1-MALAY-what-is-healing

1. Pengenalan kepada Penyembuhan Kerohanian

Penyembuhan kerohanian adalah satu terma yang agak lazim kepada ramai orang. Walau bagaimana pun, ia membawa maksud yang berlainan kepada orang yang berbeza. Di dalam artikel ini, kita memberi definisi kepada frasa ‘penyembuhan kerohanian’ dan membincang berkenaan prinsip bagaimana ianya berfungsi.

Segala premis serta perspektif artikel, dan bahagian ini adalah berdasarkan kepada tujuan kehidupan, Salah satu daripadanya adalah untuk berkembang maju dalam kerohanian. Ini bermaksud, tujuan kita adalah untuk membantu orang lain bukan sahaja dari segi tahap fizikal tetapi fokus diberikan kepada perkembangan kerohanian setiap individu. Lantas dari itu, apabila kita lebih berlandaskan kepada membantu seseorang berkembang secara kerohanian, apabila kita mempraktis penyembuhan kerohanian, maka kita mengurangkan risiko agar tidak terbabas dari landasan asal iaitu tujuan kehidupan. Apabila penyembuhan kerohanian dilakukan dengan mengingati tujuan utama, maka kebolehan kerohanian kita untuk menyembuh tidak akan berkurang atau kian merosot.

2. Apakah itu Penyembuhan Kerohanian

SSRF mendefinisikan perkataan ‘dunia halus’ (\'subtle world\') atau \'dimensi kerohanian\' sebagai dunia di luar batasan pemahaman lima pancaindera, minda dan intelek. Dunia halus merujuk kepada dunia yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ianya terdiri dari malaikat, hantu, syurga, dsb. Ianya hanya boleh difahami melalui deria keenam (sixth sense) kita.

Penyelidikan kerohanian telah menunjukkan kita bahawa hampir 80% daripada masalah dalam hidup seseorang mungkin mempunyai asas dan puncanya dari dimensi kerohanian. Kita telah pun meliputi pelbagai aspek tentang bagaimana dimensi kerohanian mempengaruhi hidup kita di bawah bahagian bertajuk Kesusahan disebabkan oleh punca bersifat kerohanian.

Apabila punca sesuatu masalah terletak pada dimensi kerohanian, maka ianya perlu diatasi menggunakan kaedah yang lebih ampuh, (dari segi kerohanian) daripada penyebab masalah tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan penyembuhan kerohanian. Ianya melibatkan penggunaan tenaga kerohanian untuk mengatasi masalah tersebut, seperti mengatasi distres, yang disebabkan oleh kuasa negatif. Sesiapa yang tidak terjejas dengan distres kuasa negatif, mereka akan tetap terdedah kepada tenaga penyembuhan kerohanian. Oleh itu, mereka semata-mata menerima faedah tambahan daripada kuasa/tenaga positif. 

2.1 Perbezaan di antara simptom yang ditunjukkan dan penyebab sebenar sesuatu masalah

Adalah penting untuk membezakan ‘simptom’ yang ditunjukkkan oleh seseorang dan ‘punca penyebab utama’. Kita boleh memahami lebih mengenainya melalui contoh berikut.

Kuasa/tenage negatif: Di Yayasan Penyelidikan Sains Kerohanian (SSRF), kami menggunakan terma ‘kuasa/tenaga negatif’ sebagai kata penama kolektif untuk merujuk kepada semua entiti di dalam dimensi kerohanian yang cuba merosakkan manusia. Mereka terdiri dari ‘hantu biasa’ sehingga kepada ‘para mantrik’ (ahli sihir) peringkat tertinggi. Andai kata, kekuatan kerohanian sesuatu hantu biasa adalah dari 1 hingga 10 unit, kekuatan sesuatu entiti māntrik adalah dalam kadar satu billion hinggalah hampir kepada infiniti.

