1_malay_children-and-teenagers-smoking

1. Pengenalan

02-children-smokingZaman kanak-kanak dan remaja adalah tempoh formatif di mana asas bagi pertumbuhan dan pembangunan individu terbentuk keseluruhannya. Memandangkan fasa ini adalah penuh semangat beserta tahap tenaga yang tinggi di mana seseorang kanak-kanak belajar dan mencontohi orang lain melalui pemerhatian, eksperimen dan penerokaan, ianya meletakkan tanggungjawab yang besar kepada ibu bapa dan masyarakat umum untuk memupuk persekitaran yang membuka jalan bagi pertumbuhan holistik mereka. Kebanyakan ibu bapa berusaha keras untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja lelaki dan perempuan. Ini disebabkan oleh kedudukan hal ehwal semasa yang tidak baik di mana masalah ketagihan amat berleluasa; ianya menjadi tanda tanya samada kita boleh memastikan kehidupan yang selamat dan sihat untuk kanak-kanak serta remaja lelaki dan perempuan kita.

03-children-smokingMenurut Persatuan paru-paru Amerika, jika corak penggunaan tembakau semasa berterusan, dianggarkan 6.4 juta perokok kanak-kanak semasa akan akhirnya mati lebih awal akibat daripada penyakit yang berkaitan dengan rokok. Apa yang lebih buruk adalah bahawa walaupun mengetahui bahaya kesihatan melalui kempen-kempen kesedaran, merokok dikalangan remaja semakin meningkat. Di sesetengah negara seperti Indonesia, di mana merokok dikalangan kanak-kanak adalah sah (di sisi undang-undang), seluruh masyarakat adalah di ambang tabiat merokok yang tidak terkawal. Baru-baru ini, sebuah  video You Tube menjadi viral dengan 13 juta tontonan yang membuat kita terkejut melihat seorang kanak-kanak berusia dua tahun menghisap rokok demi rokok sebagai sebahagian daripada rutin hariannya. Contoh ini amat menjelaskan keadaan tidak menentu kini, untuk kanak-kanak di negara itu.

2. Faktor-faktor yang membawa kepada ketagihan – Fizikal dan Psikologi

Sebab-sebab fizikal dan psikologi mengapa kanak-kanak dan remaja lelaki serta04-children-smoking perempuan mendapat ketagihan menghisap rokok boleh disebabkan oleh banyak faktor-faktor pengkompaunan (compounding factors) seperti tekanan rakan sebaya, pemberontakan, mencari keseronokan dan penyalahgunaan kebebasan. Apa yang lebih membimbangkan adalah bahawa apabila kanak-kanak serta remaja lelaki atau perempuan, masuk ke dalam kitaran ganas (vicious cycle) ini, cubaan oleh ibu bapa dan profesional kesihatan untuk membantu menghentikan tabiat merokok mereka ini seringkali menjadi sia-sia.

Kita semua tahu bahawa merokok menyebabkan penyakit-penyakit yang boleh membawa maut seperti seperti kanser, emfisema (emphysema) dan masalah jantung. Pada peringkat psikologi, ia memberi kesan kepada pembentukan mental atau gaya pemikiran kanak-kanak dan remaja lelaki atau perempuan. Terdapat hayunan mood yang kerap, kemarahan, kebimbangan dan dalam sesetengah kes ia boleh membawa kepada gejala pengasingan diri (isolation) dan depresi (depression). Walau bagaimanapun, apa yang tidak diketahui umum adalah faktor kerohanian yang membawa kepada ketagihan. Di Yayasan Penyelidikan Sains Kerohanian, melalui kajian kerohanian kami mendapati bahawa sebab-sebab fizikal dan psikologi hanya membentuk sejumlah yang kecil sahaja daripada keseluruhan masalah ketagihan manakala faktor kerohanian menyumbang kepada lebih daripada 80% gejala ini dan sebenarnya adalah punca utama ketagihan dalam kebanyakan kes. Ini juga menjelaskan sebab mengapa sesetengah kanak-kanak menjadi penagih sementara yang lainnya tidak.

