Apakah yang diwakili oleh pengucapan (chant) perlindungan rohani Shri Gurudev Datta?

Pengucapan (Chant) perlindungan Shrī Gurudev Datta mewakili Nama Dewa Datta, iaitu suatu aspek Tuhan. Salah satu fungsiNya di alam semesta adalah meringankan beban distres/penderitaan yang disebabkan oleh tubuh halus/rohani leluhur. Tuhan melaksanakan misiNya di alam semesta melalui tiga prinsip asas, iaitu Penciptaan, Pengekalan dan Pemusnahan. (Creation, Sustenance and Destruction). Kemampuan Tuhan Datta diperolehi melalui kombinasi ketiga-tiga prinsip asas Tuhan iaitu Penciptaan 10%, Pemeliharaan/Pengekalan 80% dan Pemusnahan 10%. Tenaga Suci Dewa Datta yang manifes adalah 10%, manakala 90% daripada tenaga suciNya adalah tidak manifes (unmanifest).

Konsep yang menyatakan bahawa leluhur kita boleh menyebabkan permasalahan dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang sangat asing bagi kita. Namun, ramai insan dari pelbagai budaya dan agama telah mengalami peningkatan besar dan kemajuan yang baik dalam kehidupan mereka dengan mengucap sebut secara berulang (chant) Nama suci Dewa Datta yakni ‘Shri Gurudev Datta’ .