Simptom-simptom hantu mempengaruhi atau merasuki seseorang

1. Introduction

Kajian rohani telah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan dunia dipengaruhi oleh hantu-hantu pada suatu masa atau lain dalam hidup mereka. Lebih kurang 30% populasi dunia dirasuk oleh hantu-hantu. Apabila dipengaruh atau dirasuk oleh hantu, ia mengurangkan keupayaan seseorang secara insidious dan secara berperingkat meningkatkan tahapnya. Oleh itu ia adalah sangat penting bahawa seseorang mendapat tahu mengenai hal ini secepat mungkin, supaya langkah pemulihan boleh diambil.

Akan tetapi proses kena pengaruh oleh hantu-hantu berlaku pada tahap kerohanian (iaitu melampaui pemahaman lima deria, minda and intelek) jika seseorang itu dipengaruhi, dirasuki  atau tidak, hanya boleh difahami sebenar-benarnya oleh Orang Suci / Saints dengan tahap kerohanian lebih daripada 70% atau oleh seorang dengan deria keenam yang matang. Hakikatnya, kebanyakan orang kekurangan kedua-dua tahap kerohanian dan kematangan deria keenam, majoriti orang yang dipengaruhi atau dirasuki tidak tahu akan keadaan terjejas mereka.

Dalam artikel ini kita telah menyenaraikan beberapa jenis simptom-simptom yang sering dikesan apabila hantu-hantu mempengaruhi pelbagai sistem tubuh / badan. Simptom-simptom yang sama ini boleh dilihat dalam rutin penyakit yang menjejas sistem-sistem berkenaan. Maka apabila simptom-simptom tidak boleh dijelaskan atau ia tidak sembuh walaupun dengan rawatan konvensional yang terbaik atau sering timbul, pada tahap intelektual kita boleh fikirkan akan kemungkinannya disebabkan oleh hantu-hantu.

2. Apakah simptom-simptom fizikal dari dipengaruhi oleh hantu-hantu?

Kita telah kategorikan simptom-simptom supaya mudah dirujuk.

2.1. Lima organ deria

  • Rasa basi di dalam mulut.
  • Mata seakan-akan ditarik ke dalam, kegatalan di dalam mata, dsb.
  • Kekeringan bibir, mulut dan tekak.
  • Oleh sebab Raja-Tama dalam hantu-hantu, selaput yang melekit terbentuk di muka dan badan / tubuh orang yang dipengaruh.
  • Kulit berminyak
  • Ruam pada kulit.
  • Perasan seram seakan-akan disentuh

2.2. Kesakitan

  • Sensasi tusukan jarum
  • Sakit kepala dan migraine
  • Sakit belakang yang teruk, sakit badan dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Pengalaman tercekik

2.3. Simptom-simptom berkaitan dengan sembilan pembukaan di tubuh / badan

Apabila dekat dengan pengaruh sāttvik, hantu-hantu (syaitan, iblis, tenaga-tenaga negatif dsb.) meninggalkan tubuh melalui mana-mana sembilan pembukaan di tubuh, iaitu kedua-dua mata, kedua-dua lubang hidung, kedua-dua telinga, mulut, penis/faraj dan anus. Orang tersebut akan mengalami seperti gas keluar dari mana-mana pembukaan ini atau dia mungkin mengalami batuk, menguap, bersendawa, bersin, dsb mengikut pembukaan tubuh yang terlibat.

2.4. Sistem pencernaan

  • Tidak membenarkan seseorang mengambil makanan: Kehilangan nafsu makan, berasa loya terhadap makanan, berasa lebih selesa selepas berjauhan dari makanan.
  • Nafsu makan yang tinggi, kerap berasa lapar dan makan banyak: Prinsip Mutlak Api (Tējtattva) diperlukan untuk mencernakan makanan. Manusia terdiri daripada dominasi Prinsip Mutlak Bumi (Pruthvītattva), dia tidak boleh mencernakan banyak makanan. Akan tetapi jika dia dipengaruhi oleh hantu-hantu (syaitan, iblis, tenaga-tenaga negatif, dsb.) dia mampu berbuat demikian. Ini adalah kerana hantu-hantu terdiri daripada Prinsip Mutlak Udara (Vāyutattva) ia boleh mencernakan makanan dengan menggunakan Prinsip Mutlak Api. Rujuk kepada artikel mengenai Prinsip-prinsip Kosmik Mutlak (Panchatattva).