3. Faktor-faktor kerohanian

Sebab-sebab kerohanian berpunca daripada distres yang disebabkan oleh leluhur (departed ancestors) (yang perokok apabila hidup) dan dirasuk oleh tenaga negatif (possession by negative energies). Kajian kerohanian telah menunjukkan bahawa tenaga negatif dan badan halus leluhur (subtle bodies of departed ancestors) merasuk individu terutamanya untuk memenuhi keinginan mereka yang tidak tercapai dan menyebabkan distres. Oleh kerana kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan adalah mudah dipengaruhi, mereka lebih mudah terdedah kepada serangan oleh tenaga negatif yang menggunakan mereka sebagai medium untuk mengenyangkan nafsu mereka. Dalam proses ini, tenaga negatif menanam (infuse) tenaga hitam ke dalam tubuh mereka dan mewujudkan pusat-pusat untuk menguasai dan merasuk (possess) kesedaran mereka bagi tempoh masa yang panjang. Gambar di bawah ini adalah seorang pencari yang telah berhenti merokok kerana amalan kerohanian.

2_malay_children-and-teenagers-smoking

Rangsangan atau pemikiran daripada pusat-pusat tenaga negatif ini menarik individu menjadi aktif terbabit dalam menghisap rokok atau menggunakan apa-apa bahan ketagihan (addictive substance) yang lain. Kekuatan pemikiran sedemikian yang sarat atau penuh dengan tenaga negatif adalah agak besar dan ia menolak sebarang rangsangan positif (positive stimuli) untuk membendung ketagihan. Secara beransur-ansur sebagai pengaruh daripada kenaikan entiti negatif, selubung hitam (black covering) di sekeliling orang akan meningkat, menjadikan pemulihan (rehabilitation) lebih sukar. Penguasaan/kerasukan (possession) ini mungkin tidak hanya terhad kepada satu kelahiran (seumur hidup) tetapi mungkin menjejaskan orang secara negatif bagi banyak kelahiran berikutan.

Kesan graviti dimensi kerohanian ini tidak terlintas di fikiran kita, atau kita tidak sedar akannya, kerana kita mencari manifestasi ganas kerasukan (violent manifestations of possession). Tetapi dalam realiti, entiti negatif terus memberi kesan kepada seseorang secara pasif di latar belakang tanpa mempamerkan apa-apa sifat-sifat ganas melainkan jika terdedah kepada tahap kepositifan (levels of positivity) yang lebih tinggi. Pendedahan kepada tenaga positif akhirnya memaksa tenaga negatif untuk meninggalkan orang itu. Sejumlah 30% kanak-kanak dan remaja lelaki atau perempuan yang merokok menerima impak tenaga negatif.

4. Remedi

4.1 Di peringkat individu

Tenaga positif hanya boleh dicapai melalui remedi penyembuhan rohani (spiritual healing remedies) dan amalan kerohanian yang berterusan berdasarkan enam prinsip asas (six basic principles). Selain itu, SSRF juga mencadangkan canta/mengucap ‘Shri Gurudev Datta. Ia adalah canta (chant) yang sangat mujarab/kuat (potent) yang membantu untuk mengurangkan masalah kerohanian yang timbul disebabkan oleh leluhur yang telah meninggal dunia. Pada mulanya, apabila ada orang yang cuba melakukan amalan kerohanian, entiti negatif cuba untuk melawan balik, yang boleh dilihat dalam bentuk beberapa tingkah laku yang luar biasa; misalnya, menentang untuk canta/mengucap Nama Tuhan berdasarkan agama seseorang atau mengelakkan remedi penyembuhan rohani. Tetapi yang penting adalah untuk bersabar/tabah (persevere). Melalui peningkatan komponen Sattva (yang ditandakan dengan kesucian rohani) melalui amalan kerohanian yang berterusan, daya tahan entiti negatif semakin menurun lalu membuka jalan bagi penyembuhan yang tetap dan kekal. Beberapa remedi penyembuhan utama yang membantu pemulihan adalah remedi air garam (salt water treatment), menyalakan setanggi (incense sticks) SSRF dan remedi kotak (box treatment). Keberkesanan remedi penyembuhan dan amalan kerohanian boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor-faktor yang berbeza-beza seperti kekuatan entiti yang merasuk (possessing entity), takdir dan sebagainya.

