1-MLY_Nyas-landing

Nyas adalah teknik yang memusatkan pengaliran tenaga melalui medium jari-jari tangan yang digabungkan pada bahagian hujung jari secara bersama-sama. Dengan melakukan nyas, kita memfokuskan tenaga rohani kita dengan cara mengarahkan jari-jari kita yang telah disatukan ke arah satu pusat tenaga tertentu.

1. Nyas pada satu cakra Kundalini  (pusat tenaga rohani):

Sebagai contoh, jika remedi yang perlu dilakukan dengan nyas pada cakra di pertengahan dahi (Ādnyā-chakra), maka ia akan kelihatan seperti ini.

nyas

 

2. Nyas pada dua cakra Kundalini:

Jika remedi yang perlu dilakukan dengan nyas pada cakra di pertengahan dahi (Ādnyā-chakra) dan cakra di pertengahan dada (Anāhat-chakra), maka ia akan kelihatan seperti ini.

nyas2

Mekanisme di sebalik tindakan nyas

Nyas sentiasa patut diiringi dengan pengucapan dan pengulangan. Dengan pengucapan dan pengulangan kita menyerapi tenaga Ketuhanan dari aspek nama Tuhan yang kita berucap dan berulang. Dengan melakukan nyas, kita menyalurkan tenaga Ketuhanan yang diperolehi melalui pengucapan dan pengulangan menuju ke pusat tenaga rohani tertentu. Dengan sedemikian, tenaga tersebut dipancarkan ke semua organ yang ada di kawasan tersebut.

Jika tangan anda mula terasa sakit semasa melakukan nyas, anda boleh menurunkan tangan anda ke bawah dan berehat selama beberapa waktu atau anda boleh menukar tangan anda.