2.5. Sistem Pembiakan

  • Tidak berupaya mendapat anak
  • Keguguran berulang-ulang
  • Kematian bayi sewaktu lahir

2.6. Kemalangan

  • Kejutan elektrik
  • Kemalangan domestik seperti minyak yang panas terpercik dari kuali
  • Kemalangan kenderaan yang berulang-ulang di sesuatu lokasi yang tertentu

2.7. Organ-organ motor

  • Keresahan dan kegelisahan disebabkan oleh peningkatan komponen halus asas Raja
  • Pergerakan yang meliukkan
  • Kecelaruan

2.8. Membuat bunyi-bunyian

  • Mengerang dan membuat bunyi-bunyian yang pelik dan tidak mengingat apa-apa selepas itu.
  • Melakukan bunyi-bunyian binatang
  • Hantu bercakap melalui orang yang dipengaruhi dengan suara jantina yang bertentangan

2.9. Kesan ke atas tenaga vital

Tenaga vital (Prāṇa-shakti) adalah tenaga penampung kehidupan tubuh dan tubuh halusnya.

Tenaga vital seorang yang telah berkembang secara rohani dan tenaga vital dalam seorang yang tidak berkembang secara rohani

Peratusan tenaga vital
1. Orang yang telah berkembang secara rohani 130
2. Orang yang tidak berkembang secara rohani 100

Jumlah tenaga vital mengikut  tahap distres oleh hantu-hantu (syaitan, iblis, tenaga-tenaga negatif, dsb.)

Tahap distres Jumlah tenaga vital (peratusan)
5 95
10 90
20 70
30 50
40* 30**

* Pada masa kini secara amnya distres maksimum yang mungkin adalah 40%.

Distres akan merangkumi kedua-dua yang terpengaruh atau terasuk oleh tenaga-tenaga negatif.

** Pengurangan dalam tenaga vital adalah kerana tenaga tersebut digunakan untuk berlawan dengan hantu-hantu. Apabila ia berkurang sehingga kurang daripada 30%, orang tersebut akan meninggal dunia.

Ketidakupayaan bermeditasi apabila tenaga vital berkurang: Bagi seorang yang bermeditasi konsentraksi minda adalah mesti. Apabila tenaga vital berkurangan, minda tidak mempunyai tenaga untuk melakukan apa-apa pun. Maka meditasi adalah mustahil. Akan tetapi terdapat banyak emosi dan diikuti oleh ketakutan, ini memerlukan sedikit tenaga vital dan hantu-hantu sendiri akan membangkitkan pemikiran sedemikian.

3. Distres Minda dan simptom-simptomnya

Apabila seseorang dipengaruhi atau dirasuk oleh hantu-hantu, dia akan menampilkan simptom-simptom mental seperti berikut:

  • Tidak ada keinginan untuk berbual dengan rakan-rakan atau ahli keluarga tanpa sebab
  • Berasa seperti menjauhi diri daripada rakan-rakan atau ahli keluarga tanpa apa-apa sebab
  • Berkelakuan yang bertentangan dengan sifatnya sendiri
  • Sekali-sekala menangis, terkejut tanpa apa-apa sebab, risau, murung, takut, sakit jiwa, pemikiran membunuh diri, dsb. Hantu-hantu hanya perlu menggunakan 5% tenaga mereka untuk menakutkan seorang dengan menunjukkan muka tengkorak, imej-imej yang ngeri, dsb.
  • Sangsi atau pemikiran negatif: Hantu-hantu akan menyebabkan sangsi dan pemikiran negatif dalam minda seorang untuk menyahstabilkannya, lalu menyebabkan kegelisahan dan kerengsaan. Beberapa contoh pemikiran negatif adalah seperti berikut:
    • Berasa seperti mencekik seseorang
    • Peningkatan dalam ego
    • Kurang kepercayaan terhadap Tuhan
  • Marah terhadap orang lain: Apabila seseorang dipengaruhi atau dirasuki oleh hantu-hantu, dia berasa marah terhadap orang lain tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka hal ini mungkin disebabkan oleh hantu. Dalam hal demikian, orang tersebut patut belajar tidak mempedulikan rasa marah tersebut.
  • Perasaan seperti membahayakan orang lain: Orang yang terasuk boleh berasa seperti membahayakan diri sendiri atau orang lain. Juga, dalam melakukan remedi-remedi rohani untuk membebaskan seseorang daripada roh jahat, orang tersebut mungkin berasa seperti membahayakan orang lain. Dalam hal demikian pada awal lagi, apabila seseorang belum dirasuk sepenuhnya dan beberapa kawalan hadir ke atasnya, orang tersebut patut memberitahu perasaannya kepada orang lain. Jika tidak, apabila orang yang terasuk kehilangan kawalan ke atas dirinya dan dia boleh membahayakan orang yang merawatnya.