SSRF juga mencadangkan bermain audio canta ‘Shri Gurudev Datta’ di premis rumah. Ia juga membantu untuk membersihkan persekitaran rumah. Kami juga mengesyorkan bahawa seseorang itu perlu melengkapkan amalan kerohanian dan penyembuhan rohani dengan rawatan perubatan dan sebarang rawatan psikologi yang mana seseorang boleh menjalani.

4.2 Di peringkat masyarakat

  • Adalah dinasihatkan bahawa industri tembakau berhenti pembuatan rokok dan melabur wang mereka dalam aktiviti-aktiviti lain, yang lebih soleh (righteous).
  • Begitu juga, para petani boleh berhenti penanaman tembakau dan menanam tumbuhan lain yang diperlukan orang sebagai makanan.
  • Menurut kajian oleh Michael Rabinoff, DO, PhD, Nicholas Caskey, PhD, Anthony Rissling, MA, dan Candice Park, BS,: “Syarikat-syarikat tembakau telah memberikan sejumlah besar penyelidikan dan pembangunan untuk penggunaan dan kemasukan aditif/bahan tambah (additives) dalam rokok, dan industri telah diiktiraf menggunakan 599 aditif rokok yang berbeza. Penemuan kami menunjukkan bahawa lebih daripada 100 daripada 599 bahan tambahan rokok yang telah didokumenkan mempunyai tindakan farmakologi (pharmacological actions) yang menyamar (camouflage) bau asap tembakau persekitaran yang dikeluarkan daripada rokok, meningkatkan atau mengekalkan kesan/efek nikotin, boleh meningkatkan ketagihan pada rokok, dan gejala tingkah laku yang menyembunyikan kebenaran/simptom topeng (mask symptoms) dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tingkah laku merokok.”– Sumber: PMC, Perpustakaan Kebangsaan Perubatan AS, Institut Kebangsaan Kesihatan. (US National Library of Medicine, National Institutes of Health.)
  • Perlu dikatakan bahawa hasil kajian di atas menunjukkan bagaimana ketamakan dan pemikiran yang tidak soleh (unrighteous) dan gelagat pihak industri tembakau telah menyebabkan ketagihan rokok lebih sukar lagi untuk disingkir.

5. Tanggungjawab ibu bapa/orang dewasa

Lain-lain faktor penyumbang berpotensi yang telah membawa kepada kemerosotan ini adalah perwatakan gaya individualisme yang membuat peruntukan bagi kebebasan yang berlebihan dan tanpa kawalan. Ini adalah hasil sampingan daripada masyarakat yang dikenali sebagai ‘hak individu dan kebebasan’. Tren ini memesong seseorang ke arah kemerosotan akhlak/tabiat individu dan masyarakat umum. Kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan perlu dibimbing, kerana kebolehan mental/fakulti mereka belum berkembang sepenuhnya untuk mampu mentafsirkan benar dengan yang salah dan membuat keputusan yang betul. Kawalan dan kekangan (constraint) diperlukan untuk menguasai/mengawal (tame) tenaga mereka dan menyalurkannya ke arah amalan yang produktif dan sihat. Walau bagaimanapun, oleh kerana gaya pemikiran (mindset) adalah untuk memberikan kebebasan tanpa had kepada kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan, maka ia mengakibatkan mereka memilih gejala buruk sebegini di sepanjang jalan. Dalam daya tahan (resilience) dan kawalan diri (restraint) ada kekuatan. Ia menyebabkan kita berakar umbi kepada sistem nilai yang merupakan teras asas (core foundation) kita sebagai manusia. Ini dengan sendirinya membezakan kita daripada haiwan. Tuhan telah menganugerahkan kita dengan akal dan kita berbeza daripada haiwan yang tidak mempunyai akal. Oleh itu, tingkah laku tidak terkawal (unrestrained behavior) adalah tidak wajar.