John membuat keputusan untuk membasahi lantai bilik Jane dengan menggunakan satu baldi air semasa Jane tiada di biliknya. Kemudian, John menyembunyikan dirinya untuk memerhatikan reaksi Jane dengan penuh kegirangan ketika beliau pulang. Apabila Jane memasuki bilik dan mendapati lantainya basah, beliau mula mencari punca terjadi perkara itu, tetapi tidak dapat mengerti sebab kehadiran air di atas lantai. Beliau kemudian mula mengelap lantainya. John mula ketawa secara tertekan melihat kesusahan yang dilalui oleh Jane. John riang hati di atas ketidaktahuan Jane tentang penyebab sebenar masalahnya – iaitu, diri John sendiri.

Ini adalah analogi yang lazim tentang bagaimana sesuatu sebab kerohanian, seperti serangan oleh hantu atau kuasa/tenaga negatif (disimbolisasi oleh John), boleh menyebabkan masalah dalam hidup, sebagai contoh, satu kondisi jantung (disimbolisasi oleh air di atas lantai). Disebabkan oleh fakta bahawa kita tidak mempunyai visi deria keenam untuk melihat atau menanggapi hantu, maka carian kita untuk mendedahkan penyebab kepada sakit dada masih tidak mencukupi. Lebih malang lagi, penyelidikan atau penelitian hanya boleh dibuat sekadar dimensi fizikal atau psikologi sahaja.

2.2 Apakah yang dirawati oleh penyembuhan Kerohanian?

Berdasarkan pada contoh di atas, kita kini boleh menghargai bahawa penyakit jantung sebenarnya boleh disebabkan oleh faktor kerohanian. Sesuatu masalah perubatan (yang berpunca dari sebab kerohanian) apabila dirawati secara ubat-ubatan atau pembedahan hanya boleh membantu melegakan kerosakan yang diakibatkan oleh sesuatu punca kerohanian. Jadi dengan merawati kondisi jantung melalui pembedahan atau ubat-ubatan, sains perubatan hanya mampu melegakan/merawati simptom penyakit. Kondisi penyakit sebenar muncul kembali; ini kerana punca utama, sebagai contohnya, hantu atau kuasa negatif masih aktif dan belum ditangani lagi.

Penyembuhan kerohanian adalah mengenai diagnosis dan penyingkiran punca utama kerohanian masalah kesihatan itu, yakni, hantu di dalam contoh di atas berkenaan masalah jantung. Di dalam contoh di atas, ianya adalah mengenai mengenalpasti John dan melarang beliau daripada menyimbah air lagi. Ianya juga boleh digunakan untuk mengelak sesuatu masalah yang mempunyai potensi untuk terjadi.

Kaedah pemulihan kerohanian yang lebih maju mempunyai potensi untuk mengembalikan semula sesuatu kerosakan fizikal kepada keadaan asal. Walau bagaimanapun, di dalam kebanyakan kes, adalah dinasihati untuk mengikuti kaedah fizikal (seperti rawatan perubatan) untuk meringankan beban kerosakan fizikal. Ini kerana, tenaga kerohanian adalah tidak terhitung nilainya dan amat sukar diperolehi berbanding usaha-usaha fizikal seperti rawatan perubatan. Cubaan untuk merawati sesuatu penyakit dengan menggunakan kaedah spiritual akan memerlukan banyak tenaga kerohanian yang tidak ternilai. Hasil yang sama boleh dicapai dengan input yang lebih rendah secara bandingan, jika ianya ditangani dengan rawatan secara fizikal.

Disebabkan oleh hal-hal inilah Yayasan Pembangunan Sains Spiritual (SSRF) menekankan bahawa peringkat tenaga yang bersesuaian digunakan bagi menangani sesuatu masalah (kesihatan). Jadi sebagai contoh, jika seseorang mempunyai penyakit eczema disebabkan oleh punca kerohanian, ianya perlu dirawati pada semua tiga peringkat:

  • Pada peringkat fizikal – secara ubat-ubatan
  • Pada peringkat psikologikal – jika terdapat masalah kemurungan disebabkan oleh eczema
  • Pada peringkat kerohanian – punca utama kerohanian perlu dihapuskan melalui remedi pemulihan berbentuk kerohanian