4. Simptom-simptom seksual

  • Peningkatan atau pengurangan dalam nafsu seksual
  • Jika suatu hantu betina merasuki seorang wanita, ia menarik perhatian hantu-hantu jantan yang lain secara terus atau melalui medium lelaki yang dirasuk oleh hantu-hantu jantan. Wanita-wanita sedemikian berasa tidak perlunya mempunyai perhubungan formal dengan orang berlainan jantina seperti berkahwin. Mereka akan memberi beberapa alasan untuk mengelakkan perhubungan sedemikian.

5. Gangguan tidur

  • Kekurangan tidur
  • Tidur berlebihan
  • Jalu / berjalan semasa tidur. Rujuk ke artikel kita, artikel mengenai artikel jalu / berjalan semasa tidur
  • Paralisis tidur

Perbezaan di antara tidur biasa dan keadaan sedasi disebabkan oleh hantu-hantu

Tidur biasa Keadaan sedasi disebabkan oleh hantu-hantu
Kesan Boleh menanggung buat sementara waktu Keberatan ke atas kepala, dipaksa untuk tidur dengan segera
Remedi Memercikkan air ke atas muka Pengucapan and pengulangan serta remedi-remedi rohani yang lain
  • Mimpi ngeri
    • Melihat wajah pelik yang menakutkan dan rupa hantu-hantu
    • Mimpi ngeri iaitu orang yang tersayang meninggal dunia atau dibunuh oleh orang yang bermimpi
    • Melihat hantu merasuki seseorang yang dikenali atau orang yang tersayang dan kemudian berasa takut mengenai orang tersebut dalam keadaan terjaga dari tidur.
    • Ular mencederakan seorang atau lebih ahli keluarga

6. Ketidakharmonian dalam perkhawinan

  • Sekiranya salah satu daripada pasangan hidup adalah sattvik, maka hantu dalam pasangan yang lagi satu akan mengalami distres apabila berdekatan dengan pasangan hidupnya, in adalah kerana ia tidak boleh bertolenrasi dengan sāttviktā di dalamnya. Ini akan menyebabkan pergaduhan di antara pasangan hidup, yang sebenarnya dirancang oleh hantu-hantu yang menghalang perhubungan dengan orang yang sattvikta.
  • Walapun jika kedua-dua orang dirasuki oleh hantu-hantu, ini juga akan menyebabkan pergaduhan.
  • Penderaan fizikal, mental dan seksual

7. Distres intelektual

  • Pengurangan dalam output intelektual, sifat pelupa, pengurangan dalam inspirasi
  • Tidak berupaya untuk memahami rutin yang mudah yang tidak tipikal bagi orang tersebut

8. Kerugian kewangan

  • Ditipu oleh orang lain.
  • Pekerja-pekerja jemu dengan syarikat walaupun persekitaran kerja baik.
  • Sering menghadapi masalah dengan jentera atau mesin.