"Orang" yang sedang menonton adegan dipengaruhi oleh adegan "tersebut." – Yang Suci Dr. Athavale

Sebagai sebahagian daripada amalan kerohanian, ia juga adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai baik pada kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan. Anak-anak akan meniru ibu bapa. Apabila mereka melihat ibu bapa yang merokok mereka juga akan berfikir bahawa merokok adalah menarik dan bergaya. Jika ibu bapa boleh berhenti merokok ia akan mempunyai kesan yang lebih luas/mendalam (far reaching effect) daripada jika ibu bapa akan terus memberitahu kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan untuk tidak merokok.

“Orang yang mementingkan diri sendiri, hanya mempunyai keperluan mereka atau kemahuan dalam minda dan ‘diri’ adalah pusat perhatian mereka. Bertentangan dengan ini, pencari Tuhan memandang Tuhan sebagai pusat perhatian mereka dan seterusnya memperoleh perlindungan daripada Tuhan. Itulah sebabnya kita perlu melakukan amalan kerohanian tetap berdasarkan 6 prinsip asas, untuk kemajuan kerohanian dan secara semula jadi beralih daripada mementingkan diri dan amalan-amalan lain yang berbahaya secara kerohanian untuk kita dan masyarakat. “- Yang Suci Dr. Athavale
Jika kanak-kanak mahu bermain di dalam air kotor, adakah kita membenarkan dia? Begitu juga, ia adalah tidak betul untuk menjalani kehidupan tanpa kawalan (restraint). – Yang Suci Dr. Athavale

Ibu bapa kini terlalu asyik dengan diri sendiri (self-absorbed). Gaya hidup telah berubah secara dramatik di mana kanak-kanak dan remaja kanak-kanak lelaki serta kanak-kanak perempuan dibiarkan untuk melakukan segalanya mengikut kesukaan mereka (dan tanpa bantuan). Kanak-kanak dan remaja lelaki serta perempuan belajar melalui mencontohi/mengikut jejak (emulating) orang tua. Malangnya, ibu bapa sendiri mempunyai kekurangan dalam kawalan diri dan oleh itu kanak-kanak atau remaja lelaki dan perempuan tidak boleh melihat mereka sebagai model peranan (role models). Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak dan remaja lelaki serta perempuan dan mengubah diri mereka sendiri untuk memberi anak-anak mereka persekitaran rumah yang lebih baik.

Amalkanlah gaya hidup sattvik atau gaya hidup murni secara kerohanian

"Kebahagiaan abadi yang sebenar (real Bliss) dapat dialami melalui kawalan/mengawal diri (self-restraint)". – Yang Suci Dr. Athavale

Perubahan ini adalah mungkin dengan mengamalkan gaya hidup sattvik atau gaya hidup lebih murni secara kerohanian (sattvik or more spiritually pure lifestyle). Di SSRF kita ada banyak kajian kes (case studies) mengenai bagaimana kehidupan seseorang manusia telah berubah secara ajaib dengan melakukan amalan kerohanian tetap (regular spiritual practice). Ramai orang telah mendapat manfaat daripada ini dan oleh itu membuat keputusan untuk mengamal kerohanian dan remedi penyembuhan rohani yang telah membuat berhenti merokok menjadi kenyataan.

6. Ringkasan

Sebagai kesimpulan, tidak ada ruang untuk bersikap puas hati (complacency), tetapi usaha yang sedar perlu dibuat untuk menjaga anak-anak kita dan remaja lelaki serta perempuan dan melindungi mereka daripada ketagihan, seperti menghisap rokok sebagai contoh. Mengamalkan kerohanian secara tetap bersama-sama dengan gaya hidup yang murni secara kerohanian adalah satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini.