, satu perkara yang telah memberikan saya petunjuk bahawa permasalahannya bersifat rohani adalah hakikat di mana ulser tersebut sebahagian besar akan muncul di sekitar hari bulan purnama atau hari anak bulan.

Komen dari Editor:

Jabatan persepsi halus (Subtle perception department) adalah bahagian daripada SSRF yang terdiri daripada pencari Tuhan yang boleh melihat dimensi halus (subtle dimension), melukis gambar dunia halus (gambar dimensi halus) dan mentadbir remedi /penyembuhan rohani/spiritual. Sebahagian daripada pencari Tuhan dari Jabatan ini menerima ilmu ketuhanan dan beberapa pencari lain mempelajari seni ketuhanan. Aktiviti penyelidikan SSRF yang dijalankan kebanyakannya oleh jabatan ini

Walaupun Encik Marathe canta nama Dewa Datta 3 malas setiap hari sejak beliau memulakan amalan kerohanian/spiritual dengan SSRF, hal tersebut tidak mencukupi untuk memerangi permasalahan ulsernya. Hanya apabila jumlah canta yang dituntut/wajib telah dipenuhi barulah permasalahannya dapat hilang sepenuhnya.