9. Simptom-simptom rohani

9.1. Distres yang berkaitan dengan kelima-lima deria

Seseorang boleh mengalami distres berikut dalam mimpi, bertafakur atau keadaan terjaga

  • Bau busuk
  • Pemandangan yang menakutkan
  • Melihat halo hitam sekeliling kepala
  • Gambar-gambar yang menakutkan: Mayat, rupa raksasa, muka-muka yang dikerat-kerat, muka manusia dengan rangka manusia di bawh, cuma tangan dari jejari hingga siku di dalam tingkap, melihat mayat terbakar dalam perut seseorang, hantu-hantu tergantung di pokok
  • Perarakan hantu-hantu yang berwarna-warni
  • Mayat pencari Tuhan / seeker, tubuh kenalan yang terbakar
  • Longgokan mayat yang dibawa dalam trak dan tertiarap dalam timbunan di tempat lain
  • Pandangan kosong

9.2. Pengalaman sentuhan

  • Seperti adanya seseorang tidur bersebelahan
  • Seperti cadar ditarik
  • Seseorang cuba membangkitkan orang
  • Seseorang bergerak-gerak di dalam bilik
  • Seseorang meletakkan tangannya ke atas tubuh seseorang atau mengerakkan tangannya ke atas tubuh
  • Seperti ditampar
  • Diperkosa. Rujuk kepada lukisan yang berdasarkan pengetahuan halus mengenai perkosaan seksual.
    • Berasa seperti seseorang menarik seorang secara paksa ke katil
    • Mengalami sentuhan pada bahagian badan yang misteri atau tidak boleh diterang
    • Merintih semasa tidur
    • Sakit pada bahagian bawah belakang semasa bangun dari tidur
    • Kesakitan pada bawah abdomen
    • Lelehan putih dari vagina
    • Distres bertambah teruk semasa anak bulan dan bulan purnama

9.3. Kedengaran bunyian

  • Kedengaran seperti bernafas
  • Kedengaran bunyi tapak kaki
  • Kedengaran teriakan
  • Kedengaran nama dipanggil

9.4. Distres disebabkan oleh bahan-bahan yang sattvik

  • Mengalami distres apabila didedah kepada Abu Suci (Vibhūti), Air Suci (Thirthā), Makanan Suci (Prasād) dsb.
  • Tidak boleh menyentuh simbol-simbol Suci seperti gambar-gambar dewa-dewi, Salib Suci, dsb.
  • Mengelakkan diri daripada melawat Orang-orang Suci/ Saints, tempat-tempat Suci: Orang yang terpengaruh atau dirasuki oleh hantu-hantu akan mengelakkan diri mereka melawati Orang-Orang Suci/Saints, tempat-tempat suci seperti kuil, dsb. Beberapa orang akan dipaksa muncul di tempat-tempat yang sattvik. Dengan munculnya secara ini, ia adalah salah satu cara untuk mengeluarkan beberapa tenaga hitam daripada mereka. Maka untuk mengelak dari ini, hantu-hantu akan meninggalkan orang yang dipengaruhinya di luar kawasan yang dikuasai oleh tempat atau orang yang suci dan merasukinya selepas dia keluar dari kawasan tersebut.

9.5. Distres disebabkan oleh pengulangan dan pengucapan  Nama Tuhan

  • Lupa untuk mengucap atau mengulang Nama Tuhan
  • Tidak berupaya untuk mengucap atau mengulang Nama Tuhan
  • Sakit kepala semasa atau selepas mengucap atau mengulang Nama Tuhan
  • Perasaan seperti tertahan apabila mengucap atau mengulang Nama Tuhan
  • Berasa pelik di dalam kepala apabila mengucap atau mengulang Nama Tuhan diikuti dengan kehilangan kesedaran

10. Kesimpulan

  • Hantu-hantu boleh menyebabkan pelbagai simptom-simptom di dalam orang yang dipengaruhi atau dirasuki olehnya.
  • Simptom-simptom mimik simptom penyakit fizikal atau psikologi atau masalah-masalah duniawi yang lain seperti masalah kewangan.
  • Diagnosis punca utama (iaitu hantu) hanya boleh dilakukan oleh Orang-orang Suci/Saints dan mereka yang mempunyai deria keenam yang matang.
  • Dengan ketidakadanya hal di atas, kita boleh secara intelektual mengagak kemungkinan punca masalah adalah hantu-hantu apabila punca asalnya tidak dapat diterangkan atau apabila ia tidak berkurangan walaupun dengan mengambil langkah-langkah konvensional yang terbaik.
  • Diagnosis adalah munasabah sekiranya masalah hilang dengan remedi-remedi penyembuhan rohani.
  • Amalan rohani yang dilakukan dengan tetap mengikut enam prinsip-prinsip asas adalah remedi pemyembuhan rohani yang terbaik.