Apakah itu masalah leluhur?

Mengikut sains kerohanian dan tidak diketahui dalam sains moden, 50% daripada masalah-masalah dalam kehidupan adalah disebabkan oleh semata-mata faktor-faktor spiritual dan 30% yang lain disebabkan oleh spiritual dan psikologi dan/atau faktor-faktor fizikal.

Malay_Root-cause

Sila rujuk kepada artikel mengenai, ‘Perincian punca spiritual masalah-masalah dalam kehidupan’.

Salah satu aspek punca spiritual ini yang disebabkan oleh masalah dalam kehidupan kita adalah distres disebabkan oleh keturunan tubuh halus leluhur yang telah meninggal dunia. Ia adalah juga salah satu faktor spiritual yang sangat biasa yang memberi kesan kepada hampir semua manusia secara ini atau yang lain. Sebelum kita memberi penjelasan yang mendalam mengenai mengapa leluhur kita ingin menyebabkan sebarang masalah kepada kita, mari kita mula-mula mengkaji jenis-jenis masalah atau kesukaran yang boleh dialami oleh orang ramai yang disebabkan oleh nenek moyang yang telah meninggal dunia.

Distres yang disebabkan ke atas kita oleh leluhur melalui tubuh halus leluhur yang manifestasi dalam pelbagai cara dalam kehidupan sehari-hari kita. Ia menyebabkan halangan-halangan dalam kedua-dua, kehidupan duniawi dan juga amalan spiritual. Dalam beberapa kes, ia mungkin kelihatan bahawa semua ahli keluarga mempunyai masalah dan beberapa ahli keluarga mengalami pelbagai masalah walaupun semua usaha dilakukan untuk mengatasinya. Masalah-masalah yang disebabkan oleh nenek moyang yang telah meninggal dunia dalam pelbagai bentuk seperti disenaraikan di bawah:

  • Tidak berkahwin
  • Ketidakharmonian dalam perkahwinan
  • Ketagihan (lebih kurang 70% ketagihan disebabkan oleh leluhur yang telah meninggal dunia)
  • Lupa semasa peperiksaan walaupun telah bersedia
  • Kehilangan pekerjaan
  • Kesukaran untuk mengandung
  • Keguguran anak
  • Mempunyai anak yang terencat akal atau kanak-kanak ‘special needs’
  • Meninggal semasa masih kanak-kanak

Keguguran, kematian semasa kanak-kanak dsbnya berlaku apabila distres oleh leluhur digandingkan dengan sebab-sebab spiritual yang major seperti kematian mungkin ditakdirkan. Ia tidak boleh berlaku semata-mata atas akuan distres leluhur. Walaupun jenis-jenis masalah mungkin indikasi yang kuat masalah leluhur, hanya seorang Suci/ Saint atau Guru (pembimbing spiritual yang berevolusi) boleh memberitahu dengan pasti punca masalah.

Pada tahap intelektual, kita boleh menggunakan dua patokan untuk memutuskan jika punca penderitaan adalah bersifat spiritual:

  • Semua remedi untuk menyelesaikan masalah gagal. Ini adalah khas jika masalah yang boleh dirawat dengan sains moden seperti ruam kulit, sakit dada dsbnya.
  • Beberapa ahli keluarga (contohnya 4 daripada 5 orang) menderita dengan mana-mana isu yang dinyatakan di bawah pada masa yang sama. (Semua ahli keluarga mendapat kesannya disebabkan mereka mempunyai leluhur yang sama).